Monday, March 14, 2011

Minum Petang @ Zam Zam Arabic Food RM73.00 kau !!

Weekend hari tu, Long & Kak Long datang umah aku belah petang.So, kitorang keluar lah konon nak minum petang.Alas perut sebelum dinner kang.Memula, masuk Food Court Makan-makan @ Oasis Seksyen 9 tu.Terliur dah tengok stall jual Ramen Halal tu tapi Long pulak tak berkenan, so terjah lah Restoren Zam Zam Arabic Food nak pekena roti kot ada kan..

Sekali, belek-belek menu, tak faham satu apa pun makanan..Hehehe.So, kami bantai lah order apa yang menarik kan.Dah la pelayan dia tak reti cakap English sangat kot, Melayu lagi lah hancur :p Maklumlah orang Arab :p Long aku tanya dia roti, so dia tunjuk la menu roti yang ada :p

Meh la tengok apa yang kami order hari tu..Tengok bil dulu :p


The Menu

Fried Kubba @ RM15 .
Nampak macam cekodok :p Tapi dalam tu ada filing daging.


Baqlava @ RM 4, besar duit 50¢ ajer tu dan manis sangat :p
Rasa macam kuih lidah buaya atau gertas .


My hubby pilih menu selamat :p Chicken Mandy @ RM18

Roti lupa nak snap, Roti Arab then dicicah dengan dua jenis pencicah kat bawah ni.


Hummus @ RM8 Macam youghourt gitu rasa dia :p

Baba Ghannosh @RM10 .Yang ni rasanya sayur-sayuran gitu ..entah lah :p
Nampak macam sambal belacan pun ada..hahahaha

Tea with mint -pot @RM 8 + Nescafe-cup @RM5
Untung minum tea, sebab satu pot tu, 5-6 gelas kecik tu :p


Wajah pemilik belog harus ada lah kannnn :p

My Nuha depan Oasis 9


My Nuha with her Ayah Long


Deko @ Zam Zam Arabic Food

Venue : Zam Zam Arabic Food,
1, Jalan Tengku Kompleks oasis 9,
Ampuan Zabedah G/G, Seksyen 9
Depan Area Bebe's Home tu.
p/s:

Eh, wajah yang belanja tak masuk sini :p Thank You yer Sayang :) My hubby ler.Dia cakap, Arab yang jaga cashier tu a.k.a tokey tu pandai cakap Melayu, tapi slang Arab :) Bravo !!!


Korang dah pernah ker singgah sini ? Bagi aku lah, better pilih menu nasi lah, baru berbaloi2 makan kat sini..
p/s:

Lenkali nak try Ramen Halal pulak , sebelah ajer Zam Zam Arabic Food ni :p

Friday, March 11, 2011

ChurpChurp dah RM700 lebih..Biar betol ni !!

Bukan churpchurp aku lah :p Ni churpchurp blogger tersohor ni, saudara Eyriqazz ni hah :)


Tak caya..percayalah..
Mari aku nak cuba print skrin aku punya pulak ada berapa sen...Tengok boleh kalahkan dak saudara Eyriqazz kita ni :p


Bolehlah kan dari tiada :p



p/s:
  



Mata aku memberat, terkena panahan Nasi Bukhara Kambing Syed Seksyen 3 :p , kan Niza dan Aida kan..kan kan :p Akhirnya, tercapai jugak niat mu nak makan nasi itu kan :p



Thursday, March 10, 2011

Skim Rumah Pertama, untuk sektor swasta sahaja rupanya...

Korang dah tahu ker Skim Rumah Pertama tu apa?

Skim ini untuk golongan muda (bawah 35 tahun) untukmendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka yang berpendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan


Baru nak berangan nak beli rumah guna Skim Rumah Pertama tu :p Maklumlah belum lepas beli Rumah Pertama lagi ni memandangkan kelayakan aku sekarang adalah RM205K tapi melalui Skim Rumah Pertama, kelayakan tu sampai RM220K. Banyak sket pilihan kalo kelayakan sampai banyak tu :p
Dan aku telah membuat pengiraan melalui Home Loan Calculator Maybank dengan jumlah yang paling maksimum(RM220K) dan tempoh bayaran balik maksimum jugak (30 tahun) dan hasilnya adalah begini :-




Bulanan kena bayar RM1,361 paling maksimum lah..Kalo sorang ajer yang bekerja swasta, memang tak boleh lah nak apply skim ni sehingga harga maksimum sebabnya pembayaran balik bulanan pembiayaan berkenaan tidak lebih dari 1/3 pendapatan kasar orang tu iaitu RM1000. So, kena beli rumah yang harga RM200K ajerlah. Kalo nak aply suami isteri, kena dua-dua kerja dalam sektor swasta dan pendapatan kasar pasangan adalah RM3,300.

Agak-agak cukup ke nak makan erkkk dengan kehidupan yang serba mahal kat KL & sekitarnya ni :p Kalo kat kampung boleh lagi tahan-tahan kan.Aduhai...

Begitulah yang aku faham melalui Skim Rumah Pertama tu(correct me if i'm wrong :p) . Untuk maklumat lanjut korang boleh layari  Info Skim Rumah Pertamaku atau http://srp.com.my/





pic credit to : here





Korang dah beli ker Rumah Pertama ?
 
p/s:
 
Selagi belum rumah ni, selagi tu ada cerita pasal rumah dalam blog aku ni kan :p
 




Wednesday, March 09, 2011

E71, Sandal Baru, Cek Nuffnang , apa kaitannya ?

Ini entry menunjuk-nunjuk lah jugak...Tunjuk barang lah..Bukan menunjuk eksyen tu :p Weekend hari tu,lepas baking kek dengan penuh kasih sayang tu , hubby ajak keluar pegi beli telefon baru kat Plaza Alam Sentral ! Yeay !!



Aim Nokia C3 ...Yang kaler pink yer...Kaler lain tak mo yer tauke ...


Tipu ajer..Yang nak beli hp tu my hubby, bukan aku pun..Aku punya masih ok.Yang my hubby ni tahap nazak tak boleh dengar dah dan tiba-tiba blank.Boleh buat stok baling ke dinding masa stress dah..hahahaha.Tengok my hubby tengah khusyuk dengar explainantion dari tauke kedai hp.



Pilihan my hubby E71 sebab ada GPS, 3G dan Wifi.RM670 tak silap kot setelah tambah casing + tukar memori 8G.


Casing ni RM10 tak silap..

Lepas dah settle beli hp, hubby nak belanja aku beli sandal sebab sandal aku pandai pulak berlubang time-time ni kan..hehehe. Jumpa satu kedai, tanpa buang masa, terus sarung sana sini dan berkenan terus kat satu sandal ni..Apa lagi, amik terus lah.Dah ada orang nak bayarkan....


RM 49.90

Cantik takkk? Macam Eric Leong pulak :p



My Nuha pun sibuk nak tayang selipar dia jugak..
Dia panggil selipar dia, kepok -kepok..Bunyi dari selipar dia tu :p

p/s:

Cek kelima sudah tiba..BE ada satu jer duk bergdiks2 dlm akaun tu..Lambat lagi la nak boleh cash out :p


Tq Nuffnang..I Lebiu :p


child abuse




Tuesday, March 08, 2011

Akhirnya, kek coklat itu aku buat sendiri :)

Ni lebih kurang entry berlagak la..Berlagak kat Niza jer pun.Hahahaha.Sebab kami sama-sama beli tepung kek hari tu. Masa hari Ahad tu, tanya my hubby, nak keluar kemana-kemana tak.Dia kata, petang baru keluar..So, aku terus menjalankan misi tertunda yang mengambil masa hampir sejam tu :)

Since aku takder mixer ke haper, aku gunalah kaedah konvensional yer :p Penjual tepung tu cakap, telur kena pukul betul-betul sampai kembang.So, aku amik blender, aku masukkan telur dalam tu.Amik ko, kembang sungguh :) Lepas menyukat susu cair, minyak dan susu pekat masuk dalam tepung kek, apalagi..Kukus lah beb !! Sejam, aku cucuk dengan pisau..Dia keluar ok, tak der kotoran :p Makanya, masaklah kek kukus coklat aku dan hasilnya.....

Tadaaa...



Aku tak tahu nape dia bertompok gitu kat atas tu :p



Siap ada daun sop kat situ, untuk efek yang lebih dramatik..
Verangan macam deko kat hotel kan :p



Topping ni aku belasah ajer ikut anak tekak aku....
Double boiler guna coklat masakan + susu ideal + susu manis+butter sket  :)
p/s:

Kepada yang tak datang semalam, tak dapat lah merasa kek buatan tangan aku...hehehehe

p/s:

hari raya nanti, boleh lah baking kek sendiri erk...hahahahaha

p/s:

masih mode berganti puasa..tinggal 5 hari lagi....huhuhuhu

p/s:

Selamat Hari Wanita buat yang bergelar wanita di seluruh dunia...Oh donea !!


Monday, March 07, 2011

Family Day 2011 buat aku hilang suara lah pulak...

Hari ni badan pun rasa letih lagi sebab cuti rasa macam tak cukup gitu.Memang rasa tak nak datang ofiz jer hari ni, tapi sebab sayang cuti, rela jugak gigih datang ofiz.Lagipun sedang berpuasa ganti, kalo duk rumah pun bosan jugak kan tak boleh buat apa..

Sekali bila datang ofiz, ramai betul yang EL hari ni termasuk boz :p Aku dah la bawak kek yang dibaking sendiri dengan penuh kasih sayang tu :p Itu entry lain..

Ok, nak cerita pasal family day sabtu lepas.Kami bertolak dari UiTM dengan bas lebih kurang jam 8.My hubby tak join sebab kerja.So, aku pergi berdua dengan my Nuha.Seb baik tak banyak ragam :p


Ni budak yang tak sabar-sabar naik bas...

Kul 9 lebih dah sampai di Impian Rimba Resort, Hulu banat..Eh,Hulu Langat..Disambut dengan kicauan burung dan alunan deruan sungai yang mengalir.Tipu :p Sampai-sampai, register dulu then breakfast.



Ucapan pembukaan oleh Pengarah ofiz aku lah..

My Nuha tak sabar nak mandi dah ni.Tapi ada acara sukan dulu kan, baru boleh mandi.


My Nuha aku sumbat masuk acara Lari Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu tapi dibantainya bawak sudu dan bola secara berasingan.Satu lagi lari kepit bola, tapi dia lari bawak bola..hehehe.Masa ni suara aku ada lagi, tapi dah start sakit tekak dah.Sekali esoknya, dah takder suara terus sampai hari ni.Gara-gara ,sokongan moral buat My Nuha.


Berbaloi, dapat hadiah jugak :p


 Ni satu-satu gambar aku dari camera aku !


Aku memang tak join apa-apa aktiviti..Malas :p Lagipun, nanti kalut pulak dengan my Nuha. Antara aktiviti sukaneka untuk dewasa ialah lari kaki tiga, isi air dalam betung dan tarik tali..


Tarikkk..Jangan tak tarik !!

 Lari jangan sampai tersungkur yer...



 Isi air dalam betung sampai lencun :)




Last sekali, aktiviti cabutan bertuah..Bertuah jugak hari tu..Itupun sebab memang semua orang dapat hadiah :p


Acara bebas adalah berendam dalam sungai lah pulak !! My nuha memang berendam tak hengat dunia siap tak nak naik tu :p Aku rasa dekat 1 jam lebih  jugak lah berendam dalam tu sampai kecut kaki tangan ..Gambar kami dalam air memang tadak, sebab tak der orang nak amik gambar.Mungkin dalam kamera orang lain :p


Bagi yang nak tidur kat situ pun boleh, ada kemudahan chalet disediakan..RM150-180 semalam. Ofiz aku sewa 2 chalet kat situ untuk kemudahan kami salin baju dan solat. Surau pun ada, luas lagi ...Memang best lah kat sini..

Overall, memang Family Day kali ni best sangat !! Rugi korang tak pergi...Dah la orang sponsor, of coz free kan.. (sepatutnya RM55 sekepala bagi dewasa dan RM33 bagi kanak-kanak (6-12tahun) Makan pun banyak kali, bfast, lunch dan siap ada BBQ gitu..


Untuk maklumat lanjut : http://impianrimba.com/main.htm


Friday, March 04, 2011

Coklat terbaik dari ladang katanya...

Ini entry tolong promote coklat sebab rasa sebiji coklat hari tu :p Patutnya kena bagi sekotak erk..hehehe Advertise here? Klik sini...

Niza, izinkan aku mencilok gambar dari entry hang no..sebab aku tak amik gambar pun :p Bagi penggemar coklat, meh beli coklat dari CTY'S CHOC , best sebab dia home made.Buatan tangan gitu kekdahnya.Siapa ada corak-corak lagi, susah nak dapat kat lain ni...




Kalo korang nak coklat yang sedap dan dijamin halal seratus percent, korang kena cubalah coklat ni...Dijamin sedap punya !!Dengan bahan-bahan berkualiti tinggi dan diadun dengan kasih sayang gitu cara-cara buat coklat ni..Seriyes aku cakap ko, sedapppp...Tak caya sudah, montot terbelah :p

Ok ini detailnya. CTYS CHOC Home Made.. Boleh dapatkannya sekarang, nak bagi kat suami ke, isteri ke, awek ke, boifren ke, kat aku ker..Silalah berhubung dengan nombor yang tertera kat bawah ni...

012-976 1271 / 010-277 5929



 
Coklat ni pun ada jual! Sesuai nak buat hantaran ker, door gift ker..sesuaiiiii sangat :)

Memang solid chocolate. Tebal betul. Puas makanlah pendek katanya. Tak rugi beli. Maklumat lanjut korang boleh terjah tuan punya belog Zilhandotcom... Dialah taukey coklatnya, mak dia buat,aku tumpang merasa sebiji...Thank you Zilhan!

 
Sedapnya...."Bak kata Kancilbiru"


Pic credit to : Kancilbiru.

Ada sesiapa pernah sampai Australia?

Aku tak pernah jejak lagi negara Kanggaroo tu.Teringin jugak nak pergi melancong,siapa nak taja angkat tangan? hehehe..Nak melancong ke Australia, boleh rujuk sini :)



Bila lah nak dapat tengok Sydney Opera House ni secara live yer :)

Tapi, walaupun belum pernah jejak sana.Semalam dapat souvenier dari Australia. Tq Gina :) Walaupun belum pernah bersua muka.Insya Allah, nanti bila you balik sini lagi, kita jumpa erk.


Fridge magnet, baju untuk my Nuha, coin bag, beruang koala, keychain dan pen Australia :)





Beruang Koala me dah ada geng lah kiranya :)
Yang ni dapat dari ofiz mate lama kat RRSB dulu..



psstt : Esok, ada Hari Keluarga ofiz aku kat Impian Rimba..Tak sabar pulak nak main air :p
Family Day Crew lagi tu :p



Thursday, March 03, 2011

Susu anak korang naik harga tak?

Biasanya, kalo aku pergi shopping barang dapur lepas gaji,mesti aku borong stok susu & diaper untuk sebulan gitu lah. Hampir RM500 lah peruntukan untuk barang-barang dapur tu.Korang pulak macam mana?

Masa aku pergi beli susu untuk my Nuha kat Tes*co hari tu, aku perasan packaging susu untuk my Nuha dah lain.Telek-telek, tengok bukan sahaja packaging lain, rupanya berat susu tu pun dah dikurangkan sebanyak 100g. Selalu 1 pack tu 1KG sekarang tinggal 900 gram ajer. Baik tak yah rebranding kalo macam tu kan..Harga susu tetap sama tapi,kuatiti susu dikurangkan.Hangin lah aku.

Anak aku dari baby sampai ke hampir  3 tahun ni, memang kitorang stick dengan produk Dumex lah..Sebab serasi dengan dia dan tak meragam perut dia.Lagipun masa aku pantang kat kampung, ni ajer jenama susu yang ada yang mahal sket.Kesian :p Satu pack ni RM22.80 dia tulis kat situ.Tapi tak pernah lagi beli dengan harga ni..Mesti ada less sket lah kecuali beli kat kedai runcit...


Ni pack baru, 900 gram.

Ni pack lama..




Apapun, syabas dan tahniah buat Drypers, walaupun rebranding dia punya packaging, tapi harga tetap sama, tetap mahal :p



psst :

Zie, terima kasih..Ole-oleh dari Pulau Pangkor sudah kuterima...Sukanya :)


Wednesday, March 02, 2011

Siapa nak belajar kat UiTM ? Meh sini mohon...

Semalam, dapat email dari sorang staff bahagian pengambilan pelajar, suh iklankan kat belog untuk kemasukan pelajar ke UiTM Tahun 2011.So, bagi yang nak masuk UiTM, iklan kat sidebar tu akan bergdiks kat situ sampai 31 Mac 2011 lah..


Korang boleh lawati : http://online.uitm.edu.my/ atau pun rujuk entry ni...

Best ker belajar kat UiTM ? Aku nak cakap tak best, memang tak lah kan sebab kat UiTM lah aku hadap belajar dari diploma sampai ijazah, pastu sambung pulak kerja. Boleh dikatakan, UiTM darahku mengalir jugak lah macam Datuk VC cakap :p

Kat UiTM memang best, dah lah yuran pulak tak mahal macam universiti lain, pastu boleh joli katak dengan duit PTPTN yang sampai sudah tak abes bayar lagi ni..

Korang ada ker yang belajar kat UiTM ? Seronok ker tak belajar kat UiTM ?



Tuesday, March 01, 2011

Niza, ingat nak ajak ko makan kat Syed :p

Semalam, ko ajak aku makan Nasi Bukhara kat Syed Seksyen 3 tu kan pada enty Ruz Aladin , Nasi Briyani Gam Johor katanya kan ? Tapi hari ni, ko pulak cuti. Kalo macam tu, baik aku tayang dulu Nasi Bukhara yang aku makan last week bersama anak dan suami terchenta pada pukul 9.30 malam hari Sabtu yang lepas..



Packaging dia dah rebranding :) Pack lama macam ni.


Ayam menyorok pulak dah :)

Abes cerita pasal Nasi Bukhara.Sejak dua menjak ni, aku terasa nak makan nasi putih dan paprik seafood ajer hari-hari, dengan harapan nanti mengandung dapat anak lelaki :p Tips untuk anak lelaki disini.






Lepas tu tertengok pulak entry Azza, hari tu aku pun try diet low carb , tak amik nasi...Lepas hampir 2 minggu, rasa nak muntah asyik makan sayur dan lauk ajer..hehehe.Tak kuat semangat..Mayonis low fat tu pun tak abes-abes :p


*Entry tidak bermotif dan bermotifkan makanan dan buat orang berdiet semakin lapar, keji tak? hahaha..

larikss...

psstt:  Relax ar, tak sampai setengah jam lagi pun nak lunch !!


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)