Tuesday, December 14, 2010

Spring potato, korang dah pernah try ker ?

2 minggu lepas, aku ternampak gerai yang jual Spring Potato kat pasar malam area umah aku.Aku bab-bab makanan baru ni, serah kat aku lah kan.Boleh jadi food tester gitu :p



Inilah rupa spring potato bagi yang belum pernah tengok yer.Sos dia mayonis dan perasa kita boleh pilih.Samada Black pepper, bbq, sweet corn dan cheese.Harga dia standard,  RM2.50 (kentang kecil) RM3.00 (kentang besar).


Ada mesin khas yang diorang guna untuk jadikan kentang ni berspring gituh.

Kalo korang berminat nak meniaga Spring Potato ni, korang boleh tengok kat website ni http://www.springpotato.com.my/pakej.htm

Kalo korang yang kat Kedah nak try, boleh dapatkannya kat sini.Adik ipar Long aku punya ni:-

- Pasar Malam Taman Nuri Alor Setar (Jumaat)
- Pasar Tani Kuala Nerang (Sabtu)
- Pasar Petang Taman Othman Arop Jitra Kedah (Sabtu)
- Pasar Malam Stesyen Bas Jitra (belakang P.J. Plaza) (Ahad)

Lokasi lain, boleh rujuk kat sini


Korang dah pernah try ker Spring potato ni ? Sedap kan? Hingga menjilat jari :) Beli satu, nak satu lagi :p Hahaha...Mula-mula beli kecik, lepas tu hubby cakap aku makan macam tak cukup, minggu berikutnya dia belikan aku large punya pulak :p

Monday, December 13, 2010

Makan Pizza orang belanja memang lazat kan??

Mestilah best kan.Gila pulak tak best :p Hari tu, lama dah.Geng pakatan hari jadi seterusnya adalah Ibu Atia , Ad .Mak Yong nak makan Pizza Hut , so layankan ajer.Mula-mula kitorang pergi ke SACC Mall tapi sungguh malang sebab parking penuh sebab time tu konvo UiTM, dan hari Jumaat pulak kan..So, patah balik pergi Pizza Hut kat Plaza Massalam pulak !

Mak Yong yang belanja kami :) Bersandar sebab duk fikir berapa nak kena bayar :p
Terima Kasih yer Ibu Atia sebab belanja kami makan-makan di Pizza Hut :p


Peserta-peserta pakatan-hari-lahir yang tolong makan ajer  :p 



Ni model Asam Boi Fiz tidak berbayar :p

Apa yang kami order ? Layan gambar ajer lah.Macamlah tak pernah makan pizza kan :p
 
 
 
 Biar nampak tali-tali gitu, kata KB.Kasik jelez sama Mama Suraya :p


Tangan Mak Yong yang tak sempat-sempat nak makan :p


 
Wajah empunya belog harus ada  :p 
Tertidur pulak sementara menanti Ad potong Pizza :p


 ok, dah licin..Jom pulang ke pangkal jalan :)


P/s:

Hari ini Dayana bawak nasi dagang , mak dia masak. Terbaik dari ladang :) Rindu nak makan nasi dagang mak mertuaku. Alhamdulillah, pada 9 hb yang lepas , Ayah dan Mak mertuaku sudah selamat tiba di tanah air selepas menunaikan Haji. Moga mendapat Haji Yang Mabrur !!



Friday, December 10, 2010

Terjah Belog Pengomen Tegar : Baby & Me

Seperti biasa, hari ni adalah hari terjah Pengomen Tegar yang seterusnya.Baby & Me merupakan pemenang contest teka duit tabung aku hari tu  dan belog dia akan direview hari ini.

Korang ingin diterjah ?? Tinggalkan komen disini dan mestilah follower dan pernah komen di belog ini :)

Belog Baby & Me : http://unlistedone.blogspot.com/





Baby & Me  menggunakan template :-

Yang telah direka dengan penuh kasih sayang oleh Emila Yusof . Cantik header belog dia, hijau pink gitu.Siap ada gambar Nia dan anak dia, diha :) Dari pada rupa paras header pun kita tahu yang dalam blog ini memaparkan kisah dia dan anak dia kan? :) Jom laa terjah yer :)

Entry yang aku suka untuk dikongsikan dengan korang adalah seperti berikut :-

Kasut Baby Comel - Beli tapi membazir

Amaran: Jangan Bagi Anak Main Benda Ni!

IKEA Mesra Bayi

Cerita Terharu Aku Sempena Merdeka


Untuk bertukar blog badge dengan Baby & Me, boleh copy paste coding kat bawah dan tampal dibelog masing-masing  yer :) :




Baby & Me









Apa tunggu lagi ? Mari lah terjah Baby & Me ! Aku kata sekarang ! Sekarang lah wehhh...
Korang dah join ker contest kat belog Baby & Me? Kalo belum, boleh laa pergi sana yer :)

Photobucket


Kalo tak putih macam Lisa Surihani tak tahulah kan...

Akhirnya berjaya jugak aku pakai secara berjemaah keseluruhan set produk Garnier .Tiap-tiap bulan aku beli satu-satu tau produk tu.Gigih btol aku ni kan? Beli macam ni baru tak terasa sangat duit keluar bak air yang mengalir deras tu.Dan yang lagi bestnya, aku bukan beli di tempat yang sama . Satu kat Tesco, satu kat Giant, satu kat Guardian .Bukan aku kedekut, tapi berjimat sebab ada agenda besar 2011 nanti.Ingat nak beli rumah dulu, then baru buat anak..hahahaha. Insya Allah.Korang doa-doakan lah yer Amin :) 

Sekarang ni plak, tengah gigi mengumpul duit untuk beli hadiah birthday buat suami terchenta pulak :p Nape lah birthday awal tahun ni sayang..Hadiah birthday tertunda boleh ker?? :p

pic credit to : here

Kaler pink boleh ker bang??? hahahahaha..Lariksss :p


Korang pernah gigih tak macam aku untuk beli sesuatu barang yang korang berkenan sangat ??? 


My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Thursday, December 09, 2010

Advertiser @ Elissmie | MyKhalish.com

Hari ni nak review Advertiser seterusnya di belog Elissmie ni iaitu MyKhalish.com . Terima Kasih daun keladi yer :)Korang dah pernah terjah ker belog ni?? Silalah rajin-rajinkan diri yer. Aku dah follow :) Tak kenal maka tak cinta kan? Kalo dah bercinta tu, hari-hari mau jenguk sama itu belog kan?? hehehehe :) Pengalaman peribadi gitu. Di blog MyKhalish.com macam-macam info korang boleh dapat tau..



Entry di belog yang aku ingin kongsikan adalah seperti berikut :-

Parenting Info - Aussshhh & Kenn


Tips Fotografi Anak dari Lunatots


ada lagi!!! eKad raya dari MyKhalish   - Pandai nyer dia design yer...jelez ai :p

Homeschooling - Gardening



Salah satu Birthday Invitation card dari MyKhalish.com.


Maklumat lanjut, boleh berhubung dengan MyKhalish.com di info.mykhalish@gmail.com



Bagi yang ingin bertukar blog badge boleh copy coding bawah ni :)









Apa tunggu lagi ? Mari lah terjah MyKhalish.com sekarang ! Aku kata sekarang ! Sekarang lah wehhh...


Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan dengan belog aku disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Tiada Banner? Boleh aku designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini .

Atau pun ingin bertukar banner dan link secara PERCUMA dengan blog aku, boleh klik disini .


Korang pernah kena saman tak ?

Sepanjang hidup aku,aku tak pernah pun kena saman.Alah, baru jer berapa tahun kan bawak kereta.Boleh laa berlagak .Lagipun aku bawak kereta area Shah Alam ajer (bukan nama tempat sebenar) dan bukan laju mana pun :p Tapi semalam, aku tolong bayarkan my hubby punya..Tu laa speeding sangat :p Kalo aku ada kat sebelah , tadahlah telinga dengar aku membebel bila dia bawak laju dan mata aku jeling ajer kat meter tu :p Tu pun ikut mood aku gak, kalu nak cepat sampai umah esp time balik kampung, aku redha dan buat-buat pejam mata ajer dia bawak laju pun, janji selamat sampai. :p

Kalo korang nak check ada saman ker tak , boleh check kat sini http://www.myeg.com.my/



Siap ada countdown berapa hari sebelum saman korang kena blacklisted :p Bagi yang first time nak check tu, kena register dulu lah yer :)Register kat sini :-https://jpj.myeg.com.my/eservices/Registration/registration.jsp

Skang ni ada diskaun kalo bayar saman tau.Info aku dapat kat web MyEg

Bermula 1 Disember 2010, PDRM menawarkan insentif untuk semua jenis saman lalu lintas yang dikeluarkan :-
  1. Semua saman yang dikeluarkan pada atau sebelum 30 November 2010:
    • Sebuah penurunan kadar dari kompaun asal
  2. Semua saman yang dikeluarkan selepas 30 November 2010:
    • Saman diselesaikan dalam masa 15 hari akan ditawarkan insentif 50% dari kompaun asal
    • Saman diselesaikan dalam masa 16 hingga 30 hari akan ditawarkan insentif 30% dari kompaun asal
    • Saman yang belum diselesaikan dalam 30 hari TIDAK berhak untuk insentif dan akan disenaraihitam.
Aku buat pembayaran online ajer guna FPX kena caj tambahan RM2 setiap saman. Pembayaran clear dalam sistem selepas 2 hari.Boleh jugak bayar pakai kad kredit.

# Jika transaksi berhasil anda tidak berdaftar selepas 48 jam, sila e-mel kepada help@myeg.com.my.

p/s: 
Alhamdulillah semalam my nuha baik-baik sahaja kat sana.Cikgu dia kata dia berani.Macam pernah masuk taska katanya. Hari ni aku pergi hantar dia, dia meraung sampai sebatu dengar sebab mamai tengah tidur masa turunkan dia kat taska tu :p Drama ajer tu, aku tau :p Mode sedapkan hati sendiri .



Wednesday, December 08, 2010

Advertiser @ Elissmie | Blog Newbie

Hari ni nak review Advertiser seterusnya di belog Elissmie ni iaitu Belog Newbie. Terima Kasih daun keladi yer :)Korang dah pernah terjah ker belog ni?? Silalah rajin-rajinkan diri yer. Aku dah follow :) Tak kenal maka tak cinta kan?

Korang bila lagi ? Bukan payah pun kan? Eh, belog Elissmie korang dah follow ker? Mana tahu ada kejutan lagi lepas ni almaklumlah baru ajer cash out cek keempat :p lalalala.


Entry di belog yang aku ingin kongsikan adalah seperti berikut :-

Insurans Paling Murah Di Malaysia : RM1 Sebulan

Punca Kanser Payudara Lelaki dan Perempuan 


Bagi yang nak bertukar blog badge ,boleh copy coding kat bawah ni yer :)


until 9 Jan





Nak bertukar link dengan Belog Newbie boleh la klik kat sini

Apa tunggu lagi ? Mari lah terjah Belog Newbie sekarang ! Aku kata sekarang ! Sekarang lah wehhh...


Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan dengan belog aku disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Tiada Banner? Boleh aku designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sidebar yer :)

Atau pun ingin bertukar banner dan link secara PERCUMA dengan blog aku, boleh klik disini .


First time hantar anak sekolah, apa perasaan korang ?

Hari ni first time aku hantar anak aku masuk sekolah kat taska gara-gara mak pengasuh nuha amik cuti sendirian berhad tanpa bagitau aku awal-awal.Buntu.Kalut.Pening.Resah.Gelisah. Tu semua terjadi kepada aku semalam.
Gila btol ! Mana aku nak cekau orang nak hantar anak ni sebab cuti aku tinggal 1 hari lagi weh. 2 hari lagi nak campak mana?Bawah rumah aku ni ada sorang Indon yang ada anak baya nuha, tu ajer terfikir kat kepala otak aku ni.Kalo dak, mesti hari ni anak aku pandai ngomong :p

Tiba-tiba teringat kat Rumiza sebab dia ada anak hantar kat taska. Dia bagi nombor telefon salah sorang cikgu kat situ untuk tanya nombor telefon supervisor taska tu. Then aku suh my hubby google dulu kebetulan tengah online :p Sekali ada , terus aku call. Alhamdulillah, boleh katanya.

Hari ni awal-awal bawak nuha pergi sana, sampai ajer cikgu tu amik dia dan bawak masuk bilik dan aku meneruskan proses pendaftaran .Caj nya RM15 sehari. Ingat tahun depan, nak hantar dia masuk taska jugak so terus aku amik borang permohonan. Tak dengar pulak my nuha menangis ke haper.Nak jenguk kan takut dia menangis pulak.So lepas pendaftaran, aku balik ofiz terus lah .

Anakku,

Semoga dirimu selamat dan baik-baik sahaja disana yer :) Moga dirimu cepat belajar dan boleh ramai kawan-kawan :) 3 hari ni kira oreantasi yer nak :p


 Nuha, anak Ummi & Abah yang disayang-sayang :)

"Siapa nama awak?"  aku tanya pada dia :)
"nuwa mayra"


Monday, December 06, 2010

Semua ini cuma RM50 sahaja

Akhirnya bukak jugak Restoren pujaan hati kami sekeluarga iaitu, Shid Seafood, Padang Jawa tu :p Tak tahulah kalo makan banyak ni kat tempat lain berapa ringgit setelah kecewa dengan 2 kedai sebelumnya yang cecah lebih dari 50 untuk lauk macam ni :p seperti disini dan disini :p



  Makan banyak macam kenduri :p


Close up sket ..ni mentekedarah namanya :p

Menu : Nasi Putih 3 + Ikan Kerapu Stim Halia Sederhana + Kailan Ikan Masin 2 orang makan + Daging Masak Halia 2 orang makan+ Sambal Belacan + Timun + Telur Dadar 2 orang makan + Air Teh Ais + Neslo Ais

Harga : RM 50
 
Kalo korang tahu tempat makan yang makan banyak ni cuma RM 50 bagitau laa aku...

Korang dah makan tengah hari ker???



Friday, December 03, 2010

Pemenang Komen Terbaik @ Elissmie

Masih ingat pada entry iklan berbayar aku ? http://www.elissmie.com/2010/12/tm-everyone-connects-is-one.html

Ok, nak umum pemenang walaupun tak berapa ramai yang komen. Hadiah akan diberikan kepada ketiga-tiga pengomen :)


Pemenangnya ialah :-









Dinas Aldi dengan komennya :-


ohhh "youth-oriented website", seronok le yg muda2 tu. yg 'perasan muda' macam i ni boleh tak? kehkehkeh! :D

Percuma Iklan disidebar 125 X 125 @elissmie.com selama sebulan

Kalo ada banner sila emailkan pada elissmie[at]gmail[dot]com yer. 



2 lagi pengomen , juga menerima Seminggu tambahan percuma iklan disidebar yer :)
Memandangkan memang dah ada beriklan disidebar :)

iaitu







Terima Kasih sebab rajin mengomen yer :)



Macam mana nak update belog melalui email ?

Hari ni aku tolong Anje setkan password dia untuk dia publish belog melalui email sebab blogger dia dah kena block kat ofiz.Alahai.Semua nak block yer.Macam mana lah nak jana idea kreatif macam ni?? hahahaha :p

Untuk korang yang tak boleh update belog melalui blogger tu, try lah guna teknik ni :)

Tutorial macam mana nak update belog melalui email

1. Log in  blogger  dulu , Then pergi Settings ->Email & Mobile. Tengok kat Posting Options tu.
Username dah ada kat situ, SecretWord yang kena masukkan.
Pilih Publish Email immediately.
Kalo nak draft ajer, Save emails as draft post.Lepas tu Save Settings.















2. Boleh laa korang cuba.Guna Gmail ker, Yahoo Mail, Hotmail ker, company email ker , semua boleh bahhh :) Aku dah try semuanya .Gambar kalo nak masukkan gambar, add  attachment lah. Subject email adalah tajuk entry korang lah.















 3. Entry korang akan terpapar seperti berikut , Tadaaa :)








Nota:

* Kadang-kadang program e-mel menambah teks ke bahagian bawah setiap mesej yang dihantar, so, untuk mengelakkannya, korang kena tambah #end pada akhir entry korang !!

Selamat berbelog yer dan update belog bukan lagi alasan kepada sesiapa yang blogspot dia kena block kat ofiz  :)

Source : here



Pisang Kaki, bukan sebarang pisang...

Korang dah makan pisang kaki? Pisang tapi bukan bentuk pisang. Sebab aku terliur sama Puan Azura, aku telah membelikan untuk diri sendiri 5 bijik pisang kaki kat Tesco.Sekarang ada promosi 70 ¢ sebiji tak silap aku lah.Ker dah abes promosi erk? :p Korang pergi la check sendiri yer :)


Ni hah Pisang kaki yer Puan Azniza :p


Kulit perlu dikopek, jangan ditelan.Ala-ala makan buah ciku aku rasa tapi lagi crunchy dan lebih manis berbanding ciku.Biji pun ala-ala buah ciku jugak.Tapi ada jugak yang tadak bijik :)


Apa khasiat buah pisang kaki ni ? Mari kita google yer adik kakak abang sekalian.


Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.

Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

credit to : source

 Korang suka tak makan pisang kaki ? Dah pernah cuba ke belum?

p/s:



*Komen terbaik untuk entry INI akan menerima iklan di sidebar elissmie.com selama 1 bulan !!Cepat komen sebelum pukul 3.00 petang ini yer :)  


My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Thursday, December 02, 2010

TM EVERYONE CONNECTS is ONE

* This is sticky mode entry for 24 hrs. Entry terbaru yang lebih hangat ? Skrol bawah yer :)

p/s: Komen terbaik untuk entry ini akan menerima iklan di sidebar elissmie.com selama 1 bulan !!

Telekom Malaysia Berhad’s (TM) youth-oriented website www.everyoneconnects.net recently celebrated its 1st anniversary with a fresh look and feel as well as the introduction of new features and applications.

To commemorate the first year of Everyoneconnects, TM celebrated the occasion with various exciting activities in collaboration with Sony, Universal Music and other partners. Among the activities were PS3 competitions, balloon busting event, a birthday celebration for EveryoneConnects, an online gaming face-off with pro-gamer Summer and a special performance by Bunkface. The event was hosted by Hunny Madu and Ben from Flyfm, who hyped things up with their funny antics and lively banter with the crowd.





In their newly enhanced website, people will be able to interact with new people within the Everyone Connects online community.Here are some of the cool features of the site. Do give it a visit to experienced it yourself :) - http://www.everyoneconnects.net

Among the features of the newly-enhanced website include the Stadium, the Jamming Garage, Open House and Sini Maa, representing diverse communities and interests of EveryoneConnects’s fans.

Stadium



The Stadium is designed as a sports locker room. Fans will be able to access news, highlights, interviews and videos from Manchester United TV (MUTV). There is also a game play board chat room for fans to interact with each othe


The Jamming Garage


The Jamming Garage emulates aspects of a garage music studio. This studio features “Camp Bunkface”, where fans can get all the information they need about Bunkface, listen to their songs and watch video previews as well as exchange music information.


Sini Maa



Sini Maa is a playful webpage for movies. This webpage highlights movie trailers and videos available on Hypptv (UniFi), and Hypp.tv (web channels) including video clips from Pilih Kasih, the acting reality program sponsored by TM. The webpage also features Movie Buzz, a chat room for film buffs.


Open House




To provide further opportunities for fans to connect, communicate and collaborate, Open House is the perfect place for fans of Everyone Connects to extend various messages and wishes for birthdays, festivals and celebrations. The Open House is designed to appeal to all Malaysians and features video wishes, a wish board called Spread Some Love, and a selection of personalized e-cards for the user’s selection.


For more information on TM’s EveryoneConnects campaign, visit www.everyoneconnects.net. For further details on TM, visit www.tm.com.my.

Gigihnya aku nak menang IPhone , korang doakanlah yer :p

Last week, masa aku baca Harian Metro, terperasan dengan satu peraduan ni. Peraduan Kotex Padan & Menang.Lagipun aku memang pengguna Kotex yang tegar sejak sekolah lagi.Dan sekarang sedang try pad jenama yuna-adibah tu :p Libresse tu :p


 Hadiah yang bakal dimenangi.Kalo tak dapat IPhone, dapat Netbook atau Ipod Nano pun orait dah..hehehehe

 Apa yang penting, kena ada lah satu polibeg Kotex dari mana-mana jenis yang ada yer.


Ini penyertaan pertama..Ada 3 lagi belum submit..hehehe.Tu jer lah polibeg yang ada lagi pun..Kalo ada orang nak bagi aku polibeg tu, aku terima nikahnya :p especially bebudak ofiz aku yang tengah baca belog aku ni hah..hehehe


Kalo korang nak join sama boleh tengok syarat-syarat dekat sini http://www.kotex.com.my/promotions/Padan-Menang/terms.aspx

Maklumat lanjut layari : http://www.kotex.com.my/promotions/Padan-Menang/Default.aspx

Borang peraduan pulak boleh dowload ajer dekat sini selain boleh dapatkan dari Harian Metro :-

Borang Peraduan Kotex Padan & Menang Versi Bahasa Melayu
Borang Peraduan Kotex Padan & Menang Versi Inggeris
Borang Peraduan Kotex Padan & Menang Versi Bahasa Mandarin

Kalo korang tak nak hantar, doakanlah aku menang salah satu hadiah yer :) Amin..Tadah doa sekarang !!
Keji tak , keji tak??

Wednesday, December 01, 2010

Makan roti bakar hujan-hujan....

Dah lama gila aku tak makan roti bakar. Ntah bila last aku guna sandwic maker ni pun aku dah lupa.Sampai terlupa yer jugak pasal sandwic maker ni..hahahaha.Saper erkk yang bagi.Hadiah masa kawen ni.



My beloved sandwic maker.

 

Masukkan roti dan dan satu slice keju chesdale :)
Hasilnya... adalah...


Terbaik dari ladang..Best makan panas-panas.

Dengan keju nya lemak berkrim dan disukai ramai..hehehe.Keji tak? Nasib badan..hehehehe

Korang suka makan roti bakar ?? Dah breakfast ker???



Tuesday, November 30, 2010

Advertiser @ Elissmie | Mari Kelih Store

Advertiser keempat di belog aku adalah belog bisnes iaitu Mari Kelih Store ! Terima Kasih daun keladi yer :)

Tempoh pengiklanannya di Elissmie.Com adalah selama 3 bulan dan berharap dia berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan mendapat hits yang baik dari belog aku ni serta mendapat ramai pelanggan yer :)

Mari Kelih Store menawarkan pelbagai barangan, antaranya ialah Hanger Tudung dengan harga yang berpatutan Tak percaya??Mari kita menjamu mata dengan produk dari Mari Kelih Store ni.

Produk yang menarik untuk dikongsikan kepada korang adalah :-

Hanger Tudung

Bosan gantung tudung dengan cara lama ????
Kini  tudung anda kelihatan kemas tersusun rapi di dalam almari dengan Hanger Tudung ala-ala IKEA gituhhh :)
 Kod item Hanger-006
- Mempunyai 28 (7x4) lubang
- Boleh digunakan untuk semua jenis tudung (tudung bawal, awning & shawl)
- Pelbagai warna * namun tertakluk kepada stok *
- Harga : RM30 RM25 satu (sekali kos penghantaran)
- Dapatkan harga RM20 satu dengan pembelian minimum 5 set hanger
- Penghantaran akan dibuat pada setiap hari Isnin sahaja so cepat dapatkannya!!!
- Harga borong untuk setiap pembelian 10 ke atas!!


Item no. Hanger 001 (RM10/10 pcs)
pembelian > 5 set pada harga RM8/10 pcs

Item no. Hanger 002 (RM14/10 pcs)
pembelian > 5 set pada harga RM10/10 pcs

Item no. Hanger 003 (RM5/10 pcs) untuk pembelian 5 set hanger

sila email zailamohamad@yahoo.com atau terus isikan borang pesanan di bahagian bawah blog tersebut yer.
Nak lagi menarik , sepanjang MARI KELIH STORE beriklan di elissmie.com, korang yang membeli mendapat penghantaran percuma ok  tapi kena cakap tahu dari belog elissmie.com yerr!! Cepat dapatkan hanger tudung yang stylo ini sekarang !!!


Untuk berkongsi blog badge dengan Mari Kelih Store seperti berikut :-

until 7 Mac 11










Kepada sesiapa yang berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan dengan belog aku ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya .
Kat sidebar lagi :)Boleh klik disini.

p/s: 

Banner Mari Kelih Store ni dari Elissmie.com. * Banner diberikan PERCUMA JIKA TIADA

Atau pun ingin bertukar banner dan link secara PERCUMA dengan blog aku, boleh klik disini .


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)