Showing posts with label giveaway. Show all posts
Showing posts with label giveaway. Show all posts

Friday, June 06, 2014

Beg jualan amal ,Oat Chocolate Choco dan UiTM Fridge Magnet Giveaway !!

Assalamualaikum. Salam Jumaat, penghulu segala hari . Sekejap ajer sekarang ni seminggu ke seminggu. Minggu ni ada jualan kat bawah ofiz saya ni atau PPP ( Pesta Perabis Pitis). Ada satu tu jualan amal oleh pelajar UiTM. Diorang dapat barang-barang sponsor, so diorang jual balik untuk kutipan amal. Bagus juga idea mereka ni kan. Saya turut bagi sokongan atas inisiatif mereka. 


Inilah barangan yang ada dalam beg amal diorang. 9 barang semuanya iaitu majalah Anjung Seri, Jelita , Deodorant Syahirah, 2 pek Sabun Top, Perapi rambut Safi Shayla ( nanti saya review produk ni yer ) , Cip Ubi Kayu , InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu, dan sabun mandi. 

Cuba teka berapa harga beg jualan amal ini ? 

Pemenang akan menerima , satu Fridge Magnet UiTM . Korang boleh teka banyak kali tapi cuma tekaan yang tepat dan betul paling awal akan menerima FM ini ( seorang pemenang sahaja) . Jika tiada jawapan tepat, jawapan hampir tepat yang paling awal akan menerima FM ini. Undian di tutup pada hari Isnin ( 9 .6) sebelum jam 1.00 tengah hari ! Selamat meneka you'ollss !! - TELAH DITUTUP. DAH ADA PEMENANG :)



FM UiTM untuk dimenangi..UiTM Sentiasa Dihatiku ...

p/s: 



Ini pulak kegilaan terbaru my hubby, anak-anak and me :) Oat Chocolate Choco ni hubby yang belikan . My hubby beli kat BHP Petrol RM16.Padahal orang jual RM11-RM12. Punyalah tak masuk akal harganya...Sebelum ni saya tak pernah cuba pun. Rupanya sedap jugak. Agak-agak boleh tak turun kolestrol saya ni ? hehehe. 


Jom dapatkan barangan tupperware disini, boleh beli kat sini yer :)
Nak jalan hujung minggu dengan kereta berkilat, jom cuci kereta di Tip Top Services Auto Spa @ Seksyen 7, Shah Alam ok !


Tuesday, September 10, 2013

Pemenang FM London dan koleksi terkini FM Legoland dan Upin & Ipin

Hari ni lambat sket bersiaran sebab pagi tadi ada training lak. Tapi sorang jer anak muridnya.Esok lak teman hubby cuti sebab nak settlekan pertukaran nama bil-bil . Mak aih banyak jugak dokumen sokongan yang diperlukan untuk tukar nama pada bil. Dah la banyak bil. Tu lah, dah nak masuk 2 tahun pindah baru ada kesedaran nak tukar nama pada bil.Semoga urusan esok berjalan lancar lah dan sempat tengok wayang. hahahaha


Jom la layan koleksi FM terbaru yang ada pada peti ais rumah saya tu :-


 Ni FM Legoland dari orang yang balik legoland.hahaha. Boleh macam tu ?



2 koleksi FM Upin & Ipin sebenarnya untuk my Nuha. Tapi dia pun memang tak usik bila dah tampal kat peti ais ni. Skang adik dia pulak duk usha peti ais tu. Nasib baik lagi dah lekatkan yang seramik kat bahagian atas. So selamat sket jenis FM getah ni kat bawah.



Ni FM London yang bakal diterima oleh seorang pemenang bertuah. Jom kita tengok siapa yang bertuah...


 Dan pemenangnya ialah : -


Ms Haslina, Mohon Emailkan Alamat kepada elissmie@gmail.com yer :) 


Monday, September 09, 2013

Galaxy Mega, hadiah hari lahir dari my hubby

Ni kali ketiga rasanya saya dapat hadiah handphone sempena hari lahir dari my hubby.  Tapi kali ini berbeza sket sebab smartphone. Survey yang lain dapat yang lain. My hubby cakap,bukan siapa pun isteri dia jugak. Tiz Zaqyah dah beli sendiri. Sabar jer la statement yang last tu . huhuhu 




Welcome to my life baby pink :p


Galaxy Mega , handphone termahal selepas Nokia 3210 . Yang tu beli dulu RM1K jugak sebagai hadiah untuk diri sendiri sebab Anugerah Dekan masa diploma Sains Komputer semester 1. #Nostalgianya

 

Masih terkial-kial nak mengadaptasi diri dengan baby pink ni. Nasib ada sifoo , Ad nak tanya apa yang patut. Ingat nak beli Samsung Grand sama macam dia :p 

Test amik gambar dulu...


 My Nuha

My Nayla

My hubby ??? yilleek :p Apapun, terima kasih sayang untuk hadiah ini.


Ni hadiah hari lahir dari Puan Saemah :)

 Ni hari lahir dari Kelab Prokom, kelab ofiz saya. Terima kasih :)
Hadiah bikin gemok ;p

 Terima kasih kepada semua yang wish birthday untuk saya :) 

p/s:

Yang masih belum, boleh klik sini. Sekali wish ajer. 1 FM London menanti untuk dimenangi untuk yang bertuah sebelum
 12.00 PM 10 September 2013 .

Friday, September 06, 2013

Wanita Paling Cantik Pada Usia 31 Tahun katanya

Lama nak tunggu publish entry ni. Tak silap saya baca artikel ni masa tu baru 28. hahaha. Gigih google .Akhirnya jumpa jugak artikel berkaitan Wanita Paling Cantik Pada Usia 31 tahun. Tapi definisi cantik tu luas skopnya. Bak kata seorang teman, tak kan lah hodoh sampai tak lalu nak makan kan ? :p

Kajian yang dilakukan di London mendapati wajah seorang wanita yang paling cantik akan lebih terserlah ketika dia berusia 31 tahun. Kajian ini juga mengatakan beberapa wanita dalam lingkungan usia awal 30-an kelihatan lebih menarik,bergaya dan berkeyakinan tinggi daripada wanita yang lebih muda.

Seramai 2,000 lelaki dan wanita terbabit dalam kajian ini.Hasil kajian itu mendapati kecantikan mempunyai kaitan dengan penampilan diri dan personaliti seseorang. 70% mengatakan kecantikan dinilai berdasarkan keyakinan, 67% memilih rupa paras yang cantik dan 47% memilih gaya seseorang.-Agensi



Hari ni genap usia saya 31 tahun. Tak sangka cepat masa berlalu. Dari seorang bayi, kanak-kanak, remaja , isteri orang dan tak sangka pada tahun ini sudah bergelar ibu kepada 2 princess :)

Jom la layan gambar-gambar minggu ni jamuan hari raya edisi last minute, jabatan saya, kelab jabatan saya dan jabatan kawan-kawan yang lain :)  

 Cantik tak kak ton ? lalalalarikss :p

Ni majlis jamuan raya jabatan saya , mengikut rumah sukan. Rumah kami dapat no 2. 

 
Rumah biru, no 3

Rumah Kuning, no 4


Dan ini rumah yang menang no 1, rumah Ad . 



Bersama geng rumah merah dan Kak Ray yang dah bersara memeriahkan suasana :)

 Geng rumah merah yang menjayakan deko kali ini :)


Ni jamuan di jabatan saya. Team kami order sate jer.


Ni jamuan jabatan pembangunan aplikasi. Siap ada nasi arab tu. Terbaik

 Eh, tak der lak gambar kat jabatan sendiri..ni hari yang sama


Siapa berusia 31 tahun tahun ni angkat tangan ?? 

Yang masih belum wish utk birthday saya . Sekali wish ajer. 1 FM London menanti untuk dimenangi untuk yang bertuah sebelum
 12.00 PM 10 September 2013 .



Jom dapatkan barangan tupperware disini, boleh beli kat sini yer :)
Nak jalan hujung minggu dengan kereta berkilat, jom cuci kereta di Tip Top Services Auto Spa @ Seksyen 7, Shah Alam ok !


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)