Showing posts with label PPTM:D. Show all posts
Showing posts with label PPTM:D. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

Photoobok Percuma dari Photobook Malaysia dan Pixajoy

Hari ni ada training Object Oriented Programming (OOP) With Coldfusion oleh Anak Perak :p Lambat sket bersiaran hari ni . Pagi tadi lak ada presentation kumpulan kami untuk KIK ( Kumpulan Kreatif Inovatif) . Harap dapat lah mewakili ofiz untuk peringkat seterusnya . Masih ingat promo photobook percuma hari tu. Dua-dua saya dah redeem dan dua-dua sudah selamat sampai . Jom tengok koleksi photobook saya yang terkini. Kalau tak ingat , boleh baca balik kat sini 


Yang sebelah kanan dari photobook Malaysia dan sebelah kiri dari pixajoy.
Perlu bayar kos penghantaran sebanyak RM8 sahaja..Berbaloi-baloikan ? 


Jom tengok antara photobook proof yang telah dihantar ke Pixajoy untuk dicetak . Gambar yang dihantar ni masa pergi Waterworld i-City, Shah Alam tahun lepas. Tapi tak banyak sangat gambar , letak jer mana-mana yang tak berkaitan..Kualiti kertas memang terbaik sebab glossy paper dan hasil pun ok. Begitu juga dengan photobook dari Photobook Malaysia memang Ok sebab gambar diambil dengan DSLR. Tak edit pun dah ok. 







Ni cover depan & belakang

Korang dah ada photobook dari Pixajoy ? 

p/s;

Dapatkan photobook pixajoy RM10: Mini Softcover Square Photobook / RM39: Cheap n Chic Softcover Photobook / RM52: Cool Imagewrap Portrait Photobook / RM62: Single Window Die-Cut Hardcover Portrait / Landscape Photobook (FREE Delivery*)  https://www.livingsocial.com/deals/1137389-36-40-pages-softcover-hardcover-photobook

Friday, April 18, 2014

Lunch @ Noodle Station , SACC Mall,Shah Alam dan Kursus Laravel Framework

JJCM @ elissmie.com hari ni di Noodle Station, SACC Mall , Shah Alam . Ini kejadian dua minggu lepas. Walaupun dah bersara, kitorang tetap keluar bersama juga kalau Kak Ema ada kelapangan . Jumpa hari tu sebab nak bagi ole-ole dari Guilin yang saya tayang hari tu kat sini. Lepas ni nak kemana pulak yer Kak Ema. Jangan lupa fridge magnet tau..hehehe

Tayang gambar AD & Kak Ema tengah duk order makanan. Gambar sendiri tak tersnap :)


Ruang makan di dalam Noodle Station. 

Ni Kak Ema punya. Kuey Teow Seafood
RM 10.90

Ini ad punya. Wantan Noodle Seafood Tomyam Seafood 
RM10.90

Ni saya punya. Wantan Noodle With Smoked Black Pepper Drumstick
RM10.90 . 

p/s :

Rasa boleh tahan lah. 3 bintang. Tapi bekas yang dibagi ( mangkuk) memang tak sesuai lah nak makan ayam tu kan. Nasib baik kak ema sound tepek kat orang tu dan bagi pinggan lain..hehehe.Makanan diterima agak lambat jugak sebab order makanan berasaskan mee jer kan. Mungkin hari jumaat ramai orang. 


Yang penting halal - sumber fb https://www.facebook.com/springynoodle

Korang pernah cuba makan di Noodle Station ? #jjcm

Alamat : 
Sacc Mall 3f-02 Jalan Perbadanan 14/9, 
Sacc Mall, 40000 Shah Alam 
Telefon: 03-5518 0800


Hari ni hari terakhir kursus Web Application Development With The Laravel Framework. Tak sabar tunggu projek baru guna teknik terbaru yang lebih ringkas ni..hehehe. Tak sabar sangat ( tangan di bahu mata ke atas ) . Dapat tambahan softtoy gajah PHP yang comel lagi, selain makan free dan pendrive..hehehe


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju 

Thursday, April 10, 2014

Kursus OOP With PHP AND MySQL dan Fridge Magnet dari Guilin, China

4 hari ni ada kursus Object Oriented Programming With PHP AND MySQL untuk memantapkan skill dalam bidang programming. Buat kat makmal kat ofiz saya ni jer. Nak kata faham sangat tu tak adalah tapi bila tengok contoh yang dibagi tu boleh la faham. Maklumlah sebelum ni duk ngadap programming lain. Sepanjang berkhidmat ni memang tak pernah buat projek PHP . Mungkin lepas ni la kot kan boz. hahaha



Kursus ni best jugak. Selain makan free, dapat pen drive free 8GB..hahaha


Siap ada majlis penyampaian sijil lagi. Bertambah bilangan sijil. 



Nak tayang FM antarabangsa mak yang terbaru dari Gui Lin beserta keychain beruang panda yang comel sangat tu. Terima kasih Kak Ema. I love you lah :)

Guilin is a prefecture-level city in the northeast of the Guangxi Zhuang Autonomous Region, People's Republic of China, situated on the west bank of the Li River, and bordering Hunan to the north.


Monday, November 25, 2013

Gaji masih belum masuk , Fridge Magnet dari Kelantan dan Bahaya Fridge Magnet itu AUTA

Sungguh hangen hari ni sebab dikala semua sahabat sedang bergembira menikmati gaji tetiba gaji saya tak masuk lagi. Aduhai.Kehadapan staf Bank Islam yang bercuti tu silalah beramanah dengan amanah kerja yang diberikan. So hari ni yang mana gaji masuk melalui Bank Islam (UiTM sahaja :p ) silalah bertabah seperti saya.Nasib baik tak pergi cucuk lagi , baru tengok online. Kalau tak buat malu ajer traksaksi tidak berjaya .Ok lah, saya lebih kaya seribu dua dari orang yang gaji hari ni. Sebab mesti diorang tu tengah bayar hutang, licin sekelip mata. Positif sangat padahal macam nak menangis. Garlic Keeper Tupperware dah order ni .

Update : GAJI DAH MASUK !!! YAHOOO !


Tapi nasib baik hari ni ada pengubat duka, fridge magnet dari Kelantan.Terima kasih Ad. Bagi sahabat yang mencari fridge magnet di Kelantan boleh cari dekat Pasar Siti Khadijah. 

Hari tu dapat fakta ker auta tak tahu lah berkenaan dengan keburukan fridge magnet.Rasanya lama dah email tu diorang duk forward2 dari tahun 2010 tak silap saya.  Tapi saya bertawakkal kepada Allah . Yang pasti mati itu pasti. Sekali hari ni baca satu artikel http://www.hoax-slayer.com/122-12.shtml  So kawan-kawan marilah kita mengumpul semula fridge magnet di peti ais korang tanpa ragu-ragu :p


AUTA : Satu kajian dari Princeton University telah membuat penemuan yang menakutkan akibat dari kesan magnet yang dilekatkan pada pintu peti ais anda, boleh menyebabkan makanan yang anda makan mendapat kanser.

FAKTA : However, I could find no credible evidence whatsoever that confirms the claims in this warning message. There is no record of a study like the one described being conducted at Princeton University. I contacted Princeton University to enquiry about the supposed study and received the following reply from a university spokesperson: We appreciate you informing your readers that this e-mail is a hoax. In fact, despite extensive research, I could not find any record of such a study being conducted at any major university. To confirm, we are not aware of any such research affiliated with anyone at Princeton and unfortunately we do not know where or why this e-mail chain started.

Korang dah gaji ker ? Ada koleksi Fridge Magnet dari Kelantan ? 



Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru , Cikgu Eliss

Entry nostalgia hari ni. Masa tengah belajar kat UiTM Dungun dulu, saya pernah jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) masa cuti semester. Dapat lah duit poket sket kan sebab sebulan jugak jadi cikgu. Tak silap sehari dapat RM27 macam tu. Kebetulan pertengahan masa kerja tu  hari guru. So merasalah sambutan hari guru kat sekolah dan dapat hadiah dari murid-murid tahun 2 yang saya ajar tu sebab saya guru kelas. Darjah 4 pun ada saya ajar, ada jugak yang bagi.Seronok jugak dapat banyak hadiah walaupun kecil tapi besar nilainya bagi saya. Terharu pun ada sobss...Skang kalau jumpa dengan murid-murid saya dulu, ada yang still panggil saya cikgu :) Dah ting 5 diorang skang ni dan dah ada yang masuk universiti.
 
p/s:
 
Tapi lepas pengalaman jadi cikgu ni, saya terus tak minat nak jadi cikgu yang mana itulah cita-cita pertama saya. hahaha. Tapi kerja saya skang yang mana merupakan cita-cita saya jugak pulak dipengaruhi oleh cikgu saya jugak sebenarnya , Cikgu Zainab :) Guru komputer saya di MRYT-MRA Dungun dulu. Terima kasih cikgu !
 
 
 
Apapun, SELAMAT HARI GURU kepada semua guru saya :)Terima kasih untuk segalanya....
 
Korang pernah jadi cikgu ?


Day 4 @ Iverson, Centre Point Damansara - Programming in Visual Basic with Microsoft® Visual Studio® 2010

Tips of the day : Useful websites for programmer
MSDN

My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, May 14, 2013

Bersiaran dari Damansara Centre Point, Aaron Aziz jumpa tak?

Ad harap boleh jumpa Aaron Aziz macam hari tu :p Tapi nan hado :p

 

Skang tengah kursus Programming in Visual Basic with Microsoft® Visual Studio® 2010 @ Iverson dari Isnin sampai Jumaat.

Niza, kalau ko ada lagi di Shah Alam, confirm ko pun sama kena kursus kat sini seminggu :p




My Nuha | Aku Bukan Chef

Monday, April 29, 2013

Pencarian Kasut Kedua, Kasut Pengawas dan FM Bandung

Akhirnya pencarian kasut kedua berakhir di Plaza Alam Sentral. Nak cari kasut yang harga kurang RM150,  sekali semua kedai tengah buat sales. Kasut yang harga RM100 pun boleh dapat RM50. Tension pun ada. hahahaha. Berlagak ! Last- last tadak pilihan , saya pilih jer la kasut yang ni.

Macam kasut pengawas kan ? Belasah jer lah.Nostalgianya :)
Saya pernah jadi pengawas sekolah masa sekolah rendah dan sekolah menengah.


Korang pernah jadi pengawas sekolah ?


Ni ole-ole dari Bandung yang Ngah saya bagi, baru balik bercuti dengan family dia kat sana.

Request FM siap-siap dari Bandung :)


Koleksi terkini FM saya :) yeehaa...


My Nuha | Aku Bukan Chef

Friday, April 26, 2013

Yang best sekali , programmer pun boleh claim kasut :p

Ini kesinambungan entry semalam lah. Walaupun menjalankan tugas-tugas pengkeranian sebagai salah satu tugas, kami pun diberi peruntukan untuk shopping kasut sebanyak RM300 dan baju uniform 3 pasang. hahahaha .Syarat untuk kasut adalah kasut hitam dan bertutup serta tidak melebihi RM150 sepasang ( kalau lebih tambah duit sendiri kalau kurang rugi duit :p )

Makanya, hari ini adalah misi mencari kasut. Pencarian kasut di AEON Bukit Raja , ada sales 15% sempena hari ibu .Yang bukan ibu pun  boleh menikmati sales ini. Oh tersilap info, rupanya bulan member, bukan hari ibu sampai 1 April.Satu ajer kasut yang berkenan dijumpai dengan bajet yang terover sedikit...



Pelbagai pilihan kasut menarik yang ada tapi memang tak der lah yang ngam-ngam RM150. Terlebih atau terkurang. Pilihlah sendiri ;p




Tayang-tayang kaki dulu . Terima kasih kepada model kaki tidak berbayar :p
Kasut saya yang berkenan tu yang berkilat ada riben tu tapi tinggal yang display ajer dan loose sket :((



So saya pilih yang ini. Ini kasut saya, comel bukan ?



 Korang boleh claim kasut ? hahahaha . Berlagak ! #aptb




Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  
Hantar ke 39111[klik]
 
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]

Thursday, April 25, 2013

Programmer pun buat kerja pengkeranian tau, bukan cikgu sahaja :p

Bukan cikgu jer Am kena buat kerja pengkeranian, programmer pun kena jugak . hahahaha. Hari ni hari kedua kursus joomla. Bestnya kalau ada hosting sendiri, boleh praktiskan ilmu hari ni. Ada orang nak sponsor hosting ker ? ( batuk sambil jeling eyriqazz)  hahaha


Nasib baik mesin fotostat canggih ni boleh terus stappler dokumen yang difotostat...

Esok ada User Acceptance Test (UAT) utk sistem yang aku bangunkan tahun lepas ;p
 Berjaman baru nak UAT.


Setengah jam jugak saya melangut depan mesin fotostat :p

Selamat tinggal rambut bermasalah..Klik sini untuk penyelesaiannya... 


Diakhiri dengan kartun kegemaran my Nuha, Chibi Maruko Chan ! #aptb

Korang pernah buat kerja pengkeranian ?



My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, October 16, 2012

Air tangan suami dan Workstation baru

Dah beberapa hari guna workstation baru. Ok, bukan workstation ibu mengandung. Yang tu masih sama lagi. Akhirnya pc yang telah berkhidmat kepada saya selama 5 tahun lebih ni, terpaksa digantikan atas desakan bos saya. hahaha. 


Saya sket punya sayang workstation lama sebab macam-macam dah software yang saya install untuk memudahkan kerja-kerja kat ofiz ni . Nak kena carik installer pulak satu hal. Hangen satu badan. Dulu , dah install main delete jer installer. Lagi satu padan muka, saya buat backup hari sebelumnya, dan dengan  confident gila saya pergi delete semua fail asal kat dalam pc yang memuatkan fail-fail sepanjang perkhidmatan saya. 

Tapi mujur fikiran masih waras ( padahal dah menangis sebabak sebelum tu.hahaha) dan google nak dapat fail tu balik. Rupa-rupanya , zaman dah semakin canggih, fail tersebut dapat diselamatkan dengan software Restoration even dah empty trash ok dengan syarat baru didelete lah. Lama-lama memang tak boleh jugak la ! [ boleh download kat sini ]



Selamat datang workstation baru, lenovo. Semoga dapat berkhidmat dengan jaya.
Apsal window ni asyik tertutup sendiri ye? Apa pulak tak kena dengan kau ni..


Selamat jalan romeo ! Eh, workstation lama  !

Ok, nak cerita bab air tangan suami pulak. Semalam saya request nak makan roti goreng telur bawang lada [ resepi disini] air tangan suami. Suami layankan saja isteri dia kan. Petang tu , saya siap-siap beli bahan-bahan untuk my hubby beraksi didapur.

My hubby tengah buat sentuhan terakhir.

Tadda, our dinner last night ! Roti Telur Bawang Lada.
My hubby cakap, roti sempena anniversary ke 5 :)
Terima kasih sayang !

Ni side dishes ajer, saya goreng nasi goreng cina ajer malam tadi, konon nak bagi nuha makan, last-last semua makan sebab banyak , harung bawak bekal pi ofiz pagi ni. Begitu jugak dengan roti :)

 Jarang dapat makan hasil air tangan suami ni kan, setuju para isteri ?hahaha


My Nuha | Aku Bukan Chef

Thursday, July 26, 2012

Bonus Kakitangan Awam Separuh Gaji, 9 Ogos kan?

Semalam masa tengah basuh pinggan lepas berbuka, hubby cakap "Syg, PM bagi bonus raya separuh gaji" . Alhamdulillah rezeki :) Tengok kat TV3 semalam 9 Ogos ni akan dibayar. Boleh buat beli baju raya dan bayar biskut raya. Harap-harap cukuplah. Jangan pulak terguna gaji bulan depan sudah sebab ianya akan dibayar pada 13 Ogos. Selang berapa hari jer kan. Dah nak menunggu gaji seterusnya 25 September tu, harus bengkok lutut kalau terusik gaji 13 Ogos tu. 


Alhamdulillah, rezeki Abah saya yang juga bekas kakitangan awam , so dapatlah RM500. Cukuplah dari tiada yer. Lagipun duduk berdua jer , melainkan nak bagi duit raya kat cucu-cucu ni kan. Dah lah bertambah cucu lagi seorang tahun ni. Alhamdulillah, adik ipar saya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 1 Ramadhan yang lalu jam 4.32 pagi. Nama belum ada lagi. Baby pun tak dapat keluar lagi, masih dalam NICU sebab hari tu masa lahir baby lambat menangis so masih dalam pemantauan dan ada kuning sket. Tak sabar nak tengok anak saudara saya yang terbaru tu.Harap-harap baby cepat keluar. Doakan untuk anak buah saya yer :)

Persiapan raya semua tak siap lagi. Tema pun tak decide lagi.Cuma kuih raya ajer dah siap. Kuih tunjuk-tunjuk dengan ofiz mate. Order jer sesedap rasa, bila kira hampir RM200 jugak untuk dua buah rumah, mertua dan mak saya. Rumah saya ? Saya kidnap la nanti kuih mak pulak.


 p/s:

Tokki, tahun ni, ada duit raya ker ? hehehehe 


Macam mana persiapan raya korang ?

p/s:

Hari ni sahur makan kurma dan air kosong ajer. Muntah jugak tapi kurma selamat dalam perut tak keluar. Muntah air ajer.Lepas ni boleh la makan kurma jer hari-hari untuk sahur.



Wednesday, July 04, 2012

Dah cuba KFC Flaming Crunch? Pedas sangat ke?

Minggu lepas,dapat voucher makan KFC percuma kan, so berpeluang mencuba menu baru di KFC. Saya pesan menu FC Snake Plate Combo. Cuma kena tambah RM2.85 sahaja :) Save budget mak ! Masa saya gigit bahagian kulit ayam tu, terasa kepedasan dia, lagi pedas dari hot n spicy tapi bila rasa ayamnya, tidaklah sepedas mana. Mungkin adunannya tidak diperap lama sebab tidak sebati , rasa kulit dan isi ayam memang berbeza.Tapi ok lah, saya pun tak suka sangat pedas-pedas ;p Kan, mahu berlaku lagi tragedi basuh ketam seperti dirumah my MIL dulu ;p Tapi ayamnya kurang berminyak berbanding hot n spicy. Bagus jugak !


Voucher yang saya dapat RM10. 



Harga hidangan ni RM12.85 termasuk tax !


Apa pendapat korang pulak tentang KFC Flaming Crunch ?


Centrepoint Bandar Utama
G115, Ground Floor Centre Point,
Bandar Utama Petaling Jaya 46000 Selangor

Kalau korang berminat nak beli Voucher KFC online, klik sini :www.myonlinevoucher.com.my

p/s: 

Lepas ni bakal bergelar programmer ColdFusion lah pulak nampaknya yer :)



 

Friday, April 20, 2012

Secebis penghargaan pun, buat kita seronok sepanjang hari kan?



Bukan wang ringgit atau hadiah yang didamba, secebis penghargaan pun buat kita senyum sepanjang hari :)

 

Tapi kalau dapat cek sekeping walau kecil nilainya, lagilah mampu buat kita senyum sepanjang hari jugak,
 nak-nak akhir bulan ni kan :)

Setuju ?

 Edisi Less Words di elissmie.com


Jamie Oliver ajak ai pergi London you..matik lah perasan :p 



p/s:

Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dengan harga istimewa , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Tuesday, March 27, 2012

Berpindah ke UiTM Johor, Farewell Lunch @ Tirai Ratus, Sekyen 3

Bukan me yang akan berpindah ke UiTM Johor. Ofiz mate kitorang, cik Azida. Single but not available :p So kami meraikannya dengan makan-makan di Tirai Ratus, Seksyen 3 yang pernah me story seperti kat sini.So ni kira episod jalan-jalan cari makan jugak lah yer tapi versi ulang tayang :) Dulu satu pintu kedainya, sekarang tambah lagi satu pintu. Semoga terus maju lah yer :)


 Sebelum ke sana, singgah dulu kat King's Confectionary, Seksyen 7 untuk beli kek.

Macam dari US pulak kan. Tapi from us(kami) jer :p



 

Sempat pulak me amik 6 ketul portugese egg tart kegilaan seisi keluarga ;p 
2 ketul free sebab guna kupon.



Yang diraikan yang tudung purple tu :p Lupa nak snap masa potong kek !
Selamat bertugas di tempat baru dan dapat BOZ baru. Hazami  :)

Beriani Kambing for me , RM12.50

Lemon Ais

For reservation :
Tirai Ratus Sdn Bhd
No 10, Jalan Cendana 3/13B, Seksyen 3 , Shah Alam.
Tel: 03-5512 0000



Korang pernah berpindah tempat kerja ? 

p/s :

Me setakat tukar jabatan jer :p Lepas ni tukar lagi..Yang paling malas nak packing barang ajer :p


Wednesday, March 21, 2012

Aaron Aziz gatal belakang, Adobe Coldfusion 9 dan The Street's Cafe @Centre Point Damansara

Semalam dan hari ni ada training ColdFusion 9 kat Iverson, Centre Point Damansara. So diorang bagi voucher untuk lunch tapi area kedai makan dalam ni jer la. Semalam kami makan kat The Street's Cafe. Me order Char Kuey Teow. So kena tambah RM2 jer la. Voucher RM10 jer pun. Sekali lepas order terpandang Aaron Aziz kat belakang.Apa lagi, harus lah amik gambar bersama kan. Hahahaha. Tak der maknanya sebab semua tiba-tiba jadi pemalu pulak even aaroon aziz offer kau nak amik gambar dengan dia. Bengkek jer pandang mamat cafe ni amik gambar ngan dia :p Dia yang cakap kat aaron kami malu, sekali dia lebih-lebih amik gambar :p



So korang tengok jer la Aaron Aziz garu belakang yer :p



Harap-harap jadi programmer coldfusion berjaya laa lepas ni :p



My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, July 26, 2011

Hari ni belajar Oracle, bertambah lah bahasa programming aku :p

Petang baru update blog :p Sebenarnya hari ni aku join training Oracle :  Introduction to Oracle DB Program with PL/SQL . Adakah aku ingin menjadi developer Oracle pulak lepas ni ? Oh, tidakkk..manyak fenen :p




pic credit to : here



p/s:

Masa diploma dulu aku belajar C++, lepas tu masuk degree, belajar ASP dan XML :p

Bila kerja kena belajar Lotus Script, formula dan Java Script :p



Korang pernah belajar programming ? Language apa?


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)