Monday, March 26, 2012

Senangnya tulis rujukan APA Style dalam Microsoft Word 2010, siapa pelajar kat sini?

Hari ni busy sket sebab seluruh UiTM nak guna sistem yang me develop tu.Seluruh fakulti dalam UiTM dah kena wajib guna sistem tu. Harap diorang guna sistem tu sebaik mungkin dan tak terperam macam tu ajer seperti sesetengah sistem :p Buat penat ajer me siapkan database tapi sudahnya tak guna. Tension mak !


Beberapa hari ni kan, saya tolong kawan duk buat artikel ilmiah (berbayar bukan free :p) dan dia tu bukan kancilbiru  . Format rujukan yang nak digunakan tu APA . So banyak jugak laman web yang me jumpa yang masukkan ajer nama buku atau artikel yang kita nak tu kan then automatik dia createkan rujukan kita tapi bila kita paste dalam word tu kan, format dia macam lari sket kan.

Baru me tahu, rupanya dalam Microsoft Word 2010 , tak payah korang susah-susah nak fikir pasal format sebab dia ada feature yang boleh masukkan rujukan tu guna APA style tu. Best betul. Apsal masa me buat thesis dulu feature ni tak wujud lagi ? Jelez ok kepada pelajar hari ni.Semua mudah ;p

Ilmu yang ada haruslah dikongsi kan. Pastikan korang guna Microsoft Word 2010 atau latest version. Rasanya feature ni tak der lagi version sebelum ni atau me yang terlepas pandang ;p

Pergi Tab References 



 Klik pada Insert Citation , Add New Source. Style kat tepi tu korang boleh pilih mengikut kehendak korang. Me pilih APA Fifth Edition.


Taip semua maklumat berdasarkan source pilihan mana yang korang ada.



Lepas tu, masukkan citation tu dalam artikel. Tapi kalau nak masukkan sebagai bibliografi/rujukan ,klik jer bibliography tu.


Siapa kat sini masih belajar ? Pelajar tua mungkin :p 

hahahaha. Larikss :p
 


Thursday, March 22, 2012

Lunch @ McDonald's cuma RM1.85, percaya tak?

Hari ni kembali bersiaran dari ofiz. Maaf tidak sempat berkunjung ke blog korang selama 2 hari. Entry pun autopublished jer.Komen boleh la reply mana yang sempat. Maklumlah kos kursus 4K ++ so kenalah concentrate kan.


Sebenarnya semalam me lunch @ McDonald's sebelah Damansara Centre Point tu guna voucher yang training centre tu bagi. Voucher RM 10 sahaja. So nak bagi lebih me amik aiskrim sundae tu dengan set Double Cheese Burger tapi tukar kepada Milo Ais.



Sebenarnya kena bayar RM11.85 tapi sebab guna voucher kan.



Jimat lah kan ! Kena tambah RM1.85 sahaja. 



Mohon jasa baik korang semua LIKE kat sini yer :) http://www.facebook.com/LimTayar  dan LIKE pada entry yang me post tu kat sini  KLIK SINI
Me nak menang TAYAR :p
Insya Allah, ada hadiah untuk 3 orang yang LIKE yang akan me pick randomly  :)
Sila tinggalkan id FB korang yang like yer di kotak komen  :)
Thank You In Advance :)


Wednesday, March 21, 2012

Aaron Aziz gatal belakang, Adobe Coldfusion 9 dan The Street's Cafe @Centre Point Damansara

Semalam dan hari ni ada training ColdFusion 9 kat Iverson, Centre Point Damansara. So diorang bagi voucher untuk lunch tapi area kedai makan dalam ni jer la. Semalam kami makan kat The Street's Cafe. Me order Char Kuey Teow. So kena tambah RM2 jer la. Voucher RM10 jer pun. Sekali lepas order terpandang Aaron Aziz kat belakang.Apa lagi, harus lah amik gambar bersama kan. Hahahaha. Tak der maknanya sebab semua tiba-tiba jadi pemalu pulak even aaroon aziz offer kau nak amik gambar dengan dia. Bengkek jer pandang mamat cafe ni amik gambar ngan dia :p Dia yang cakap kat aaron kami malu, sekali dia lebih-lebih amik gambar :p



So korang tengok jer la Aaron Aziz garu belakang yer :p



Harap-harap jadi programmer coldfusion berjaya laa lepas ni :p



My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, March 20, 2012

Patung kertas, mainan nostalgia kanak-kanak saya

Siapa pernah main patung kertas ? Atau omputeh sebut Paper doll. Alah, yang patung kertas yang biasa pakai seluar kecik dan baju kecik tu :p Lepas tu kita letakkan baju dia macam nak sangkut kain gitu. 

Paper dolls are figures cut out of paper, with separate clothes that are usually held onto the dolls by folding tabs source: here


Kat kampung me, orang panggil "anak kan". Apa yang "kan" tu pun me tak tahu. Yang penting tahu main ajer. Gigih beli kat kedai Kak Yah depan rumah dengan harga 20¢ dan main dengan anak jiran sebelah rumah. Kotak rokok ayah dia jadi mangsa selalu sebab nak jadikan kereta untuk patung kertas tu. Syok habis tau masa tu. Sebab main berdua so dapatlah banyak sket koleksi baju tu kan. Memang kelakar bila ingat-ingat balik kan :)

Macam mana boleh teringat pasal patung kertas tu ? Sebenarnya, my hubby ada belikan buku untuk my nuha yang dalam tu ada patung kertas. Tapi yang ni, baju tu nak kena warna sendiri lah kan. Sejak dua menjak dah pandai mewarna ni, banyak kami belikan buku mewarna kat dia. Tapi part menggunting masih tak lepas lagi . Ummi dia dah bersungguh dah beli gunting kraf :p

 

Ni lah buku yang hubby beli. Kat MPH RM 12.90 

 Ni salah satu page dia. Pakaian dia menarik btol.

Ada 2 karektor tapi 2 patung jer :p Sebab belakang depan gambar dia.

 
Yang ni my Nuha baru warnakan. Comelkan..

Siap ada aksesori bagai tu tak tahan tu :p Me pulak yang teruja :p


 So sekarang , saya lah jadi tukang gunting baju patung kertas untuk dia yang gigih mewarna tu :p
Abaikan rambut dia yang messy ;p

Korang main apa masa kecik-kecik dulu ? 

p/s : 

Budak-budak zaman iPAD ni tahu tak erk main mainan zaman dulu-dulu :p



Monday, March 19, 2012

Daddy Blogger ? 6 blog yang saya paling suka baca..

Kalau mommy blogger tu rasanya biasalah dikalangan kita kan. Even, I'm a mommy to my cute lil princess. Tapi daddy blogger ni tak ramai sangat nak dibandingkan dengan mommy blogger kan.Yang best bila bercerita tentang anak-anak sama macam kami (merujuk kepada kaum hawa yer) Dan boleh tengok pandangan terhadap anak isteri dari kacamata seorang lelaki gitu kekdahnya.


Jom kita layan 6 blog daddy blogger pilihan me :)



1)Eyriqazz - Yang ni rasanya daddy blogger pertama yang kukenali. Seronok baca blognya apatah lagi jika bercerita tentang puteri hatinya Alisya.Jom terjah blog dia..



2) Cikidong  - Yang ni memang baca blog rasa macam bukan lelaki yang menulis especially bila bercerita pasal anak-anak kan.Dah 2 anaknya  :) Skodeng cepat !



3) Shakiddo - Yang ni kukenali melalui abangnya , Hazman Fadzil , my loyal sponsor for almost 1 year ++ and still counting  :)   Banyak ilmu yang boleh diperolehi berkaitan dengan produk-produk TM dalam blog dia ni :) Apa tunggu lagi, kita serang :) Ada jugak kisah anaknya Ilham..



4) Uncle Gedek - Yang ni me terjumpa secara tidak sengaja.Tak silap Long yang bagi link tapi dia pun tak ingat :p Memang suka tengok blog dia sebab tak banyak boleh dibaca, cuma sepatah haram dua kata sahaja tapi korang dah baca satu entry , mesti tertunggu-tunggu entry esoknya pulak :p Susah nak jumpa pakcik2 buat kerja camwhore macam anak remaja masa kini ni :p Cer terjah.




5) Daddy Ziyyad - Blog seorang doktor ni. Me syok jugak bila up pasal cerita pesakit dia .Yang ni pun antara yang rajin meninggalkan komen di belog me :) Me suka jugak baca kisah dia anak beranak . Apa tunggu lagi, jom terjah !



6)Papa Mifz- Yang ni baru ajer me kenali. Seronok jugak baca kisah seorang pembuat spek mata ni a.k.a  Optometrist ni :) Meh terjah :)

Korang suka daddy blogger yang mana ? Tinggalkan link, boleh me terjah sekali :)




Friday, March 16, 2012

Dekorasi Ruang Tamu Rumah Kampung ?

Ada seorang reader blog ni tanya me dalam entry mana ntah,pasal dekorasi ruang tamu rumah kampung.Rasanya tak kisah la rumah kampung ke rumah bandar. Yang penting keselesaan kita dalam menghias ruang tamu rumah kita tu. Susun atur perabot nak kena betul, begitu jugak dengan pemilihan langsir ruang tamu tu.Mungkin gambar-gambar kat bawah ni boleh memberi inspirasi kepada sesiapa yang mempunyai rumah kampung, yang me rasa mungkin rumah kayu kekdahnya.

 Sebenarnya me nak tayang ni ruang tamu rumah me kat kampung :) Me nak tunjuk idea yang dicurahkan keatas rumah kampung me oleh my ma & Abah. Jangan tak tahu, rumah me pernah dapat rumah tercantik tau anjuran Felda kampung me tu lah :) Dan tak silap tahun 2010 dapat anugerah rumah tercantik sepanjang masa anjuran Felda jugak :) Memang dah tak boleh masuk bertanding sebabnya asyik menang kat rumah me ajer :p Dulu masa kecik-kecik tension jugak, sebab rumah kena kemas sentiasa sebab my ma & Abah akan membebel kalau rumah bersepah. Tapi skang me bagi jer my Nuha buat sepah sebab me tahu betapa seksanya me dulu.Skang my hubby pulak yang berleter kat my Nuha.hahahaha. Me ngan my Nuha, dengar ajer motor Abah dia balik, cepat-cepat kemaskan rumah sebab tak nak kena leter.

Actually ruang tamu rumah me tu ada 2 bahagian. Bahagian pertama, adalah ruang untuk kami melepak dan menonton televisyen. Me kalau balik kampung , memang tidur depan ni ajer :p


Ni meja memang ada kat situ, kalau letak fresh flower pun menarik jugak kan.



Kat sini, Abah letakkan wall of fame adik beradik kami , gambar time konvo anak-anak. Nampak simple tapi menarik kan.



Ni bahagian ruang tamu kedua. Yang ni kalau orang datang rumah, memang duduk sini la.So tak nampaklah orang tengah melepak kat dalam :)Sebenarnya ni masa kenduri kahwin my adik, so letak meja makan untuk makan beradap. Me tak jumpa pulak gambar sebelum kenduri :p Nanti kalau ada me letak balik.



Yang ni bahagian dinding tepi. Ada hiasan jugak yang my ma taruk.

Kalau kita perhatikan rumah kampung, mesti nak buat langsir kat pintu bilik kan?Yang ni adalah BIG NO dalam menghias rumah - Eric Leong cakap bukan me ok :p Tapi my Ma dia tetap nak letak jugak langsir :p Rumah me pun dia suh pasangkan langsir kat bilik tidur.hahahaha. Harap-harap Eric Leong datang nak makeover rumah my Ma.  

Kat kampung korang ada ruang tamu yang menarik ?



p/s:
 Kalau ada, emailkan kepada me elissmie[at]gmail[dot]com untuk me upkan disini :)

p/s:
 
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dan NAK tupperware PERCUMA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Thursday, March 15, 2012

Beza bil elektrik penggunaan penghawa dingin vs kipas

Rumah me skang ada alat penghawa dingin. Hari tu ada promosi kat kedai elektrik apa ntah namanya sebelah HLK tepi carrefour Shah Alam tu. Nanti me update kendian nama kedai tu :p Ada promosi ulangtahun gitu lah kekdahnya.Banyak kedai me masuk untuk survey sebelum beli aircond ni. Dan yang ni paling murah yang me dapat. Kalau inverter , kos pemasangan saja me tanya diorang nak RM200 sebab piping dia lain sket dari yang biasa tu.Paling murah RM150 gitu. So, bila kedai ni cakap kos pemasangan percuma, apa lagi. Harus lah kitorang beli terus.Me survey kat kedai lain, harga RM1300-RM1400 tanpa pemasangan.Yang me beli ni, RM 1200++ termasuk pemasangan dan penghantaran.1.0HP. Tapi ni awal tahun , mungkin skang dah turun lah kot.

Ini lah rupa penghawa dingin kami tu . Tapi ni me google. 

 Jom kita tengok bil elektrik rumah me sebelum pemasangan penghawa dingin (Me set 22 Darjah Celcius dan me pakai lebih kurang 8 jam setiap hari atau lebih esp hari minggu  ) 

RM70.73

 Ni bil elektrik rumah lama. Averange RM40 -RM30++

Bil elektrik rumah me bertambah RM30 dari biasa. Kiranya RM1 sehari lah kot yer caj penggunaan penghawa dingin tu :) Jimat jugak kan ?

 Langkah untuk kurangkan kos penghawa dingin :-
  • Tutup lampu bilik apabila tidak digunakan. Cahaya lampu menghasilkan haba yang akan menyebabkan penghawa dingin bekerja dengan lebih kuat.  - Memang kami tidur dalam gelap patutlah save yer.
  • Elakkan pancaran sinaran matahari terus kepada penghawa dingin yang sedang berfungsi -.memang terlindung dari cahaya matahari sebab aircond tak mengadap tingkap.
  • Kurangkan  pergerakan  masuk -  keluar  melalui  pintu.  Ini  akan menyebabkan kehilangan udara sejuk dari dalam kawasan yang sejuk.- kitorang biasa pasang sejurus nak tidur. So memang tak keluar lah. Nak mengencing pun dalam bilik jugak.
  • Jangan   letakkan   peralatan   pemanas   berhampiran   dengan penghawa dingin. - seb baik tak de pemanas
  • Tetapkan suhu pada  24-26 Darjah Celcius.  Penyejukan bilik kepada suhu  yang lebih rendah daripada 20 Darjah Celcius akan menyebabkan kemasukan haba dari luar dengan cepat. Ini akan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik.  - Lepas ni kena naikkan suhu la sket supaya lagi jimat
  • Bersih dan tukar penapis udara  (air filter) secara terjadual - Yang ni tukang pasang tu dah ajar kat hubby me cara nak bersihkan, so dia yang bertanggungjawab membuat kerja ni.hehhee
Korang boleh guna kalkulator $$$ lawan kecekapan disini untuk kira kos penggunaan penghawa dingin - http://www.switch.org.my/v1/index.php/-vs-efficiency

crdit to : link



Pastikan memilih barangan berteknologi inverter lepas ni untuk menjimatkan bil elektrik :)




Wednesday, March 14, 2012

Pengalaman Pertama ke Muzium @ Muzium Felda Lurah Bilut

Walaupun kat Terengganu , ada muzium. Kat sini ada muzium negara, sepanjang hidup me, me tak pernah jejak kaki ke Muzium :p Lawatan anjuran sekolah pun me tak pernah join. Kesian btol kan. Masa kitorang ke Temerloh hujung minggu lepas, kenduri kahwin seterusnya adalah di daerah Bentong, iaitu di Felda Lurah Bilut.  Felda pertama di Malaysia korang tahu tak ?Sebagai anak felda, memanglah me berbangga kan :) Bilut adalah sejenis ikan. Lupa lak nak snap gambar ikan tu.





So lepas kenduri ajer, my Long ajak ke Muzium Felda Lurah Bilut. Walaupun hari Ahad ianya tetap dibuka. Guard kat situ cakap, kalau kenduri memang diorang buka, sebab pengantin nak bergambar dalam tu. So dapatlah me masuk dalam tu. Guard tu yang guide kitorang dalam tu dan banyak bercerita .

Jom me bawak korang masuk dalam muzium secara percuma hari ni. Memang masuk percuma pun, tak dikenakan bayaran. Awas banyak gambar :p


Harus bergambar depan pintu masuk

Sebelum masuk dalam, posing dulu :p Eh, ni gambar dah nak balik.My hubby tidak kelihatan ;p


Bapa Pembangunan kita yang mencetuskan idea penubuhan Felda, ayah PM kita.
Lukisan pewter ni bernilai RM25K you all !!

Muzium yang dirasmikan oleh PM kita sekarang, dulu Timbalan PM.

PM kita muda-muda dulu :)

Siapa tak pernah tengok pisau toreh, ni lah dia. Saiz gergasi punya !


Nuha mula-mula takut, sebab banyak patung

 
 Surat tawaran masuk Felda tahun 1959. Ayat klasik gila.


Kronologi Pembukaan Felda Lurah Bilut.

Mula- mula datang, kena datang seorang untuk bersihkan hutan dan buat rumah sendiri. Bila dah siap rumah dan dah tanam anak getah, baru boleh bawak anak dan isteri.


Rumah yang dibina - 1 bilik sahaja. Ni lah contoh rumah yang dibina pada masa tu.

Penoreh getah tengah posing tepi pokok getah :)


Bayi pertama dilahirkan di Lurah Bilut.Dulu orang panggil Lurah Bilut sebagai Bilut Velly. Masa tu orang inggeris dia punya pengurus ladang , suh namakan bayi tu "NORVELLY" . Ada iras nama me :p


Ni adalah safety box yang asal dan tak pernah dipindahkan. Sebenarnya muzium ni adalah tapak pejabat pentadbiran Felda Lurah Bilut asalnya. 

Klasik btol Alat Pemadam Api ni

Mesin Cetak yang memang tak kan korang jumpa dah.

 
Masih ingatkah korang pada type writer di era kecanggihan iPAD ini :p

Putera Lurah Bilut . Lupa lak kisah dia :p Tapi dia terkorban .


Klasik btol kan.

 Ni adalah beduk. Sebelum azan, ketuk ni dulu.Memang susah dah nak dengar bunyi beduk .Kat kampung masih ada lagi kot.

Korang pernah ker pergi muzium ?

p/s: 

Lepas ni teringin pulak nak ke Muzium Negara


Tuesday, March 13, 2012

Anugerah Dekan, Nando's SACC Mall dan KancilBiru

Pertama-tamanya, tahniah buat Puan KancilBiru. Hari ni awal dia belanja kami sebabnya dia dapat Anugerah Dekan semester lepas. Moga-moga semester baru ni, dia dapat Anugerah Dekan lagi :) Moga murah rezeki Puan KB kita.Amin. Me pernah sekali ajer masa diploma dapat Anugerah Dekan.

Jom layan, aktiviti makan kitorang jumaat lepas. Makan lagi ?? :) 2 hari berturut-turut entry makan ni. Layankan ajer lah.Aktiviti makan-makan kali ini bertempat di Nando's SACC, Shah Alam.

SACC Mall, Shah Alam.
Lot GF 30 & 31 Ground Floor
Business Hour :
10 am- 10 pm (Mon- Thur)
10 am - 10.30 pm (Fri - Sun)
Contact No :  016- 218 3559

 

 Harus enterframekan tukang belanja, Puan KancilBiru.

 Sos yang masam-masam dan pedas-pedas ;p



 "Chicken without peri-peri is like life without love" - Peri-peri tu rupanya adalah cili burung


Menu terbaru nandos RM25.90  - Macam Nasi Beriani pun ada. Apa ntah nama menunya, lupa pulak.


 Ice Lemon Tea RM5.90

Me amik yang mild peri-peri punya sahaja. Ad sorang ajer amik yang hot peri-peri  :)  
1/4 chicken with Peri Chips & Coleslaw. RM16.90


Ni Puan KB punya.
1/4 chicken with Potato Salad & Grilled Vegetables. RM16.90

Overall ayam dia memang sedap tapi yang kurang sket adalah sosnya. Mungkin lidah dah terbiasa makan sos cili agaknya.hehehe. My hubby pun suka makan kat Nando's ni. Jom sayang, makan kat sini :)


Korang suka tak makan kat Nando's ?

 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)