Friday, December 02, 2011

Bila Tokey Spring Potato Cawangan Alor Setaq kahwin....

As salam semua. Selamat Pagi Jumaat. Mulakan hari dengan ceria. Hari ni me datang kerja dari rumah baru :p Berdebar semua duk ada pada hari sebelumnya sebab tak tahu situasi pagi kat area rumah baru tu. Tup tup my hubby cakap dia nak pakai kereta hari ni sebab nak ke HQ dia. Yeay ! Tak perlu test skill dipagi hari ;p Keluar pukul 7.07 dan sampai 7.21 rumah pengasuh my Nuha. Satu kelegaan jugak la sebab budak dah cuti sekolah kan .Kalo me yang bawak mungkin drag sket la kot ;p 7.23 mungkin.[tak nak kalah :p]


Ok, ni nak cerita tentang majlis kahwin Tokey Potato Spring Cawangan Alor Setaq . Adik kakak ipar, Kak Long me sebenarnya. Me kesana hari Sabtu petang. Dah la hujan sepanjang jalan. Memang lambat btol la sampai.Kira-kira 6 jam ke Penang. Esoknya pulak baru gerak ke Alor Setar. 

Jom laa layan gambar sekitar majlis sebelah pengantin lelaki. Me tak sempat pun pergi rumah pengantin perempuan sebab dibuat hari sebelumnya.Awas banyak gambar :p



On the way kesana. Langit cerah. Alhamdulillah..



Dah nama tokey kan, harus ada Spring Potato PERCUMA 
Sempat lah jugak makan tapi kena beratur nak amik sebab ramai budak-budak .
Mak bapak budak pun suka :p



Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga ke syurga Farhan & Diela.




Pengantin baru dan isteri pengantin lama , nak jugak !!!



Masa ni tak der orang nak tolong amik gambar, so marilah ber 'uncle gedek' .
Jangan marah erk uncle ! keh keh keh

 
My beloved Abah


My beloved Ma



My beloved family..Tak cukup :p


Goodies bag siap dapat Tupperware® gitu. So dapat 3 bijik


Beg goodies sama tema dengan baju family diorang, oren


My beloved hubby & Abah


Gossip gossip gossip is everywhere ;p
Tudung putih tu single tapi tak tau la available ker tak :p My kazen.

  

Tahniah jugak kepada my beloved bro, Eg & Ummi diatas kehadiran benih cinta...
Jaga Ummi elok2 dik ! Jangan bagi angkat berat-berat..

 My Nuha & Danish, my nephew


My Nuha & Rayyan, my nephew

 
Bakal Pengantin 2033 :p


Goodies untuk budak-budak, ada Sumijelly :p

Korang banyak ker attend kenduri kahwin bulan ni ??


Thursday, December 01, 2011

Korang suka kucing tak ?

Disebabkan satu tragedi dengan kucing. Sampai sekarang me tak berapa boleh rapat dengan kucing.Peristiwa ni berlaku rasanya masa me tadika. Ada kucing terloncat atas kepala me siap berdarah lagi you. Sakit btol tau sebab kuku dia lah kan. Banyak sungguh binatang suka geget me ni. Dah la pernah sekali monyet ker kera erk, gigit lengan me kat rumah jiran. hahahaha.Ditakdirkan, me berkahwin dengan orang yang memang sukakan kucing. What to do :p So, redha ajerlah tengok dia belai-belai manja kucing tepi jalan tu kan. Balik rumah dia kat kampung pun banyak kucing tapi bukan kucing dia, terbiar tapi dah jadi penghuni tetap rumah my MIL :) Satu family suka kucing. What to do lagi sekali :p


Masa mengandung dulu , memang ada banyak kucing mengekor ajer kat mana ajer me pergi. Rupanya My Nuha pun ditakdirkan amat sukakan kucing.Sampai pernah satu kali tu, masa tu berlaku kat pasar area rumah sewa me ni. Dia amik kucing dan masukkan dalam baju dia baju nak bawak balik rumah :p Hubby terdengar bunyi kucing, rupanya dalam baju dia :p Seb baik tak sempat seludup buat balik .hahaha

Ni nak tunjuk kejadian minggu lepas. Dalam banyak-banyak motor yang ada kat area rumah sewa me tu. Motor hubby yang jadi pujaan hatinya .Kucing pun ada instinct yang pemilik motor ini amat sukakan kucing agaknya :p



 Ada 5 buah lagi motor kat situ ...Semua ada raga ok :p

Ni hah, motor my hubby yang jadi mangsa keadaan ;p

psst : 

Motor yang banyak berjasa kat my hubby .Nanti hidup bermadu lah si TAB ni :)
Dating pun pernah naik motor ni :p Matiklah mak kalo ma & Abah me baca entry ni....lalalalariksssss


Wednesday, November 30, 2011

Design Kabinet TV mana yang korang paling berkenan?

 Rumah me masih tak lengkap sepenuhnya. Yang basic semua dah beli, tinggal yang tak berapa nak penting sahaja. Ingat nak suh kontraktor kabinet dapur tu buat Kabinet TV pulak since hasil kerja mereka yang ok tu.Siap ada jaminan setahun lagi kot-kot ada rosak apa-apa Kabinet Dapur tu.Maaflah sebab minggu ni kira ada dua episod deko bersama elissmie  :p

Design Kabinet TV mana yang korang paling berkenan? 


Design 1

 
Design 2

Design 3

 Design 4 

  Design 5

   Design 6

   Design 7


  Design 8


  Design 9


  Design 10


  Design 11

   Design 12




psst :


Orang dah lama ada LCD, Plasma , LED TV, tapi me baru duk ada. Terima kasih Carrefour sebab offer LCD TV 32 " RM800 ++ sahaja sempena sweet 17 mereka :p

psst : 

Me rasa time ni me tengah gigih simpan kain baju untuk berpindah esok hari, secara official.


Tuesday, November 29, 2011

Pekena Ketam Masak Telur Masin Dan Itik Panggang @ Restoren Cina Muslim Al-Munawarah

Bertemu di episod JJCM di elissmie. Masih ingatkah entry kelazatan Itik Panggang @ Mohd Chan hari tu [ klik sini ] ?  Kali ini me bawak korang menjamu mata kat Restoren Mukmin yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam. Kedai ni sederet dengan Restoren Cili Merah , dan terletak kat hujung sket.

Venue : Restoren Cina Muslim Al Munawarah
No 28, Jalan Tengku Ampuan Zabedah
K9/K Seksyen 9, Shah Alam
Ustaz Hj Muhammad Yusuf Ong Abdullah - 012 264 2889  

Waktu berniaga : Isnin - Ahad 11 Pagi - 11 Malam
Jumaat  4.30 petang - 11 Malam

Mula-mula,kita tengok dulu penaja makanan malam itu :) Terima kasih my dear hubby :) 
Actually, duit dia dapat claim servis ambulan hari tu :p

Muka tukang makan :p



Masa nak balik tu, hubby bayarkan. Ustaz tu siap bagi Nuha duit lagi. Nuha cakap duit raya..hehehe ;) Terima kasih yer Ustaz.Moga dimurahkan rezeki :)


Pilihan menu yang pelbagai


Kalo nak pekena yang set pun ada


 Sama - sama :)

Deko kat dalam ni yang sejuk mata memandang

Kat atas pun ada ruang lagi untuk makan

Lepas tu korang jamu mata jer la yer..Layan !!!

Ketam Masak Telur Masin @ RM42

Sayur Chap Chai (Sayur campur senang cerita )


Sotong Celup Tepung


Itik Panggang


Sos untuk Itik tadi

Epal Asam Boi

 Semua sekali tak silap RM80++. Sekali sekala boleh la makan kat sini . Tapi me masih teringat-ingat itik panggang di Mohd Chan yang lebih enak. Mungkin menu yang me amik ni tak kena kombinasinya..

Korang suka chinese food tak ? Yang Halal la tapi :p


Monday, November 28, 2011

Kabinet Dapur sudah siap, akhirnya....

Masa entry ni dipublish, me tak tahu kat mana lah me berada. Samada di Penang, Kedah , dalam perjalanan pulang ke Shah Alam ataupun sedang bersenang lenang tarik selimut dirumah ;p Yang pasti sedang bercuti sehingga rabu ;p Anyway, Selamat Menyambut Awal Muharam semua :) Me ke Kedah menghadiri kenduri kahwin adik kepada SIL , Kak Long.


Kali ni episod deko di elissmie,saja nak tayang hasil pengubahsuaian kabinet dapur rumah me hari tu.Lambat jugak siap sebab granit yang me nak tu out of stock.So tertangguh la lebih kurang seminggu gitu. Apapun cabarannya, memang me puas hati dengan hasil kerja mereka. Lepas ni nak suh diorang buatkan kabinet TV pulak. Jom la layan gambar kabinet dapur me tu. Masa diorang pasang tu me takder ditempat kejadian, malam tu baru pergi tengok.Berdebar jugak takut diorang buat cincai kan tapi Alhamdulillah, nampak ok ! Siap ada jaminan setahun lagi kalo ada masalah. Jom laa layan gambar !

Pandangan dari pintu belakang dapur
[Abaikan langsir owner lama yang berkusam tu, x sempat nak cabut :p]


 Pandangan dari depan


Pandangan bahagian bawah

Ni hutang entry yang hari tu [alaa langsir gelap gelita tu] Ni upkan balik seperti dijanjikan...


 Sliding door jer ada dua layer dan me guna rod kayu tu untuk langsir eyelet tuh.Sangat puas hati :)


Ni langsir dalam bilik tidur. Semua bilik guna sama ajer , warna sama langsir sama :p
  

Friday, November 25, 2011

Bersalin secara pembedahan atau biasa ? Mana satu pilihan korang ?

Me rasa semua orang nak bersalin secara semulajadi atau biasa ni. Tapi ada jugak segelintir orang mahu melahirkan anak secara pembedahan untuk tidak merasai sakit bersalin secara semulajadi tu yang semua orang tahu ianya adalah sangat sakit, senang cerita super sakit. Dan ada orang nak lahir secara pembedahan untuk memilih tarikh-tarikh yang istimewa contohnya 6.9 (birthday me ;p) dan tarikh yang popular tahun ni adalah 11 11 2011 atau 20 11 2011 . 

Me ditakdirkan untuk melahirkan anak secara pembedahan tanggal 2 8 2008 (cantik jugak kan ? Itu kebetulan bukan pilih tau ) . Tapi sempatlah merasa sakit nak bersalin tu setelah di'induce' oleh doktor sebelum melahirkan konon boleh bersalin normal lah. Pengalaman me dua kali menjalani pembedahan , Alhamdulillah tidak sakit macam orang selalu sebut tu. Mujur Alhamdulillah. Mungkin berkat doa my hubby dan terpaling penting doa ma dan abah me sebelum masuk ke dalam dewan pembedahan.

 Mengikut pengalaman me, bersalin secara pembedahan ni kena lebih banyak pantang daripada bersalin secara semulajadi sebab kita tak tahu apa yang sedang terjadi kat dalam sana tu .Masa me operate kehamilan luar rahim hari tu, doktor tu cakap parut pembedahan yang lama dah tebal kat dalam tu dan seboleh-bolehnya saranan beliau adalah bersalin secara semulajadi selepas ini.Kalau tak mungkin rasa sakit kat perut akan selalu ada kat situ akibat parut yang tebal tu. Dahla kalo kita bersalin pembedahan doktor menyarankan untuk tidak mengangkat berat sekurang-kurangnya 3 bulan.Bengkung pun bukan sebarang bengkung boleh pakai dan parut yang hampir 10 cm tu pun susahnya nak hilang ;p
Tapi kalo nak betul-betul semulajadi boleh cuba beranak dalam air macam isteri angkasawan negara kita atau tanpa bantuan ubat-ubatan (induce) atau epidural seperti sahabat blogger kita Hanz yang amat saya kagumi .


Kisah Dr Halina bersalin dalam air





Dr Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayinya di Hospital Pantai, Bangsar. Dr Halina ialah doktor bius di Hospital Selayang, dia dimasukkan ke hospital Pantai pada jam 2 pagi Jumaat dan melahirkan anak pada jam 9.08 malam. Dr Halina memilih bersalin dalam air, kerana kaedah tu mengurangkan sakit dan lebih semulajadi.

Kisah selanjutnya & Credit to  :http://nurizspace.com/2011/07/gambar-anak-sheikh-muzaffar-shukor-dan-dr-halina.html

Kisah Hanz & Natural Birth @ Home


Note : Baby Hazlami is borned on 9th of July at 5:10am by natural & gentle birth, right at our home with only me & his Papa to welcome him to this world. This birth affirmations was really helpful which I used to hypnotize myself during the labour moments. - Hanz



pic credit to : Oli

 
Kalo korang pulak macam mana ? Bersalin secara pembedahan atau semulajadi ? Mana satu pilihan korang ?



 Bersalin la macam mana pun, apabila bayi sudah selamat berada dakapan kita, semua jadi indah ! Percayalah ! Percayalah ! 

pssst :
Saja tunjuk gambar masa slim dulu  :p

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh  neyra shazeyraLennymoriza  dan ditaja oleh Sentuhan Bayu




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)