Wednesday, March 23, 2011

Mana nak cari rumah untuk dijual?

Masih lagi berkisar tentang Misi Pencarian Rumah.Hari tu ada orang tanya kat mana aku cari iklan untuk rumah untuk dijual.

Cara pertama adalah melalui laman web, kemudian aku pergi survey2 kawasan tu. Kalo dah tahu kat mana kawasan tu, aku call lah agen untuk tengok rumah.

Cara kedua adalah pergi terus ke kawasan yang kita nak tu, dan tengok rumah-rumah kat situ. Untung-untung ada ditampal nombor telefon agen pada pagar rumah untuk dijual tu.Satu kelebihan sebab kita dah tahu condition luar rumah tu. Kalo luar reput, kat dalam apa tah lagi kan :p

Cara ketiga adalah lihat iklan yang ditampal pada pokok,tiang lampu ataupun dalam surat khabar.




Ni aku senaraikan antara laman web yang aku prefer cari rumah untuk dijual. Sebab paling utama, mungkin sebab search button dia menyenangkan kerja aku .

1) Mudah.Com
Link : http://www.mudah.my/Selangor/for-sale
Enjin carian / Search engine :


2) iproperty.com


Link : http://www.iproperty.com.my/
Enjin carian / Search engine :



2) Hartanah.net

Link :http://www.hartanah.net/
Enjin carian / Search engine :



p/s:

Korang ada tambahan tak untuk laman web yang boleh aku terjah untuk mencari rumah untuk dijual??Cer citer..cer citer :p

Tuesday, March 22, 2011

Bakal Lelaki Idaman Malaya | Mana satu paling bergaya ?

Korang rasa siapa yang paling bergaya ? Juri awam tidak terlibat untuk mempengaruhi keputusan Juri Tetap...hehehe...Cer teka cer teka . Insya Allah, ada hadiah untuk peneka paling tepat.Kalo ramai meneka dengan tepat , aku gunakan khidmat random.org lah !!

Nantikan keputusan Si Cilik Bergaya 2011 @ elissmie.com paling cepat Jumaat ini...Insya Allah....















Korang tahu tak cara masak kari ayam dengan cepat ??

Ok, bertemu lagi dalam segmen masak-masak di elissmie.com :p Poyo tak ? hahaha.
Hari ni, tak kira.Nak cerita pasal makanan jugak.Keji tak? Mentang-mentang dah habis ganti puasa, mulalah nak tunjuk gambar makanan lebih-lebih.

Berbalik pada persoalan aku tadi. Korang tahu tak cara masak kari ayam dengan cepat ?? Meh nak tunjuk satu magik...


Tadaaa...............



Memang mudah !
Cuma panaskan selama 5 minit, dan Kari Ayam Dengan Ubi Kentang milik anda :p
Keji tak ? Hasilnya lupa plak aku nak snap. Setakat dua orang makan boleh lah :)
Recommended !

p/s:

Ni hubby belikan.Mungkin dia tahu, isteri dia buat kari tak rasa kari tapi macam gulai :p


Dekat dalam laci kat dapur, ada lagi 2 magik yang belum sempat aku try ni yang mana expired adalah bulan 5/ 7...Better try sebelum expired ni :) Korang dah pernah try tak produk magik macam ni ? Aku sebenarnya jarang nak guna magik2 ni sebab aku rasa aku masak lagi sedap..hahahahahahaha. Siapa lagi nak puji kalo tak aku kan?? Korang layankan ajer lah :p 



Masak Lemak Cili Padi Alif
Beli dulu konon nak masak masa percutian tahun lepas kat Pangkor tu :p

Perencah Beriani Arab dari Slera...

Yang ni Long aku dapat masa hari keluarga Felda,sebab ni anak syarikat Felda tak silap aku lah...



Nanti bila dah buat aku tunjukkan hasilnya yer :)

Korang ada guna magik tak kat dapur???



Monday, March 21, 2011

Kenapa agen hartanah,susah nak reveal alamat rumah?

Masih lagi dengan Misi Pencarian Rumah. Kalo korang bosan.Nasib lah.Hehehehe :p Nak cerita jugak. Semalam, seharian kami bergelandangan di jalan raya dan melihat rumah-rumah untuk dijual. Betapa serious buyernya kami :p Selagi misi tu tak habis, selagi tulah aku tak boleh nak tambah bilangan anak dan my hubby tak dapat superbike dia :p


credit to : here

Kenapa agen hartanah atau agen rumah ,susah nak reveal alamat rumah? Ni persoalan yang bermain-main kat fikiran kami. Korang tak nak kami pergi direct nego ker dengan owner rumah tu ? Yer ,aku tahulah korang dapat komisyen yang tak kurang sketnya kalo rumah tu terjual kan.Tapi janganlah sampai menyusahkan orang. Semalam aku terkena dengan 2 agen rumah. Sebelum ni pernah jugak lah kena. Sampai kesudah tak nak reveal alamat rumah sampai lah kita betul-betul confirm nak pergi tengok rumah tu.

Dah la siap sesat-sesat lagi bawa kami pergi ke rumah tu.Kalo bagi alamat siap-siap, rasanya kami boleh pergi dan sampai dulu dari agen tu ;p macam cilaka aku rasa..Ada jugak yang just bagi nama jalan ajer..Tu pun pening jugak..Dah la banyak rumah. Nak aim rumah mana pun tak tahu kan. Selagi tak jumpa, selagi tu tak nak reveal..

Sesiapa yang jadi agen hartanah ni, tolonglah reveal lah alamat rumah yang betul benar kat kami yang ingin mencari rumah untuk dibeli ni..Tapi tak semua agen hartanah yang kerek macam tu, ada jugak yang baik tau :)

Masa aku google-google tadi, aku terjumpa Tips ni yang sesuai untuk dipraktiskan oleh pembeli rumah melalui agen hartanah macam aku ni :)

7 Soalan Yang Perlu Tanya Agen Hartanah

1) Kenapa tuan rumah ingin jual rumah?

2)Berapa lama rumah ini berada dipasaran?

3)Bila penyewa atau owner rumah akan pindah keluar?

4)Berapa minimum penjual rumah akan terima?

5)Apa sebab sebenar penjual nak jual rumah ?

6)Siapa yang letak harga rumah untuk dijual?

7)Ada tak rumah lain yang boleh compete dengan rumah ni?

Penerangan lanjut : korang baca kat sini :) Malas aku nak translatekan :p


Keputusan Pencarian Si Cilik Bergaya, paling cepat Jumaat ini aku umum yer :) Sila Semak Nama Peserta disini.Klik laju-laju :) Tapi nama korang tak akan ada selagi aku tak tinggal jejak yer :) Sila bersabar :)


Sunday, March 20, 2011

Contest Pencarian Si Cilik Bergaya Dibuka Sekarang !!

*Ini adalah sticky mode entry sampai abes contest, untuk entry terbaru yang lebih hangat dan meletup, sila scroll down yer :)

*Contest ini Terbuka kepada follower elissmie.com sahaja.. Yang belum follow, sila lah jangan segan follow yer :) Under label My Lovely Followers di sidebar tu....
Kali ni aku nak buat contest yang mudah-mudah ajer. Tak perlu susah-susah nak tulis entry panjang-panjang, cuma ikut langkah berikut ajer..



Letakkan SATUgambar anak anda secara solo yang korang rasa paling bergaya lah !

Tuliskan kategori : Kategori Lelaki / Kategori Perempuan
Nama anak :
Umur anak :

*Satu blogger, cuma layak untuk satu penyertaan sahaja samada kategori lelaki atau kategori perempuan.

Tuliskan Tajuk Entry - Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie. com

* Tajuk lain tidak diterima (kalo penyertaan tidak diterima, faham lah kan...)

Akhirkan entry anda dengan , (copy & paste ajer)

<copy bermula, higlight ajer, pastikan link tersebut korang copy yer.. >


Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie.com  ditaja oleh:









Diaper Cakes by ShilaShower





<copy berakhir disini>
* Tinggalkan link entry berkenaan diruangan komen di entry ini beserta email korang.Dan nyatakan id follower anda di elissmie.com.

* Jangan lupa tampal banner contest Pencarian Si Cilik Bergaya  @Elissmie di dalam entry dan di sidebar & masukkan elissmie.com & semua penaja di blog list korang yer (kalo follow lagi bagus )

Link-link yang perlu dimasukkan di bloglist  :-

elissmie.com - http://elissmie.com/
Diaper Cakes by ShilaShower - http://shilashower-diapercakes.blogspot.com/
Siti Sifir's Share-Out Space - http://sitisifir10.blogspot.com/
HazmanFadzil.com - http://hazmanfadzil.com/


Syarat -syarat contest : 
1.Contest ini terbuka kepada semua blogger yang mempunyai alamat Malaysia dan had umur anak adalah dari sehari sehingga 3 tahun sahaja(lahir dari 2008-2011).
2.Penyertaan mestilah di hantar oleh penjaga yang sah.
3.Contest ini bermula pada 21/2/2011 sehingga 20/3/2011.
4.Dengan menyertai contest ini, korang secara automatik memberi kebenaran kepada elissmie.com menggunapakai gambar yang dipertandingkan untuk tujuan contest ini.
5.Elissmie.Com akan memilih pemenang melalui juri yang dilantik .
6.Pihak penaja contest akan deliver hadiah kepada pemenang secara percuma dan berhak mengubah hadiah tanpa sebarang notis dengan jumlah yang sama.
7.Pemenang perlu membuat satu entry jika berjaya menjadi pemenang contest ini yang ada link back kepada elissmie.com dan penaja-penaja contest ini .
8.Keputusan juri adalah muktamad.Sebarang surat menyurat tidak dilayan.
9.Pemenang akan diumumkan di elissmie.com dan akan dihubungi juga melalui email.
10.Elissmie.com berhak mengubah mana-mana syarat tanpa sebarang notis.
11.Elissmie.com jugak berupaya untuk membatalkan contest tanpa sebarang notis juga.

Hadiah contest :


Kategori Lelaki 

1 X Diaper Cakes bernilai RM50 setiap satu dari  Diaper Cakes by ShilaShower
1 X Baju tidur Kanak-kanak dari Paradigma Resources
RM 25 tunai dari HazmanFadzil.com
Voucher RM50 dari ButikMumdreams
Sepasang kain cotton dari Siti Sifir's Share-Out Space
Kategori Perempuan

1 X Diaper Cakes bernilai RM50 setiap satu dari Diaper Cakes by ShilaShower
1 X Baju tidur Kanak-kanak dari Paradigma Resources
RM 25 tunai dari HazmanFadzil.com
Voucher RM50 dari ButikMumdreams
Sepasang kain cotton  dari Siti Sifir's Share-Out Space

                   * Diaper Cakes akan dibuat oleh Diaper Cakes by ShilaShower mengikut usia pemenang.


Contoh baju tidur untuk dimiliki dari Paradigma Resources


* Updated : Senarai Peserta akan diupdate disini :- http://www.elissmie.com/2011/02/senarai-peserta-contest-pencarian-si.html

Saturday, March 19, 2011

Peserta Pencarian Si Cilik Bergaya | Mohon semak nama !!!

Cepat-cepat ! Tinggal esok sahaja lagi untuk korang submit penyertaan korang dan mendapat hadiah bernilai lebih kurang RM200..2 pemenang yang kami cari iaitu 1 untuk kategori lelaki dan 1 untuk kategori perempuan...



Apa tunggu lagi, klik sini laju-laju.. Make sure hantar sebelum pukul 12.00 malam yer :)

Bagi yang dah sertai, mohon semak nama korang kat SINI.Klik laju-laju :) kot-kot tertinggal ker haper kan...


Terima kasih kepada para penaja :-

Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie.com  ditaja oleh:

Diaper Cakes by ShilaShower



 


 

Friday, March 18, 2011

Advertiser @ Elissmie | Proudmummy.Com

Korang kenal ProudMummy ? Kalo tak kenal, boleh klik kat sini laju-laju.. http://proudmummy.com  dan follow lah belog dia nescaya korang akan mengenali empunya tuan belog yang cantik rupawan ...tapi sorry lah. dah nama belog pun mummy, mestilah isteri orang yer..hehehe..




Memandangkan aku ni spesis yang tidak reti menjahit, setakat jahit butang baju boleh lah, so aku terkagum lah dengan dia sebab dia pandai menjahit tau...

Antara entry yang aku suka untuk dikongsikan :-

Tutorial Dress

DIY Barut

Tutorial Top V Shape




Ni aku upkan satu , dress yang aku terliur nak buat sendiri untuk my Nuha :p Tapi bila tutak tahu lah kan :)

Nak tengok hasil kerja tangan dia yang lain , boleh jer klik sini


Bagi yang nak bertukar blog badge ,boleh copy coding kat bawah ni yer :)


until 9 Jan








http://proudmummy.com

Apa tunggu lagi ? Mari lah terjah http://proudmummy.com sekarang ! Aku kata sekarang ! Sekarang lah wehhh...

p/s :
Tempoh pengiklanannya adalah selama setahun di  Elissmie.Com dan berharap dia berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan mendapat hits yang baik dari belog aku ni :)

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan dengan belog aku disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Tiada Banner? Boleh aku designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sidebar yer :)

Atau pun ingin bertukar banner dan link secara PERCUMA dengan blog aku, boleh klik disini .


Tirai Ratus,Nasi Bariani Mohd Shah Batu Pahat pulak, korang pernah dengar tak?

Kalo hujung minggu, memang mood nak memasak merudum teruk lah kan. Korang macam mana ? Jom sayang makan kat luar . Memula ingat nak pekena Nasi Beriani kat Syed Seksyen 3, sekali ternampak
Restoren & Katering Tirai Ratus, Nasi Bariani Mohd Shah Batu Pahat . Jom kita terjah !

Kedai ni selang 2 lot kedai dengan Klinik Suraya Seksyen 3 tu.

credit to : here






Alamat boleh tengok sini lah..

Apa yang kami makan ?? Sebenarnya , kitorang tapau ajer pun. Balik rumah tak sempat dah nak snap .Tapi  gambar makanan macam kat atas tu lah. Nasi dia sedap jugak.Tapi aku dapat part dada ayam, so tak berapa nak gemar lah.Tapi daging dia lembut :) Dan harganya murah sket berbanding Syed tu :p


Info :
RM 11 /RM 12.50 Kalau tak silap untuk Bariani Ayam/ Bariani Daging. 

Aku beli Nasi Bariani Ayam dan my hubby nasi Bariani Kambing, all time favourite :p Kat sini memang jual Nasi Bariani ajer, tak der nasi putih. Tapi menu-menu lain adalah seperti Mee Bandung, Kuey Teow Kungfu dan sebagainya..Lupa pulak :p



Ni jer yang aku sempat snap :p Air Laici , atau Air Mutan (Read : Rambutan)  (my Nuha ingat air rambutan  lah laici tu :p)

p/s:

Niza, hang nak try tak ? lalalalalala :p


p/s :

Free sample dari Kotex Luxe! Wow :) Tq Kotex :) Free sample, boleh dapatkan disini ... 




Thursday, March 17, 2011

Siapa suka makan sagu gula melaka?

My hubby suka makan sagu gula melaka  :) Sebenarnya,aku ni tak pernah makan pun sebelum ni.Tapi my hubby yang introduce makanan yang sangat sedap ni.Dah ketagih sudah :p Google sana sini cari resepi, akhirnya...

Sagu Gula Melaka in the house :) Resepi boleh klik sini laju-laju... 



 Satu pek sagu, 300 g boleh dapat banyak ni..Gila banyak kan? Satu mangkuk tu, baru sket yang aku dah ceduk tu :p Meniaga ni untung jugak kan..hehehe


Sagu memang dah ada sejak zaman bila dan memang sagu warna hijau , sebab plan asal nak buat sagu gaul kelapa tu kan :p Tapi asyik tak menyempat ajer nak beli kelapa parut :p

 Sekali tak perasan santan takder, aku bantai buh susu sejat ajer :)



Yang ni gula melaka , seb baik memang ada stok :)

Sedapnya makan sejuk-sejuk...

p/s:

My hubby bagi 7 / 10 bintang :)  Boleh perbaiki lagi ! Katanya sebab kurang markah tak guna santan :p
p/s:

Bukan payah kan nak tawan hati suami, ikatlah perutnya dulu khannn  :)

Jangan mamak ajer yang asyik ikat perut dia..hehehehehe.. Pesanan untuk diri sendiri jugak :)

p/s:

Hari ni dah abes ganti puasa tapi masih meneruskan puasa nazar ..Esok hari terakhir :) Insya Allah...

Wednesday, March 16, 2011

Radio Pilihan Pendengar 2011 | Pilihan aku pulak?

Korang suka dengar radio tak ? Aku hari-hari memang selalu dengar radio lah especially on the way pergi kerja atau balik kerja.Kat rumah memang jarang lah dengar radio kan.Pilihan radio aku adalah Sinar FM. Dulu -dulu selalu dengar Erra Fm, lepas tu Hot FM. Tapi sekarang terjatuh chenta dengar Sinar FM.



Aku suka dengar segmen Sinar Pagi ajer pun , sebab ada 3 orang deejay ni :) Terima kasih kerana ceriakan hidup aku pagi-pagi yer...Kalo korang bertiga tak der, memang tak best lah..Skang pulak teka perkataan pertama lagu yang diorang bagi tu , best kan kalo dapat teka , dapat duit tu  :P

Korang pulak suka dengar radio apa??

p/s:




Terima Kasih kepada dear hubby :) Hari ni pun membuatkan hidupku ceria dengan kejutan ini :) I Love You so strong lah :) Tak dapat Gucci Guilty Eau De Toilette Spray tapi dapat Gucci Rush pun ok  :)
Ni pun hadiah sempena perfume abis jugak kot :)


Siti Sifir's Share-Out Space

* This is sticky note entry for one day. Sila skroll kebawah untuk entry yang lebih meletop dan sexy :) Advertise here?
Hari ni, mari kita berkenalan dengan Siti Sifir's Share-Out Space . Korang dah pernah baca blog ni ? Kalau belum pernah baca, silalah klik dengan laju-laju  http://sitisifir10.blogspot.com/

Ikuti temubual eksklusif dengan pemilik belog http://sitisifir10.blogspot.com/ ..Jawapan tidak diedit dan ditokok tambah yer :) Jom kita terjah !! Macam Abang rambut ketak pulak :p



1) Bilakah anda start blogging ?

Sebenarnya saya tidak bermula dengan blog. Sebelum ada blog dulu saya menulis di forum2 dan mailing list. Tapi dengan blog sitisifir10 ni saya bermula pada Julai 2006 dan sekarang dah hampir 1000 entry saya (saya dah delete entry contest yang tidak ilmiah)

2) Perkenalkan diri dan blog anda

Saya adalah ibu beranak 5 (buat masa ni) dan masih tidak berhasrat untuk berhenti beranak :P namun saya telah menanam tekad selepas kelahiran Arwa dan Ahmadi, saya memberikan mereka dengan susu ibu sepenuhnya. Blog ini saya tulis atas dasar minat menulis dan berkongsi. Tanpa rasa ingin berkongsi seseorang tu mustahil untuk menulis blog secara terbuka. Keseluruhannya, blog ni saya letakkan topik2 yang sesuai dengan kehidupan dan bagi saya kehidupan itu sendiri adalah sifir.

3) Biasanya, apa yang anda blog kan?

Sejak akhir-akhir ini topik saya menjurus kepada topik keibuan, kekeluargaan dan perkara-perakara yang melingkari sekelilingnya.

4) Antara entry yang paling bermakna buat anda

Ada banyak tapi ni satu yang saya kira berjaya membuatkan ramai orang memberi respon dan saya rasa seronok melakukannya :
http://sitisifir10.blogspot.com/2009/11/project-mega-blogger-care-for-kakyong.html

5) Siapa yang memberi inspirasi untuk anda berblogging?

Kehidupan, suami dan anak-anak :)

6) Berapa unique visitors setiap hari blog anda.

Berdasarkan kepada Shinystat :
Daily average Visits104    (mon-fri): 116    (sat-sun): 71

Habis tinggi jumlah unik visitor yang berjaya saya capai sebulan yang lepas adalah 209 sahaja :)


7) Pendapat anda tentang blog elissmie.com

Saya paling minat dengan susunatur widget dalam elissmie.com. Saya puji betullah sebab Eliss pandai bermain dengan html dan elissmie.com sangat kemas sekali. Dari segi pengisian juga cukup baik tapi jika Eliss terima sedikit teguran ni saya akan lebih tabik lagi. Saya rasa adalah lebih mesra jika Eliss menukarkan kata ganti diri 'aku' dengan sesuatu yang lain :) Tapi itu pandangan peribadi saya sahaja :)

p/s:

Kenapa aku guna "aku" dalam penulisan di belog ini. Sebab ianya bermula sebagai diari tapi akhirnya dah caca merba pulak konsepnya :p dan ramai orang baca pulak tu :p Lagi satu kalau guna aku, rasa lebih dekat dengan pembaca..Macam kita dengan tuhan, kita bahasakan diri kita aku kan ..Eliss tak kan cakap aku dengan orang yang tak dikenali dan tak mesra...Kecuali orang tua la :p Bahasakan diri eliss :p

Apapun, terima kasih untuk teguran tersebut :)


Antara entry yang paling eliss suka untuk dikongsikan dengan korang adalah :









p/s:

Siti Sifir's Share-Out Space adalah penaja contest Pencarian Si Cilik Bergaya @ Elissmie.Com
 
KLIK SINI untuk join yer :) 
 
Mana tahu korang boleh dapat kain cotton tersebut buat baju raya terus kan :) 



Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan dengan belog aku disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Tiada Banner? Boleh aku designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini .


Tuesday, March 15, 2011

Kenapa tahun depan baru botol tanpa BPA FREE kena haram ?

Botol Susu Bayi Polikarbonat Diharamkan Mulai 1 Mac 2012

Berkuatkuasa 1 Mac 2012, kerajaan mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A, BPA.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pengharaman itu diputuskan jemaah menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu itu adalah selamat untuk digunakan golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat.

Menurut laporan, polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'Bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.- sumber

** Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.


p/s:

Botol yang my Nuha guna adalah dari jenama Pureen - BPA FREE .Harganya tak silap tak sampai pun RM10.

Produk lain yang BPA FREE adalah seperti berikut :-


Anakku -green together , credit : here  
NUK




Korang ada lagi jenama botol BPA Free nak ditambah disini??
 Boleh aku updatekan untuk kepentingan bersama..


b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1) Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2) Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

3) Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4) Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


Maklumat lanjut :Sekiranya korang perlukan maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my/.

p/s:

credit  :

Artikel yang aku kongsi ni yang diambil dari sini dan sini .

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)