Malam tadi,kawan aku ajak pergi I-City sebab nak suh tolong bawak mak sedara dia pergi ronda-ronda kat I-City.Last sekali kami pergi kesana, bayaran masuk cuma RM4 satu kereta. Tapi malam tadi,terkejut beruk jugak sebab RM10. Ingatkan weekend ajer RM10, rupanya weekdays pun sama.
Banyak yang dah berubah dari masa last kami pergi dulu. Banyak lagi lampu-lampu neon yang dah ditambah dan kedai-kedai pun dah banyak yang buka especially kedai makan.
Tapi sebab sebelum datang I-City kami dah makan kat Shid Seafood Kampung Jawa, so marilah kita mencuci mata membawa perut yang sendat.
Wednesday, January 26, 2011
Bayaran Masuk Ke I-City RM10, berbaloikah??
Tuesday, January 25, 2011
Teringat-ingat kenangan menikmati Ayam Kejung Jumaat Lepas di Warung Pendeta
Dah laa membebel. Mari jamu mata Ayam Kejung. Nama ajer kejung, tapi sebenarnya, memang lumayan pak!!!
Sedap, hingga licin sepinggan kami bedal...Bolehlah tahan dari tadak kan , tapi aku kurang faham kenapa ada wedges dan fries disitu...letak lah jagung rebus ker seketul kasi kaler-kaler sket kan..Tak mesra mata btol :p
Hari ni melayan perasaan sebab Niza dan Ad tadak..Niza pergi sibuk kat konvo adik dia, Ad pulak sedang berpantang..Oh Duniaaaaaa !! Lihat lah aku !!
Monday, January 24, 2011
Tak dapat pergi Cameron Higlands, dapat souvenier pun kira beruntunglah :)
Sepanjang hayat aku ni, tak pernah lagi aku jejak kaki ke Cameron Diaz Highlands.Apatah lagi Genting Highlands walaupun kalo balik Terengganu, memang jalan tu yang aku tempuh tu.Kesian tak?Kesian :p
Nak berangan jap. Seronoknya kalo dapat memetik strawberry dan daun teh sambil berlari berkejaran. Lepas tu, menghirup udara yang segar berlatarbelakangkan ladang teh sambil berpegangan tangan berjanji mesra..tetttt :p
Tahun ni nak bercuti-cuti Malaysia ke mana pulak yer?? Tahun lepas ke Pulau Pangkor. Yang pasti, mesti Pulau jugak :p
Korang nak bercuti-cuti Malaysia ke mana tahun ni?? Silalah share, mana tahu boleh tiru idea korang..hehehehe
Friday, January 21, 2011
Tips Membeli Rumah Second hand bagi Penjawat Awam/ Kakitangan Kerajaan
- Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
- Telah berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
- Telah disahkan dalam jawatan
- Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
- Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
Bagi tujuan pinjaman perumahan perbendaharaan,pembelian ke atas rumah yang terdapat tambahan bangunan perlu disertakan dengan dokumen kelulusan PBT. Jika tiada, nilaian hanya mengambilkira bangunan asas sahaja (tanpa tambahan). - Sumber : Pegawai Penilai Shah Alam
Korang nak tahu, Jika penilaian lebih rendah dari harga rumah yang ditawarkan, korang perlu menambah baki harga rumah itu sendiri.Contohnya harga rumah 170K,tapi penilaian adalah RM130K, maka korang perlu menambah RM40K sendiri .Kiranya pinjaman diluluskan berdasarkan penilaian atau pinjaman mengikut mana yang terendah.
Wednesday, January 19, 2011
My hubby sudah ada kekasih baru :(
Katanya tak nak curang dengan ai.Tapi akhirnya dia buat jugak.Isteri mana yang tak melenting apabila suami ada kekasih baru.Ini bukan mimpi tapi ini kenyataan dan kenyataan ini amat pahit untuk ditelan.Bukan main lagi my hubby amik gambar kekasih baru dia ni dengan pelbagai aksi dan gaya.Menyampah ai :p
Tuesday, January 18, 2011
Dalam diri aku sudah ada 2 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Pelik ajer bunyi entry hari ni kan?? Sebabnya, sekarang aku adalah memangku tugas Ad yang sedang asyik masyuk berpantang dan siap mintak extend cuti lagi tambahan selama 20 hari menjadikan aku sebagai pemangku tugas beliau selama 80 hari tunaiiiiii .Maka bertambahlah kerja aku sebanyak dua kali Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Dah la dia cuti mengejut , lagi buat aku pening.Aduyai..So,kepada Ad , silalah selalu on hp, sebab aku akan mengacau hidupmu selama 80 hari ni.hahahaha :p
Sepatutnya Ad bersalin 26hb ni tapi sebab last checkup hari tu tiba-tiba baby dia melintang tu yang dia kena tahan kat wad dan once baby dia dah pusing balik, terus doctor induce sebab takut baby dia melintang balik.Alkisah...
Maka lahirlah, putera comel kepada Ad & Am yang belum diberikan nama lagi Hospital Kuala Pilah jam 8 lebih dengan berat 3.16 Kg ! Tahniah buat kalian berdua atas kelahiran putera comel ni. Yeay !! Atia dah dapat adik. Nuha bila pulak yer?? huhuhuhu
Birth Announcements by WiddlyTinks.com
Monday, January 17, 2011
Entry Ini hanya ada gambar-gambar yang menggiurkan sahaja
Orang kata 'One picture is worth ten thousand words.'Aku nak menulis menggunakan beribu-ribu perkataan ni. Sila jangan marah dan muntah darah ;p
Marilah kita layan gambar dan perut keroncong serta Monday Blues :p Ayuh Mulakan ! Kali kedua kami berkunjung ke Cili Merah dan amik gambar banyak-banyak sebab hari tu tak amik gambar kan ;p kiranya ni kesinambungan dari entry ini [klik sini]
Friday, January 14, 2011
Ada ker orang tak suka makan ais krim???
Ada ker erk?? Sila angkat tangan. Aku sekeluarga memang suka makan aiskrim especially aiskrim yang berbentuk kon seperti Cornetto tu.
Last week, masa jamuan makan-makan, Puan Aida telah membelanja kami makan aiskrim tau.Berpinar biji mata sebab tak tahu nak makan ais krim mana.
Aku paling suka makan ais krim yang berasaskan coklat tapi kalo tiada coklat, vanilla pun berguna. Tapi my hubby memang minat yang coklat ajer, so bila beli yang vanilla sebekas, sebekas tu aku hadap sorang-sorang.Dengki kot beli perasa vanilla.hahahaha.Kadang-kadang ajer bagi my Nuha makan.My Nuha sekarang dah demand, tak main dah aiskrim yang dalam bekas tu, mesti nak cornetto punya !! Pengaruh rakan sebaya btol la :p
Korang suka makan aiskrim apa???
Eh , korang tahu, ada contest berasaskan aiskrim yang sedang berlangsung di Nuffnang. Maklumat lanjut boleh tengok kat sini...Lift Your Senses with F&N Magnolia Sherbet
Thursday, January 13, 2011
Malam tadi aku mimpi aku ada susu yang banyak????
Malam tadi aku mimpi aku ada susu yang banyak,sedangkan aku masih belum mempunyai anak kecik :p Anak besar memang dah ada dan banyak karenah ;p
Adakah, sekarang masanya untuk aku bersedia untuk mengandung lagi. Apa yang perlu aku lakukan untuk persedian mengandung lagi yer kawan-kawan? Sebab mengandung sebelum ni terjadi tanpa dirancang. Kali ni memang betul-betul perlu dirancang :)
- Pastikan Ibu Sihat dan berat badan ideal
Dalam masa 3 hingga 6 bulan sebelum hamil, anda hendaklah membuat pemeriksaan doktor untuk memastikan anda sihat dari penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain penyakit berbahaya. Ujian darah juga perlu dilakukan jika anda berisiko menjadi pembawa penyakit berbahaya seperti HIV atau talessimia. - Umur Ibu Sesuai
Umur yang sesuai adalah antara 20 hingga 35 tahun. Ibu yang terlalu muda dianggap belum sempurna dari segi jasmani dan rohani. Oleh itu bayi mungkin dilahirkan tidak cukup bulan. Ibu yang berusia lebih 35 tahun pula, organ-organ peranakannya sudah tidak begitu aktif menerima kehamilan. Selain daripada risiko tinggi anak cacat, ibu juga mungkin alami penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau kesukaran melahirkan anak. - Mendapatkan Pelalian
Pelalian seperti Rubella dan Hepatitis B sepatutnya telah diambil bagi mencegah penyakit berbahaya seperti jantung berlubang, penyakit hati, cacat anggota ataupun terencat akal bagi bayi yang akan lahir. - Pastikan ibu makan makanan berkhasiat dan mengambil asid folik. Asid folik penting berupaya mengurangkan kecacatan pada otak dan saraf tunjang bayi sebanyak 80%. Folate banyak terkandungan dalam sayuran bayam, kacang buncis dan panjang, produk soya, kekacang, makanan diperkaya seperti jus, bijirin, buahan sitrus, ayam dan ikan.
- Jika keluarga anda punya sejarah alahan terhadap jenis makanan tertentu seperti susu, kacang atau telur, elakkan mengambil makanan tersebut. Cari alternatif kepada makanan tersebut supaya anda tetap tidak kekurangan khasiat.
- Berhenti merokok dan jauhi perokok. begitu juga dadah, dan juga alkohol. Jika anda atau pasangan bekerja dengan bahan kimia, plumbum, anestetik atau sinaran x-ray, ini juga memberi risiko pada kehamilan.
- Jika mahu mengambil ubat, dapatkan nasihat daripada doktor.
- Minta pendapat doktor anda tentang genetik dan sejarah keluarga anda.
- Jauhi jangkitan kerana sesetengahnya boleh membahayakan janin.
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepada ku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa pemohonan”.
Tips anak lelaki seperti disini..[klik]
sumber : sini
Wednesday, January 12, 2011
Alhamdulillah, kejayaan milik ku akhirnya...
Baru lepas exam.Lega sungguh ! Tak sia-sia study walaupun anak duk sibuk nak baca buku sama ! Dah la sempat dia cabut sticky notes pada buku aku tengah study tu.Macam mana nak sambung master ni erk? Korang yang sedang belajar dan menguruskan anak-anak, ada panduan dan tips tak untuk belajar secara konsisten tanpa gangguan anak-anak?? Luahkan pendapatan anda disini yer untuk berkongsi kasih pengalaman yer.
Tayang sket kertas exam aku , 86 % tuh..hahahaha. Passing score =70 % ajer ;p
Tuesday, January 11, 2011
Dah tua-tua baru nak periksa...
Lama sungguh tak periksa.Last periksa last 2 years kot, amik Mcp Exam 70-290 Windows Server 2003 Certification dan LULUS walaupun tidak berapa cemerlang :)
Kali ni, aku nak exam berkaitan software yang aku duk buat kerja programming selama 3 tahun di UiTM ni iaitu Certified Examination - IBM Lotus Domino 8 Specialist: Application Developer pada esok hari. Doakan kejayaan ku wahai kawan-kawan :p
Semalam dah attend kelas prep.Macam budak sekolah pun aku rasa ada :) Trainer bagi sticky notes dan highlighter untuk tanda nota-nota penting.
Korang ada lagi amik exam ? Pegawai kerajaan memang biasalah exam-exam ni kan tapi tahun ni mungkin tiada lah kan?? Moga-moga mudah laa nak naik gaji :p
Tips Menghadapi Peperiksaan
1. Semak jadual
2. Kunci peperiksaan
3. Tentukan keutamaan
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
5. Merancang persiapan peperiksaan
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
7. Berdoa dan bertawakal
Bacaan selanjutnya : disini.
Monday, January 10, 2011
Luahan perasaan















































