Friday, January 07, 2011

Apa??Steambot dah ada dalam UiTM Shah Alam????

Walaupun bukan Johnny's Restaurant, tapi ianya adalah setaraf, malah lagi best dari  Johnny's Restaurant :) Ok, tipu. hahaha. Sebenarnya semalam kami adalah buat makan-makan sempena Ulang Tahun kelahiran coffee club kami untuk bulan November-Disember 2010. Asyik tertunda-tunda ajer majlisnya, so semalam adalah tarikh yang dinanti-nantikan.Maklumlah, nak makan hari-hari kat Johnny's Restaurant tak mampu..hahaha



Ni 2 makhluk tuhan yang sedang menyiapkan bahan-bahan untuk distimboatkan :)
Time ni posing ajer lebih depan steamer :p Sudahnya aku jugak yang buat sup :p


Sura tengah potong hot dog sambil dipantau oleh Mak Yong dan Wani.

Time ni aku eskyen ajer :p
 Bahan-bahan yang sedang bersiap sedia untuk mandi stim :p
Kalo nak beli bahan-bahan steambot yang murah lagi sedap, boleh dapatkan di Iwani Frozen di Seksyen 7 Shah Alam, belakang ajer dengan Giant Seksyen 7 (atau dikenali sebagai Bintang dulu) tepi kedai makan yang ada rambu ramba kat bumbung restoren dia.

p/s:
Kalo jadi Ahli Iwani Frozen lagi dapat murah tau. Beza banyak dengan bukan ahli. Ahli bayar RM 5. 

 
Inilah hasilnya- satu tomyam dan satu perasa ayam

We're gettin' Older???? Aku?Gettin' Younger :p 
Kek Macadamia ke apa ntah dari Secret Recepi.Thanks Dayana sebab sponsor kek :p 
Ad, percayalah, tak sedap kek ni :p

Yang Diraikan :) Ad MC, so tiada dalam gambar .

Ini aku punya mangkuk ! Errr, kali ketiga tambah kot ! hahahaha.


Ini paket perasa ayam Yong Tau Foo tu, beli kat Giant ajer yer kawan-kawan.
RM2.99 sepaket.


Ni gambar saper ntah enterframe dalam aku punya kamera.Aku buh ajer lah..hehehehe
Aida dan Dayana.

Nampak macam tokey steamboat tak??

 Aku tokey air of the day...Bekas air disponsor oleh mak aku :)


Marilah kita ambil gambar bersama-sama untuk membuktikan kita telah makan steambot yer :p

Kos keseluruhan : RM 5 Sekepala.Murah kan?? Mana dapat makan kat Johnny's Restaurant???

Korang suka tak agenda makan-makan kat ofiz??? larikkkkkkkk :p Takut kena pelangkung.


Thursday, January 06, 2011

Bukan senang nak dating bila dah ada anak??

Sekarang memang jarang lah dapat keluar berdua dengan my hubby sejak ada my Nuha.Kecuali bila ada orang tolong jaga my Nuha.Yang pernah jadi mangsa adalah Long aku dan isterinya.Pernah 2 kali tak silap aku kitorang tinggalkan my Nuha dengan diorang. Satu pergi tengok wayang, satu pergi event rasmi kat KLCC.

My Nuha ni bila jumpa Mak Longnya, me is no 2 :p Tapi aku tahu, dalam hati dia still aku no 1. Kalo tanya dia, selalu mesti macam ni.

Aku : Nuha sayang Ummi ?
My Nuha : sayanggggg..
Aku : Nuha sayang banyak ker sket??
My Nuha : Manyaaaaakkkkkkk

Hari tu, masa pergi rumah Long aku amik mak abah aku yang dihantar Ngah aku dari Penang ker sini, my Nuha siap demand lagi apabila kitorang nak keluar pergi dinner kat luar.Dia nak naik kereta Mak Long :p
 
So, masa nilah dapat dating berdua , lomantik-lomatik didalam kereta , sambil jalan berpegangan tangan :p Oh, how i missssss that moments :)

 

Cantik kan Sayang permandangan KLCC :) Blur pulak ;p

Menempuh jam malam ke Kampung Baru

Ok, kembali kepangkal jalan, marilah kita menjamu selera.Korang jamu mata ajer :p Makan kat area Sentul tapi aku lupa pulak nama kedai ni apa. Mulanya nak makan di Rosdet Kampung Baru tapi penuh plak parking.Kat situ ada fav. food Long aku, Kerabu Kaki Ayam :)


Abah aku sedang try telefon baru dia :) Siap ada kamera tuuuu :p



Long ngan Kak Long aku.


My Nuha dan her Ayah Long 

Semua sekali RM 116.00.Sekali sekala belanja mak abah makan kat luar :) - Menu banyak gila..Tak yah cakap lah, korang hayati lah yer?? :)

 Wajah empunya belog harus ada lah...
Korang suka tak kalo sekali sekali dating berdua jer dengan ur hubby??? Bagi yang ada hubby ajer lah kan.Yang lain, harammmmm tau dating-dating (mode : insaf :p)


Wednesday, January 05, 2011

Cili Merah tu nama restoren ker?

Hari tu my hubby baca paper dan ada flyer pasal Cili Merah. Kalo nak tahu, Cili Merah ni adalah sebuah restoren yang terletak kat Seksyen 9 Shah Alam. Dan kalo sesiapa yang teringin nak makan nasi beralaskan daun pisang, boleh lah kesini.hehehe :p Lokasinya belakang Hotel Concorde.Kedai paling depan sekali.

pic credit to : here

Malam tadi aku makan kuey teow kungfu dan my hubby makan nasi minyak Utara katanya.Boleh tahan jugak rasanya nasi minyak tu, tu pun aku cilok nuha punya :p Deko dia simple ajer dan ada bahagian yang beraicond dan satu ruang terbuka.Boleh la pilih nak duk mana kan tapi sebab my hubby ni kan smoker, memang memanjang ajer duduk kat ruang terbuka :p Sekarang ni, dinner & lunch ada set promosi RM 9.50.


Sempat amik gambar air jer, lepas tu terus terkam makanan :p 
Maklumlah lapar, baru balik dari UiTM Segamat semalam :p


 Tengok lukisan kat restoren ni, cili merah seketul ajer..simple n nice :) Abaikan budak tengah buat muka hantu kat tepi tu :p


Waktu Operasi : 11 pagi -3 petang
6 petang- 11 Malam

Map to Chili Merah :-

 Klik untuk pembesaran berganda 23 ! Panggg!


Korang dah pernah makan kat sini?? Kalo tengah hari katanya banyak lauk pauk tradisional melayu.Teringin jugak nak makan kat situ tapi ada sesiapa sudi nak belanja lunch hari ni???? hahahaha :p



Sunday, January 02, 2011

Selamat Hari Lahir Sayangku, 1979-2011

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Scrapbooking
Photo Tinks by WiddlyTinks.com




Sayang, selamat hari lahir yang ke 32 tahun.
Semoga dengan pertambahan usia ni,segala cita-cita yang diimpikan akan tercapai.
Semoga setiap hari semakin chenta pada Eliss :)
Semoga setiap hari semakin rindu pada Eliss :*
Semoga panjang usia dan dirahmati Allah selalu...
Eliss sentiasa doakan yang TERBAIK buat sayang..

Sayang, RAJA dihati Eliss :)
Dulu, kini dan selamanya...

Putri Hatimu,

Eliss





Saturday, January 01, 2011

Tahun Baru , Azam Baru, Kereta Baru???

Selamat Tahun Baru 2011!! Azam tahun ni?? Beli rumah dan tambah anak sorang lagi ! Kalo kembar, Alhamdulillah.Boleh rehat lama sket. Kalo anak lelaki, kiranya bonus lah jugak.Kalo sepasang, tu rezeki lah kan.Kereta baru?Belum mampu lagik :p Akhirnya, kereta my FIL dah berada di jalan raya. Kelmarin, masa balik ke Terengganu , kitorang balik 2 kereta lah kiranya. Aku yang bawak?? Tidakkkk tapi my Long yang bawak lah. Tapi dari Shah Alam- KL aku yang bawak Cinta Bersulam Rindu..First time kiranya aku bawak kereta sampai KL sebab my hubby bawak Viva baru tu...


Memperkenalkan.....Wanita Utusan Tuhan......pandai-pandai aku ajer bagi nama :p



Abaikan model tidak berbayar tu yer :)


My Nuha cakap 'Ini kereta Ummi, kereta besar'...hehehe
Cinta Bersulam Rindu tetap menjadi pujaaann hatiku.....



Baru gerak 400++ Km :)
Siap ada CD player, Sayang , keta kita bila nak pasang CD player :p

Seat belakang masih tak koyak lagi plastik ni...


Seat depan pun sama :p


Wajah empunya belog memang wajib ada :p

Ok, sekian sesi posing dari kereta baru !! Semoga tercapai segala azam tahun 2011 ok !!Esok bertolak balik ke Shah Alam ! Tak cukup pulak rasanya cuti kali ni :( Doakan perjalanan pulang kami Shah Alam selamat sejahtera yer kawan-kawan !!


p/s:

Cinta Bersulam Rindu (CBR) plate keta my hubby
Wanita Utusan Tuhan (WUT) plate keta my FIL


Thursday, December 30, 2010

Kenapa aku baru tahu esok cuti?

Hampeh btol! Tak tahu pun esok cuti.Kalau tak cuti pun,aku sudah apply cuti esok ! Hari ni memang aku cadang nak half day ajer sebab nak balik Terengganu sempena meraikan kejayaan sulung Malaysia dalam Piala Suzuki AFF dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Ok, tipu :p Aku balik kampung sebab hari tu tak menjenguk lagi mertua balik dari Tanah Suci Mekah.Lagipun ada kenduri sket hari Jumaat ni, buat doa selamat.Mungkin sempena balik Mekah dan Viva baru :p Insya Allah hari ni keluar la Si Viva tu.

Malam tadi aku tengok jugak bola tuh.Sama naik aku tendang dengan player malaysia tu.Tetiba naik sheikh orang kata. Seb baik tak tertendang my hubby ajer.Hahahaha.Aku bukan minat bola sangat tapi sebab semangat 1 Malaysia, tu aku layankan ajer. Eh, silap,kat Selangor tak leh guna 1 Malaysia kan :p tak semangat lah !


pic credit to : here
Syabas dan tahniah buat pasukan malaysia yang berjaya menamatkan kemarau 14 tahun :p

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 -sumber : sini


Harap-harap tiada yang datang kerja esok ! hahahaha :p

Wednesday, December 29, 2010

Antara Strepsils dan Dequadin, mana mujarab???

2-3 hari lepas aku sakit tekak.Nak menelan pun sakit.Then my hubby belikan Strepsils Cool kat Petronas.Harganya RM 3.90 tapi bila pergi kedai runcit kat area rumah aku, harganya RM 3.20 sahaja.Banyak betul beza dia kan. Tapi telan abes sepaket, tetap macam tu jugak !Makin teruk ada lah.Rasa nak cabut sekejap tekak ni letak kat lantai.Terhoverr pulak :p


Then, aku suh my hubby belikan aku Dequadin pulak sebab nak try jerit kuat-kuat pulak macam dalam iklan tu tengok berterabur tak orang lari.Hahahaha. My hubby belikan kat kedai runcit yang sama beli Strepsils tuh la.RM 6.90 tapi belum cuba beli di Petronas lah.Makan sebiji terus rasa macam lega tekak aku ni. Hari ni tetiba rasa gatal tekak nak batuk, terus telan sebiji lagi, Alhamdulillah dah lega.




Korang pulak, makan apa kalo nak legakan sakit tekak???


My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Tuesday, December 28, 2010

Akhirnya perangkap cicak itu sudah mengena....

Malam tadi my hubby menjalankan misi Ops Cicak sekali lagi.Kali ni umpannya ditukar kepada donut.Bijak sungguh ! 3 ekor sang cicak mengena ! Ok, kalo siapa yang geli cicak tak yah tengok yer.Aku pun geli jugak tapi sebab dia beriya sangat amik gambar kat hp aku khannnnn, kita buh ajer lah...


_

_


_

_


_

_

_

Tadaaa


Yang paling atas tu adalah cicak yang menyorok kat bawah peti ais rumah aku :p


p/s : Publish entry sambil tutup mata. Ok , tipu :p Gambar aku tak geli pun ! 

Harap-harap semua dah lunch :p

Bila dah mula beli majalah berkaitan rumah, apa tandanya??

Tandanya tak sabar nak duduk rumah sendiri lah kan?? Sebenarnya dalam 2-3 minggu ni boleh dikatakan setiap hari kami suami isteri gigih mencari iklan rumah untuk dijual especially rumah teres setingkat di Shah Alam. Alhamdulillah, masih ada lagi rumah di Shah Alam yang memenuhi kriteria yang kami inginkan tu.Kami dah jumpa satu rumah ni, dan harap sangat rumah ni menjadi milik kami sekeluarga.8hb nanti perbincangan akan diadakan antara kami dengan owner rumah tu, korang doakanlah yer? Lepas dah beli rumah kang, boleh la kami planning untuk anak yang kedua pulak.hahahaha.Moga tercapai lah impian my hubby nak ada gazebo depan rumah :p Amin.....

 Korang suka beli majalah apa berkaitan dengan deko rumah ??Antara 10 majalah yang ada dipasaran:-

1) Impiana



2) Anjung Seri
3) Impiana Laman




4)Renovation




5)Impiana Dapur
 6) Creative Home

7) In Home


8) In Design
9) Apartment

10) Seni Hias


My hubby pun dah beria hantar deko-deko bilik kat email..Ni design yang aku berkenan, simple ajer :)





Layari laman Web Rasmi BPP di http://bpp.treasury.gov.my untuk maklumat lanjut berkaitan Pinjaman Perumahan bagi yang berkerja dengan kerajaan dan badan berkanun :)

Monday, December 27, 2010

Dan Harga Yong Tau Foo ialah RM12.50 tunaiiiiii

Setelah meneliti dan memeriksa senarai komen yang ada seperti pada entry ini, para juri (padahal aku seorang ajer) telah membuat kesepakatan, memilih...jeng jeng jeng...


-

-


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



transformed housewife said...
rasanya RM12.50. baru mkn YONg TAu Fu mg lps kat Giant. Boleh tahan jugak harganya. huhu

TEPAT beb !! Tahniah dah Syabbas bette :) 



Hadiah berupa : Sebulan Pengiklanan 125 X 125 di sidebar elissmie.com
  1 X lanyard UiTM 
        1 X Fridge Magnet UiTM


Sila emailkan nama, alamat dan no telefon untuk tujuan pengeposan hadiah yer :) kepada elissmie [at] gmail [dot] com.

Aku paling geli cicak, korang?

Tetiba teringat cicak putih bawah peti dapur rumah aku. Gila besar punya cicak .Kalo my nuha degil sangat, aku cakap, nanti lizard geget :p Dia takut sebab dia pernah terserempak dengan cicak tu sebab dia selalu angkut periuk dan bekas kat dapur buat main masak-masak kat ruang tamu.

Petang semalam, my hubby beli perangkap cicak kat tesco.Sebab hari tu beli Ridsect Lizard Repellent tapi cicak makin berleluasa.Tak nak pulak dia larik.Hangen aku satu badan :p Moga-moga teknik yang kedua lebih berkesan walaupun sedikit kejam tapi ustaz aku cakap bunuh cicak dapat pahala wooo :p

Daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah yang menemui Aisyah r.a di dalam rumahnya lalu beliau melihat di dalam rumah Aisyah r.a ada lembing, lalu ditanya tentangnya: Wahai umm al-mukminin, apa yang anda lakukan dengan lembing ini? Jawab Aisyah r.a “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Rasulullah s.a.w menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, tiada binatang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (memarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Rasulullah s.a.w menyuruh kami membunuhnya.” Riwayat Ibnu Majah.


Ridsect Lizard Repellent- Untuk menghalau cicak..



Perangkap lipas dan cicak - untuk membunuh terus ni :p Ada kotak yang bergam dan umpan .

Info Produk : Harga : RM 6.80

             
Pagi ni my hubby tengok tak der cicak yang terkena lagi. Pandai yer ko cicak. Lambat laun terkena lah tu..Korang geli tak cicak? Aku geli dan benci jugak sebab cicak selalu berak merata-rata :p
Lipas pun sama, selalu makan bawang aku :p

p/s:

Keputusan Teka Harga Yong Tau Foo akan diumumkan petang ini . Sudah ada yang meneka dengan tepat dan mini contest sudah tamat  yer :p


Friday, December 24, 2010

Yong Tau Foo semangkuk ni harga dia berapa???

Hari tu aku pergi pasar malam. Tetiba tekak ni tanak makan nasi lah pulak bila terpandang Yong Tau Fu.Terus pilih-pilih dan dia rebus , potong-potong masuk dalam plastik. Cekap ! :p Macam-macam pilihan ada, tapi kalo pergi time lapar memang nahas, boleh cecah puluh-puluh ringgit kasyorga semangkuk tau :p Pernah kena kat midvalley :p

 pic credit to : here

Korang suka tak makan Yong Tau Fu ? Kalo suka, cuba korang teka berapakah harga Yong Tau Fu yang aku beli ni ?

TEKAAN TELAH DITUTUP Siapa yang teka dengan betul atau meneka dengan paling hampir, akan dapat hadiah..
Dateline : Isnin , 27 / 12/ 2010 sebelum aku umum pemenang yer.

Tekaan hanya boleh dibuat SEKALI  sahaja pada Comment Box sahaja tanpa perlu buat entry...Tak boleh nak tukar-tukar yer :p

*Maaf, staff UiTM tidak boleh meneka yer..hahahaha.Keji :p


Dan terbuka kepada follower sahaja dan haruslah mempunyai belog.Klik ajer butang follow tu kalo nak teka yer :p

Hadiah berupa : Sebulan Pengiklanan 125 X 125 di sidebar elissmie.com.
                           1 X Key Chain UiTM  ATAU lanyard UiTM  ATAU kedua-duanya sekali



 Nak hadiah lagi????






ads


Dah vote untuk my Nuha ??? [Klik sini] dan tinggalkan komen [disini ] bila dah vote yer..Jika aku menang, satu pemenang akan dipilih dikalangan voters...Jasamu ku hargai...Kalo tertinggal nama sila bagitahu yerr :)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)