Thursday, December 23, 2010

Ulam-ulaman, sape suka makan angkat tangan???

Eliza yer semalam tak suka blog pasal makanan kan? Tapi topik pasal makanan adalah favourite aku jugak.hehehehehehe.Sorry yer eliza :)

Korang suka makan ulam-ulaman? Banyak betul khasiat dia kan..Kalo belah terengganu / kelantan, ulam-ulaman tak boleh dipisahkan dengan budu. Perggh..Kalo budu, letak cili padi sket dan perah sket limau kerat lintang.Aduhai.Terangkat. Nak-nak ada ikan singgang pulak..Merecikkkk beb !!

Bau limau kerat lintang  ni harum dan bergerutu sket struktur buah dia dan cantik sket dari limau purut :p



Ulam-ulaman yang ada :-

1) Daun gajus - daun 'tereh' (slang terengganu). Aku memang suka makan ni. Weekend hari tu, ada jual kat pasar, seikat 60 ¢ , terus beli dua :p Malam tadi makan dah seikat :p


2) Petai - Kalo beli kat Shah Alam ni, seikat 2 keping tu RM3.Tapi kerana petai hamba turutkan :p My hubby plak suka makan petai yang direbus, aku suka makan mentah ajer.

3)Jering - Yang ni aku tak makan, sebab bau dia harum sangat dan rasa pelik kat lidah bila makan :p Mak aku suka gila ni.


4) Kerdas- Ni pun adik beradik jering jugak..Aku pun tak makan, sebab rasa sama macam jering.

5) Pegaga - Kalo kat umah kampung aku ni, kutip ajer kat depan rumah.Tumbuh meliar ajer.Skang dah tak pandang pun tapi kat kedai makan ajer :p

6) Daun Ceylon (Selom) - Ni kat belakang umah kampung dulu ada, segar gila tapi bila ba*bi pecah masuk kawasan kebun tu, bapak aku tebas semua :p
7) Ulam Raja - sedap jugak ulam ni dan ada bunga yang cantik :) Makan dengan ikan bakar kat seksyen 2 tuh kan....Sapa nak belanja aku makan tengah hari?? Sila angkat tangan :p


Korang pulak suka makan ulam apa??


pic credit to : here and here  and here

Wednesday, December 22, 2010

Tak ada idea nak tulis blog, korang tulis apa?

Jarang aku tak der idea nak tulis blog tapi kalo tak sempat sangat nak tulis tu, maknanya aku tengah bersiaran dari luar ofiz, atau banyak kerja nak kena buat.So tak sempat fikir nak tulis apa.Nampak sangat aku tulis blog time ofiz hour.Dah kerja mengadap pc , nak buat macam mana.Tak kan nak tengok coding doplohpatjam kan boz? :p Tetiba kaitkan dengan boz kan, sebab boz ai kan suka baca belog ai :p

Nanti boz tolong belikan ai lesung yer boz tapi ai nak pegi cari kat hardware dulu hari ni :p Kat kampung boz ai ada tau lesung dan batu dijual berasingan :p

Back to the story, ni nak perturunkan ilmu yang tak seberapa nak bagi idea apa korang nak tulis dalam blog, kalo dah tak tau nak update apa dah kan??

1) Tulis pasal orang sekeliling, bertepatan dengan tema blog aku ni kan, kisah kehidupanku, my hubby , my nuha dan my everythings. Tapi kalo blog korang bukan berbau peribadi atau ilmiah, tak der point lah kalo korang nak guna idea ni kan :p Aku memang paling suka tulis pasal anak sebab tu aku wujudkan satu lagi blog, harap tak muak :p http://elissmiejunior.blogspot.com



2)Tulis pasal apa yang korang dengar kat radio. Biasa sebelum sampai ofiz tu, kalo bawak keta mesti korang dengar radio kan? Mesti ada satu topik pagi. Cilok idea tu pun ok jugak kan. Dah tadak idea sangat tapi untuk elak semua orang tulis topik tu pada hari yang sama, korang tulis la minggu depan kan :p


3) Pasal makanan. Yang ni memang ramai nau orang suka kalo datang belog aku ni. Nak lebih menarik, korang citer jer la harga makanan dan lokasi kejadian. Kalo bab makanan, semua orang suka kan. Ker ada orang yang tak suka???


4) Pasal melancong, cuti-cuti malaysia atau oversea. Yang ni pun best jugak, sharing tempat yang korang pegi melawat tu dan selitkan info yang berguna contohnya harga bilik ker, permandangan ker, tempat makan best kat area situ ker , shopping apa ker. Nanti bila aku pergi sana sama(amin) , tadak laa tergagau sangat kan sebab batak tak tahu :p Tapi janganlah pulak korang tulis sampai 40 hari 40 malam macam lah orang lain jakun sangat , sampai aku sendiri yang menulis pun naik menyampah :p Aku buat entry pulau pangkor  3 hari jaa..Korang bosan tak? Bosan tak?? Maklumlah ai first time pegi melancong dengan family tauuuu..
Biasa orang jawab "Tapi ikut pandai ai laa belog ai kan, ada orang kesyah :p"



5) Pasal event, seminar yang korang join. Menarik ker tak menarik ker, lantak korang lah kan.Kalo jumpa blogger ker..memang syok kan? Atau event ofiz.Kongsikan segala keriangan korang dekat blog :) Untung-untung, kalo orang mintak tarikh event tertentu , nak2 yang kerja kerajaan, boleh jadikan blog sebagai rujukan SKT atau Borang Penilaian Prestasi tu. hahahaha. Selalu terjadi kat aku :p




6) Tutorial. Memang syok gak kalo tulis tutorial ni tapi kalo ada orang request, memang aku buat jugak.So, kalo korang nak suh aku buat tutorial apa-apa, bagitau aku yer :p Kalo aku free, boleh aku buat..Cepat atau lambat ajer laa...

7) Pengalaman Kali Pertama. Yang ni syok jugak, sebab ada jer benda baru yang berlaku pada kita setiap hari kan.Pengalaman hidup ni pun sebagai learning process tau, kata bijak pandai..Sini tadak pengalaman malam pertama yer :p lalalala.Lariksss...

Dah-dah, cukup seminggu dah korang boleh tulis blog sebelum aku merapu lebih lama :p


Tadak idea sangat?? Korang tutup ajer lah blog :P Hahahaha.Tak puas hati, sila baca Disclaimer..hehehehehe :p Ini cuma pandangan peribadi ok :p




ads


Dah vote untuk my Nuha ??? [Klik sini] dan tinggalkan komen [disini ] bila dah vote yer..Satu pemenang akan dipilih dikalangan voters...Jasamu ku hargai...Kalo tertinggal nama sila bagitahu yerr :)



Tuesday, December 21, 2010

Pernah tak korang dapat email dari konon-konon bank???

Sekarang ni, banyak ajer orang nak menipu kan?? Macam-macam cara. Tinggal mudah terpengaruh atau tidak terpengaruh ajer. Hari tu ada sorang ofiz mate aku akhirnya terpedaya jugak dengan spammer yang konon-konon bank ni.Siap dia dah nak masukkan nombor pin dari hp dah.Seb baik dia kecoh-kecoh dan tak sempat nak reply ajer.

Minggu ni, aku dapat 2 email dari konon-konon bank ni. Satu dari Public Bank dan satu lagi dari Maybank. Maybank paling tak logik sebab aku tak pernah ada pun akaun Maybank .
Memang spammer konon-konon bank ni guna ayat yang standard bank tapi link ajer berbeza.

Macam mana kita nak detect email dari konon-konon bank ni ???

1) Buka dulu email yang kita dapat tu.

2) Halakan mouse kepada link yang diberikan. Jangan klik !!!

3) Lepas tu kita tengok status bar, link apa yang terpapar.Memang sah-sah menipu lah kalo link yang ditulis tak sama dengan link yang kita nampak kat status bar tu.



Status bar tersorok???

Kalo guna mozilla, Klik kat View, Pilih Status Bar..




Apakah tindakan kita seterusnya ???

1) Kalo ada gmail tu, senang ajer citer dia,klik ajer butang segitiga kebawah sebelah reply tuh..Lepas tu pilih Report phising.






2) Lepas tu klik pada butang Report Phising message.Done. 




Salah satu lagi contoh spammer dari konon-konon bank ....Moga korang tak kena tipu yer..Berhati-hati....




ads


Dah vote untuk my Nuha ??? [Klik sini] dan tinggalkan komen [disini ] bila dah vote yer..Satu pemenang akan dipilih dikalangan voters...Jasamu ku hargai...Kalo tertinggal nama sila bagitahu yerr :)


Prosperity Burger telah kembali??

My hubby adalah orang yang paling gembira apabila Cik Prosperity Burger telah kembali.Aku kurang gemar sebab aku ni tak nak curang dengan my all time favourite burger, Cik Double Chiz Ko bedebah Cheeze Burger.So kiranya bermusim lah kami pergi makan kat MC D tu :p Tak ker rugi bagi MC D sebab adanya peminat tegar Prosperity Burger macam my hubby kan.Sekali setahun ajer lah jengah MC D.hehehe.


Dalam gambar yang dicilok dari website MC D memang gorgeous aku nampak :p

Tapi bila dah beli ...hasilnyaa....



Bijan boleh diterima, tadak laa 2-3 biji atas roti tu kan :p


 Tapi tang daging tu, tadak laa pekat hitam macam dalam gambar kan?? 
Mungkin stok black pepper dah habis kot .Bawang besar pulak terabur gila-gila punya tadak tersusun cantik macam dalam gambar .

 Seb baik kotak cantik :p, 
Moga berkekalan lah keriangan semasa menikmati Prosperity Burger yer bang :p

Patutnya tulis kat kotak tu - For Illustrative Purposes Only ataupun  tulis "gambar memang berbeza dari burger yang akan korang terima, redha ajer lah yer kawan-kawan :p "

TAPI, walaupun rupamu buruk....ko tetap pujaan hatiku...
--

--


--

--


--


 
Duhai, Double Cheese Burger ku.........


Korang suka makan burger apa???



Monday, December 20, 2010

Beli kereta macam beli gula ???

Perhatian : Sebelum apa-apa , mintak jasa baik kalian untuk vote my nuha [klik kat sini] . Jasa kalian amatlah diriku hargai :) Lepas dah vote, tinggalkan komen di entry [klik sini] yer , Insya Allah, kalo menang, aku buat satu cabutan bertuah dikalangan yang telah vote dengan random.org lah :)Tapi hadiah tak tahu lagi lah, bergantung kepada keadaan :p

 Hari ni, bangun lewat sket dari biasa..lewat 15 minit tapi manage untuk sampai ofiz cuma lewat 4 minit dari biasa.Kalo students UiTM cuti dan cuti persekolahan, memang cepatlah sampai ofiz dari biasa.Heaven !! Ker aku yang memecut ? :p

Weekend hari tu, pergi Perodua untuk beli kereta. Padahal niat asal nak tanya-tanya ajer. Tanya lebih-lebih kurang dan mintak quotation, terus book ! Gila !! My second car- Viva . Lepas ni bawak Viva lah aku pergi keja. hahaha. Ok, ok, tipu :p Kereta my FIL sebenarnya yer, bukan kereta aku.Tak mampu nak pakai dua kereta :p

 My Nuha tengah book kereta idaman dia :p

Kalo beli Viva sekarang dapat rebat tunai RM 2, 300.[Klik sini] My hubby terus masukkan sebagai down payment.Lepas dah settle loan ni, boleh la keluar kereta baru my FIL tu. Lepas dah settle semua urusan kat Perodua tu, kitorang balik. Lepas tu my hubby cakap, eh, beli kereta macam beli gula pulak :p Sebab sekejap ajer dah balik kan ...

 My nuha tengah test-duduk test-drive :p



Pilihan warna adalah Pearl Jade


Korang pulak pengalaman beli kereta baru macam mana  ???




Friday, December 17, 2010

Terjah Belog Pengomen Tegar | Ieda Al-Habsyi

Perhatian : Sebelum apa-apa , mintak jasa baik kalian untuk vote my nuha [klik kat sini] . Jasa kalian amatlah diriku hargai :) Lepas dah vote, tinggalkan komen di entry [klik sini] yer , Insya Allah, kalo menang, aku buat satu cabutan bertuah dikalangan yang telah vote dengan random.org lah :)Tapi hadiah tak tahu lagi lah, bergantung kepada keadaan :p

Seperti biasa, hari ni adalah hari terjah Pengomen Tegar yang seterusnya.

Belog : http://www.iedaluvsham.com/



menggunakan template :-

Awesome Inc.dari Tina Chen di  tinachen.org.Header pulak ada gambar dia , cantik terletak kat situ tapi tak boleh ngorat, sudah emak orang :) Biru gitu backgroundnya macam KB jugak :)

Entry yang aku suka untuk dikongsikan dengan korang adalah seperti berikut :-


Boleh jugak korang follow twitter : http://twitter.com/IedaAlHabsyi

Ieda, ko tadak blog badge kaa? Kalo tadak, boleh dapatkan disini :p  Sempat lagi tu :p

P/s: 

Korang ingin diterjah ?? Tinggalkan komen disini dan mestilah follower belog elissmie yer dan pernah komen di belog ini yer :) Mungkin korang akan diterjah next friday kan...


Hari Jumaat, ada makan-makan Free, heaven kan??

Sebelum apa-apa , mintak jasa baik kalian untuk vote my nuha [klik kat sini] . Jasa kalian amatlah diriku hargai :) Lepas dah vote, tinggalkan komen di entry ini yer , Insya Allah, kalo menang, aku buat satu cabutan bertuah dikalangan yang telah vote dengan random.org lah :)Tapi hadiah tak tahu lagi lah, bergantung kepada keadaan :p


Hari ni, kat ofiz aku , ofiz mate aku, Kak Ros belanja nasi lemak dan kuih muih.Terima Kasih yer Kak Ros.Semoga murah rezeki dan dipanjangkan umur :) Dan kuih favourite aku pun ada...Kuih Talam Cendol.Sedap sangat :) Kakak Kak Ros ni buat katering, so kalo nak buat tempahan pun boleh..Nasi lemak tak sempat nak snap, sebab dah selamat masuk dalam perut aku..hehehehe :pKuih Koleh Kacang tak suka, so aku tak snap lah..hahaha :p



Kuih Talam Cendol


Ofiz mates aku sedang menjamu selera dan korang semua menjamu mata ajer lah yer..hehehehe :)


Kat ofiz korang ada ker makan-makan FREE hari jumaat?

VOTER : 


1) azieda razak
2) mrsboan
3) || NaFiRaa ||
4) Atia Adina
5) amirah
6) Dinas Aldi
7) Sarah Syazwani
8)sharina
9)Kancilbiru
10)Kancilbiru
11) mamasue
12) ~dARlee zURiS~  


Thursday, December 16, 2010

Batu lesung patah dua, tandanya apa??

Weekend hari tu, aku terhempas batu lesung kelantai. Terus patah dua. Dah la ni batu lesung turun temurun :p Mak aku bagi selepas aku kahwin.Sebab rumah aku tadak batu lesung, maklumlah baru nak hidup berumahtangga kan. Semua barang umah mak aku , aku angkut buat balik sini.Terima kasih yer Ma :)Mak mertua pulak siap bagi kuali besar tau :p


Berbalik kepada batu lesung aku yang patah dua tadi seperti pada rajah diatas, apakah tandanya ??

1)Pemilik batu lesung tersebut seorang yang rajin memasak

2)Pemilik batu lesung tersebut tidak perlu lagi buat sambal belacan

3)Pemilik batu lesung kena beli batu lesung baru :p

Jawapan No 1 tu macam tak betul sangat kan..Tapi Jawapan No 3 tu confirm lah kan kalo dak No 2 tu sampai bila-bila lah sebab buat sambal belacan pakai blender tak sedap wooo :p alasan :p

Korang rasa ada tak orang jual penumbuk sahaja? Macam pelik kan, kalo ada jual berasingan.Pincanglah ia macam irama dan lagu kan?? :p

Kalo ada, korang rasa korang pernah nampak kat mana? Aku buntu :p Sila bantu..


Wednesday, December 15, 2010

Hadiah apa yang paling bermakna tahun 2010???

Bagi aku, semua hadiah yang orang bagi adalah bermakna.Tak kisah laa murah atau mahal dan semua tu bukan ukuran. Yang penting orang yang bagi tu, betul-betul ikhlas nak bagi :)Terima kasih kepada semua penyumbang hadiah bagi tahun ni yer :) I loike :)
Ni acara tayang menayang yer untuk kenangan sepanjang tahun 2010 :) Kalo rasa eleh, tu pun nak tayang, sila la beredar dari page ini .Sebarang ketidakpuasan hati amat tidak digalakkan :p

My hubby -  Antara penyumbang hadiah paling banyak tahun ni :) Sampai dah tak tahu nak kategorikan hadiah tu sempena apa dah :p Terima Kasih yer Sayang :)







Ibuku terchenta




Office mates - Diorang ni ada yang bagi hadiah birthday dan ada yang bagi ole-ole ketika pergi melancong iaitu Niza, Ad,Kak Ema, Sharina,Encik Rahim, Encik Osman, Kelab Prokom dan yang tak tersebut.Terima Kasih yer kawan-kawan :)





Bloggers- Ni sebab menang contest lah :) Terima Kasih yer kawan-kawan alam maya :)



Dari Nia,sebab bagi tips untuk elak stage fright



Dari  Mama Tisya :), sebab btol teka percutian honeymoonnya.


 Dari Hanz dalam I Love You Contest

Dari Sumijelly dalam contest Menang RM20.00 Sampaikan Jer 2010 :)

Dari Eyriqazz Menang RM 10 menang komen terbaik dalam Gambar Hangat Raya 2010

Dari BabyIbu, hadiah sempena contest warkah untuk baby ibu.




Dari Eyriqazz.Com untuk contest Bloglist Dibuka


Korang pulak apa hadiah yang paling bermakna tahun 2010??


Tuesday, December 14, 2010

Hadiah teman tapi mesra pun ada tau :)

Terima kasih Rohaini a.k.a Ummu Abdullah Syaakir kerana bagi hadiah teman tapi mesra kat me yer :) Dah sampai pun petang tadi.



Sesiapa yang nak bagi hadiah, silakanlah, jangan segan jangan malu yer :) email me elissmie [at] gmail[dot] com.Tak malu pulak ai ni kan..hehehe.

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)