Makin nak raya, makin banyak pulak kerja nak kena siap.Ni baru sempat tengok blog sendiri.Blogwalking tak yah citer lah, memang tak sempat.Last week, my Nuha aku angkut datang ofiz sebab mak pengasuh dia ada urusan.
Weekend hari tu, saja malas nak masak.Lagipun memang tak beli barang basah dah minggu ni sebab esok dah nak balik kampung yang terchenta kan.[ Alasan.] So, kitorang pergi lah kedai all time peberet my hubby tu.Sekali, amik ko! penuh segala tok nenek parking kat situ.Then ternampak lah satu kedai yang baru tak der lah baru sangat, tapi-ada-orang-cakap-tak-sedap-dan-servis-lembab kat situ. Nama kedai dia Restoren Putera Ayu. Memang sesuai dengan nama dia. Ayu gitu servis dia :p Lemah gemalai , dekat 15 minit baru dapat makanan.Padahal kalo order macam tu kat Shid kurang 10 minit dah sampai makanan.Tak perlah, sabar ajer lah.
Monday, November 15, 2010
Restoren Putera Ayu, ayu ker???
Thursday, November 11, 2010
Aku mengandung? Bersediakah?
Weekend hari tu, mak aku telefon. Soalan cepu emas "Ko dah mengandung ker ? " Mari kita gelak beramai-ramai. Ma, Eliss planning ler.Insya Allah, kalo tiada aral, tahun depan eliss mengandung.Awal tahun 2012 ,Insya Allah , Nuha dapat adik.hehehehe.Terang, jelas, tepat dan penuh keyakinan aku jawab..hahahaha
Apsal tetiba tanya pasal mengandung ni ? Sebab mak aku mimpi aku mengandung ! Wohaaa !
Jom sayang ! [Wah, tetiba ! :p mentang-mentang malam ni malam jumaat, sunat beb! ]
Pagi ni ada tazkirah pasal Aidil Adha dan Hikmah Tersirat. Ustazah tu ada selitkan sekali pasal kursus perkahwinan dan seksualiti yang dia hadiri hari tu kat UPM.Katanya, nak dapat anak pun, jantina pun boleh kita pilih. Nak jugak aku tahu, tapi dia tak cakap pulak masa tazkirah.Lari topik pulak kan.
Hasil pencarian aku selepas mengugel :p Aku terjumpa e-book yang diberikan percuma ni, korang boleh download [kat sini.]
Since, aku teringin pulak nak anak lelaki, nama pun dah ada kan, so marilah kita praktiskan cara ni yer bang...hahahaha.
Tips Mendapatkan Anak Lelaki
1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki.
(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan ke dalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa genX - so penentu jantina bayi adalah dari sperma suami)
4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke
kanan)
5. Berdoa.
Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):
1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
2. Banyakkan makan yg berasid
3. Amalan minuman kurang manis
Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :
1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkanbadan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf.
2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”
3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….) Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.
Selamat mendapatkan baby pilihan anda! Kita hanya merancang dan berikhtiar, tapi Allah swt yang tentukan…
Tak sabar lah pulak nak tunggu tahun depan !
Wednesday, November 10, 2010
Kalaulah buncit itu Indah...
Kalaulah buncit itu indah :-
Maka...
1)Tiadalah pusat-pusat pelangsingan badan
Siapa yang untung? Lundang Weight Management jugak :p Boleh makan apa sahaja tanpa senaman !!Best tak?Hasilnya ....tadaaa...........
2) Tiadalah pil-pil menguruskan badan
Siapa yang untung?Doktor Rojemi jugak dengan Jus Mata Lima dia :p Tak perlu tak makan nasi. Heaven !
3)Tiadalah istilah-istilah spare tyre dan pelampung keselamatan
Buat menyakitkan hati dan jiwa raga lagi memendam rasa tau !!
4)Tidak perlu membeli peralatan senaman
Membazir duit jer kan..hehehe.Seb baik aku hubby yang sponsor :p
5)Tidak perlu memakai PulutBakar (bukan nama sebenar :p ) 24 jam
Seksa jugak pakai korset-korset ni, nak bernapas pun susah :p
Hasilnya...
Wow !! Ko kelihatan sexy lah eliss dengan buncit macam spare tyre tu...
Cun siot ko dengan selulit sana-sini, terkagum aku wehhh!!
Jika ku lemas, kaulah penyelamat wahai pelampung keselamatan ku duhai Eliss....
Gila cantik ko dengan perut yang mengeleber tuh Eliss, ni buat aku jelez ni..Aku pun nak jugak !!!
Macam mana ko dapatkan perut buncit dalam masa yang singkat ni Eliss? Bagilah tips !!
Heaven kan ! Pitam !
ok, itu kata dusta :p
Buncit, pergilah jauh-jauh....
Siapa perut buncit jugak yang terasa dengan entry ni , jangan marah ! Entry ni ditujukan khas buat aku yer...
Tuesday, November 09, 2010
Plz lah , aku bukan lesbian :p
Memetik kandungan sebuah email yang aku dapat semalam.
My name is Mary i am a girl i saw your email contact today and became intrested in you. That we may find our selves being in love together as life partner.
please if you will like to know more about me or see my picture send me email so that i will reply you with my picture and tell you more about my self. Finally pray that our good God should guide and protect you as you reply me .Thanks and remain bless.
Agak-agak orang ni betul ker tidak??Part mana yang ko interested ni erk?Hebat lah ko, just tengok email ajer boleh interested :p Sorry lah, saya sudah bersuami yer !! Aku nak tengok jugak cantik ker tidak muka ko tu kan...nak jer aku reply :p
Macam mana lah tak gatal hidung tu, kalau ?
Walaupun rawatan resdung dah dibuat, tapi hidung ni tetap gatal jugak sebab tak berpantang !! Hubby cakap, dia pun pantang, pantang tengok ! hampeh :p
Weekend hari tu ada buat makan-makan sket dengan beberapa kerat ahli keluarga yang berada diperantauan ni :p Long, Kak Long, kazen aku dan isteri serta baby dia yang dah masuk 3 bulan-baru-aku-terhegeh-hegeh-nak-jumpa :p So, aku sebagai tuan rumah , masak simple mimple tapi lazat :p
Monday, November 08, 2010
Permata Hijrah di Shah Alam, korang dah cuba?
Weekend hari tu, aku dah pergi Permata Hijrah untuk buat rawatan resdung.Aku ni memang dari zaman sekolah lagi ada resdung.Selalu tengok duk promo dalam tv ajer, so bila dah ada cawangan baru kat Shah Alam ni, terasa nak cuba jugak.
Lokasi dia, depan ajer dengan Restoren Shuhaida Seafood Seksyen 13 tu.Lepas makan-makan kat situ malam tu, kami terus kesana. Operasi dia buka sampai puku 10.00 malam.
LAMAN SERI BUSINESS PARK, SEKSYEN 13, SHAH ALAM, SELANGOR
Kami sampai hampir pukul 10 dah.Mula-mula hubby dulu yang buat pemeriksaan resdung, tapi tak terus buat rawatan. Lepas aku buat pemeriksaan, terus aku suh dia buat rawatan resdung tu. Lega gila hidung ni lepas rawatan. Dia suh aku pantang seafood dan jangan minum air batu.Rawatan yang dikenakan RM50 selama setengah jam ! ** Ibu mengandung dan menyusu tidak dibenarkan membuat rawatan resdung .Aku cuba jugak buat terapi mata tu , lepas tu terasa segar plak mata ni.Gegar-gerak bijik mata :p
Friday, November 05, 2010
Muka aku dengan Niza KancilBiru keluar majalah?
Best tak best muka keluar majalah? Semua duk pakat jerit, weh,Eliss muka ko masuk majalah!! Glemer mak sekejap.Phewitttttttttttt !!!
Majalah ofiz aku jer lah pun...Hahahaha. Muka korang pernah ke keluar majalah ? Apa korang rasa? Glemer tak? hehehe. Aku pun sebelum ni pernah masuk paper dan majalah wanita hari tu :p
Thursday, November 04, 2010
Lempeng kelapa , ada orang tak pernah makan ker?
Korang pernah makan ke lempeng ? Omputeh sebut, pancake :p
Resepi kat sini [ http://mieeliss.blogspot.com/2010/11/99-lempeng-kelapa.html ]
Mana lagi sedap pizza extreme Cheesy 6 ke lempeng kelapa ??
My Nuha | Malas Masak? | Watermark For Free
Buffered Earnings bertambah, hati bertambah senang (:
Wednesday, November 03, 2010
Bulan Yang Sesuai Untuk Kawen?
Korang rasa bila ? Cuti sekolah? Nak lagi syok mestilah masa musim hujan kan???hehehe :p
Kisah ni agak lama, ada yang dah mengandung pun (Tina :p, tahniah dear ! ) Better late than never kan?
Tapi apapun aku nak ucapkan Tahniah buat 2 sahabat aku zaman degree dulu yang dah selamat mendirikan rumah tangga hari tu..Sorry sangat tak dapat datang. Moga korang berbahagia ke akhir hayat .
Photo Tinks by WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com
Siapa hari tu nak kerja kat UiTM?
Ada iklan jawatan kosong sekarang untuk pelbagai post. Boleh rujuk kat sini [http://mieeliss.blogspot.com/2010/11/info-54-jawatan-kosong-di-uitm.html] Untung-untung kita jadi rakan sekerja :p Tarikh tutup permohonan Isnin, 15 November 2010.
Tu jer nak bagitau. Jap lagi aku nak pergi meeting. Harap semuanya berjalan lancar. Susahnya kalo berbincang dengan manusia yang tak reti bahasa :p Aku bukan kuli tapi nak tolong !! Ada cara tak untuk handle manusia yang tak reti bahasa? Aku cakap tak boleh, tak boleh lah ! Degil...1001 karenah pengguna sistem :p Sanggup kerja di UiTM ? Dipersilakan...
Monday, November 01, 2010
Best sangat ker duduk Shah Alam??
Weekend hari tu, selain duduk rumah makan nasi ayam buatan tangan :p , sempat jugak ronda-ronda cari rumah di sekitar Shah Alam ni. Banyak rupanya rumah kosong kat area Shah Alam ni tapi satu signboard untuk dijual/disewa pun tak ditampal kat rumah-rumah kosong tu.Bila tengok dalam mudah.com.my pun adalah jugak yang letak tapi harga memang tinggi padahal rumah dah nak reput :p Tapi banyak lagi yang nak jadikan rumah diorang ni tukun tiruan, rela biar terbiar macam tu.
Belah petang plak, sempat ke SACC tengok Ekspo Hartanah & Gaya Hidup Selangor 2010. Mak aih, rumah kat Shah Alam bukan ribu-ribu dah, main juta-juta punya ! Nak murah, beli kat Batang Kali nuh :p 130K ++ lagi rumah teres setingkat.
Antara rumah yang paling mahal di Shah Alam yang aku pergi tengok semalam ....
Friday, October 29, 2010
Terjah Belog Pengomen Tegar : Yatie Chomeyl
Seperti biasa, hari ni adalah hari terjah Pengomen Tegar yang seterusnya.Yatie merupakan pemenang contest Ucapkanlah aku hari tu dan belog dia akan direview hari ini.
Korang ingin diterjah ?? Tinggalkan komen disini dan mestilah follower dan pernah komen di belog ini :)
Belog Yati : http://yatiechomeyl.blogspot.com/
Moto belog ini,CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS.
Comel kan? hehehe :p

Yati menggunakan template :-
3 column iaitu Green-Peace Designed oleh Noyod|Tee.J www.noyod.com . Cantik header belog dia, hijau gitu. Siap ada tema pokok lah kat sidebar dia.Yatie banyak berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang pelajar dan jugak seorang ibu dan kehidupan bersama keluarga yang sekarang menetap di Jepun. Tabiklah kat Yati sebab 3 in 1 gitu, pelajar, ibu dan isteri. Bila lah aku nak ada semangat nak sambung master balik ni..dah laa next year boleh dapat gaji penuh bila sambung belajar :p
Entry yang aku suka untuk dikongsikan dengan korang mestilah pasal travel kat negara Jepun lah kan, sebab aku blom pernah sampai :)
Jalan2 Cari Pasal di Uminonakamichi Park
Menjenguk Kawah Gunung Berapi di Aso Kuju National Park, Kumamoto
Menjadi Muslim Di Negara Asing
Untuk bertukar blog badge dengan Yati, boleh copy paste coding kat bawah dan tampal dibelog masing-masing yer :) :
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit....
Sila Sambung sendiri :p [Inikan Pulak Suami Isteri ] Bukan nak cerita pasal peribahasa ni, aku bukan pakar bahasa yer walaupun bahasa melayu tak pernah tak A dalam periksa (maklumlah melayu tulen..hahaha)
Ni hah, malam tadi.Aku betul-betul tergigit lidah.My hubby bagitau, orang tua-tua cakap, kalo tergigit lidah, maknanya nak makan daging. Padahal malam tadi, aku sedang menikmati hidangan makan malam istana dizaman silam . Nasi Putih, Ikan Siakap Masak Stim Halia, Daging Goreng Kunyit dan Kerabu Perut. Chehs! My hubby cakap, maknanya selama ni, orang tua-tua tu menipu lah.Hahahaha :p
Thursday, October 28, 2010
Korang pernah main gelang getah?
Masa kecik-kecik dulu, aku suka sungguh main gelang getah. Gigih tu ikat getah panjang-panjang , biasa jalin 2 getah la untuk lebih kukuhkan gelang getah tu.Paling tak leh lupa, pernah sekali terjatuh gedebuk macam nangka busuk atas simen sekolah. Punya lah bangang, ada ker main gelang getah atas simen lantai sekolah agama time hujan.Amik ko lebam sebijik dekat pipi.huhuhu.
Hari tu, Cik Nor ada bagi aku gelang getah tapi unik sket..Ada pelbagai bentuk..Pelik btol hobi cikgu kami yang sorang ni.Hari tu bagi sticker, kali ni gelang getah pulak :p
Wednesday, October 27, 2010
Konon-konon hadiah anniversary buat kami :)
Anniversary kami yang ketiga pada 14 Oktober lalu.Tapi sebab gaji tak keluar lagi time tu, makanya malam tadi baru berkesempatan celebrate anniversary kami tu dan yeay for me lah sebab aku malas masak nasi dan tekak pulak tak nak makan nasi.
Fitting time ! Apsal tutup muka lak Nuha.
ok, baru nampak muka !
'Sesuatu' dari hubby :) Tq yer Sayang...
Tuesday, October 26, 2010
Tiada Spagetti, Kuey Teow Pun Berguna :p
Weekend hari tu, tekak ni teringin sangat nak makan spagetti.Padahal hari Jumaat lepas dah bedal sepinggan kat kafe ofiz aku ni.Dasar tak cukup :p
Tengok-tengok,telek-telek, tenung-tenung,belek-belek dalam almari kering kat dapur, tadak pulak spagetti.Sos spagetti yang aku beli RM10 dapat 3 tin hari tu ada lagi satu tin.Tengok dalam peti ais ! Ting ! Ada kuey teow..Ok lah tu, aku spagettikan ajer lah ko yer...Muahahaha.
Tapi dasar pemalas ni, nak mudah ajer,aku guna sosej ajer instead of daging untuk masukkan dalam sos spagetti,letak salad sket, dan tambah cheddar..Hasilnya wallla...Meletup ko ! Eksperimen haruslah dibuat hari Sabtu sebab my hubby kan anti spagetti tegar ..hehehehe
Monday, October 25, 2010
Kerongsang dari Sabah,bukan untuk dijual :p
Last week, dua orang bagi aku kerongsang dari Sabah.(Mak pengasuh Nuha dan ofiz mate aku,Encik O).Pagi ni, dapat keychain dari Sabah pulak dari ofiz mate aku jugak, En R. Terima Kasih semua !!
Banyak betul orang pergi Sabah yer? Bila pulak aku nak pergi Sabah ni? Apa yang best kat Sabah erk??
Tempat yang teringin aku nak pergi :-
1) Rafflesia Information Centre - Maklumlah tak pernah lagi tengok bunga yang paling besar kat Sabah tu..
2) Pulau Sipadan - Bestnya tengok permandangan kat pulau ni.Agak-agak mana best dari pulau-pulau kat Terengganu?
3) Tamu Kota Belud - Nak beli apa erk kat sini? Aku pulak tanya sebab tak tahu.Kalo nak beli gambir kat Sarawak ajer kan?hahahaha :p
4) Sabah The Garden- Nak jugak merasa minum Teh Sabah yang bukan dalam uncang Teh Sabah tu..hehehehe :p Cameron pun tak sampai lagi aku nih :p
5) Sepilok Orang Utan Sanctuary - Nak jugak tengok orang utan, dah puas tengok orang..hahaha :p
Info & gambar aku amik kat : Sini
Layak tak aku jadi duta Negeri Sabah? Nak jadi duta Selangor dah tak layak kan ? :p
Jom sayang, cuti-cuti Malaysia ke Sabah next year :p
Mode : Berangan :p




















































