Friday, October 22, 2010

Terjah Belog Pengomen Tegar : Haslina

Hari ni adalah hari terjah pengomen tegar belog ini yang seterusnya iaitu : Haslina



Belog Haslina menggunakan 3 column template iaitu Watermark dari Josh Peterson [www.noaesthetic.com].Belog Haslina ini banyak bercerita tentang diri dia , anak-anak, kerja dia,perkongsian ilmu,tempat makan yang best-best tapi dia rajin jugak masak tau dan aku paling suka tengok kerja tangan dia dalam menghasilkan perhiasan seperti gelang ,brooch, siap boleh buat tempahan tau kat belog dia yang ini [klik sini] - free iklan gitu :)


Entry yang aku suka untuk dikongsikan berkaitan masakan dia sebab aku kan suka makan :

Resepi Meehon Kari

Kastard Jagung

Ikan Siakap Sweet Sour



Antara hasil kerja tangan Haslina :) Cantik kan?


Jom lah pakat terjah belog Haslina sekarang yer !!!


Selamat Hari Lahir Abah

Abah, hari ni genap usia Abah 65 tahun.

Rasa baru semalam, Abah bawak kita ramai-ramai pergi berkelah kat pantai,
Rasa baru semalam, Abah bawak kita ramai-ramai pergi tengok 'Api Besar' kat Petronas,
Rasa baru semalam, Abah hantar eliss pergi sekolah, dari sekolah tadika sampai sekolah menengah,
Rasa baru semalam, Abah hantar jugak masuk 'U',
Rasa baru semalam, Abah hantar eliss pergi stesen bas nak gi 'derak'.
Rasa baru semalam, Abah nikahkan eliss dengan lelaki pilihan terbaik eliss.
Rasa baru semalam, Abah hantar eliss pergi kerja sementara tunggu hari nak bersalin,
Rasa baru semalam, Abah azankan cucu perempuan pertama Abah tu.
Rasa baru semalam, Abah jaga eliss dengan nuha dalam pantang,

Abah, walaupun eliss tak pernah cakap, eliss sayang Abah tapi eliss memang btol-btol sayangkan Abah..
Abah lelaki pertama yang hadir dalam hidup eliss..
Abah idola eliss dari dulu sampai sekarang tanpa pernah berhenti sesaat pun...

Semoga, Abah sentiasa sihat selalu, dimurahkan rezeki dan dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan bahagia selalu...Amin




Lots of Love from all of us,

Anak Abah , satu-satunya menantu lelaki Abah, dan cucu sulung perempuan pertama Abah...



Thursday, October 21, 2010

Korang suka tak makan steamboat?

Hari Jumaat lepas, adalah hari kami berpoya-poya..Biasalah gomen kan. Tapi kami bukan berpoya-poya dengan duit kami lah..Hahahaha :p Tapi melalui pakatan hari lahir..Terima Kasih kak ema, kerna lahir pada bulan Oktober..hahahaha. Boleh laa kami merasa makan free sekali lagi :) Bulan depan, giliran Ad pulak :p Kali ni kami memilih nak makan steamboat.Memang favourite aku lah, kena la dengan orang nak diet, makan sayur mayur dan tomyam ni.

Lokasi Kejadian : Johnny's Restaurant
 
Lot G22, Jusco Bukit Raja Shopping Centre,
Persiaran Bukit Raja Klang,
Bandar Baru Klang,
41150 Klang, Selangor.

TEL : 03-33416182 FAX : 33419182
Business Hours: 10.30am – 10.30pm (Sunday to Friday)
10.30am – 11pm (Saturday)

Lokasi lain, boleh rujuk [sini yer]

Jom layan gambar lah..Mestilah gambar orang makan.Gambar makanan tak sempat dah nak snap :)


Deko dalam ni ala-ala Bali style. Minimalis ajer..I loike :)
Kitorang datang waktu lunch, kena queue lah.Tapi kiranya kami orang terawal, so cepat dapat meja tanpa perlu queue :) Bengkek ajer muka orang selepas kami tu :p






Lebar gitu senyum, orang belanja lah katakan :)


Macam mana nak makan steambot ni ?
Mula-mula kena tunggu tomyam ni mendidih dulu .Kami order tomyam, so kena tambah RM10.
Tapi kalo nak free, dia bagi perasa ayam ajer.

Lepas tu, boleh la masuk bahan-bahan yang kita order.
Kitorang amik yang set 4 orang makan dalam RM 50 ++. Kalo set sorang, RM 13++

Wah...dah boleh makan, apa lagi :) Tomyam dia ada rasa manis sket, kalo lagi masam-masam baru best bagi aku lah. Aku bagi 7.5 bintang out of 10 .



Selepas kejadian..hehehehe.Licin ko! Hingga menjilat steamer..hahahahaha

Korang suka tak makan steamboat?


Monday, October 18, 2010

Hari Isnin apa yang paling best?

Hari Isnin yang tidak bekerja lah kan? Apsal pulak aku tak bekerja hari ni? Sebab esok, MIL & FIL aku akan berangkat ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah..Esok, pukul 3.30 daftar masuk kat airport Kuala Terengganu.So, sebagai menantu mithali (sila muntah darah sekarang ), haruslah aku pergi hantar diorang ke airport .Last sekali aku jejak airport tu, tahun 1994 kot hantar mak abah aku pergi Mekah dulu :p Didoakan semoga MIL & FIL mendapat haji yang mabrur,semoga selamat pergi dan selamat kembali.

Diet aku hancus terus bila sampai di bumi Terengganu ni.Cis..Hampir seminggu lebih aku tidak menyentuh makanan berkarbohidrat tinggi, akhirnya sepinggan nasi minyak gulai ayam menjadi santapan breakfast aku hari Ahad :p Tapi malam still tak makan nasi lah [sup sayur] sebab tengah hari semalam duk makan pulak Nasi Kukus Ayam Berempah :P

Petang semalam, bawa my Nuha pergi main pasir kat pantai.Seronok dia dapat main pasir macam jakuns pun ada :p Sedang seronok-seronok, hujan plak turun.




My Nuha yang takut dengan ombak :p



Wajah empunya belog harus ada :)
Sementara menanti hujan serik untuk kembali main pasir,lepak dulu sambil minum air jagung ngan keropok lekor panas-panas kat gerai depan pantai.Sila layan gambar untuk menambahkan darjah keterliuran korang yer..hahahaha




Tengok muka Nuha, muka orang tak puas hati sebab tak bleh main pasir lama-lama :p


Kitorang bagi chance dia main depan kedai dulu sebelum hujan serik  :p


Inilah keropok lekor, enak dimakan panas-panas :)

Bersama air jagung iaitu aiskrim + air  jagung :) ala-ala float lah :)



Friday, October 15, 2010

RM 500 Untuk Penjawat Awam ? RM500 Lagi ?



pic credit to :here

Hurm. Boleh lah dari tiada yer :) Katanya untuk membantu meringankan beban perbelanjaan sekolah anak-anak. RM500 apa boleh beli yer ?

Antara barang yang nak kena beli :-

Baju Sekolah dua pasang  X berapa orang anak

Kasut Sekolah dua pasang X berapa orang anak

Beg Sekolah X berapa orang anak

Buku sekolah X berapa orang anak

Yuran Sekolah  X berapa orang anak

Tu tak termasuk yuran yang merepek-repek lagi. Sekolah agama lagi, balik kena pergi rumah pengasuh plak, kena bayar lagi.

Haih , seb baik anak aku masih tak sekolah. RM500, padan buat bayar rumah pengasuh 2 bulan jer Datuk Seri :p

Korang rasa-rasa cukup tak ?




Pemenang Contest Ucapkanlah adalah......

Terima Kasih kepada semua pengomen-pengomen yang telah mendoakan kebahagian aku [walaupun secara paksaan] sempena anniversary kami yang ketiga :) Nak pilih pemenang pun susah. Aku terpaksa buat cabutan pulak antara 3 yang terbaik :)

dan pemenang dari tangan bertuah aku ni  adalah....



-


-




-


-


-


-


Semoga eliss semakin jelita seperti erra fazira, semakin cun seperti Tiz Zaqyah, semakin cute seperti Fazura dan semakin manja seperti Nora Danish.

pendek kata semoga suami Eliss di lamun cinta seluas samudera hari demi hari kepada Eliss, setinggi kasih hang tuah buat puteri gung ledangnya.

*poyo gile ucapan nih wakakakaka*

1  X RM 10 Cash/Top Up 

[sila email nombor akaun dan nama ke elissmie[at]gmail[dot]com yer yati :) ]


1 X Free exchange banner diruangan iklan berbayar selama sebulan di belog elissmie.com 

1 X Blog review oleh elissmie.com



AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Terjah Belog Pengomen Tegar : SharingInfoz

Hari ni adalah hari terjah pengomen tegar belog ini yang seterusnya iaitu : Sharinginfoz


Belog Sharinginfoz menggunakan 2 column template iaitu Awesome Inc. dari Tina Chen [tinachen.org].Belog Sharinginfoz banyak berkongsi apa sahaja maklumat terkini dan sensasi, sesuai sangat dengan nama belog ni kan? Tapi ada jugak diselitkan hal-hal peribadi pasal anak-anak dia :) Dan pemilik belog ini rajin buat blogwalking. Tengoklah betapa ramai follower dia :)

Entry yang aku suka untuk dikongsikan :

Hati-Hati Dengan Fake Maybank2u Website (Penting!!!) - Ni masih ramai yang tak tahu.Baca ni untuk pedoman:) ai tadak Maybank2U :p

Hadiah Anniversary Apa Untuk Wanita? - Bagi yang berkenaan, boleh laa tengok survey kat sini :p

Tips Mudah Tingkatkan Trafik - KISS ok KISS :p Keep it short and simple!

Jom lah pakat terjah belog  Sharinginfoz sekarang yer !!!


Korang sanggup bermadu?

Korang dah wish happy 3rd anniversary kat aku semalam? Kalo belum klik sini [http://www.elissmie.com/2010/10/best-sangat-ker-kawen.html] , mana tahu dapat duit FREE :) Petang ni baru aku umum pemenang dan tiada pengalah yer :)

Madu ? Manis -manis gitu. Tapi bermadu ? Haihhh.Tak kuat aku nak lalui semua tu. Nape tetiba cakap pasal madu ni? Takkan mimpi aku dimadukan lagi ?[baca kat sini] Cukup-cukup lah mimpi dimadukan, tak kuasa dah nak tengok my hubby senyum lebar :p 2 kali dah tau mimpi dimadukan.

Warning : Kalo tak sanggup pun,kita tak boleh mengutuk pulak POLIGAMI tu tau.Nanti sama macam dajal lah pulak...Wallahualam....

Ni hah, keywords yang sampai kat Nuffnang punya Analytics ni.Every week aku memang cek sebab nak tau trafik dari mana kan. Sekali muncul pulak keyword ni :p


 Ni apa kes orang ni cari sanggup dimadukan. Cari calon madu ker? Kat belog ni tadak yer. Empunya belog tak kuasa dimadukan.


pic : credit to here

Citer ni pun belum tengok lagi.4 Madu. Sinopsis boleh tengok [sini]


Korang sanggup bermadu ? Aku makan ayam madu sanggup lah :p




pic credit to : here


pssst :

Hari Sabtu balik kampung hantar MIL & FIL ke airport di KT ke Mekah.Moga mereka mendapat haji mabrur !Amin.

Keropok lekor yang diorder RM75. Perghhhh. Kalo aku yang buat bisnes, makcik kayooo dah !


Thursday, October 14, 2010

Best sangat ker kawen ?

Korang nak duit RM10 ? RM10 ajer? Ok lah tu dari tak dapat apa-apa kan? Sila baca entry ni sampai abes yer...Hahahaha



Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Ideas Photo Tinks by WiddlyTinks.com



Salam Semua..Kawen, mestilah best .hahahaha :p Kalau nak tahu, cubalah sendiri kawen :p

Hari ni hari yang ceria.Bukan sebab malam ni malam jumaat tau :p Tapi Malam ni adalah malam sebelum malam pertama 3 tahun lepas.Hahahaha  :p Sudah 3 tahun kami nikah rupanya...
Alhamdulillah, akhirnya ikatan aku dan my hubby masih kekal mesra seperti dulu. Gaduh-gaduh kecil kecilan tu biasalah kan. Alangkan lidah lagi tergeget, inikan pulak suami isteri  :)

Sayang, harap sayang masih lagi terus bersabar dengan kelemahan dan kekurangan diri ini terutama seminggu sebelum PMS dan semasa PMS :p  Insya Allah, akan ku perbaiki diri ini kearah manusia yang lebih baik .Amin.Terima Kasih atas segala kasih sayang yang sayang berikan dan menerima eliss seadanya.Eliss sayang Abang banyak sangat :*:*:*:*:*:*:*:*:* byk sgt :p (malam ni boleh laa kot nak claim real :p) Jangan korang muntah darah membacanya yer.

Eh, tahun ni hadiah anniversary apa yer sayang nak bagi eliss? :p Eliss nak bagi sayang sesuatu jugak, tapi tunggu tahun depan lah. :p



Mungkin ini kah?hahahahahaha.Gelak syaiton nampak !
Eh, ni test kit my Nuha 3 tahun lepas tau :p Tengok inai, merah lagi kat jari dah lekat :p

Ok , sila wish yang baik-baik sahaja pada kami di hari anniversary kami ini yer....
 (Keji tak paksa korang buat ucapan??? ) 


psssttt : 

Ucapan terbaik akan menerima RM10 cash atau top up dari aku tapi jika korang adalah FOLLOWER belog ini ajer lah....Kalo bukan follower, buang karen ajer :p Sila jadi follower dulu, baru bagi ucapan yer...Tulis kat comment box ajer..Jangan buat entry pulak :p

Wahhh..Sempat !!! Ini seriyes yer :)

Esok, aku umumkan pemenang bertuah tu yer :)


Wednesday, October 13, 2010

Bila Korang Suka Makan Sardin?

Hujung bulan? Sebab dah kering dan duit gaji tinggal serdak adalah waktu yang sesuai kot nak makan sardin tapi kalo nak beli sardin kena pilih-pilih jugak jenis ikan nyer.Ada yang dia tulis sardin dan ada yang mackerel.Nak lebih sihat pilih yang mackerel lah kan. Aku bedal ajer semua :p Tapi makanan dalam tin ni memang tak berapa sihat jugak macam-macam mana pun kan?

Tak tahu dah nak masak apa. Ni jugak salah satu faktor bagi aku lah. Senang citer masak ajer sardin.Cepat pun cepat. Hahaha :p




[ Resepi Sardin Segera ] Aku punya resepi sardin ni hubby aku yang ajar.Cubalah pasti meletop punya,nasi siap tambah-tambah. Nak-nak kena pulak dengan telur dadar. Haih..Rindu pulak nak makan nasi :p

psst : 

Indo Mee di Taiwan ditarik balik atas alasan mengandungi pengawet terlarang yang digunakan dalam barangan kosmetik. Tapi aku tak pernah makan Indo Mee sebab makan jenama MAGGI® perisa kari ajer all time peberet :p



Tuesday, October 12, 2010

Aku pun nak 2 tona lebih cerah macam Lisa Surihani

Mesti korang tahu kan produk apa? Mestilah Garnier, Take Care ! Ini bukan iklan berbayar yer :p Nak iklan, klik sini :) Dan jangan lupa klik pada pengiklan peribadi belog aku ni :) kat sidebar bawah Sponsor tu. Klik pada iklan Sponsor jika benar-benar ingin tahu. No fraud click ok !



Last week, aku pergi Giant (maklumlah dah ada kat seksyen 7, tempat paling senang nak pergi, dekat sket dari Tesco dan kecik sket :p tapi Giant . Faham tak? tak faham sudah!) Aku beli Garnier facial light scrub  ni.



Info Produk :RM11.79


Ingat nak beli moisturiser Garnier sekali tapi nak tanya pendapat korang dulu ? Ok tak menda ni erk? Nak tanya Lisa Surihani, macam tak percaya ajer sebab dia memang azali cantik.hahahaha :p Dia tahu cakap ukurlah sendiri ajer lah !

Dulu aku guna produk Ivy untuk moisturiser, facial wash dan cleaser sebab tu jenama yang berjaya menghilangkan semua jerawat aku masa muda-muda dulu :p Memang produk susu kambing amat sesuai dengan muka aku agaknya :p Terima Kasih lah kepada promoter The Store kat Plaza Alam Sentral tu :p





iTalk Whoa Kembali??

* This is sticky note entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang lebih meletop dan sexy :) Advertise here?

Korang masih ingat lagi iTalk Whoa??Kalo tak ingat, boleh baca kat sini [http://www.elissmie.com/2010/08/apa-itu-italk-whoa-email.html]

Bulan Syawal dah lepas kan? Tapi iTalk Whoa punya offer masih berjalan lagi tau ! Rugi kalo korang tak tahu offer ni tau !!!





Bermula pada 1 September 2010 sehingga 31 Oktober 2010, semua pengguna iTalkWhoa akan menikmati 20% talktime TAMBAHAN. Talktime ni secara automatik akan dikreditkan kepada akaun korang jika korang aktifkan atau relod dari 1 September 2010 sehingga 31 Oktober 2010.

Rujuk jadual kar bawah untuk tahu berapa banyak extra yang korang boleh dapat yer :)

Denomination
Extra Talktime
RM50
RM10
RM30
RM6
RM20
RM4

Bukan tu sahaja tau, tambahan kredit boleh digunakan untuk membeli TM Net content seperti (games, lagu -lagu kegemaran anda, man united dan surat khabar jugak) Amaun akan ditolak dari iTalk macam tu sahaja.Mudah btol kan? Jadi, pastikan anda mempunyai kredit yang cukup lah untuk membuat pembelian yer :) Sendiri mau ingat ok!!

· HyppTunes (www.hypptunes.com.my)

· E-Browse (www.ebrowse.com.my)

· B-SmartXpress (www.bluehyppo.com)

· Gamezone (www.hyppgames.com.my)

· MUTV online (www.hypp.tv/manutd)

Ok, cepat-cepat lah reload sekarang dan korang hendaklah top up sebelum 31 October 2010 :)


Monday, October 11, 2010

Korang, cek Nuffnang ketigaku dah tiba ! Lalalala

Pagi tadi, PAR ofiz aku campak surat atas meja aku. Senyum sampai telinga :)Sebab rupa dia macam pernah aku kenali...Alhamdulillah.


Yuhhhuuuuuuuuuu...Cek Nuffnang aku sudah tiba.I love You like crazy lah Nuffnang :p Aiseh, lupa nak pergi cash in ler.Kalo kat Affin bank, sebelum pukul 12 tengah hari kita cash in, petang ni dalam pukul 6 dah boleh cash out :p Tapi selepas pukul 12, terpaksa tunggu esok baru clear.Janji ado yer tak? Lepaslah nak belanja suami dan anak di hari anniversary yang akan kunjung tiba nanti :)



Ini brooch (door gift) yang aku dapat masa sambutan raya yang terakhir ofiz aku bergabung dengan bahagian lain di UiTM lah.Kata ada rusa tergolek-golek 2 ekor, tapi nan ado atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Teringin jugak nak makan daging rusa tu :p  Korang pernah makan daging rusa????


Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Wah.Tarikh yang menarik btol hari ni kan? 4 hari lagi , anniversary aku plak :p Nak jugak.Mentang-mentang hari ni Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos akan diijabkabulkan setelah 8 tahun tu berkawan.Nape tak sepuluh tahun kan? Kalo tak lagi dramatik kan.Hehehehe.

Gambar2 Pre-Wedding Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar and Dr. Halina memang menarik lah.Rasanya tadak lagi gambar-gambar macam ni orang duk buat.Patutlah diorang kata wedding of century tu.

pic credit to http://blog.khairulhazwan.com/

Nak tengok koleksi lain boleh terjah laa kat http://blog.khairulhazwan.com/?p=1608

Akad nikah dah bermula kan 11 pagi tadi.Boleh tengok kat http://plixi.com/p/49734330


Majlis persandingan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar and Dr. Halina boleh dilayari kat sini http://apps.gua.com.my/sheikhmuszaphar/ secara online dari 9 malam hingga 10 malam.

Dah la citer psl depa kan, lagipun ni bukak belog gossip:p Saja nak test SEO jer hari ni.Muahahaha :p

Kalo korang nak tahu, kalo korang nak daftar syarikat atau belog bisnes online korang, hari ni pun SSM bukak tau.


KUALA LUMPUR 6 Okt. - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan membuka pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan pada tarikh istimewa 10 Oktober dan 20 Oktober tahun ini berikutan sambutan memberangsangkan daripada kempen terdahulu.
Kaunter pendaftaran SSM akan dibuka seperti biasa pada hari Ahad, 10 Oktober 2010," katanya. - Bernama - sumber

Aku pulak buat apa hari ni?? 10.10.10 , my hubby angkut aku dan my nuha pergi ofiz dia daa sebab dia ada banyak kerja nak kena siapkan.huhuhu.Kenangan jugak kan? :p

Walaupun hari ni dah bukan bulan Syawal, jalan ke sini memang tetap jam.Diorang buat open house untuk raya apa pulak yer??

Saturday, October 09, 2010

Hari raya ofiz my hubby siap ada kambing tergolek2

Ok.Baru nak cerita kan.last sabtu, ni masuk sabtu balik plak :P Aku ikut my hubby pergi ofiz dia sebab tengah hari ada makan-makan hari raya. Eh, hari dah tak Syawal kan? belasah ajer..Pagi-pagi buta lagi dah kejut nuha bangun pagi.Dia mudah ajer nak bangun, sebut ajer nak pergi jalan, automatik saraf di badan aktif semacam :p Perangai sapa lah ni ..


Layan gambar lah pulak.Macam tak biasa kan :)


Sempat jugak aku jamah menatang ni :p







Gambar bebudak ofiz my hubby.


Eh, mana gambar aku ? Tadak kot :p Lagipun tak sesuai sebab pakai seluar dengan blouse :p 

Aku respek sama my Nuha sebab dapat 2 kawan hari tu :) 




credit pic to Kak Rihan, ofiz mate my hubby. Dia tag hubby aku kat facebook so aku cilok la :) 
Terima Kasih yer Kak...

eh, hari ni ada lagi ker rumah terbuka ? Dah abes laa bulan Syawal ;p

Friday, October 08, 2010

Edisi Terjah Pengomen Tegar : Elyn

Seperti biasa, hari ni adalah hari terjah Pengomen Tegar aku yang keempat bulan Ogos. Seperti yang diwar-warkan, pengomen seterusnya adalah Elyn !http://faizlyn.blogspot.com Masih belum ada rezeki untuk kita berjumpa kan? Last year dah nyaris nak jumpa kan.Nanti ada umur kita berjumpa yer :)

Masuk ajer belog Elyn, kita nampak background yang berlove-love tu dan sesuai sekali dengan tema belog dia 'LOVE is in the air..as always '



Ini adalah header belog Elyn.Elyn menggunakan template yang telah direka oleh Jiji dari www.triplecolourlife.com iaitu Loves is in the air.


Entry menarik yang aku ingin kongsikan adalah :-

Penghijrahan bertudung

Skin Care Saya

Korang bagi Anak Susu Berperisa Apa?





Blog Badge


Untuk bertukar blog badge dengan Elyn, boleh copy paste coding bawah ni ok :-







p/s: 

Elyn sekarang aku nampak tengah buat penghijrahan diri. Semoga penghijrahan diri dia membawa lebih keberkatan hidup dunia dan akhirat . Amin :)

Jom pakat terjah belog Elyn sekarang !!

Contest Bersama Si Kecil

Ok , kena tag oleh Mamasue untuk join Contest Bersama Si Kecil anjuran belog Cik Gayah










Gambar yang dipertaruhkan :p Ni ajer gambar berdua yang the latest :P tu pun crop..hehehe :p



Tag kepada 3 rakan blogger :-


1) ~dARlee zURiS~
2) || NaFiRaa ||
3) Mommalydzar


Contest ini bermula pada 1 September 2010 dan akan berakhir pada 10 Oktober 2010
Untuk join sekaki, sila terjah http://gayahspears.com/contest-bersama-si-kecil/

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)