Monday, August 23, 2010

Apa itu iTalk Whoa! Email?

 * This is sticky note entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang lebih meletop dan sexy :) Advertise here?

Korang pernah dengar pasal TM iTalk Whoa! Bunyi macam familiar kan?Teruskan pembacaan. Jangan lepaskan peluang keemasan ni :)



TM iTalk Whoa! ni adalah sebuah portal yang dibangunkan oleh Telekom Malaysia (TM) dan membolehkan korang berhubung dengan rakan-rakan tanpa perlu bersusah-payah mendaftar masuk beberapa halaman aplikasi yang berlainan.Dengan kata lain, korang tidak perlu menghafal setiap katalaluan lain kecuali kata laluan TM iTalk Whoa! Tapi bagaimana??



Dengan iTalk WHOA! selepas mendaftar buat kali pertama, kita perlu memasukkan semua password twitter, gmail, facebook,yahoo,hotmail dan lain – lain aplikasi yang kita kehendaki di sana, dan apa yang perlu kita ingat hanyalah password iTalk WHOA! kita sahaja. Tambah menarik lagi,apabila kita login iTalkWhoa sekali sahaja, semua fungsi lain akan login secara automatik.

Menarik tak? Sambung baca lagi.

Email 

Antara ciri-ciri yang paling menarik yang terdapat di dalam  iTalk Whoa ! ialah Email. Kenapa Email ? Sebabnya , keupayaan untuk mendapatkan email terbaru daripada akaun email yang lain seperti yahoo mail, gmail or hotmail yang digabungkan hanya dalam SATU portal sahaja iaitu iTalk Whoa ! Korang jugak boleh set email ofiz korang kepada akaun iTalk Whoa! dengan cara mengkonfigurasi pada  iTalk Whoa mail settings seperti dibawah.



* Klik untuk pembesaran

Macam mana nak setting email korang tu? 

1) Klik pada butang Mail Setting pada tool bar dan satu pop up window Mail Settings akan terpapar seperti dibawah.
2) Masukkan akaun email yang berkaitan.Korang boleh pilih email mana yang dikehendaki dengan klik pada butang drop down yang menyenaraikan sehingga 500 jenis aplikasi email untuk korang pilih dan membuat konfigurasi.
3) Tik pada kolum aktif dan klik pada butang Add.Tadaaa....Email korang akan terpapar dalam masa 15 minit sahaja.




p/s: Hanya email terbaru sahaja yang masuk tau !

Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ajer ke laman web TM iTalk Whoa Disana ada manual untuk korang baca iaitu dengan klik pada user manual dibawah butang help .
 
Pushmail

Ada lagi yang lebih menarik.Dengan iTalk Whoa !, terdapat kemudahan pushmail yang membolehkan korang forward email baru kepada telefon bimbit secara automatik. Pushmail pada iTalk Whoa boleh menyokong sebarang telco dan korang boleh pilih telco mana yang korang berkenan lah kan.Maxis ? Digi? Celcom?pilihan ditangan anda.Yang paling best ianya berfungsi pada semua jenis telefon bimbit hatta telefon bimbit cap ayam sebab ianya tidak memerlukan aplikasi khas pada telefon. Menarik kan?

Kenapa perlu guna iTalk Whoa???

iTalk Whoa ini bukan sahaja memudahkan kita untuk buat kerja seperti hantar email, tambah contact ,masukkan events tapi juga berupaya untuk kita menyemak email kita masa kita tengah out station atau pergi travel mana-mana. Sekarang ni, semua orang  guna telefon bimbit untuk buat bisnes dan kegunaan peribadi, rasanya iTalk Whoa ni memang berbaloi-baloi untuk diaktifkan , sebab kita boleh dapatkan maklumat berkaitan pejabat dan aktiviti peribadi dengan cara yang paling cepat dan cekap iaitu melalui telefon bimbit !


Apa tunggu lagi, daftarlah TM iTalk Whoa! sekarang !!

Untuk tidak terlepas tentang tawaran yang menarik, boleh follow kat twitter #iTalkWhoa

3 Comments:

  1. mcm menarik tu. tapi terasa mcm byk lak benda nak diisi (dah dasar pemalas)

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)