Dari mengandungkan my Nuha lagi saya memang berkenan dengan rompers. Mudah nak tukar diaper dia dan cuma one piece, tak perlu nak pakaikan seluar yang kadang-kadang nampak tak kemas bila seluar tu labuh dari kaki mereka yang baru lahir yang comel-comel tu :)
Monday, April 01, 2013
Rompers, baju terbaik untuk baby bersaiz kecil
Thursday, February 07, 2013
Due date bersalin tapi dah cucuk sebulan
Friday, February 01, 2013
Baju hubby pengubat rindu, berebut pulak ?
baca belog pun laju-laju ...takut si Nayla terjaga. Kalau dia melekap, dua jam :p
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Tuesday, January 29, 2013
Bengkung untuk ibu bersalin secara caesarean
UPDATED : Harga terkini : rm80 harga bengkung + rm5 poslaju..
Tuesday, January 15, 2013
Pengalaman caesarean kali kedua dan kos bersalin DEMC
Monday, January 14, 2013
Kelahiran Nur Nayla Hazeeqa @ 36 Wks
Thursday, December 01, 2011
Korang suka kucing tak ?
Friday, September 02, 2011
Aidilfitri 1432 H Pertama Bertiga Tapi ada orang keempat :)
Sempat lagi kan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua !! Alhamdulillah. Tahun ni cukup bahagia bagi me sebab dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.Insya Allah, ini tahun terakhir me sekeluarga beraya bertiga. Tahun depan berempat pulak :) Jom tengok gambar raya kami sekeluarga tahun ni dengan tema hitam black metal...
Monday, August 01, 2011
Pengalaman kali pertama bawa anak pergi terawikh
Assalamualaikum semua ! Selamat Berpuasa ! Eh, macam ada bau kopi lah dalam ofiz. Ada orang tak puasa ker? hehehehe. Imaginasi ajer :)
Pengalaman Kali Pertama bawa anak pergi terawikh bagi saya cukup mengujakan sebabnya sudah lama tak merasai kenikmatan Ramadhan sejak kahwin ni. Maklumlah, tahun pertama kahwin, sudah ada anak kecil.Alasan sungguh kan ? :p
Tahun ni, my Nuha pun dah cukup besar rasanya untuk turut sama solat terawikh.Mula-mula saya rasa macam tak konfiden jugak nak bawa dia sama-sama terawikh tapi Alhamdulillah,dengan sedikit keyakinan, semuanya berjalan lancar.Terkejut jugak sebab my Nuha berjaya habiskan solat Isyak berjemaah dan 8 rakaat terawikh pada malam pertama . Saya ingatkan dia nak duduk ajer kat tepi dinding, tapi dia cakap nak ikut serta saya bersolat dan paling mengagumkan dia tidak sedikitpun mengganggu saya.Tapi ada budak lelaki sebaya dia kat situ duk usik-usik dia. Kacau anak dara saya yer :) Haishhh..
Balik rumah, saja saya tanya dia, nak pergi lagi tak solat kat surau, katanya nak. Alhamdulillah :) Rupanya, dah besar anak dara saya yang seorang ini :)
Tertarik saya untuk berkongsi artikel yang cukup hebat dari Mommy Lyna .Solat Tarawih di Masjid Mendidik Anak Mendekati Agamanya.
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Wednesday, July 20, 2011
Birthday party planner diperlukan, segera :)
Birthday siapa yer ? Sudah semestinya birthday anakanda terchenta yang akan menjelang tiba pada 2 Ogos ini. Tak sangka dah nak masuk angka 3 dah usia anakanda , dan usia perchentaan dibawah pohon cemara dengan my hubby menginjak lagi setahun menjadi 8 tahun. Birthday my nuha secara kebetulan sama dengan tarikh kami declare chenta dulu :p
Masa 1st birthday my Nuha dulu, buat kecil-kecilan (sesuai dengan rumah yang kecil ) , 2nd birthday pulak, celebrate dengan my family kat rumah long aku.3rd birthday ni, ingat nak celebrate besar sket tu pun kalo dah dapat duduk rumah baru dalam masa terdekat .Tapi kalo tak dapat naik rumah lagi, makanya kecil-kecilan jugak la ataupun sambut outdoor since my Nuha dah kenal kek happy birthday to you :p
Siapa kat sini pernah jadi Birthday party planner ? Mungkin kurang leceh sket berbanding dengan wedding planner kan ? Apa yang perlu difikirkan untuk menjadi seorang birthday party planner ? Ni mengikut pandangan aku lah kan.Korang boleh nak tambah apa-apa jika aku ada tertinggal :)
1)Budget - Ni perkara utama lah yang harus dikenalpasti kan. Sebab ada duit semua jalan :p Semua setuju ?
3)Tempat - Bagi yang ada perkara (1) yang tinggi, boleh sambut dekat fast food restaurant (KFC, MCD, Pizza) Tinggal bawa diri dan ahli jemputan ajer kan :) Aku pulak teringin jugak nak buat outdoor birthday party ni since Shah Alam ada banyak tempat lapang :p Free pulak tu.hehehe
4) Tema - Macam-macam tema yang menarik untuk difikirkan. Mungkin bergantung kepada minat anak-anak kita kan . Since my Nuha minat kepada Upin dan Ipin dan Barbie, aku ingat nak buat tema salah satu dari tu.Tapi gegirl macam sesuai ajer dengan konsep barbie tu kan?
5) Food - Yang ni pun bergantung kepada perkara 1 lah jugak kan, budget. Kalo jemputan tak ramai, boleh la nak masak sendiri. Kalo ramai, nak masak kena la hire helper :p Kak Long ai book you erk.hahahaha. Tapi jalan pintas adalah katering. Mamak, nasi beriani kambing seperiuk :p Yang penting mesti ada kek kan :) Yang paling ditunggu oleh my Nuha la.Kek birthday toyol (Read : birthday to you ;p )
6) Goodies bag - Yang ni untuk anak-anak yang datang bertandang kan. Macam-macam idea dalam kepala aku ni.Kalo boleh nak mengikut tema jugak :p Paperbag mengikut tema princess ker :) Cuppies ker.
Wednesday, June 01, 2011
Nyaris kena admit dan coklat itu gemuk ker?
Semalam bawa my Nuha ke DEMC. Eczema dia makin teruk. Aduhai anak. Ada saja tragedi kalo nak balik kampung. Tak boleh balik kampung ker hah ? Meraung la tok nenek kalo cucu ni tak boleh balik kampung.
Semalam jugak doc refer terus pada paed dan pakar kulit dia. Kalo ikutkan kena tahan 5 hari untuk mulakan antibiotik tapi aku minta pelepasan sebab nak balik kampung. Terpaksa lah aku jadi nurse sendiri.Seb baik my Nuha jenis yang suka makan ubat dan time aku buat dressing, dia ok ajer :) Alhamdulillah, pagi ni nampak eczema dia makin ok.
Dan nasib baik dapat guna GL ofiz my hubby, kalo tak melayang 4 rat :p Consultation kat ruang legar tu pun kena RM180. Mak aihhh....Malam tadi pulak my hubby tak balik sebab nak prepare untuk shutdown loji dia pagi ni :(
My Nuha | My Hubby | Watermark For Free | Header For Free
Monday, April 18, 2011
Korang pernah hantar anak korang join playgroup ??
As salam semua. Hari ni diriku sudah kembali normal :p Masih ingat entry ,Dalam diri aku sudah ada 2 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Oh Ad sudah masuk kerja..Selamat kembali bertugas yer Ad.
Hari Sabtu lepas, bawak my Nuha join playgroup kat TTDI Jaya iaitu Tateh Playgorup yang bertempat di Sarakids.Aku amik trial kelas, kebetulan ada tawaran RM10 masa tu.Terus grab lah !
Kelas dimulakan agak lambat, sebab kelas sebelum sessi my Nuha ni abes lambat, mungkin sebab hujan lebat pagi tu.Semua pakat mangun lambat kot.Maklumlah anak-anak dibawah 4 tahun, mungkin tak puas tidur lagi.hehehe. Seb baik ada playground penyelamat keadaan. So , tak bosan lah my Nuha menunggu kelas dimulakan. Delayed dekat sejam jugak lah.
Banyak aktiviti yang dijalankan. Yang penting my Nuha seronok dan dapat jumpa kawan-kawan baru. Nak bagi pendedahan kat dia, nanti tak ler terkejut bila dah nak hantar nursery next year, Insya Allah.