Showing posts with label my dear hubby. Show all posts
Showing posts with label my dear hubby. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Korang ada hobi dari zaman kanak-kanak ?

Hobi.

Hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang.source

Rasanya semua orang ada hobi kan? Macam pelik pulak kalau tiada hobi. Hobi me dari zaman kanak-kanak sampai sekarang adalah membaca. Tapi majalah gossip tak berapa suka baca, even blog gossip pun jarang terjah saja-saja gitu . Kiranya bermusim jugak majalah yang me baca dari remaja sampai beranak ni. 



Tapi hari ni nak cerita pasal hobi my hubby. Tapi tak tahulah hobi ni dari kanak-kanak ke tidak tapi yang pasti masa remaja lagi dia berminat mengumpul kereta dan motosikal berkuasa besar miniatur ni. Koleksi kereta banyak yang dah rosak dan ada tersimpan dekat rumah my MIL kat kampung. Biasa hubby beli koleksi miniatur kereta atau motosikal di Aeon(jusco) atau Toys r us.

Ni kiranya koleksi terbaru yang hubby beli iaitu motosikal berkuasa besar. Kita layan jer gambar ok !


 Honda CBR600

Ducati 796

Ninja ZXR600

Baru jer 3 koleksinya ;p

 Suzuki GSXR600

Yang ni bukan my hubby punya. Yang ni my Nuha punya sebabnya Abah dia tak bagi sentuh dia punya .
Me beli ni kat Aeon(Jusco), RM19.90 tak silap .


p/s:
Semua koleksi motosikal berkuasa besar miniatur ni tersimpan elok dalam display kabinet tv kitorang :)

Jangan terlepas tawaran dari Milkadeal, register percuma disini


Apa hobi korang dari zaman kanak-kanak ?


My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, March 20, 2012

Patung kertas, mainan nostalgia kanak-kanak saya

Siapa pernah main patung kertas ? Atau omputeh sebut Paper doll. Alah, yang patung kertas yang biasa pakai seluar kecik dan baju kecik tu :p Lepas tu kita letakkan baju dia macam nak sangkut kain gitu. 

Paper dolls are figures cut out of paper, with separate clothes that are usually held onto the dolls by folding tabs source: here


Kat kampung me, orang panggil "anak kan". Apa yang "kan" tu pun me tak tahu. Yang penting tahu main ajer. Gigih beli kat kedai Kak Yah depan rumah dengan harga 20¢ dan main dengan anak jiran sebelah rumah. Kotak rokok ayah dia jadi mangsa selalu sebab nak jadikan kereta untuk patung kertas tu. Syok habis tau masa tu. Sebab main berdua so dapatlah banyak sket koleksi baju tu kan. Memang kelakar bila ingat-ingat balik kan :)

Macam mana boleh teringat pasal patung kertas tu ? Sebenarnya, my hubby ada belikan buku untuk my nuha yang dalam tu ada patung kertas. Tapi yang ni, baju tu nak kena warna sendiri lah kan. Sejak dua menjak dah pandai mewarna ni, banyak kami belikan buku mewarna kat dia. Tapi part menggunting masih tak lepas lagi . Ummi dia dah bersungguh dah beli gunting kraf :p

 

Ni lah buku yang hubby beli. Kat MPH RM 12.90 

 Ni salah satu page dia. Pakaian dia menarik btol.

Ada 2 karektor tapi 2 patung jer :p Sebab belakang depan gambar dia.

 
Yang ni my Nuha baru warnakan. Comelkan..

Siap ada aksesori bagai tu tak tahan tu :p Me pulak yang teruja :p


 So sekarang , saya lah jadi tukang gunting baju patung kertas untuk dia yang gigih mewarna tu :p
Abaikan rambut dia yang messy ;p

Korang main apa masa kecik-kecik dulu ? 

p/s : 

Budak-budak zaman iPAD ni tahu tak erk main mainan zaman dulu-dulu :p



Monday, January 09, 2012

Siapa nombor 1 dihati suami korang ?

Me rasa sejak dua menjak ni, Bercinta Lantas Merindu [klik] sudah mengambil alih kedudukan me dihatinya :(  Tak per, janji bukan perempuan lain ok :p Ai tak rela you... Jom la tengok perubahan Mr Kawasaki hubby me yang terkini.Layankan ajer lah ;p




Sebelum


Jangan lepaskan tawaran Milkadeal, RM48 untuk rawatan di spa, sapa nak bagi. Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 





Selepas


p/s: 

Bila erk orang tu nak bawak me meronda dengan motor ni ;p

p/s: 
Entry yang direquest by my hubby untuk tatapan cousin di Doha sana tu...

 Siapa nombor 1 dihati suami korang selain korang lah :p ?
 
Siapa yang meneka kat [entry ini], terima kasih buat semua.Pilihan me adalah no 11. Tapi my hubby punya pilihan yang lain. So me serahkan la pada dia , dia nak pilih yang mana. Me ikut jer la.Mungkin kami amik wall deco ajer tanpa jam kot sebab ingat nak letak jam kat tengah-tengah tu.

Design 11


Peneka tepat ada 4 orang. So terpaksalah me guna khidmat mr random.org lah yer. 4 peserta bertuah adalah :-

1) KancilBiru
2)Amd
3)pnsusu
4) || NaFiRaa |


 Dan pemenangnya adalah :-



** Pemenang Voucher #1 - KancilBiru ( satu (1) voucher diskaun di Pak Hailam Kopitiam)
 
** Pemenang Voucher #2 - Amd (1 voucher basuh kereta 
di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam.)

Tahniah buat mereka !  


Wednesday, January 04, 2012

Beli kek separuh harga @ King Confectionary

Disebabkan my Nuha dah bertanya pasal kek untuk hari lahir Abah dia kelmarin. So semalam, me menunaikanlah permintaan dia sebab semalam elok ajer duduk kat taska tu :) Tapi yang lucu semalam , masa salam dengan cikgu, cikgu pesan kat dia, esok jangan nanges tau ! Dia dengan konfiden jawab balik, esok tak datang dah.Me dan cikgu tu tergelak sakan dengar dia cakap macam tu. Mungkin dia ingat dia tumpang ajer macam hari tu kot.Hari ni pergi taska, dah tak meraung tapi nampak muka monyok lagi :p



Ok, berbalik pada kisah kek. My hubby ni dia memang tak suka makan kek kecuali kek coklat. So semalam me pilih la satu kek. Masa nak bayar tu, cashier dia tanya tak nak beli kad ahli ker sebabnya kat dalam tu ada voucher kek potongan sebanyak 50%. Apa lagi, terus lah beli kad tu kan. Kiranya untung lah di pihak me sebab kena bayar sebanyak RM35.50 sahaja berbanding harga asal kek itu RM37.00.

Korang suka tak makan kek???


King Confectionary @ Seksyen 7 Shah Alam 

Bangunan bersebelah bangunan Jakel, betul-betul sebelah Sendayu Tinggi dan Avon.

Alamat : 33, Jalan Plumbum R7/R, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Operating Hour  -08:00 am To 10:00 pm

Outlet lain : klik sini


Inilah kek hari lahir my hubby yang ke 33 :) Fantasy Chocolate.4/5 bintang !


Jom potong kek. My Nuha yang terlebih excited dan dia yang tiup lilin sebelum tu..hehehe

Jangan lepaskan tawaran Milkadeal, RM48 untuk rawatan di spa, sapa nak bagi. Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 

 Kad Ahli me. Purple, ai loike :)

 Buku voucher yang me dapat semalam.


Harga kek RM 15.50 ( Terus guna voucher Januari RM3 + 50% diskaun )



RM20 untuk kad ahli

Kelebihan menjadi Ahli

    Instant 50% discount on all King's Confectionery non promotional items upon joining of membership
    Enjoy 10% discount on all King's Confectionery products
    Enjoy 50% discount on 1kg cake on your birthday month
    Free RM 40 cash vouchers
    Free RM 40 cake vouchers
    Buns & Pastries vouchers
    Discount vouchers for Pak Hailam Kopitiam up to 35%







Tuesday, January 03, 2012

Happy Belated Birthday Chenta Hati , Selamat Bersekolah Puteri Hati

Hari ni mood adalah kelaut. Nak kata Monday Blues, hari ni dah Selasa. Last Friday, me cuti sebab register anak kat Taska.Lepas tu malamnya hantar my parent pergi umah long me sebab sabtu tu diorang nak balik Terengganu. So tinggallah me anak beranak kat rumah. Sunyi pulak rasa. Countdown 2012, tak celebrate mana-mana tapi masa berdentum-dentum bunyi bunga api kat  I-City tu, kami ada kat Restoren Syed Sekysen 3, Shah Alam pekena teh dan roti canai . Kami pergi Giant sebelum tu bukan duk countdown 2012 ;p Nak balik rumah, sejam lebih baru sampai sebab jam punya pasal !Hangen satu badan !

Semalam, 2.1.2012, birthday my hubby yang ke 33 tahun. Tak celebrate mana-mana pun dah tak beli apa-apa pun lagi. My hubby dah request belikan baju dan glove untuk bawak superbike dia tu. My nuha nyanyikan lagu happy birthday untuk Abah dia, dan siap tanya mana kek abah. Hari ni, me ingat nak pergi beli kek untuk my hubby dengan my nuha. Maklumlah tadi me tinggal dia macam tu ajer masa dia meraung-raung. Even dari malam tadi lagi dia tak nak pergi sekolah dan dah meraung-raung :p





Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Happy Birthday My Hubby, Chenta Hati ku dulu, kini dan selamanya :*

p/s:

Hadiah Birthday nanti kita pergi beli yer.
Semoga setiap tahun, cinta dan kasih sayang kita makin bertambah :)




Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Selamat Bersekolah Puteri Hatiku, Nur Nuha Humayra

p/s: 

First time hantar anak ke sekolah, apa perasaan korang ?

&

Selamat Tahun Baru 2012 !

p/s : 

Perasaan me mestilah tidak keruan dan didoakan semoga dia baik-baik sahaja ! Amin.



 p/s: 

Dah ada tayangan Ombak Rindu di Astro First @RM15 tapi me dah siap download kat ofiz . 
So boleh layan malam ni, hopefully ;p

p/s:

Azam tahun baru  - Mungkin elissmie's junior 2nd edition V2. Semoga dipermudahkan. amin



Monday, December 05, 2011

Bercinta Lantas Merindu, my hubby sudah ada chenta baru

As salam. Dah lunch ker? Me penat seluruh badan sebab dua hari duk mengemas rumah, especially melipat baju.Hazab btol sampai sakit pinggang. Citer lenkali la ;p Lambat update blog sebab tiba-tiba diajak untuk meeting plak.

Chenta hati terbaru my hubby dah dapat Sabtu lepas.Rupanya-rupanya plate yang hubby nak tu WWC *** dah disambar orang. So amik nombor yang dia berkenan yang lain . Akhirnya dapat plate Selangor pulak. BLM **** . Jom la layan chenta hati baru my hubby tu :p Malas nak taip panjang-panjang.



Pandangan Depan 


Pandang Sisi


Dua madu me :p

 Helmet Percuma


 Hubby pun dah terpengaruh dengan Uncle Gedek ;p 


Ni lagi satu :p Kesian..Isteri tengah sibuk mengemas katakan :p

 Glove jugak percuma


Abaikan botol susu ;p


Ni bukan cahaya keimanan :p


Long pun nak cuba ;p Mat Rempit Sentul namanya ni..keh keh keh

 Lepas tu apa lagi. Ronda-ronda keliling rumah. Sempat jugak me merasa naik :) 
Jom sayang pergi Genting..hehehehe

p/s:
Hubby masih tak bawak lagi motor dia ni pergi kerja

p/s:

Hari ni turun rumah pukul 700, 708 dah sampai rumah pengasuh. 720 dah sampai ofiz. Gila awal :p


Thursday, December 01, 2011

Korang suka kucing tak ?

Disebabkan satu tragedi dengan kucing. Sampai sekarang me tak berapa boleh rapat dengan kucing.Peristiwa ni berlaku rasanya masa me tadika. Ada kucing terloncat atas kepala me siap berdarah lagi you. Sakit btol tau sebab kuku dia lah kan. Banyak sungguh binatang suka geget me ni. Dah la pernah sekali monyet ker kera erk, gigit lengan me kat rumah jiran. hahahaha.Ditakdirkan, me berkahwin dengan orang yang memang sukakan kucing. What to do :p So, redha ajerlah tengok dia belai-belai manja kucing tepi jalan tu kan. Balik rumah dia kat kampung pun banyak kucing tapi bukan kucing dia, terbiar tapi dah jadi penghuni tetap rumah my MIL :) Satu family suka kucing. What to do lagi sekali :p


Masa mengandung dulu , memang ada banyak kucing mengekor ajer kat mana ajer me pergi. Rupanya My Nuha pun ditakdirkan amat sukakan kucing.Sampai pernah satu kali tu, masa tu berlaku kat pasar area rumah sewa me ni. Dia amik kucing dan masukkan dalam baju dia baju nak bawak balik rumah :p Hubby terdengar bunyi kucing, rupanya dalam baju dia :p Seb baik tak sempat seludup buat balik .hahaha

Ni nak tunjuk kejadian minggu lepas. Dalam banyak-banyak motor yang ada kat area rumah sewa me tu. Motor hubby yang jadi pujaan hatinya .Kucing pun ada instinct yang pemilik motor ini amat sukakan kucing agaknya :p



 Ada 5 buah lagi motor kat situ ...Semua ada raga ok :p

Ni hah, motor my hubby yang jadi mangsa keadaan ;p

psst : 

Motor yang banyak berjasa kat my hubby .Nanti hidup bermadu lah si TAB ni :)
Dating pun pernah naik motor ni :p Matiklah mak kalo ma & Abah me baca entry ni....lalalalariksssss


Wednesday, November 23, 2011

Ini Bukan Cek Nuffnang Mahupun ChurpChurp ok !




Semoga segala urusan yang dalam entry ini dipermudahkan Allah. Amin. 

Cun kan tarikh cek tu, 221111 dan amaun adalah 23K :)


psst :
Entry yang konon-konon wordless lah sangat :p


Wednesday, November 16, 2011

Motor idaman my hubby, sudah pun booking

Nak kata idaman, rasanya tak sampai tahap idaman dia lagi sebab yang dia nak CC lagi besar dari yang ini. Tapi buat masa ni, ini ajer termampu me belikan untuk my hubby.Kiranya ni hadiah hari lahir untuk my hubby yang ke 32 tahun, awal tahun depan la. (2.1.2012) Boleh gitu sayang? hahaha. lariksss 


Jom la kita layan gambar yang me amik time pergi booking motor hari tu. Untuk booking kena bayar cuma RM1000.Selebihnya bayar masa nak amik motor nanti.Plate pun siap booking sekali. No plate WWC. Masih tak tahu lagi nak letak nama apa WWC my hubby ni :p Kalo CBR, Cinta Bersulam Rindukan :) Warna Warna Cintakah? or Wordless Wednesday Chenta ;p Cuba korang fikir sama :p


Ni tempat beli motor , warna dinding sama dengan bilik tidur kitorang..hahaha, sempat lagi me tengok :p

Address:No 133,Jln Cokmar1,Mutiara Bukit Raja,Off Jln Meru,Klang
Phone No:0333428321
Fax No:    0333428322

Harus posing dulu depan kedai ;p



Ni lah motornya :) Kawasaki Ninja 250 . Tapi ni warna hijau..


Yang diorder adalah warna merah hitam ni, cun tak ? credit to here.


My Nuha pun nak cuba naik .Dia pun siap mintak Abah dia belikan motor jugak.
Dalam tu ada motor kecik dalam RM400++. 
Tapi Abah dia dah janji nak belikan kereta remote terus dia diam :p

Tengah menunggu harga motor. Berapa lah isteriku nak kena bayar ni yer :p


My Nuha sibuk nak peace semasa proses booking !



Korang ada motor idaman hati?

p/s:

My hubby cakap kat me, nanti dia belikan full face helmet untuk me, so boleh la pergi dating berdua naik motor ni.My Nuha kita tinggal kat rumah pengasuh yer Sayang :p

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)