Showing posts with label all about new. Show all posts
Showing posts with label all about new. Show all posts

Monday, August 01, 2016

Pernah beli handbag di Zalora ?

Korang pernah shopping kat Zalora ? Kalau belum pernah , boleh klik kat sini laju-laju dan nikmati voucher bernilai  RM25 tau. Saya pernah shopping kat Zalora sekali dulu, tu pun sebab dapat voucher percuma. Kali ni saya nak beli handbag pulak sebab handbag saya memang wajib diganti dah. hahaha. Saya bukan penggila handbag dan kasut macam my ma. Dia memang saya tak dapat kira dah berapa handbag dan kasut yang dia ada.Siap offer handbag dia masa raya hari tu. Nampak nau buruknya handbag saya kan. 


Memang mudah shopping kat Zalora ni. Pilih kategori Women , klik Bags, Boleh pilih jenis beg yang korang nak, kalau saya Shoulder bags. 


Ini handbag pilihan saya . Saya tak kisah jenama atau harga, janji saya berkenan . Maklumlah bukan penggila handbag. Janji ada jer. 


Gambar ulang tayang bersama dengan hanbag dari Zalora jenama AR by Alfio Raldo

Bagus servis dari Zalora ni, hangbag sampai ke tangan saya dalam masa dua hari sahaja. Tak perlu bimbang sebab ada pilihan COD , so kalau barang lambat sampai pun tak ralat lagi sebab kita belum bayar lagi kan. 

Pernah beli handbag di Zalora ? 

Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.

(Hadith Riwayat Muslim)


Thursday, February 04, 2016

Harga Runtuh Jubah Amani , CalaQisya Shah Alam

Dah beberapa kali jugak pergi CalaQisya Shah Alam ni. Sebab memang aim nak beli kasut Orchid , CalaShoes tu tapi selalu warna yang nak tu tak ada. Yang saya minat warna pink atau purple gitu. Tapi pergi time tahu ada sales lah kan. RM50 jer pun sepasang. Kalau tak RM60. hahaha. Tu agaknya selalu tak ada warna idaman. 

Orchid idaman hati  - Credit https://www.instagram.com/thecalashoes/

Hari tu pergi lepas Aliff belanja makan Nasi Ayam Penyet AP kat sebelah CalaQisya dan kebetulan Zira dan Ad nak beli jubah, so masuk la dalam CalaQisya . Sekali amik kau, ada pulak sales Jubah Amani. Dah tiga-tiga beli jubah yang sama. RM50 jer pun. Harga asal RM159. Berbaloi baloi lah kan. Rugi pulak tak beli. Kira jubah yang paling murah la pernah beli setakat ni .Ingat dulu RM70 jubah Aqeela paling murah dah pernah beli kan. 



Saya amik saiz XL, ingat tak muat. Sekali try ok lah pulak.Biasa saiz baju 46-48. Kiranya cutting dia agak besar jugak la. Dan labuh sket kena alter lah. Saya tinggi 159cm.

Dah shopping haruslah bayar dulu kan

Bergambar dengan pintu masuk CalaQisya is a must :p

Semua pink kat sini termasuk pintu masuk. hehehe
Dah rasmi jubah baru ni masa Farewell untuk jabatan kitorang last week..hehehe. Tapi lupa nak amik gambar penuh. Nampak la sipi-sipi kan. Warna mint green gitu. 


Ni gambar model pakai . Cantik kan? Model pakai semua cantik..hahaha


Lagi satu gambar. Credit https://www.instagram.com/calaqisya/


Yang ni masih available kalau beli online, http://www.calaqisya.com/product_info.php?products_id=593

Korang dah pernah beli jubah di CalaQisya ? 


CalaQisya Shah Alam

7a Jalan Plumbum P7/P

Seksyen 7, 40000

Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi : 

Isnin- Sabtu : 9 pagi  - 6 petang

Tel :  03 55243987


Daripada an-Nawas bin Sam ‘an RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan yang bimbang dalam hati dan engkau tidak mahu perbuatan itu diketahui orang lain.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Wednesday, April 09, 2014

Cinta hati terbaru my hubby

Tak sangka , saya dimadukan lagi oleh my hubby...
Nak tengok madu terbaru ?
Jeng jeng jeng...
skrol kebawah yer :)






































































































































































































Ni hah...Cinta hati terbaru dia...LC 135 merangkap hadiah hari lahir tahun depan yer sayang...hehehe
 Plate BMP . Boleh Madu Pulak my hubby cakap. Saya bagi  Bercinta Merindu Pasti :p Ada cadangan lain ? CBR ( Cinta Bersulam Rindu ) dan BLM (Bercinta Lantas Merindu) yang dah ada. Telah Aku Bercinta dah bagi kat ayah  mertua yang courier SkyNet hari tu. 


Lama dah tak bawa motosikal. Saya ada lesen tapi dah berapa tahun tak bawa rasa macam dah tak reti kot. Teringat dulu masa belajar bawa motosikal dengan Abah saya kat padang sekolah rendah saya dulu. Sampai nak langgar pasu kat rumah guru kat situ..hehehe. Saya zaman sekolah tak reti naik motosikal. Selalu tumpang kawan-kawan jer. Lepas SPM baru belajar naik motosikal sebab nak amik lesen motor dan kereta. Lepas pass lesen setelah 2 kali amik, saya memang cuak nak bawak. Sekali kawan saya , Ana yang paksa saya. Dia stop tengah2 jalan dan paksa saya bawa. Lepas tu baru berani saya bawa motor. Tapi kat Shah Alam sekali saya bawa memang tak berani dah la pastu sebab tak reti nak cilok..huhuhu . Nostalgianya...

Korang pandai naik motosikal ? 

p/s :

Berkongsi cinta dengan besi saya rela , tak pun dengan Tiz Zaqyah..hahaha


Monday, May 09, 2011

Mesti korang tertunggu-tunggu, hasil keras tangan aku seterusnya :p

Tadak angin tadak ribut, keluar entry seketul tengah hari ni kan..Ingat nak mulakan dengan jalan jalan cari makan, tapi sebab aku tak lunch, takut aku pun terliur sama kalo aku up hari ni :p So marilah melihat hasil keras tangan aku dulu. Ker guanerr? (Atau macam mana , bahasa bukunya ..tadi slanga terengganu :p)

Keras tangan apa lagi yang aku tahu buat melainkan jahit felt kan.. Ni kira sambungan entry hari tu..Belum baca? Klik sini laju-laju dulu...Setelah berhempas pulas buat baju untuk my Nuha, akhirnya...Hasilnya...


Awas..Jangan gelak yer :p

Tadaaa...




Binatang 2 ekor tu comel kan ? My hubby tolong gunting :p Tq dear :*

psst :

My Nuha cakap Gajah tu lembu..Buaya tu, burger..hahahahahahaahahahaha

Opss..terkutuk diri sendiri pulak...

Macam mana ok ? Kritikan membina sahaja diperlukan buat masa ini..hahahaha


Tu jer untuk hari ini..Ada lagi projek terbengkalai iaitu brooch dan sepit rambut..Lenkali aku update lagi pasal tu yer :p Dan mungkin ada sesuatu untuk korang...Insya Allah..Tapi bukan semua laa..Malu :p

p/s:

Bz gila.. Minggu depan bermulalah episod penjelajahan seluruh uitm...Dimulakan dengan Penang.
Penang waiting for me naa :p

 

My Nuha | My Hubby | Watermark For Free | Header For Free

Friday, April 15, 2011

Semalam 2 Belog aku kena delete (Blog Not Found ) ? Ngeri btol lah weh....

As salam.. Salam Jumaat kata kau ! Semalam 2 Belog aku kena delete , elissmie.com dan elissmiejunior.blogspot.com.  Ngeri btol lah weh....Pastu, bila login, dia cakap akaun aku ada aktiviti yang pelik gitu kan, macam spammer guna la sebab hari tu entry belog My Nuha post entry pasal menang loteri lagik.Terus tukar password semua. Nasib baik boleh recover balik , dengan satu langkah ajer iaitu masukkan no telefon korang dalam form tu dan automatik akan dapat nombor kat handphone, masukkan nombor tu dan activate ajer...Cuak sungguh kan...Alhamdulillah ok semua...

Alhamdulillah, settle dah urusan malam tadi dengan jayanya untuk step pertama dan skang menuju step seterusnya. Moga urusan kami berjalan lancar.psstt..Pembelian rumah pertama kami :) Alhamdulillah :) Alhamdulillah :) Alhamdulillah :)  Step pertama : Booking, step kedua : S& P :) step ketiga : Penilaian dan step keempat : Permohonan.


Akhirnya dapat jugak rumah idaman kami dengan harga within our budget dan yang penting teres setingkat.Tapi tak nak cerita lebih-lebih lagi selagi tak settle semua, takut pisang berbuah dua kali :)


p/s :

Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari, kemudian ALLAH datangkan pula guruh dan kilat! Puas kita menangis mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI.

Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga erk..



p/s:
Teaser :p



Monday, April 11, 2011

Akhirnya, Si Gebu Pink Itu Milik Aku :)

Ok,akhirnya Si Gebu Pink ini milik aku. Terima kasih kepada my dearest hubby. Biarlah ianya bukan Blackberry, tapi tanda ingatan dan kasih kamu kepada isteri yang saya carik..hahahahaha Ayat tak boleh belah..

Sayangkan isteri ,

belikan hadiah hari-hari...

setuju tak??

p/s:

tak setuju, angkat keyboard tinggi-tinggi..larikss



Inilah buah hati terbaru :)
Beli dari Nokia store, dijamin ori !
Nokia C3 .RM400 percuma Memory Card 4GB.


Casing RM 10 ajer..
Yang ni beli kedai lain..hehehehe :p

p/s:

Dengar cerita , ada orang dapat bonus..Kalo ku tahu awal-awal, harus ku sambar Blackberry..hehehe..


 

Dan Pemenangnya ialah...

Hari ni nak umum pemenang untuk pengomen entry penaja2 contest me yang lepas.Berikut adalah senarai peserta. Duplicate comments pun aku kira as 1 cabutan ok. Mari kita lihat siapa yang kena...


1.Kancilbiru
2.Mama Zharfan
3.h4ni3
4.isabelle
5.Sharinginfoz
6.Nad @ MamaZakwan
7.ummi sofiyyah
8.Fieda
9.SyUhAdA
10.Cute MuM
11.Nisa' Azman s
12.mama tisya s
13.hazman aka species1980
14.Lin Azlina
15.Nad @ MamaZakwan
16.ummi sofiyyah
17.ummi sofiyyah
18.SyUhAdA
19.Cute MuM
20.Nisa' Azman
21.mama tisya
22.Mama Zharfan
23.eT
24.NINIEZANE
25.Nad @ MamaZakwan
26.ummi sofiyyah
27.SyUhAdA
28.Cute MuM
29.Nisa' Azman
30.mama tisya
31.Mama Zharfan
32.aLeesYa's Mummy
33.|| NaFiRaa ||
34.CuppyCakeMommy
35.NINIEZANE
36.Nad @ MamaZakwan
37.ummi sofiyyah
38.Cute MuM
39.Nisa' Azman
40.mama tisya
41.Mama Zharfan
42.isabelle
43.|| NaFiRaa ||
44.Intan
45.Nad @ MamaZakwan
46.ummi sofiyyah
47.Cute MuM
48.Nisa' Azman
49.mama tisya
50.Baby Intan
51.Mama Zharfan


Encik random, sila mulakan undian sekarang yer..Cer pilih..Cer pilih...

Dan pemenangnya ialah ummi sofiyyah

sila emailkan alamat dan no hp ke elissmie[at]gmail[dot]com dengan kadar segera yer...


boleh aku pos FM ni jap lagi !


p/s :
 

Teaser omputeh cakap....cer teka, cer teka :p


Pilihan boleh rujuk entry ini :p Smartphone, belum ada lagi ni...eh, ada orang nak belikan?


Wednesday, March 09, 2011

E71, Sandal Baru, Cek Nuffnang , apa kaitannya ?

Ini entry menunjuk-nunjuk lah jugak...Tunjuk barang lah..Bukan menunjuk eksyen tu :p Weekend hari tu,lepas baking kek dengan penuh kasih sayang tu , hubby ajak keluar pegi beli telefon baru kat Plaza Alam Sentral ! Yeay !!



Aim Nokia C3 ...Yang kaler pink yer...Kaler lain tak mo yer tauke ...


Tipu ajer..Yang nak beli hp tu my hubby, bukan aku pun..Aku punya masih ok.Yang my hubby ni tahap nazak tak boleh dengar dah dan tiba-tiba blank.Boleh buat stok baling ke dinding masa stress dah..hahahaha.Tengok my hubby tengah khusyuk dengar explainantion dari tauke kedai hp.



Pilihan my hubby E71 sebab ada GPS, 3G dan Wifi.RM670 tak silap kot setelah tambah casing + tukar memori 8G.


Casing ni RM10 tak silap..

Lepas dah settle beli hp, hubby nak belanja aku beli sandal sebab sandal aku pandai pulak berlubang time-time ni kan..hehehe. Jumpa satu kedai, tanpa buang masa, terus sarung sana sini dan berkenan terus kat satu sandal ni..Apa lagi, amik terus lah.Dah ada orang nak bayarkan....


RM 49.90

Cantik takkk? Macam Eric Leong pulak :p



My Nuha pun sibuk nak tayang selipar dia jugak..
Dia panggil selipar dia, kepok -kepok..Bunyi dari selipar dia tu :p

p/s:

Cek kelima sudah tiba..BE ada satu jer duk bergdiks2 dlm akaun tu..Lambat lagi la nak boleh cash out :p


Tq Nuffnang..I Lebiu :p


child abuse




Saturday, January 01, 2011

Tahun Baru , Azam Baru, Kereta Baru???

Selamat Tahun Baru 2011!! Azam tahun ni?? Beli rumah dan tambah anak sorang lagi ! Kalo kembar, Alhamdulillah.Boleh rehat lama sket. Kalo anak lelaki, kiranya bonus lah jugak.Kalo sepasang, tu rezeki lah kan.Kereta baru?Belum mampu lagik :p Akhirnya, kereta my FIL dah berada di jalan raya. Kelmarin, masa balik ke Terengganu , kitorang balik 2 kereta lah kiranya. Aku yang bawak?? Tidakkkk tapi my Long yang bawak lah. Tapi dari Shah Alam- KL aku yang bawak Cinta Bersulam Rindu..First time kiranya aku bawak kereta sampai KL sebab my hubby bawak Viva baru tu...


Memperkenalkan.....Wanita Utusan Tuhan......pandai-pandai aku ajer bagi nama :p



Abaikan model tidak berbayar tu yer :)


My Nuha cakap 'Ini kereta Ummi, kereta besar'...hehehe
Cinta Bersulam Rindu tetap menjadi pujaaann hatiku.....



Baru gerak 400++ Km :)
Siap ada CD player, Sayang , keta kita bila nak pasang CD player :p

Seat belakang masih tak koyak lagi plastik ni...


Seat depan pun sama :p


Wajah empunya belog memang wajib ada :p

Ok, sekian sesi posing dari kereta baru !! Semoga tercapai segala azam tahun 2011 ok !!Esok bertolak balik ke Shah Alam ! Tak cukup pulak rasanya cuti kali ni :( Doakan perjalanan pulang kami Shah Alam selamat sejahtera yer kawan-kawan !!


p/s:

Cinta Bersulam Rindu (CBR) plate keta my hubby
Wanita Utusan Tuhan (WUT) plate keta my FIL


Monday, December 27, 2010

Aku paling geli cicak, korang?

Tetiba teringat cicak putih bawah peti dapur rumah aku. Gila besar punya cicak .Kalo my nuha degil sangat, aku cakap, nanti lizard geget :p Dia takut sebab dia pernah terserempak dengan cicak tu sebab dia selalu angkut periuk dan bekas kat dapur buat main masak-masak kat ruang tamu.

Petang semalam, my hubby beli perangkap cicak kat tesco.Sebab hari tu beli Ridsect Lizard Repellent tapi cicak makin berleluasa.Tak nak pulak dia larik.Hangen aku satu badan :p Moga-moga teknik yang kedua lebih berkesan walaupun sedikit kejam tapi ustaz aku cakap bunuh cicak dapat pahala wooo :p

Daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah yang menemui Aisyah r.a di dalam rumahnya lalu beliau melihat di dalam rumah Aisyah r.a ada lembing, lalu ditanya tentangnya: Wahai umm al-mukminin, apa yang anda lakukan dengan lembing ini? Jawab Aisyah r.a “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Rasulullah s.a.w menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, tiada binatang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (memarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Rasulullah s.a.w menyuruh kami membunuhnya.” Riwayat Ibnu Majah.


Ridsect Lizard Repellent- Untuk menghalau cicak..



Perangkap lipas dan cicak - untuk membunuh terus ni :p Ada kotak yang bergam dan umpan .

Info Produk : Harga : RM 6.80

             
Pagi ni my hubby tengok tak der cicak yang terkena lagi. Pandai yer ko cicak. Lambat laun terkena lah tu..Korang geli tak cicak? Aku geli dan benci jugak sebab cicak selalu berak merata-rata :p
Lipas pun sama, selalu makan bawang aku :p

p/s:

Keputusan Teka Harga Yong Tau Foo akan diumumkan petang ini . Sudah ada yang meneka dengan tepat dan mini contest sudah tamat  yer :p


Tuesday, February 09, 2010

Rumah aku sudah pasang parabola

Opss! Tak leh sebut parabola, kang tak pasal-pasal KPDN*HEP datang angkut aku punya parabola tu.Hahaha.Tadak encik, saya pasang astro asteruk jer.Tak mo laa angkut-angkut.Dah la pakej 37.95 jer encik bulanan.
Satu hari layan Asian Food Channel (AFC) jer encik. [tengok ajer tak guna yer dak, kurang-kurang pasni leh masak makanan omputeh ] hehehehe.Macam-macam aku layan hari tu kat #AFC.Antaranya Spain... on the Road Again , Chef at Home ,Licence To Grill, Nigella Bites dan terjatuh chenta pulak sama Anna Olson dalam Fresh with Anna Olson ! hahaha.Dulu gila kat Jamie Oliver.[cinta beralih arah laa you!hahaha]
*Siap follow twitter AFC lagi nih --> asianfoodch

Terkecur air liur disitu masa AFC duk tayang promo Best-Wan yang akan ditayangkan pada  14 Feb nanti.Yang kat atas ni salah satunya, boleh dapatkan resepi DISINI.Dan yang menarik tu Chili Crab tu.Menyengat nampaknya.Termiss laa plak nanti sebab balik terengganu.huhuhu.Tapi mesti ada ulangan kan.hehehe.Nama lagi asteruk.eh, Astro!

Semalam tengok nuffnang punya keywords yang datang ke blog masak-masak me yang tak berupdate sangat tu kat SINI.Haihh! Siapa yang carik resepi babi panggang rempah 05 spices ni? Tersalah belog maa! Semua resepi yang me bagi ada cop halal.hehehehe.Opss!

Meh kita tengok plak keywords yang datang ke belog me yang hina dina INI pulak!


Astro pun ada orang carik ka?hehehe.Baru seminggu pasang astro asteruk dah sangkut kat sini.muahahaha.elissmie facebook??Mesti kecewa kan?Sebab tak jumpa.Apa bender facebook pun aku tak tahu.hahahaha.Tipu! Tapi seriyes, aku memang tak ada facebook.Tolong laa percaya dan jangan add aku dah!Cukuplah dengan belog dan twitter-->elissmie
Sila laa follow kedua-duanya sekali, paksa atau rela.hahahaahahahahaha.Tak kosser mak!Alahai.Takkan minat sangat kot sampai cari aku kat facebook! Sebenarnya aku tak pernah bukak facebook ,lagipun kat ofiz ni kena belock.So tak kuasa lah mak nak bukak akaun facebook tu.Sorry yer Mark*Zuckerberg!Saper tu??Founder facebook laa!Saper lagi.Tu pun tak kenal ker?Kata layan facebook.Hahaha.Larikss..Keywords yang lain tak boleh direvealkan sebab sensored! muahahaha.Tipu!!!

Rasanya ni last ole-ole from langkawi.Tq yer Encik Husain!

p/s:
Cinta Bersulam Rinduku masih tidak sembuh dari demamnya!Rasanya khamis baru keluar bengkel.So hari ni, kami merempit lah lagi!My nuha makin seronok plak naik motor !Tapi hari ni macam nak terlelap aku nengok dia ditiup angin pagi!hahaha

cute huh?helmet adalah pinjam dari pengasuh dia:)Tq Kak Ita!

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




Monday, March 30, 2009

Hari Air Sedunia, Earth Hour & Tesco

Hari sabtu, aku bermalas-malasan sajork dengan Nuha..hubby ke intekma sebab ada meeting kat sana..so lepas dier pi cuci kereta dan segala urusan lain, aku request nak makan nasi ayam..dasar femalas biasa laa kan..hikss..bukan femalas tapi sebab kitorang tak pegi pasar jumaat tu..alasan lagikk disitu :D

Hari Air Sedunia

Hari Ahad, awal gilakk aku bangun coz hubby cakap nak turun kul 830 pegi Hari Air Sedunia kat main ofiz dier tuh..tapi lepas sudah mandi, kitorang bleh lak tido balik..hikss..kul 8 aku terjaga...zasss siapkan Nuha..aduhai,si kecik ni kalo makan..sket punya lama..lagi satu nak main jer..so , aku tak kejutkan lagi hubby aku..hahaha...kul 840 baru kejut..then kul 9 lebih kitorang bertolak pegi sana..acara kanak mcam mewarna dah dimulakan..brass band siap standby aper ko bondo eh kat situ...kitorang jalan2 kat booth yang disediakan..yang kelakarnya, masa brass band tu lalu sebab ada VVIP nak lalu sebelah kitorang, kitorang siap bleh buat dek kat situ :P ingatkan bunyi aper tadi..seb baik aku tak melatah eh mak ko meletopp kat situ :P tapi sebab cuaca panas semangat nak pegi tesco tinggi , so kul 10 lebih cenggitu kitorang balik..dah laa parking jauh..seb baik ada stroller..tak sempat tengok PCK (Gurmit Singh)..yang aku tengok ada abang Naz (yang LG tu) :D katanya ada PCK, sazzy falak laa ntah sesaper lagik..


Nuha siap sempat bergambar ngan maskot dan brass band :D, seb baik menatang biru tu dier tak takut :D sama mcm toys dier kot..hahaha




My hubby sempat amik keta dan Karam Singh Walia yang baru sampai yang ada talk pasal air tapi aku tak sempat dengar pun :D


Tesco

Macam biasalah kan, aktiviti awal bulan untuk memperabeskan duit :D kitorang pi beli barang dapur dan barang Nuha..Nuha dapat 3 helai baju..hikss..aku ingat nak carik walker..tapi kat situ tadak yang aku berkenan..aku nak walker mcm dak Ayra ni.. so selagi tak jumpaa mintak maaf laa :D dier beli kat jusco Rm80++ sebab time tu ada sales 50% katanya...




Hasil rembatan yang menelan belanja RM300++ dengan diskaun voucher rm 3? :P


Lepas selesai membeli dan belah,aku ajak hubby singgah sek 9 jap coz kat situ ada 2 store bb..Anakku dan Bebes Home..kat Anakku ada sales tapi ada walker yang bapak mahal, so aku beli kat Bebes Home since ada yang mcm Ayra punya..lagipun Rm110..ok laa kan coz tadak diskaun..memula Nuha test drive laa dulu..tapi bila aku tinggal jap dah menanges :P



Nuha tengah syok menjelajah kedai orang :D


Earth Hour

Hari Sabtu hari tu, aku dan my hubby menyahut laa jugak seruan Earth hour..walaupun aku buka lampu 15 minit kat dapur sebab nak masak megi..hahaha..(tutup yang mana tak penting kan?)Nuha memang dah earth hour siap2 dalam bilik tido:D tapi aku tengok sekitar rumah aku memang gelap abes laa ...bagus2..nak2 depan aku adalah kolej UiTM so memang datuk seri VC suh tutup lampu kan..siap pekeliling bagai gituh..



Ruang tamu umah ku yang bergelap..hikss..dua kat atas tu view kat luar rumah..seyes gelap :D





Cinta Bersulam Rinduku dalam versi earth hour by my hubby

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)