Friday, March 02, 2018

Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 2019 & 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Korang ada anak Tahun 1 2019 & 2020? Pemohonan penempatan murid Tahun 1 ke sekolah rendah bagi tahun 2019 dan 2020 dah dibuka bermula semalam . 



Pendaftaran secara online dari 01.03.2018 hingga 31.03.2018

Lahir 02.01.2012 hingga 01.01.2013 sesi 2019
Lahir 02.01.2013 hingga 01.01.2014 sesi 2020

https://public.moe.gov.my

Awal lagi saya klik rupanya pukul 10 baru buka semalam. Terus register my Nayla. My Nayla tahun 2020 baru masuk tahun 1. Saya pilih sekolah yang sama dengan my Nuha jer. Senang. Nanti bila my Nayla Tahun 1, my Nuha dah Tahun 6 nak amik UPSR. Sekejap pula rasanya.

Untuk kali pertama, korang klik DAFTAR MASUK 


Untuk daftar kena masukkan maklumat kat atas. 

Antara maklumat yang diperlukan adalah maklumat ibu bapa dan maklumat imunisasi. Nasib ada tulis kat blog. Hahaha

 
Rekod imunisasi my Nayla


Boleh rujuk jadual kalau tak faham

Pastikan membuat pengesahan 2 minggu lepas tarikh mohon ke sekolah yang dimohon dengan membawa dokumen diatas

* Updated - Dah pergi sekolah yang dimohon. Dokumen yang tertinggal - Sampul surat beralamat sendiri dengan setem RM 1 dan salinan kad imunisasi. Bulan September 2019 kena datang sekali lagi untuk pengesahan



Bila dah hantar permohonan boleh klik Semak Permohonan.


Jangan lupa cetak Surat Permohonan Sekolah dan Surat Persetujuan Kesihatan

Korang ada anak Tahun 1 Tahun 2019 atau 2020 ? 


Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Biarkanlah aku dengan apa yang aku tinggalkan kepada kamu semua. Sesungguhnya telah binasa orang yang sebelum kamu tidak lain kerana banyak persoalan dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka. Maka apabila aku melarang kamu daripada sesuatu urusan, jauhilah ia dan apabila aku memerintahkan kamu dengan suatu urusan, lakukanlah sekadar yang termampu."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 7288)

Wednesday, February 28, 2018

Kehamilan 12 Minggu & Pengalaman Pemeriksaan di Klinik dan Hospital Kerajaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, minggu ni adalah minggu terakhir saya dalam trimester pertama kehamilan. Minggu depan dah masuk trimester kedua kehamilan. Bagi yang follow saya di instagram , mungkin dah ramai yang tahu. Walaupun tidak post secara direct tapi kalau baca #(hastag) dah boleh agak dah la. 

Alhamdulillah, masa scan pertama sudah nampak kantung. Maklumlah pengalaman mendewasakan. Risau ectopic berulang. Masa tu baru 5 minggu. Scan pertama di Klinik Ajwa. Dan repeat scan masa 10 minggu di Hospital Shah Alam , sudah nampak janin dan detak jantung. Satu perasaan yang melegakan.In sya Allah, saya akan melahirkan pada September ni.Anak yang terakhir nak ikut bulan birthday Ummi dia nampaknya.Jimat kos boleh sambut sekali macam my Nayla dan my hubby. My Nuha dah lahir masa anniversary percintaan kitorang kan. So adil la kat situ. Kali ni merasa morning sickness tapi Alhamdulillah dalam 3 minggu sahaja. Sekarang dah ok.

Kali pertama buat buku pink. Merasalah checkup di klinik kerajaan. Sebab nak merasa juga perkhidmatan hospital kerajaan menggunakan kelayakan yang ada kan. Selama ni tak ada hospital kerajaan di Shah Alam , so dah ada ni kita guna sebaiknya. Memang nampak la perbezaannya. Dulu bila refer ke hospital pakar, terus dapat jumpa pakar, tapi di pakar kerajaan, bila refer, kena dapatkan appointment dulu. Untuk jumpa pakar, kakitangan kerajaan percuma jer. Alhamdulillah. Tapi kena tunggu tarikh appointment jer lah. 

Bila tak dapat jumpa doktor pakar, klinik pakar suruh saya buat buku pink di klinik kesihatan yang berdekatan. Saya terus ke klinik Seksyen 7. Klinik yang paling dekat dengan ofiz.Nasib baik diterima. Pada mulanya memang tak nak terima sebab alamat rumah diluar kawasan tapi nampak kesian agaknya muka saya ni. Sekarang macam rumah kedua pulak klinik Seksyen 7 tu. Parking satu hal jugak. Sekarang saya parking di Hospital Shah Alam. Menapak lah jugak. Perut masih kecil gagah lah lagi. Dah besar nanti rasanya kena pergi dengan Uber lah nampaknya.

Seharian kat klinik baru dapat buat buku pink sebab saya silap daftar kat kaunter klinik biasa. Dah dah klinik ibu mengandung tutup pukul 12 dan buka balik pukul 2. Tapi sebab nak buka jugak, memang mak redha menunggu lama pun. Pukul 4.50 petang kot baru selesai semua . Saya sampai kat klinik dalam 10.30 pagi sebab pergi Hospital pakar Shah Alam dulu. Buku pink tu kena buat 2 salinan, nak kena tulis sejarah mengandung semua, checkup, konsultasi dengan nurse dan doktor. Saya dapat sticker hijau sebab kandungan saya kandungan berisiko. Saya memang dah ada darah tinggi. So doktor tukarkan ubat darah tinggi saya kepada Methyldopa. Dah la kena makan 3 kali sehari. Alhamdulillah serasi dengan ubat ni , tekanan darah lagi cantik dari sebelum mengandung.Tapi yang tak tahan efek dia mengantuk. 

Masa checkup rutin darah tinggi dulu, bacaan gula saya border line (6.9). So kat klinik kerajaan kena minum air gula masa 6 minggu hari tu. Sekali result keluar bacaan 10. Terus kena buat appintment jumpa dietician dan buat BSP. Nanti lah cerita pasal ni. So far result ok tapi kena repeat sekali lagi Ahad ni. Harap-harap ok la. Makan pun ala-ala diet la ni. Sedikit tapi kerap.  Konsep suku-suku-separuh gitu. Masa tak mengandung melantak banyak tak hengat. Berat pun dah naik ni. Tapi sebab dah obese masa mengandung ni berat maksimum yang boleh saya naik cumalah 9KG. huhuhu. So pandai-pandai la jaga makan. Sampai sini dulu lah coretan kehamilan setakat minggu ni. Doakan saya dipermudahkan proses kehamilan hingga bersalin nanti. Saya pun mendoakan kesejahteraan kalian yang mendoakan saya. 



Kontroversi UPT ni sebab lepas sejam baru double line. Ingatkan negatif tapi tubuh rasa memang positif sebab dah lewat seminggu. 

Korang pernah buat pemeriksaan mengandung di klinik kerajaan?


Daripada Amru bin Syu'aib daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perintahkanlah anak-anak kamu untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun. Apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya serta pisahkanlah tempat tidur mereka." (Berkata an-Nawawi, hadith hassan sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang hassan. No. Hadith : 495).


Thursday, February 22, 2018

Pengalaman Pertama Menggunakan GrabCar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Biasalah si jakun ni, bila dah terdesak terpaksa lah guna teknologi yang ada. Hari tu my hubby drop dekat klinik sebab saya ada appointment. Tapi my hubby rushing nak pergi ofiz dia. Terpaksa lah mak memikir alternatif nak balik ofiz. Standard klinik kerajaan, lepas 2 jam baru boleh balik. Kalau my hubby tunggu mau hangen kus kus satu badan. Lariksss..Tak per lah yang, demi anak you, ai redha je la. 

Mula-mula ingat nak cari teksi kat depan tu , hari tu Zul ada demo aplikasi Uber tapi saya dah uninstall, teringat Long cakap GrabCar lagi murah. Terus install GrabCar. Proses pendaftaran pun mudah, masukkan nombor telefon dan code akan di sent kat handphone korang. Dah boleh guna aplikasi tu. 

 Untuk yang first time, korang boleh download App GrabCar tuh kat sini ( Klik) .  Dapatlah diskaun RM3. Bila dah log in tu, Masukkan pick up point dan drop point . Kalau ada promo code boleh masukkan kat ruangan Promo. Kalau tak nak guna Cash, klik kat Cash tu boleh pilih pilihan lain Credit Card atau Debit Card. 

Dah keluar harga siap-siap kat situ. Saya tengok harga pun berubah-ubah mengikut masa. Bila dah confirm, tekan Book. Nanti bila dah ada driver yang accept, kita akan nampak profile pemandu tersebut dan kereta tersebut dalam perjalanan menuju ke lokasi pick up kita. Mudah kan. So boleh terus tunggu siap-siap. Bila dah sampai pun akan keluar pop up pemandu kita dah sampai. Bila dah sampai ke destinasi pun akan keluar pop up untuk kita ratingkan pemandu tersebut. Bagi ***** tanda terima kasih kita kepada pemandu tersebut jika perjalanan selamat sampai dan memuaskan. 


Jika resit korang boleh claim, tak perlu risau, korang akan menerima resit melalui emel yang kita daftarkan untuk aplikasi grab tu. Ni resit saya hari tu. Terima kasih Mr Lim.  

Korang pernah ada pengalaman menggunakan GrabCar?


Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)

Monday, February 19, 2018

Perbandingan Harga Insurans Motor Etiqa Insurance dan Takaful Ikhlas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Korang dah mula kerja balik ke? Nampaknya saya masih menjadi penunggu ofiz hari ni. Pulun kerja sorang-sorang hari ni lepas ni boleh relaks.Memandangkan insurans dan roadtax cik Vina kita dah nak expired makanya marilah kita renew sebelum duit habis sebelum waktunya. Hari ni nak buat perbandingan insurans motor antara Etiqa Insurance dan Takaful Ikhlas. Malas nak compare yang lain.Kalau korang jumpa yang lagi murah bagitau lah. Next year boleh tukar lain pulak. Yang penting nak yang dihujung jari je la. Roadtax boleh sambung kat pejabat pos kat bawah ofiz ni jer.Jimat dari guna myEG. Selalu Ad yang guna Etiqa ni. Ternyata memang murah berbanding Takaful Ikhlas. Selamat tinggal Takaful Ikhlas. Hampir 12 tahun menggunakan Insuran Motor Takaful Ikhlas . 




Etiqa Insurance walaupun sum insured RM 34,000 namun kena bayar RM 689.50. Premium lagi rendah dari takaful ikhlas

Untuk dapatkan quotation Etiqa : https://www.etiqa.com.my/getonline/SMinsuranceQQ1



Yang ni Takaful Ikhlas. Saya tersilap generate balik(NCD 0%) tapi nak tengok beza tang windscreen tu ( RM 385.06) padahal insured RM 1500  . Tadi saya generate dengan NCD 55% , kena bayar RM787.83 . Premium pun lagi tinggi walaupun cover lagi murah dari Etiqa. RM32,000 tapi premium RM1123.05.

Untuk dapatkan quotation Takaful Ikhlas - https://w7.financial-link.com.my/PremiumLink2/login.jsp?compcode=A1

Beza antara Takaful Ikhlas dan Etiqa Insuran
=
RM 98.33

Zaman gawat ni kan, selagi boleh jimat kita jimat.

Itu saja perkongsian untuk hari ni. Insurans katanya berubah-ubah naik dan turun macam harga emas gamaknya . Mungkin esok lusa, berbeza pulak. So perkongsian ini adalah valid untuk hari ini sahaja. So kalau nak renew insurans tu comparekan dulu harga. Kalau malas nak buat online, boleh pergi pejabat pos, kat pejabat pos pun korang boleh request nak yang paling murah. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Korang selalu guna Insurans Motor apa? 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan memasuki syurga melainkan mereka yang enggan, "Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, lantas siapakah yang enggan?" Nabi SAW menjawab: "Sesiapa yang taat kepadaku akan memasuki syurga dan sesiapa yang mengingkariku bererti dia enggan masuk syurga."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith :7280)

Thursday, February 15, 2018

Beli basikal murah @ GM Klang

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua. Lengang betul jalan hari ni. Turun rumah lewat pun mampu sampai awal 15 minit. Semua bercuti sakan lah yer. Mak jadi penunggu ofiz lah nampaknya hari ni. Boleh la sapu blog bersawang. Telefon pun harap tak ada lah berdering sangat hari ni.

Ni kisah hadiah hari lahir buat My Nayla. Alang-alang nak belikan basikal sempena hadiah hari lahir my Nayla, so sekali harung la belikan basikal baru untuk My Nuha.Lagipun basikal dia pun dah lama sangat , 5 tahun dah usianya. Kiranya hadiah birthday in advance untuk my Nuha. 

Ada kisah kelakar sebenarnya pasal basikal ni. Masa birthday Nayla ni, kitorang ingat nak beli basikal tu kat Terengganu. Kitorang balik hujung tahun lepas sebab kebiasaanya memang balik Terengganu untuk beli persiapan persekolahan my Nuha. So kami memulakan perjalanan balik Terengganu, sepanjang perjalanan balik Terengganu tu dia cakap nak beli basikal. Hahaha. Ah sudah. Dia dah start zikir. Sampai dia tertidur. Ingat bangun tak ingat dah. Sambung lagi zikir. hahaha. Bila nak beli basikal? Sampai la kat kampung. Alhamdulillah , berjaya pujuk cakap nak beli basikal bila balik rumah. Sebab tak muat nak bawa balik sebab nak beli basikal kakak sekali. Sepanjang duk kampung dia dah tak sebut dah. Bila perjalanan balik, dia start balik zikir. Kebetulan awal tahun baru kan, kedai yang kami nak pergi tu tutup pulak.Memang tak boleh tunggu dah. Serabut dengan dia duk berzikir bila nak beli basikal tu.  Google sekali jumpa ada kedai basikal kat area GM Klang. Terus pergi sana. 

Ada 2 buah kedai basikal kat area depan GM Klang tu. Kedai yang saya masuk tu Cosmo Toystation Enterprise. Kedai ni ada 2 basikal yang kitorang nak. Harga dengan kedai sebelah tak ada beza tapi kedai sebelah tak ada basikal City Bike yang my Nuha nak. My Nayla dah aim dah nak basikal warna purple. UiTM dihatiku sungguh anakku ni. Nampak je basikal warna purple tu tak nak yang lain dah la. Basikal my Nuha tak ada pilihan. Tinggal satu tu jer. Diorang request minta tukar loceng je. Yang tu diorang tukar free je. Pilih loceng yang mana ada kat basikal lain je. Layankan ajer. 

Basikal 20' City Bike - RM 310
Basikal 16 Kid Bike - RM 190 

Alamat kedai : Cosmo Toystation Enterprise
16 Jalan Kasuarina 1, 
Bandar Botanic, 
41200 Klang Selangor
HP : 016 206 8050 

Yang ni kedai mula-mula kitorang tengok tu

Banyak juga pilihan basikal kanak-kanak 

Kalau my Nuha confirm pilih pink ni 

Ni kedai kedua. My Nayla tengok basikal ni terus berkenan. 

Tak nak tengok yang lain dah. Purple lepas tu gambar Princess pulak. Hurm. Kira jadi terus lah. 

Tu basikal my Nuha pulak. Tak ada pilihan. Satu tu je. 

Basikal yang lagi kecil pun ada ni saiz 12


Basikal Fixie pun ada tu. Tak reti la jenis -jenis basikal ni.


Sebelum beli basikal dah cakap , kalau dah beli basikal kena tidur dengan kakak

Takut sangat kena hantar basikal, redha kena tidur dengan kakak. Dah masuk bulan kedua tidur dengan kakak. Ada dua malam lari masuk bilik Ummi. Ugut nak hantar basikal dah tak lari dah. hahaha. Kejam tak mak? 

 Seronok dapat main basikal


Layan video dua beradik ni main basikal depan rumah


Daripada ‘Aisyah RA, berkata: Nabi SAW menyukai melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 168).

Tuesday, February 13, 2018

Lunch @ Restoren Famous Thai , Plaza Shah Alam

Ni cerita sambutan untuk geng pakatan hari jadi yang tertunda. Penutup tahun lepas sempena birthday Ad. Sambutan bulan Januari lepas. Biasalah, sejak dua menjak ni mood blogging selalu kelaut dalam. Banyak membebel kat IG. Jangan lupa follow IG : elissmie. Hahaha. Sempat promote. Kali ni kami memilih untuk lunch di Restoren Famous Thai yang terletak dalam Plaza Shah Alam, Seksyen 9.



Haruslah bergambar dengan geng pakatan hari jadi 

Ahli macam biasa. 

Sebelum makan kena posing dulu sebelum makanan posing pulak

Bersama yang diraikan , Ad 
  
Tempat yang selesa 

Sesuai dengan kedai Thai, haruslah order Tomyam

Terliur pulak tomyam dia. Terasa pedas-pedas manis masam kat mulut

Close up sket Tomyamnya. Pergh sedap hirup panas-panas

Kangkung Goreng Belacan 
 
Ayam masak gajus

Overall, servis bagus ( maklumlah ada caj servis kan) dan makanan pun sedap. 



Anyway, terima kasih belanja kami makan. 

Restoren Famous Thai
Address: Lot No.F1, First Floor, Shah Alam Mall E9/9, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9e, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Facebook : https://www.facebook.com/famousthaiplazashahalam/

Daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: "Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya)." Berkata Abu ‘Isa : Hadith ini hassan, sebagaimana riwayat at-Tirmizi, No. Hadith : 2459)


Thursday, January 11, 2018

Sambutan Hari Lahir Tertunda My Hubby dan My Nayla




 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Sambutan Hari Lahir yang tertunda buat my hubby (2 Januari) dan my Nayla ( 8 Januari) . Sambut kat rumah 4 beranak jer pada hari Jumaat lepas . Tanya my Nayla, nak buat sambutan hari lahir dengan kawan-kawan kat tadika tak? Tak mau katanya. Mesti kes tak puas hati tahun lepas. hahaha.  So kita tunggu sambutan ramai-ramai dengan kawan-kawan yang tadika buat jer la lepas ni. Macam ni punya perangai pun ada . Kalau budak lain tak sabar nak potong kek. 

Sebenarnya masa hari selasa tu( 8 Januari) , my Nayla dah mengamuk nak suruh belikan kek. Silap saya jugak sebab lupa nak tempah kek sebab lama balik kampung sebelum tu. So saya round area rumah saya cari kedai kek. Tak jumpa. Lepas tu cakap kat dia jom la balik main basikal sebab hari sebelum tu beli basikal. Nasib helah menjadi. So start rabu dia berzikir mana kek. Sebab kek saya tempah hari Jumaat sebab order last minute. hahaha. Bertabahlah beberapa hari nak. 

Hari yang ditunggu dah tiba. Masa isyak tu my hubby turun pergi masjid. Dah plan dengan anak-anak nak surprisekan my hubby la konon. hahaha. Lepas isyak, dengar motor my hubby. Terus masuk bilik dengan anak-anak dengan kek. Tapi agak kantoi jugak sebab kotak kek terlupa nak sorok kat dapur. My hubby dah agak, mesti ada apa-apa ni sebab kek tak ada dalam peti dan bawah meja makan. Dia masuk bilik . Mission completed. My Nuha tanya, abah cari kami ke. Tak, rupanya Abah cari kek. hahaha . Harap my hubby touching la dengan efforts mak dan anak-anak yer. Sikit punya lama berdiri dalam bilik.


Happy birthday kesayangan, My hubby dan My Nayla. Semoga sentiasa dibawah rahmat Allah dan kasih SayangNya. 

My Nuha tumpang posing

Mak pun nak jugak . Terima lah hadiah dari mak dan anak-anak . Sama macam diswihlistkan di Lazada tapi dengan harga berbeza. hahaha


Chocolate Moist Cake with Chocolate and Cheese Topping . RM 50. Nak jugak boleh order dengan Kak Fida. Memang sedap dan tidak mengecewakan. Separuh sekali hadap. Terima kasih akak !


Topping creme brule yang biasa Kak Fida jual. 

Haish la sedapnya. Makan sejuk-sejuk. 


Basikal pilihan my Nayla untuk hadiah hari lahirnya. Nanti la cerita kisah basikal pulak. 

Ada ke yang lahir bulan Januari jugak  ? Selamat Hari Lahir dari elissmie.com ! 

Rasulullah bersabda: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya.” [HR Tirmidzi]. 

My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef

Thursday, January 04, 2018

Tips Dapatkan Balik Duit Tidak Keluar Dari ATM Bank Islam

Assalamualaikum dan Selamat Petang . 2 minggu lepas masa gaji tu terus saya keluarkan duit sebab nak settlekan urusan bayaran sebab nak balik kampung masa tu. Sekali mesin ATM macam hang gitu. Lama proses nak keluarkan duit tu. Jenuh menunggu saya tekan butang Cancel. Sekali bila semak balik kat ATM tu, duit dah ditolak dari Akaun Bank Islam.Amaun pulak agak banyak. Cuak jugak mak. Lepas tu terus call Call Centre Bank Islam 03 26900900. 

Memang agak lama jugak cuba untuk bercakap dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan tu dan sampai sistem arahkan untuk masukkan nombor telefon untuk dihubungi balik. Saya dah tinggalkan nombor tu tapi sebab tak puas hati kan, saya cuba lagi telefon sampai berjaya. Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Bank Islam call balik dalam pukul 3 lebih. Saya tinggalkan nombor pada pukul 11 pagi lagi.  

Perkara pertama korang kena tahu adalah berkenaan maklumat akaun korang la untuk diorang trace, ATM mana yang korang keluarkan tu, pukul berapa kena tu, berapa jumlah yang korang keluarkan , balance dah tinggal berapa dan bila last korang keluarkan duit . Nak senang kalau bank islam, terus check internet banking kan.Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Bank Islam cakap duit akan masuk balik dalam 5 - 7 hari. Kebetulan masa tu cuti bersambung sambung kan 6 hari lepas baru saya dapat duitnya. Alhamdulillah dipermudahkan . 

 Akaun saya yang ditolak

6 hari lepas dah masuk balik duitnya


Pertama kali kena macam ni kat ATM Bank Islam. Nasib Ad pun pernah mengalami perkara yang sama. So kalau dah kena tu cuba bawa bertenang dan tarik nafas dalam dalam. Ok hembus. Lepas tu google nombor Call Centre bank yang telan duit korang tu. hahaha. Semoga tips ni membantu dapatkan balik duit tidak keluar Dari ATM tu. Tak kira mana-mana ATM, prosedurnya sama je . 


Korang pernah kena macam ni ? 

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)



Tuesday, January 02, 2018

Persiapan Persekolahan dan Hari Pertama Persekolahan 2018

Hari ni anak-anak dah mula hari pertama persekolahan. Alhamdulillah, walaupun minit minit terakhir, berjaya juga melengkapkan persiapan persekolahan untuk my Nuha dan my Nayla tahun ni. Tahun ni saya balik Terengganu dan membeli semua kelengkapan persekolahan di sana. Boleh la jimat sikit . Tahun ni belikan baju sekolah ajer untuk my Nuha sebab kain dia semua ok lagi. Macam tak tinggi pulak dari tahun lepas. Boleh repeat lagi sampai tahun depan sebab kain semua labuh dan saya lipat je. Tahun depan tinggal buka jahitan je .hahaha

My Nayla muka tak puas hati tu. Dia menangis pagi tadi sebab risau nak masuk kelas 5 tahun. Mungkin dia ingat sekolah lain. haha. Kakak first time pakai tudung macam tu. Harap elok la sampai balik. Sekolah kebangsaan sesi pagi tahun ni, tak ada lewat sangat sampai rumah hari ni sebab sekolah agama habis 5.30 petang. 

Hari tu balik Terengganu beli juga kat Hari Hari jugak macam tahun lepas sebab dapat voucher dari sekolah my Nuha 10%. Tapi kat situ tak ada baju sekolah kuning my Nuha. Bawah ni saya rekod pembelian baju sekolah. Senang nak rujuk balik dan boleh buat perbandingan harga. 

Baju putih sehelai RM 17.90 ( Hari Hari) 

Baju kuning sehelai RM 24.99 ( Ten Ten) 

Baju kuning sehelai RM 22.50 ( Kedai Jamal) 

Tudung putih RM 6.90 sehelai jenis satu layer ( Pasaraya Ku) 

Tudung kuning RM 14.90 sehelai jenis yang dua layer ( Ten Ten) 

Kasut putih RM 35.90 (Kedai Kasut Miguel) 

Kasut hitam RM 39.00 ( Kedai Kasut Metro)

Voucher Hari Hari ada sekeping lagi boleh pergi beli kalau ada yang tertinggal lagi.
 Valid sampai 31 Januari ni. 

Persiapan persekolahan sampai penuh seat belakang. Pandan tu amik kat rumah my Ma sebab kebun mini kami kat rumah tu dah dimakan serangga. huhuhu

Nampak lah baju kuning my Nuha tu ada dua warna berbeza sebab beli dari 2 kedai berbeza. 
Baju Nayla tu ada baju kakak dia dulu 3 helai. Boleh la buat bergilir sebab elok lagi. 


Untuk stationery saya beli kat kedai Eco. Semua RM 2.12 kan so kita borong yang mana ada. Sebab dah hujung-hujung kan, banyak stok dah habis. Untuk pensil warna pulak beli kat Ten Ten . RM 9 untuk 24 batang jenama Stabilo. Tengok kat Popular RM 17 jugak. So beli lah 2 untuk my Nuha. Ni pulak pencil colours case yang Ad buatkan untuk saya. Terima kasih Ad. 

Tahun ni yuran Van Sekolah my Nuha pun naik pulak jadi RM 130 ( Tambah RM10 dari tahun lepas) Yuran tadika my Nayla pun bertambah RM40 jadi RM320 sebulan. Yuran permulaan hari tu RM900, tu pun dah jimat RM110 sebab dapat baju tadika dari Wina sebab anak dia tak jadi tadika tempat my Nayla tahun lepas. Rasanya habis RM1500 untuk perbelanjaan anak-anak naik sekolah tahun ni. Alhamdulillah akhir tahun dapat pinjaman pendidikan dari ofiz my hubby dan kerajaan pun dapat bonus RM 1000. Nasib UiTM bayar awal dan boleh tampung yang mana kurang tu. hahaha

Selamat memulakan persekolahan anak-anak dan menempuh jam untuk ibu bapa. Alhamdulillah jimat RM 2 pergi balik untuk tol Sungai Rasau hari ni untuk masuk ke UiTM sebab dah dihapuskan tolnya . Tu pun ramai lagi tadi yang touch kat touch n go . Dah tulis dah kat situ tak beroperasi lagi mahu bayar. hahaha. #jangankecamsis



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)