Thursday, December 07, 2017

Pengalaman Pembelian Pertama di Lazada | Online Revolution Blogger Contest

Korang pernah shopping di Lazada ? Rasanya semua orang mesti pernah shopping di Lazada sekurang-kurangnya sekali kan. Kalau berkali-kali tu dah boleh lantik jadi Duta Lazada macam kawan saya sorang tu. Boz saya pun sama. Asyik-asyik muka sama je kan dapat parcel dari Lazada. Saya mengelat sikit sebab selalu guna alamat suami untuk tujuan pengeposan barang. Tak nampak sangat shopping dari Lazada. Sampaikan hadiah hari lahir yang surprise untuk dia pun hantar kat ofiz dia. hahaha. 



Untuk pengetahuan korang , Lazada Online Revolution akan bermula dari 11 Disember sehingga  14 Disember 2017.  Tinggal 4 hari . Hari tu yang terlepas 11.11.2017 jangan lah berasa kecewa sangat. Nanti jenguk-jenguk la website Lazada yer untuk mendapatkan tawaran yang hebat sempena Lazada Online Revolution.

a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? 

Mesti lah saya ingat . Sebab yang bestnya kat website Lazada ni , sejarah pembelian barang memang ada. Barang pertama yang saya beli adalah Tempered Glass Digital Round-Shape Bathroom Body Weighting Weight Scale  dan Pulse Sports Watch with Heart Rate Monitor and Calorie Report - Red pada tahun 2015. Barang saya beli selamat sampai dan dalam keadaan baik. Saya pun berpuashati dengan barang yang saya beli. Saya dapat beli pada harga yang murah namun kualiti masih terjaga. 



b. Which types of products would you prefer buying online? 

Barangan yang saya suka beli online tidak terhad kepada mana-mana kategori. Jika ada tawaran yang murah  pasti saya beli. Saya pernah beli pakaian dan barangan elektronik di Lazada.

c. What to you love about online shopping? 

Apa yang saya suka beli barang secara online ni, kita tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk beli sesuatu barang dan boleh buat pilihan COD jika tidak yakin untuk membayar secara online. Setakat ni saya tidak pernah lagi tertipu dengan shopping online kerana saya memang sangat memilih untuk membeli secara online dan cuma shopping online di website yang benar-benar mendapat feedback yang baik dari pengguna lain contohnya Lazada lah kan. Lagi satu, korang tak perlu lama-lama kat dalam pasaraya sebab melalui online pun korang dah boleh window shopping. Penjimatan masa kat situ kan? 


d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? 

Birthday suami dan anak kedua saya dah hampir tiba.Maklumlah diorang berdua ni lahir bulan Januari. Saya berhasrat untuk beli hadiah hari lahir buat mereka berdua sempena Online Revolution sales nanti. 



Ni semestinya untuk suami saya. Siap-siap tekan Add to Wishlist yer :)


Yang ni untuk anak dara . Siap-siap tekan Add to Wishlist juga :)




Korang dah join ke Lazada Online Revolution Contest ? 

Klik sini untuk maklumat lanjut : https://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Jom pakat join, lagi ramai join lagi banyak hadiah yang bakal dimenangi.


2 Comments:

  1. Tak join pon lagi. Nampak iklan ni dah lama dah. Hee Hee...all the best ya!

    ReplyDelete
  2. Ramai betul yang shopping lazada ni eh. Tinggal nak sediakan duit jela.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)