Friday, April 19, 2013

Cara elak lupa makan ubat, Cendol Pak Akob dan koleksi terbaru Fridge Magnet



Sejak menjadi pesakit darah tinggi ni, hari-hari sekali kena makan ubat sebelum breakfast. Cara elak lupa makan ubat adalah dengan bantuan botol ubat yang canggih ni :) Bila dah makan, just halakan penutup tu kepada hari yang perlu makan pulak. Terima kasih la kepada sesiapa yang inovasi buat botol ubat sebegini. Yer, saya seorang yang pelupa :p

Ok, nak tayang Fridge Magnet dari rakan blogger, Kak Dinas . Tak sangka gurauan jadi nyata, kini FM Penang dalam koleksi :)


 Heritage Townhouse Malaysia


 Dan FM Antarabangsa, Dari Thailand berlatar belakangkan Krabi Island :) Cantik sangat :)
Terima kasih Kak Dinas atas pemberian ini.



Ni kejadian selasa lepas, pekena Cendol Pak Akob @ Seksyen 16 berhadapan Masjid Jamek Raja Tun Uda  selepas JJCM @ Pak Su Corner ( citer lenkali ;p)

 Pekena Cendol Pulut. Terima kasih Kak Ema belanja kami :)



Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  
Hantar ke 39111[klik]

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]


My Nuha | Aku Bukan Chef

Thursday, April 18, 2013

Pengalaman guna pam susu hospital @ DEMC

Pengalaman mengepam ni masa my Nayla terpaksa di tahan di DEMC disebabkan kuning hari tu. Fasiliti untuk mengepam yang disediakan di dalam nurseri DEMC ni memang lengkap lah jugak bagi siapa-siapa yang walk in untuk melihat anak yang di tahan di nurseri DEMC ni.Hanya ibu dan bapa sahaja dibenarkan masuk. Saya memang ada bawa susu perahan setiap kali melawat my Nayla dan sempat jugak mengepam kat situ jika my Nayla tidur atau dah diberikan susu.


Ini pam yang disediakan - Jenama Medela Lactina. Mahal rupanya dalam RM5K gitu. [ info sini ]
Pam ni nampak old skool sket tapi ok jugak cuma lambat sket susu keluar. Botol susu pihak DEMC sediakan dan dia simpankan terus susu tu dalam botol berlabel nama my Nayla.

Sofa yang empuk pun disediakan untuk membantu ibu lebih relaks dalam sesi mengepam :)

Boleh baca-baca artikel kat dinding tentang breastfeeding positions.

Ini pantry yang disediakan berhadapan bilik mengepam tadi.

Ini my Nayla masa dalam nurseri DEMC
 Tengok kecik tak kecik. Muka dia pun dalam 3 inci jer kot.
Jari hubby nak sama besar dengan lengan dia.

Mana pilihan korang ? Magnum Chocolate Brownie or Magnum Chocolate & Strawberry?
Saya pilih Magnum Chocolate ! Klik sini  

Ni gambar dia bawah lampu. Masa dalam pantang tak leh nak tayang sebab rasa sayu ajer hati nengok gambar ni. Dah la kecik kan...

Tido nak sedap ajer, kaki siap bersilang. hehehe

 close up kaki bersilang.Perangai sapa la ni :p Adik , kakak dua2 sama.

Tengok Nuha pangku adik dia, macam pangku anak patung ajer masa baru lahir tu.


Ni semalam, nampak sket adik dia dah besar. hehehe

Apapun terima kasih kepada Ad kerana meminjamkan pam susu manual pureen ni yang banyak berjasa dalam pantang sampai dah tak boleh guna dah pun sebab patah kat tepi tu. Punya la banyak mengepam dalam pantang. Pam manual ni pun tak mengecewakan dan tak rasa sakit pun. Memang pam manual tidak pernah mengecewakan. Pam elektrik pureen saya haram langsung tak boleh guna.Entah mana lah yang rosak, tidak rasa langsung sedutan :p

Korang pernah guna pam susu hospital ?


My Nuha | Aku Bukan Chef

Wednesday, April 17, 2013

Souvenier perkahwinan saya dulu...

Hari tu, my Nuha duk main-main dengan kipas tangan yang saya masih simpan satu iaitu souvenier perkahwinan saya lah kiranya untuk tetamu-tetamu special yang hadir . Untuk orang tak berapa special :p  bagi bunga telur dan dodol dalam bekas kecik-kecik tak silap saya.


Ni gambar saya dan hubby tengah buat preparation goodies bag .
 Masa ni sehari sebelum selamat dinikahkan :p

Inilah kipasnya..
 Nostalgianya kan ? Siap ada tampal nama saya dan suami. 
Tu saya buat sendiri tau tampal menampal kat kipas tu ;p Gigih kan ? hehehe

Sekarang ni macam-macam souvenier yang ada dipasaran saya tengok. Mungkin boleh bagi idea kat korang yang mencari-cari souvenier apa yang nak dibagi kat orang yang datang. Biasanya souvenier yang special ni untuk kawan-kawan rapat lah kan. Jom tengok-tengok souvenier kat bawah ni :-



Round candy box . Selain boleh letak gula-gula, mungkin boleh letak brooch ker.
credit to Reown Gift


Sekarang pun ada lagi kipas tangan macam saya punya tapi lebih menarik sket lah kan.


 Yang ni pun menarik dan berguna jugak. Manicure and beauty set.


 Korang masa kawen dulu, bagi souvenier apa
Yang tak kawen lagi tu souvenier apa yang paling korang suka?


Tuesday, April 16, 2013

Mother , Baby & Kids Expo @ Stadium Melawati Shah Alam

Hari Sabtu lepas, lepas maghrib hubby ajak pergi Mother , Baby & Kids Expo kat Stadium Melawati Shah Alam. Tak sempat nak fikir apa barang nak beli sebab ingatkan hubby nak pergi Ahad tu. Ahad tu ada agenda lain, iaitu ke IKEA [entry semalam].  Tak banyak sangat pun booth yang ada, tak sampai sejam boleh pusing semua booth.Nak kata murah, tak der la murah sangat. Ada jual baju, pam susu, botol susu, cloth diaper, carrier, bedung, stroller dan barangan baby lah. Yang datang pun kebanyakan mak yong :p


Harus bergambar dengan banner ;p


Booth ni ada jual cloth diaper. Tapi saya iz malas basuh, memang la tak beli. Tapi memang menarik perhatianlah design-design dia. Cantik-cantik. Beli 4 percuma 1 tak silap.




Booth yang ni jual pam susu tak silap saya. Ada la pakej2 yang ditawarkan tapi saya tengok tak der la murah sangat. Sama macam beli online jugak kekdahnya.

Jom la tengok hasil rembatan saya yang tak seberapa pun malam tu :-




 2 pasang baju tidur untuk my Nayla. RM 12 sepasang brand Disney.



Baby Carrier Anakku RM 47.50. Harga asal RM 60 ++ 



Baju tidur untuk my Nuha 2 pasang . Yang ni biasa la RM20 . Tak murah pun :p



 Beli jugak sehelai rompers RM10 untuk my Nayla.  Ni pakai esoknya :p
My Nayla skang dah 4.4 kg masa cucuk 3 bulan hari tu.

Tak der lagi gambar saya dengan my Nayla. Mesti ada my Nuha menyelit :p

Korang pergi tak Mother , Baby & Kids Expo @ Stadium Melawati Shah Alam ni ?


My Nuha | Aku Bukan Chef

Monday, April 15, 2013

Papan hitam dan Storan Mainan IKEA dah beli akhirnya :)

Semalam, akhirnya turutkan jugak kehendak my Nuha. Kami ke IKEA semata-mata untuk belikan papan hitam idaman hati dia lah. Saya dah siap-siap catat nombor rak dari website untuk memudahkan kerja. Tak perlu nak ke show room. Rasanya kalau masuk kesitu, lagi banyak benda yang tak nak beli jadi terbeli. hahaha. Sejak ada baby ni, semuanya nak kena rushing jer kan. Yer la, mood baby kadang-kadang tak boleh nak agak.



Inilah papan hitam idaman hati my Nuha tu, kini di depan mata dia. Sakan dia seronok !
RM 79. Rak 9, Seksyen 3
 

Sampai rumah tak sabar-sabar suh Abah dia buka :)

 Entah apa yang ditulis pun tak tahu lah ;p

 Nasib baik saya dan hubby tak perlu jadi anak murid dia, sebab dia dah ada 3 orang anak murid


Ni hah anak murid dia :p [ Pandangan depan ]


Dan storan mainan ni :) 
Beli yang kecik jer. My hubby dah pasang malam tadi.Tq lalings:)
RM 139 + RM 10 (4 bakul ) + RM 19 (1 bakul) Rak 7, Seksyen 11

Macam mana korang simpan mainan anak-anak?


Friday, April 12, 2013

Inilah rumah pertama saya...

Semalam tertengok gambar rumah lama felda yang di share kawan-kawan kat facebook. Memang nostalgia betul. Sebab memang ginilah rupa rumah saya masa mula-mula pindah masuk felda dulu. Tapi saya tak lahir lagi masa diorang pindah felda masa tu. Tahun 1979 . Yang ada cuma abang dan adik ( panggilan untuk Long dan Ngah saya sebelum kewujudan saya ;p )


Tak tahu lah ni rumah siapa, tapi gini lah rumah felda yang dibina untuk semua warga felda. 2 bilik tak silap. Tapi sekarang memang tak der dah nak jumpa macam ni kecuali rumah tinggal.Dirumah inilah saya dibesarkan dengan penat jerih ma dan abah.Bagi yang tak tahu ingat tanah felda ni kerajaan bagi free-free, tolong sket yer. Kena bayar tau siap dengan bunga-bunga lagi tau, macam pinjaman bank jugak lah.Alhamdulillah, sekarang rumah ma abah dah dapat geran tanah pun.


Ini gambar saya. Comel kan? hahaha. Tengok belakang saya tu, nampak jugak sipi-sipi rumah macam gambar atas tu.




Ini official rumah pertama saya hasil titik peluh saya dan hubby.
Sudah setahun lebih menetap disini. Ironinya, tapak rumah saya ni, dulunya adalah kawasan tanah kelapa sawit :)


 Korang pernah sampai ke kawasan felda tak?


 p/s:

Saya berbangga menjadi anak felda generasi kedua


Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]


My Nuha | Aku Bukan Chef

Thursday, April 11, 2013

Siapa nak pergi IKEA , nak kirim papan hitam :p

My Nuha la ni nak papan hitam.Nak pulak yang jenis ada stand, tak nak cikai-cikai punya. Satu Shah Alam cari papan hitam idaman hati dia TAPI tak dijumpai. Ni gara-gara main dengan anak jiran sebelah rumah la. Bila tanya jiran tu semalam kat mana dia beli, dia kata beli kat IKEA. Dah agak dah sebab pernah terbaca entry blog anje kat ikea ada jual papan hitam macam dia nak tu :) Bila tengok kat website IKEA memang sah ada dan banyak lagi stok tapi bila masa ntah nak pergi beli pun tak tahu.


 RM 79

 Info produk :klik sini



Bila belek-belek katalog, berkenan jugak kat storan simpanan mainan untuk my Nuha ni. 

RM 723

Info produk : klik sini


 Lagi satu, yang ni dah lama berkenan gara-gara banyak sangat tengok cooking show kat AFC 
 Rak Pisau Bermagnet. RM 49.90
Info produk : klik sini


Korang suka pergi IKEA tak ?

p/s:

Lama sungguh tak ke IKEA ni. Last sekali masa bujang dulu kot. 6 tahun lepas kot kiranya, tu pun sempena farewell saya  kat ofiz lama . Kalau la IKEA kat Shah Alam, mahu setiap jumaat saya terjah cuci mata .hahaha

Wednesday, April 10, 2013

Habbastus Sauda, Pesakit Darah Tinggi dan Menu Ekspres Untuk Dinner | Tomyam Seafood Campak

Tahniah eliss. Sudah berjaya didaftarkan sebagai Pesakit Darah Tinggi.
Hari ni tak makan ubat sebab dah habis semalam, tekanan 140/100. Syabbasss bette :p

Rawatan alternatif  - Habbatus Sauda yang dikatakan mampu merendahkan tekanan darah.
 Baru hari kedua mengambilnya tapi kesan yang cepat adalah susu badan bertambah. Siapa ada pam preloved untuk dijual murah-murah, boleh la hubungi saya elissmie [ at] gmail [dot] com

Menu ekspres untuk dinner, campak ajer semua bahan diatas kedalam periuk, tunggu menggelegak. Sedia untuk dimakan. Tomyam Seafood Campak nama dia :p


 Terima kasih en gazairi untuk ole- ole ini yang baru pulang dari mengerjakan umrah.
Ya Allah, jemputlah aku dan suamiku ke rumah mu secepat mungkin....

p/s:

Edisi Less Words di elissmie.com

My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, April 09, 2013

Pemenang tiket Asian Water Sports Village dan Sabun Susu Beras

Hari ni nak umum pemenang. Terpaksa ditutup awal sebab dah ada pemenang. Makin lama kang makin ramai yang kecewa sebab semuanya handal-handal belaka. Saya sorang jer tak tahu kewujudan tempat ni . Jawapannya adalah Asian Water Sports Village yang terletak di Puchong .


Pemenangnya adalah :- jeng jeng jeng 




dan



p/s: 
 Mohon emailkan alamat kepada elissmie [ at ] gmail [ dot] com untuk tujuan penghantaran pass masuk weekday ini dan jangan lupa baca syarat2 belakang pass yer :) 
Valid sebelum Julai 2013 sahaja ni.


Ni nak share sabun susu beras yang saya pakai hampir sebulan lebih untuk pencuci muka.Bila google baru tahu boleh jugak rupanya dijadikan sabun mandi.Bila pakai ni,nampak jugak beza kulit wajah. Dulu tengah hari ajer rasa berminyak semacam, skang ok sket.White head dan blackhead tu pun makin kurang. Actually my ma yang perkenalkan masa dalam pantang hari tu. Kalau nak cuba boleh beli kat kedai yang jual produk D'herbs .Ni saya snap kat booth jualan kat bawah ofiz ni.Yang ni RM5. Beli di Terengganu RM8.

Korang pakai pencuci muka apa?


Monday, April 08, 2013

Hari Pertama Kerja dan Tiket bernilai RM 110 untuk follower elissmie.com

Hari ni lambat sket bersiaran. Banyak rupanya kerja yang tak sempat settle sebelum bersalin secara mengejut awal tahun ni . Hari ni adalah hari pertama kerja setelah 3 bulan bercuti. Seronok cuti lama ? Memang seronok. Ingatkan bosan. Time kat kampung bosan jugak sebab masa tu dalam pantang lagi kan.Apa pun tak boleh. Bila dah ada kat sini, sebulan boleh buat apa saja, terus cepat masa berlalu. hahaha. 

Hari ni nak bagi contest untuk follower elissmie.com yang tak jemu datang melawat blog picisan saya yang tak seberapa ini.Tak sangka, hampir 1K sudah :) Siapa yang bukan follower elissmie.com , klik ajer pada butang Join this site untuk memenangi tiket bernilai RM 110 ni. Jawapan tepat akan menerima 2 keping tiket bernilai RM 110 ini. Satu tekaan sahaja dibenarkan ok !


Nyatakan apakah nama tempat dalam pass masuk ini ?


 p/s:

Tarikh tutup : Khamis ini, 11 April 2013 sebelum 12 tengah hari 

Terpaksa ditutup. Pemenang sudah ada !

 p/s:

Jika ramai yang meneka dengan tepat, saya akan pilih follower yang menjawab dengan pantas. Komen yang ada jawapan tidak akan dipublish yer  :)

Friday, April 05, 2013

Taska atau rumah pengasuh, mana pilihan korang ?

Mula-mula memang saya nak hantar my Nayla ke taska sama dengan kakak dia, my Nuha. Senang sebab sekali harung ajer. Tapi malangnya,permohonan saya tidak diluluskan sehingga semalam pihak taska telefon balik dan ada kekosongan katanya.Saya terpaksa tolak sebab minggu ni saya dah start hantar my Nayla ke rumah pengasuh,Kak Ana dan saya nampak akak ni jaga my Nayla dengan baik. Lagipun akak ni just jaga 3 budak dan my Nayla seorang ajer baby. Yang lain umur 4 dan 6 tahun dah. 



Bila fikir-fikir balik, ada baiknya saya letak my Nayla di rumah pengasuh dulu sebab kalau lama sangat dia kat taska tu mungkin besar sket dia jadi bosan kan. Biarlah dia sebaya my Nuha dulu la baru hantar taska. Lagipun kalau ada yang sakit, ramai-ramai mungkin senang berjangkit sebab baby kan sistem imun tak berapa nak kuat. Harap akak ni akan jaga my Nayla dengan baik sampai 4 tahun ni. Lagipun senang, belakang rumah ajer. Kebarangkalian anak untuk menangis dalam kereta meraung-raung macam my Nuha dulu amatlah tipis. hahaha. Tapi sebulan jadi supir bawa dia, memang my Nayla tak banyak ragamnya. Dah la suka tidur. Tenang nak drive :)


Kak  Ana cakap my Nayla asyik meleleh air liur jer. Ada makanan masa mengandung yang tak dapat makan ker dia tanya ? Saya cakap, banyakkkkk.. hahaha. Ni lah salah satunya, Agar-agar Santan [ Resepi disini ] . Ni semalam saya buat dan my Nuha suka sangat. Hubby tak sempat try lagi ! :p Acuan ni beli kat checkers, murah jer seringgit lebih 10 bekas tak silap,saya beli bentuk bintang dan shell.


 Korang pulak , mana satu pilihan ? Taska atau rumah pengasuh ? 

 
  Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]
 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)