Thursday, November 23, 2023

Sambutan Hari Lahir @ Ofiz & Dapur Che Lah, Seksyen 13 Shah Alam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Baru nak tulis pasal birthday saya yang ke biarlah rahsia . hahaha. Kali ni kawan-kawan kat ofiz yang celebrate surprise birthday kat ofiz. Tak surprise sangat sebab dah ada tarikh sambutan . hahaha. Sekali celebrate dengan birthday Kak Sal. Kak Sal terpaksa overshadow birthday saya. Sorry Kak Sal terpaksa lambat celebrate birthday . Saya ok je orang overshadow. hahaha . Matilanak kena luku dengan Kak Sal kang. 






Happiest birthday Kak Sal. Semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Didoakan agar diberikan keampunan bagi umur yang telah berlalu, keberkatan pada usia yang mendatang, dilapangkan & dilimpahkan rezeki, diberikan kesihatan berpanjangan, diberikan kemudahan dalam semua urusan yg baik, sentiasa istiqomah dijalan yg benar serta dianugerahkan kebahagiaan di dunia & akhirat.
Amin Ya Rabb...

Seterusnya untuk pakatan hari jadi, saya pilih Dapur Che Lah, Seksyen 13 Shah Alam sempena birthday saya. Rasa nak makan nasi dengan siput sedut. Lauk boleh tahan tapi semua dihidangkan sejuk-sejuk. Atleast maybe boleh hidangkan nasi panas. So saya rate 3/5.








Restoren Dapur Che Lah

Alamat : 

84, Jalan Lawan Pedang 13/27 Seksyen 13, Shah Alam, Malaysia

Facebook : 
https://www.facebook.com/p/Restoren-Dapor-Che-Lah-100084988825064/





Buh sekali lah video yang viral kat ig saya. Yang ni potluck dari geng ofiz saya. Nak update lain kali tak tahu bila pulak. hahaha. Cerita September November baru masuk ni. 






0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)