Showing posts with label pakatan hari jadi. Show all posts
Showing posts with label pakatan hari jadi. Show all posts

Thursday, May 29, 2025

Lunch Pakatan Hari Lahir @ Samurai Yakiniku Shah Alam

Assalamualaikum. Entry throwback la matcham biasa. Darling babe pertama pembuka tahun 2025. Ada 2 entry tertunggak tahun lepas lupa nak post. hahaha. Bila mood ke laut dalam macam ni la kan. Tapi sayang bayar domain kugagahkan jua. 

Kali ni Ida ajak kita makan Jepun la pulak. Dia dah booking sebab takut penuh kan. Gambar makanan tak banyak sangat sebab dapat-dapat meja terus dapat makanan kan. Kami makan set yang RM 35. Korang tengok la menu kat bawah ni . 


Tayang birthday girl dulu, Ida . 


Saya dengan Kak Ema


Serius nya Kak Ema menggril . haha


Ok berempat pulak. Rasa macam ada gambar dari belah sana. Kita nampak gemuk la dari sini. hahaha


Ok gambar solo tanda hadir pulak



Kak Ema pun nak . 



Ad pun nak. Ida pun ada tapi dia tak bagi lak gambar dia. haha



Ok gambar dari belah sini. Baru nampak kuwus. haha



Kami berempat. Friendship forever till jannah ye. Semoga dapat bertemu lagi di syurga firdausi. 



Menu Buffet yang ada. Pilih la ikut selera dan budget. haha

Kena makan dalam masa sejam setengah. Makan free flow bayar sekali je tapi satu round hidangan pun dah kenyang. Maybe sebab suasana tu membahang so tak berapa nak selesa bagi puteri lilin seperti saya. Tisu habis lap peluh je. Maybe sebab spot kami jauh dari aircond. Kena bawa kipas tangan tu lagi better. 

Overall makan 4/5. Suasana 3-4/5 kot. 

Yang kami makan 

Menu Samurai Signature Buffet RM 35:

Lamb - Kambing Grill
Yakiniku - Daging Grill
Shabu² - Daging Celup
Yakitori - Ayam Grill
Salad- Coleslaw
Gohan - Nasi
Miso - Sup
Omizu - Air kosong

Samurai Yakiniku Shah Alam

32, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Perniagaan : 11:30 pagi –11 malam
Buka setiap hari

Hp : 011-5329 2080



Anyway, Happy Birthday sekali lagi Ida. 








Friday, October 11, 2024

Sambutan Hari Lahirku Yang Tertunda @ P&C Kitchen Eco Ardence

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masih berkisar bulan September. Mestilah birthday yours truly. Tahun ni sempena birthday kita, kita rasa nak makan Fish & Chips. Terlalu pulak dengan timeline fb pasal Fish & Chips. Yang teringin nak makan tu dekat Bangi tu tapi yang tu bilalah nak pergi yer. hehe

Kali ni kami makan di P&C Kitchen Eco Ardence . Kena datang cepat sikit untuk book meja sebab ruangan dia terhad dan Jumaat agak pack. Overall makanan sedap (3/5) dan suasana pun nyaman ( 4/5) 


Harus bergambar dengan makanan



Sekali lagi 



Saya dan kak ema



Ad  makan Spicy Creamy Salted Egg Spaghetti With Crispy Fried Calamary & Ida makan Spaghetti Aglio Olio Fish Tempura,



Saya dan Kak Ema



Kami order sama je Spaghetti Aglio Olio Tempura Fish


Yang ni side dish Tempura Salad


Saya dan kak ema lagi



Ad dan Ida 



Sebelum pulang harus bergambar depan kedai



Satu kali lagi



Dengan Kak Ema pulak


Depan kedai dengan Kak Ema

Sampai jumpa lagi birthday Kak Ema pulak !


P& C Kitchen

16, Jalan Eco Ardence B U12/36 B, Eco Ardence, 40170 Shah Alam, Selangor

Hours: 
Friday 12–11 pm
Saturday 12–11 pm
Sunday 12–11 pm
Monday 12–10 pm
Tuesday 12–10 pm
Wednesday12–10 pm
Thursday 12–10 pm




Tuesday, May 14, 2024

Lunch Date @ Shell Out , Vista Alam , Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

First of all, Happiest birthday Faidah. Semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Didoakan agar diberikan keampunan bagi umur yang telah berlalu, keberkatan pada usia yang mendatang, dilapangkan & dilimpahkan rezeki, diberikan kesihatan berpanjangan, diberikan kemudahan dalam semua urusan yg baik, sentiasa istiqomah dijalan yg benar serta  dianugerahkan kebahagiaan di dunia & akhirat.
Amin Ya Rabb...


Tahun lepas Ida belanja kami kat sini : 


Kali ni Ida pilih dekat area Seksyen 14 pulak. Mula-mula nak makan kedai Ustaz Don tapi Hari Jumaat pulak sebelum Jumaat dah tutup kedainya. So cadang nak makan kat Nippon Sushi tapi sebab walk in, ramai pulak orangnya. So kami pusing-pusing cari kedai lain. So terjumpa lah Shell Out . Deko dalam dia pun instagrammable so kita terjah je lah kan. Tq Ida belanja kami lagi. 



Kami amik set Lunch ni. Tak silap ada promosi RM19.90 masa tu. 


Sebelum makan amik gambar dulu. hahaha. Tapi mana gambarnya ntah. 


Kita wefie dulu la


Kali ni duk sebelah Ad. Selalu asyik sebelah Ida je. hahaha



Satu lagi 


Eh satu lagi. Love pulak. Tak payah bayar kodak kan.

 
Ida dan Kak Ema


Posing di meja makan dulu 


Love


ILU . haha


Tq Kak Ema untuk ole-olenya dari Bandung



Sebelum balik posing lagi 


Overall Shell Out , makanan semua ok ( 4/5 bintang ) . Ruang makan pun luas dan selesa. (5/5 bintang)



Shell Out® Vista Alam

B - LG -6, Vista Walk @ Vista Alam Jalan Ikhtisas 14, 1,
 Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Mon – Sun
11:30 AM – 10:00 PM






Thursday, January 11, 2024

Lunch Pakatan Hari Lahir @ POLA-DOLA Cafe & Kitchen , Eco Ardence Setia Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Edisi throwback minggu lepas ni. Lunch pakatan hari lahir diteruskan dengan sambutan birthday babe bongsu iaitu Ad. Lokasi macam biasa di Eco Ardence, Setia Alam. So lokasi pilihan kali ni adalah di POLA-DOLA Cafe & kitchen , Eco Ardence . Kali ni kami pilih menu western jugak untuk lunch. 

Jom tengok menu dulu lah baru kita enterframe. 



Ni Ad punya . Not bad. Spicy Tomato Cream with Tiger Prawn. RM 28. Ad kata pedas seperti yang dia nak . 


Ni saya , ida dan Kak Ema punya. Sama je. Creamy Tomyum RM28
Memang in dengan tekak saya , so saya rate 5/5. 


Minuman kami yang punya . Kita Hazelnut Latte . RM 13


Birthday Girl. Tq belanja kami Ad. 




Mula-mula gambar dua orang-dua orang sebab tunggu makanan sampai baru nak suruh staf POLA-DOLA. 
 
Overall makanan ok cumanya kami salah duduk spot. Tempat kami ni panas sikit , tak selesa sangat . Tapi kalau ada blind ok . 



Gambar beramai-ramai dengan makanan matcham biasa. 


Lepas tu sessi bergambar kat luar. Sebab tadak sapa nak amik gambar kami ambik la berdua dulu. 


Alhamdulillah , Allah hadirkan pelanggan POLA-DOLA yang baik dan amikkan gambar kami. hahaha.


 Terima kasih awak.Semoga Allah permudahkan urusan awak dunia akhirat. 






POLA-DOLA Cafe & Kitchen
 L33-G, Ardence Lab, PT8 Eco Ardence, Persiaran Setia Alam, 
Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor





 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)