Wednesday, March 14, 2012

Pengalaman Pertama ke Muzium @ Muzium Felda Lurah Bilut

Walaupun kat Terengganu , ada muzium. Kat sini ada muzium negara, sepanjang hidup me, me tak pernah jejak kaki ke Muzium :p Lawatan anjuran sekolah pun me tak pernah join. Kesian btol kan. Masa kitorang ke Temerloh hujung minggu lepas, kenduri kahwin seterusnya adalah di daerah Bentong, iaitu di Felda Lurah Bilut.  Felda pertama di Malaysia korang tahu tak ?Sebagai anak felda, memanglah me berbangga kan :) Bilut adalah sejenis ikan. Lupa lak nak snap gambar ikan tu.





So lepas kenduri ajer, my Long ajak ke Muzium Felda Lurah Bilut. Walaupun hari Ahad ianya tetap dibuka. Guard kat situ cakap, kalau kenduri memang diorang buka, sebab pengantin nak bergambar dalam tu. So dapatlah me masuk dalam tu. Guard tu yang guide kitorang dalam tu dan banyak bercerita .

Jom me bawak korang masuk dalam muzium secara percuma hari ni. Memang masuk percuma pun, tak dikenakan bayaran. Awas banyak gambar :p


Harus bergambar depan pintu masuk

Sebelum masuk dalam, posing dulu :p Eh, ni gambar dah nak balik.My hubby tidak kelihatan ;p


Bapa Pembangunan kita yang mencetuskan idea penubuhan Felda, ayah PM kita.
Lukisan pewter ni bernilai RM25K you all !!

Muzium yang dirasmikan oleh PM kita sekarang, dulu Timbalan PM.

PM kita muda-muda dulu :)

Siapa tak pernah tengok pisau toreh, ni lah dia. Saiz gergasi punya !


Nuha mula-mula takut, sebab banyak patung

 
 Surat tawaran masuk Felda tahun 1959. Ayat klasik gila.


Kronologi Pembukaan Felda Lurah Bilut.

Mula- mula datang, kena datang seorang untuk bersihkan hutan dan buat rumah sendiri. Bila dah siap rumah dan dah tanam anak getah, baru boleh bawak anak dan isteri.


Rumah yang dibina - 1 bilik sahaja. Ni lah contoh rumah yang dibina pada masa tu.

Penoreh getah tengah posing tepi pokok getah :)


Bayi pertama dilahirkan di Lurah Bilut.Dulu orang panggil Lurah Bilut sebagai Bilut Velly. Masa tu orang inggeris dia punya pengurus ladang , suh namakan bayi tu "NORVELLY" . Ada iras nama me :p


Ni adalah safety box yang asal dan tak pernah dipindahkan. Sebenarnya muzium ni adalah tapak pejabat pentadbiran Felda Lurah Bilut asalnya. 

Klasik btol Alat Pemadam Api ni

Mesin Cetak yang memang tak kan korang jumpa dah.

 
Masih ingatkah korang pada type writer di era kecanggihan iPAD ini :p

Putera Lurah Bilut . Lupa lak kisah dia :p Tapi dia terkorban .


Klasik btol kan.

 Ni adalah beduk. Sebelum azan, ketuk ni dulu.Memang susah dah nak dengar bunyi beduk .Kat kampung masih ada lagi kot.

Korang pernah ker pergi muzium ?

p/s: 

Lepas ni teringin pulak nak ke Muzium Negara


Tuesday, March 13, 2012

Anugerah Dekan, Nando's SACC Mall dan KancilBiru

Pertama-tamanya, tahniah buat Puan KancilBiru. Hari ni awal dia belanja kami sebabnya dia dapat Anugerah Dekan semester lepas. Moga-moga semester baru ni, dia dapat Anugerah Dekan lagi :) Moga murah rezeki Puan KB kita.Amin. Me pernah sekali ajer masa diploma dapat Anugerah Dekan.

Jom layan, aktiviti makan kitorang jumaat lepas. Makan lagi ?? :) 2 hari berturut-turut entry makan ni. Layankan ajer lah.Aktiviti makan-makan kali ini bertempat di Nando's SACC, Shah Alam.

SACC Mall, Shah Alam.
Lot GF 30 & 31 Ground Floor
Business Hour :
10 am- 10 pm (Mon- Thur)
10 am - 10.30 pm (Fri - Sun)
Contact No :  016- 218 3559

 

 Harus enterframekan tukang belanja, Puan KancilBiru.

 Sos yang masam-masam dan pedas-pedas ;p



 "Chicken without peri-peri is like life without love" - Peri-peri tu rupanya adalah cili burung


Menu terbaru nandos RM25.90  - Macam Nasi Beriani pun ada. Apa ntah nama menunya, lupa pulak.


 Ice Lemon Tea RM5.90

Me amik yang mild peri-peri punya sahaja. Ad sorang ajer amik yang hot peri-peri  :)  
1/4 chicken with Peri Chips & Coleslaw. RM16.90


Ni Puan KB punya.
1/4 chicken with Potato Salad & Grilled Vegetables. RM16.90

Overall ayam dia memang sedap tapi yang kurang sket adalah sosnya. Mungkin lidah dah terbiasa makan sos cili agaknya.hehehe. My hubby pun suka makan kat Nando's ni. Jom sayang, makan kat sini :)


Korang suka tak makan kat Nando's ?

 

Monday, March 12, 2012

Jalan Jalan Cari Makan @ Temerloh

Semalam baru balik dari Temerloh. Jalan-jalan cari makan sampai ke Temerloh gitu :p Sebenarnya kami sekeluarga pergi kenduri kahwin ofiz mate my Long & Kak Long. 2 hari berturut-turut gitu makan free tapi berkesempatan jugak la jalan-jalan cari makan kat area Temerloh.


 Hari Sabtu bergerak dari Kuala Lumpur ke Temerloh.Lepas ajer kenduri kahwin, kami check in kat Hotel Jelai. RM128 semalam. Kami amik family room.Ada TV , heater, fridge, free Wifi & 2 twin bed. Selesa untuk tidur :)



Sebelum pergi kenduri, kami tapau dulu siap-siap Ikan Patin Gulai Tempoyak di Gerai MPT Lurah Semantan iaitu Gerai Makan Pak Usop .Patin naik harga kot ,  RM10 / seketul. Memang bersusun orang beratur. Kami sampai dah habis 1 kawah ikan patin. Tunggu kawah seterusnya setengah jam kemudian. Katanya, selagi tak habis satu kawah, selagi tu diorang tak masak patin baru.






Episod jalan-jalan cari makan bermula pada sebelah malam. So, misi pencarian kedai makan. Lokasi restoren bersebelahan Pasaraya Tunas Manja. Masakan ala Thai. Tapi kami tumpang panaskan Ikan Patin dan order lauk tambahan kat situ. Harga memang cekik darah. Korang tengok la sendiri yer :)

 Sebelum makan :p

Ni ikan patin yang kami tumpang panaskan :)

 Daging masak halia

Kailan Ikan Masin

 Sotong celup tepung

Telur Dadar


 Harga RM55.90 tidak termasuk patin. ( 5 nasi putih & Air Teh O 2 cawan,Air Laici 2 gelas, Nescafe tarik)

p.s:

Sila boikot kedai ini :p


Aktiviti malam hari - pasar malam & bundle :p . Sempat ke Pasaraya Baru , Mentakab Starmall , ingat dah bukak wayangnya tapi belum lagi :p


Jeans 501 RM60 sahaja sehelai @ Big E Bundle Temerloh

Aktiviti keesokan hari - Pekan Sari Temerloh .Panjang sungguh gerai yang ada. Memang banyak makanan tradisi orang temerloh boleh dijumpai disini...

Salah satunya  dodol kukus .Ada tahi minyak kat atas.Dibuat dari bubur pulut hitam.
pic credit to : here

Korang pernah ke pergi Temerloh ?


Saturday, March 10, 2012

Buat Pinjaman Peribadi Dengan Kuwait Finance House?

* This is sticky note entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here?  

Semalam , masa me on the way balik rumah lepas habis bekerja, me dengar iklan kat radio pasal  Pinjaman Peribadi Kuwait Finance House. Korang pernah dengar iklan tu ?Untuk pengetahuan korang Kuwait Finance House Malaysia (KFH)  adalah bank yang menawarkan perbankan Islam.  KFH menawarkan produk-produk perbankan yang berlandaskan syariah tau. 

Jom tengok dulu , faham dulu baru boleh apply :)

Syarat Kelayakan Pembiayaan

  •     100% PAYOUT (Apply 100K, Disburse 100K, agreement 100K)
  •     Khas untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun (majlis,pertubuhan,lembaga) yang  mempunyai potongan BIRO ANGKASA
  •     Kadar Faedah 4.99% TETAP
  •     Direct submit to HQ. Proses cepat.Overlap,Ccris / Ctos / Blacklist Layak Memohon. Sesuai bagi mereka yang dah mempunyai potongan melebihi 60 %. Restructure payslip
  •     Pemprosesan 7 - 10 hari bekerja jika semua dokumen lengkap
  •     Skim Pembiayaan berlandaskan syariah / Dilindungi insuran Takaful

Kenapa korang perlu buat pinjaman peribadi dengan Kuwait Finance House ?



Pertama :Anda tidak perlu bayar komisen kepada agen

Anda tidak perlu ke bank utk memohon pinjaman ini. Anda hanya perlu menelefon pegawai pemasaran yg dilantik oleh pihak coshare utk menguruskan permohonan anda. Lagipun, anda tidak perlu menggunakan wang pinjaman anda utk membayar komisen kepada pegawai pemasaran ini. Perkhidmatan pegawai pemasaran ini ialah PERCUMA. Sekiranya anda meminjam RM 100K, jumlah yg anda perolehi di tangan juga RM 100K !

Kedua :Anda tak perlu bayar process fee

Tahukah anda ? sekiranya anda membayar process fee sebanyak RM 5,000 utk permohonan pinjaman selama 20 tahun dgn kadar 3.98% setahun, anda sebenarnya membayar process fee sebanyak RM 8,980
Pembiayaan peribadi Kuwait finance house tidak dikenakan sebarang process fee..Sekiranya anda pinjam RM100K, jumlah yg anda perolehi di tangan juga RM100K !

Ketiga :Anda tak perlu bayar deposit 1 @ 2 bulan

Walaupun pengambilan deposit 2 maka loan anda akan tamat 2 bulan lebih awal tetapi ianya memberi kesan sekiranya settlement anda utk pinjaman terdahulu tinggi. Kuwait finance house memberi anda 100% payout !

Keempat :Anda tidak perlu bayar interest utk insuran + duti setem

Tahukah anda, insuran yg anda bayar utk pinjaman peribadi anda dikenakan interest ? Sekiranya anda membayar insuran + duti setem sebanyak RM 2,000 utk permohonan pinjaman selama 20 tahun dgn kadar 3.98% setahun, anda sebenarnya membayar insuran + duti setem sebanyak RM 3,592
Kuwait finance house menggunakan konsep di mana kos insuran + duti setem dibayar secara bulanan tanpa interest !

Sebagai pelanggan yg bijak, anda bolehlah menjadikan Kuwait finance house (Coshare) sebagai pilihan UTAMA pembiayaan peribadi anda.

 PINJAMAN PERIBADI DENGAN KUWAIT FINANCE HOUSE
PEMBIAYAAN PERIBADI YANG TERBAIK DAN BERMANFAAT.

@ SILA SMS >1)NAMA, 2)NO IC, 3)NAMA JABATAN/SYARIKAT,
4)GAJI POKOK, 5)ELAUN TETAP DAN 5)JUMLAH POTONGAN TETAP ke 014-3315123

Untuk maklumat lanjut , sila contact : 


Call/Sms 014 3315123 Lin 
Email: personalloankl [at] gmail [dot] com


ads- 7/11/2012

Friday, March 09, 2012

Princess Trolley Bag untuk my Nuha, mana nak cari ?

Sejak dua menjak ni , My Nuha dah macam anak perempuan permintaannya. Mula-mula dulu minta dibelikan sepit rambut , kemudian skaf. Dan terbaru nak pakai skrit pulak. Sejak masuk taska ni, pergaulan dengan budak perempuan lain menjadikan dia sedikit feminim . Me suka :)

 Hari tu, balik sekolah cakap nak beg Princess. Nak sama macam Fatihah. Kawan dia kat sekolah tu. Agaknya kawan baik selain Shifah. Nama yang dia biasa sebut :) Maka misi pencarian pun bermula. Mula-mula cari dekat Giant tapi tak der pulak beg Princess yang harga masuk akal :p Beg nak bawak pergi taska nak letak baju dan susu jer pun .Dari RM80- RM100 tu adalah tidak relevan . Kitorang memang suka ukur kedai.

Hari tu masa MC pergi menonton wayang tu kan, masuk Jusco (Sekarang dikenali sebagai AEON ) memang banyak beg Princess. Harga pun tidak masuk akal jugak. Dari RM80- RM100 jugak lebih kurang.
 Sebenarnya, ada satu kedai kat Seksyen 7 ni sebelah ajer Giant , ada jual barang serbaneka. Kat situ ada beg Princess dan harganya pun berpatutan. Barang lain macam aksesori untuk wanita, hadiah dan macam-macam cenderahati lah.




Ni nama kedai dia . KEDAI SERBANEKA FULLY SHOP ENTERPRISE.
 Jalan Plumbum Pusat Komersial Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor.


 Beg ni my Nuha pilih sendiri.RM34.90.



 "Nak yang ada kayu "  - permintaan My Nuha :p


Proud owner of Princess Trolley Bag :)

Anak korang dah pandai ker buat permintaan  ?


p/s:
 
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dan NAK tupperware PERCUMA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Thursday, March 08, 2012

Pisang Abu , Pengat Pisang , Goreng Pisang dan Jiran Sebelah Rumah

Sejak duduk rumah atas tanah ni, hubungan sesama jiran nampak lebih baik sket. Sebab dulu, semua aktiviti berkisar dalam rumah ajer even jemur baju pun dalam rumah. Sekarang, boleh dikatakan keluar jugak rumah untuk melayan my nuha main kolam, naik basikal dan jemur/angkat baju. So ternampak la jiran dimana-mana sebab pagar tak tinggi kan. Maka bertegurlah sapa. My Nuha pun dah rapat dengan anak jiran sebelah rumah tapi anak dia ada hari minggu ajer. Hari-hari tanya kakak tu.Maklumlah tak der teman berkawan.

Berbalik kepada jiran sebelah rumah.Tak silap 2 minggu lepas, dia bagi pisang abu kat me 2 sikat. Punyalah banyak tu sebab dia baru balik dari kampung. So pisang yang ada mula-mula me buatlah goreng pisang. Dan beberapa hari lepas tu me buat pengat pisang pulak.



Ni kiranya first time me buat goreng pisang. Kelakar kan ? Selama ni beli ajer kat kedai. Mula-mula buat me guna tepung goreng ayam. Memang tak sedap. Nasib baik buat 2-3 keping sebab nak mencuba ajer.

 

Lepas tu baru me beli Tepung Goreng Pisang Adabi.Baru laku pisang goreng me.


Macam Pisang Goreng Panas :p Ini bukan Macam. Ini Pisang Goreng.

 Cendawan selepas hujan. Tipu. Yang ni beli kat Giant ;p


 Rangup jer cendawan goreng ni. Guna tepung goreng pisang tu jugak.


Ini hari selepasnya buat pengat pisang sebab pisang dah masak.Kalau ada sagu mata ikan lagi sedap kan atau tambah jagung manis sket :p Owh, pandan tu dari kebun mini me semalam :p 
Resepi Pingat Pisang Simple ala me , kat sini.


Jiran korang macam mana pulak ?

p/s: 

Kepada jiran sebelah kanan, sila potong rumput rumah anda yer. Dah macam duduk tepi belukar dah me rasa :p


Wednesday, March 07, 2012

Kebun sayur mini dirumah akhirnya jadi realiti..

Nak buat dekorasi kat laman depan masih belum menjadi realiti. Laman depan ada dalam entry ini. Ramai yang cadangkan me tanam sayur. Sebenarnya, kat belakang rumah me ada sedikit tanah yang memang me cadangkan untuk tanam sayur. Hari Ahad lepas, balik dari pasar, hubby singgah kat nurseri bunga berdekatan dengan area rumah kitorang. Kat area rumah kitorang tu ada banyak nurseri. Tujuan utama adalah nak beli pokok ceri untuk ditanam kat depan rumah menggantikan pokok kemboja dan pokok apa ntah yang hubby tebang sebelum tu sebab dah mati.


Alang-alang dah beli pokok ceri burung, me beli sekali pokok kari . Tapi terlupa pulak nak beli pokok lada .Misi seterusnyalah agaknya. Jom lah tengok kebun sayur mini me tuh. Harap-harap membiak dengan jayanya lah .



Tadaaa :p Baru ada 2 jenis tumbuhan yang my hubby tanam.Peralatan berkebun tu RM 5 satu.



Close up sket. Pokok pandan ni peninggalan owner rumah yang lama.Kat depan rumah sebenarnya dia tanam. Ada satu pohon lagi tanam depan rumah :p


Yang ni pokok kari yang me beli. RM8.50 sepohon. So sapa nak makan kari ayam ker, kepala ikan ker boleh la datang rumah me :p


Lupa lak nak snap pokok ceri burung . Tinggi kat pinggang me dah pokok tu RM10 sepokok.


 Rumah korang ada kebun sayur mini ? 
Ke ada kedai sayur mini ? :)



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)