Thursday, July 21, 2011

Buat duit dari rumah dengan Produk Kesihatan – Vemma | Advertorial @ Elissmie

Korang pernah dengar pasal Vemma  ? Kalo tak pernah tahu dan nak tahu dengan lebih lanjut, korang boleh terjah kat sini dan DAFTAR SECARA PERCUMA ! APA? PERCUMA ? Yer, ianya PERCUMA. Tak rugi apa-apa pun kan ? Langkah seterusnya mungkin merubah hidup korang ...


VEMMA adalah Program Nutrisi Gizi Harian Sepanjang Hayat ('Nutrition For A Lifetime') yang menawarkan produk suplemen cecair antioksidan (bukan Tablet) nutrisi harian yang lengkap sepenuhnya untuk tubuh badan disamping memberi peluang untuk mencapai kebebasan masa dan kewangan.

Ianya dibantu oleh sistem autoresponder yang hebat i.e vemmabuilder system yang akan membuat 80% dari kerja kita. Kalau anda nak tambah lagi secara offline, bisnes korang akan lebih masyukkkk lagi lah. Siapa usaha lebih, dia dapat lebih la kiranya :) Bagi yang ingin memulakan bisnes dari rumah, boleh la register hari ini jugak. Klik sini laju-laju.



VemmaBuilder System

Mencari yang Halal tu fardhu bagi umat Islam.Sijil Halal yang dikeluarkan oleh IFRA. Ada juga sijil yang dikeluarkan oleh KKM dan sijil kelulusan untuk network marketing.




Antara produk yang ditawarkan oleh Vemma adalah seperti berikut :-

1)  Vemma Nutrition



 2) Vemma THIRST


 3) Verve






Apa kelebihan Vemma berbanding produk lain yang berada dipasaran ?




ProVemma - VEMMA
ProVemma - Tidak TIADA PENGAWET
ProVemma - Tidak TIADA PEWARNA
ProVemma - Tidak TIADA PERASA TIRUAN
ProVemma - Tidak TIADA STEROID
ProVemma - Tidak TIADA DADAH
ProVemma - Tidak TIADA PARASETAMOL
ProVemma - Tidak TIADA CAMPURAN BAHAN KIMIA TIDAK ASLI
ProVemma - Ya HANYA ADA 100% ZAT-ZAT ASLI dari tumbuh-tumbuhan terutamanya Manggis, Aloe Vera (lidah buaya), teh hijau, buah kiwi dan strawberi.

Untuk maklumat lanjut kepada yang berminat mengenai produk vemma boleh DAFTAR SECARA PERCUMA di blog ini  :


'Tiada manusia yang gagal dalam kehidupan

melainkan dia memilih gagal...dan kegagalan sebenar adalah kegagalan untuk MENCUBA" 



Kalo nak lebih mudah, korang boleh klik pada banner diseidebar seperti kat atas ni jugak :)

http://www.farhancash.blogspot.com/ adalah Advertiser di elissmie.com Tempoh pengiklanannya adalah selama setahun di  Elissmie.Com dan berharap dia berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan mendapat hits yang baik dari belog aku ni :)
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan dengan belog aku disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Tiada Banner? Boleh aku designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini .



Wednesday, July 20, 2011

Birthday party planner diperlukan, segera :)

Birthday siapa yer ? Sudah semestinya birthday anakanda terchenta  yang akan menjelang tiba pada 2 Ogos ini. Tak sangka dah nak masuk angka 3 dah usia anakanda , dan usia perchentaan dibawah pohon cemara dengan my hubby menginjak lagi setahun menjadi 8 tahun. Birthday my nuha secara kebetulan sama dengan tarikh kami declare chenta dulu :p

Birthday my Nuha jatuh pada bulan puasa, so majlis mungkin akan berlangsung lepas raya sekaligus dengan rumah terbuka hari raya (belum apa-apa lagi dah fikir pasal hari raya :p)

WEEK TWO AFTER RAYA : MARK YOUR CALENDAR!!! Insya Allah :)

Masa 1st birthday my Nuha dulu, buat kecil-kecilan (sesuai dengan rumah yang kecil ) , 2nd birthday pulak, celebrate dengan my family kat rumah long aku.3rd birthday ni, ingat nak celebrate besar sket tu pun kalo dah dapat duduk rumah baru dalam masa terdekat .Tapi kalo tak dapat naik rumah lagi, makanya kecil-kecilan jugak la ataupun sambut outdoor since my Nuha dah kenal kek happy birthday to you :p

Siapa kat sini pernah jadi Birthday party planner ? Mungkin kurang leceh sket berbanding dengan wedding planner kan ? Apa yang perlu difikirkan untuk menjadi seorang birthday party planner ? Ni mengikut pandangan aku lah kan.Korang boleh nak tambah apa-apa jika aku ada tertinggal :)

1)Budget - Ni perkara utama lah yang harus dikenalpasti kan. Sebab ada duit semua jalan :p Semua setuju ?

2)Jemputan - Kalo nak buat kad jemputan online pun rasanya ok jugak dan medium paling senang skang ni invite guna facebook. Kalo tadak facebook nasib la, memang tak kena jemput.hahahaha. Dan kalo ada kad jemputan bertema pun syok jugak kan :) Ramai ke sket jemputan tu bergantung kepada perkara 1.


pic credit to : here

3)Tempat - Bagi yang ada perkara (1) yang tinggi, boleh sambut dekat fast food restaurant (KFC, MCD, Pizza) Tinggal bawa diri dan ahli jemputan ajer kan :) Aku pulak teringin jugak nak buat outdoor birthday party ni since Shah Alam ada banyak tempat lapang :p Free pulak tu.hehehe


pic credit to : here

4) Tema - Macam-macam tema yang menarik untuk difikirkan. Mungkin bergantung kepada minat anak-anak kita kan . Since my Nuha minat kepada Upin dan Ipin dan Barbie, aku ingat nak buat tema salah satu dari tu.Tapi gegirl macam sesuai ajer dengan konsep barbie tu kan? 



 p/s: 

Rasa nak jahit crown felt sendiri untuk birthday my nuha nanti :) pic - credit to : here

5) Food - Yang ni pun bergantung kepada perkara 1 lah jugak kan, budget. Kalo jemputan tak ramai, boleh la nak masak sendiri. Kalo ramai, nak masak kena la hire helper :p Kak Long ai book you erk.hahahaha. Tapi jalan pintas adalah katering. Mamak, nasi beriani kambing seperiuk :p Yang penting mesti ada kek kan :) Yang paling ditunggu oleh my Nuha la.Kek birthday toyol (Read : birthday to you ;p )


pic credit to : here

6) Goodies bag - Yang ni untuk anak-anak yang datang bertandang kan. Macam-macam idea dalam kepala aku ni.Kalo boleh nak mengikut tema jugak :p Paperbag mengikut tema princess ker :) Cuppies ker.


pic credit to : here

7) Photographer - Kalo dapat hire photographer senang sket kerja tuan rumah kan ? Semua momen yang indah dapat diambil, nak-nak jenis tuan rumah yang suka berkecah macam aku ni. Kejap-kejap pergi dapur, kejap-kejap layan orang makan, kejap-kejap anak nak susu, kejap-kejap*  pengsan :p  Am, aku book ko erk.ini seriyes :)


Korang pernah jadi birthday party planner ? Kongsi laa pengalaman korang kat sini...Cer citer..cer citer...



Tuesday, July 19, 2011

Bulan ramadhan dah hampir menjelang, apa yang ada difikiran korang ?

Pejam celik, pejam celik,dah dekat dah nak menjelang Bulan Ramadhan. Apa yang terlintas kat fikiran korang erk ?



Puasa Ganti

Skang ni ada orang yang bertungkus lumus ganti puasa last minute.Korang dah ganti ke puasa korang ? Aku dah :) Jangan sampai kena bayar fidyah pulak sudah yer. Untuk kiraan fidyah, boleh klik sini http://zakat.com.my/kalkulator-fidyah

Menu Berbuka

Aku siap-siap tanya my hubby, tahun ni nak beli ke nak masak sendiri juadah berbuka. My hubby cakap, masak ajer la. Sekali sekala boleh la beli. Kalo tetiba rasa malas, SMS ajer dia cakap suh beli apa-apa :p hahaha.Kalo eliss SMS setiap hari boleh ker sayang? lalalalalariksss...

My hubby every year bubur tak pernah tak beli :p


Aku rindu kuih lompat tikam ;p dan bubur lambuk terengganu jugak :p

p/s:

Harap dapat buat sendiri bubur lambuk tahun ni. Insya Allah. Resepi, klik sini.

Klik sini untuk  SENARAI LOKASI TAPAK BAZAAR RAMADAN KAWASAN SHAH ALAM
TAHUN 2011/1432H


Baju Raya

Ni lagi gilakan. Aku rasa puasa belum tiba lagi, tempahan baju raya pun dah TUTUP :p Aku rasa nak tema hitam lah untuk tahun ni. Nak beli yang ready made ajer :p Malas nak fikir-fikir.Kalo boleh nak kain cotton dan bunga-bunga kecil :) - Konon untuk efek yang KURUSSS :p


Berkenan sungguh aku kat kain ni , pic credit to : here

Beraya di kampung siapa

Bagi aku yang dua-dua orang terengganu ni, tadak hal la kan. Kalo balik rumah hubby pun, rumah aku pun boleh balik jugak :) So tadak masalah. Korang semua beraya dimana tahun ni ? Jangan lupa datang rumah aku kalo yang beraya di Terengganu tu. 

p/s:

harap-harap tahun ni dapat beraya la setelah 4 tahun aku tak beraya secara proper :p


Bulan ramadhan dah hampir menjelang, apa yang ada difikiran korang ?

Monday, July 18, 2011

Ini motivasi saya untuk kuruskan badan :)

Hari tu tak sangka pulak dapat hadiah sebab rajin mengomen kat blog Cikidong.Cikidong Dong Dong Cikideng Deng Deng ni.Seorang bapa yang aktif berbelog :)



Dah dapat hadiahnya last week.Baju T-shirt saiz L.Nak tergelak pun ada sebab saiz L tu rasanya zaman anak dara dulu ajer muat. Skang semua pakai XL . Satu saiz kecil la kiranya :) Tapi orang memberi, mesti lah kena terima kan dan jadikannya sebagai cabaran untuk kurus lah :) Terima kasih yer Apak sekeluarga :)


Cute design baby T ni :) Siap my Nuha ingat baju dia lagi :p

Hari tu masa membelek-belek baju kurung nak digosok, semua baju aku rasa mengecil :p  Terus buat-buat menangis. My Nuha tanya kenapa nanges. Aku cakap baju ummi semua dah tak muat. Tak per, nanti Abah beli baru yer.hahahaha :) Bak kata Niza, dia tak reti lagi sebut Diet :p

p/s:

Ada 2 plastik baju kurung yang sedia untuk dipos ke kampung raya nanti. Gila banyak baju yang tak muat :((

p/s: 

Ni aku rasa ingin mengandung semula, dan dapat langsing seperti sesudah habis berpantangkan my Nuha dulu..huhuhuhuhu...Jom bang....Eh,lupa kena serang jepun :p  Kena praktis Tips Mendapatkan Anak Lelaki dulu ni sampai khatam :p

Picture taken 2/10/2008

I got my size back


p/s:

Hari ni sebagai permulaan, harus buang habuk dulu pada kuda besi aku ni  :) fuhhhh...fuhhh...

Ini motivasi saya untuk kuruskan badan :) Apa motivasi korang untuk kuruskan badan pulak???

Friday, July 15, 2011

Perhatian semua, aku bukan lagi PPTM tapi Developer ok :p

Hari ni adalah hari penstukturan semula ofiz aku.Semua dah berubah.Bukan setakat nama ofiz aku , malah nama jawatan sekali. Ok la, dari tiada apa-apa perubahan. Boz besar aku kat tingkat bawah, mungkin kena pindah lagi la aku kebawah. Memang btol-btol macam orang nomad, pindah randah :p


Logo baru ofiz aku sudah dipilih.. Walaupun penyertaan aku tidak berjaya tapi aku puas hati. Atleast ada jugak sumbangan idea untuk penstrukturan semula ofiz aku ni kan :)

Aku akhiri dengan kata-kata yang aku kutip semasa ceramah motivasi sebentar tadi bersempena penstrukturan semula ofiz aku ni :

Menurut Imam Ghazali 
 Untuk mengubah akhlak kita, cuba lakukan dengan konsisten selama 40 hari apa yang ingin kita ubah tu .

Sebagai contoh kalo korang nak berhenti merokok, lakukan secara konsisten selama 40 hari tidak merokok, Insya Allah, korang akan berhenti merokok selama-lamanya . Peace !!!


Ok, aku akhiri entry ini dengan juadah yang aku santap weekend lepas :p



Kuey teow tomyam kelapa pandan (RM 6 tak silap ) , terbaik punya, 
boleh dapatkan di food court Seksyen 11 sebenarnya :p , Shah Alam (kedai sebelah tempat jual otak-otak )  :p




Thursday, July 14, 2011

Jom Lunch Nasi Arab di Saba' Restaurant , saya belanja...

Siapa nak lunch dengan aku kat Saba' Restaurant ni angkat tangan ? Laju jer masing-masing yer :) Ok, hari ni aku nak belanja korang jamu mata lunch aku kat Saba' Restaurant khamis lepas, bukan hari ni..hehehe..Jangan marah, nanti kena jual daaa..


Lepas settle urusan hantar borang perumahan di Putrajaya, aku ajak my hubby pekena Nasi Arab lah sebab masa first time pergi dulu aku tak order nasi :) Nak jugak merasa kesedapan aroma nasi padang pasir tu :p
First time pergi dulu  : Minum Petang di Restoren Saba' Cyberjaya Tidak Mengecewakan ...


Venue : Restoren Saba'
 4800 SUITE, 0-2 GROUND FLOOR, BLOCK A1, JALAN PERDANA CBD PERDANA, CYBERJAYA, SELANGOR
Tel :03 83202544
GPS Coordinates : N2 55.370 E101 39.072



Tengah hari kami sampai. Memang ramai sungguh orang. Rupanya kat tingkat 2 pun ada tempat untuk makan, siap aircond bagai lagi. Ada lif untuk naik . Kami naik guna tangga, tapi bila nak balik guna lif . Kenyang sangat :p




Macam biasa, harus order  Lamb Kabsyah  (RM 15.00 ) dan nasi tambah untuk my Nuha (RM 5) .
Nasi dia sedap dan kambing dia lembut dan tak bau hamis. Terbaikkkk !!!Mengah nak abes...banyak seh...




Teh Ais Limau sudah. (RM 4)

My Nuha sedang menghayati kambing dia.. teringat plak dialog dia dengan Ayah Long dia hari tu 


 
Ayah Long Nuha : Nak tengok Gajah tak ? Harimau ?
My Nuha : Tak nak
Ayah Long Nuha :Kambing ?
My Nuha : Nak, nak makan..




 

p.s:

hahahaha..penangan nasi beriani kambing sungguh anakku ini :p Kalo korang nak tahu, separuh nasi tu dia makan. Punyalah banyak . Nampaknya kena belajar buat nasi Arab lahhh aku pasni...Wafaa, tolongggggggg...


Haruslah ada sessi camwhore ibu dan anak sementara menunggu makanan sampai :)







Tom tom bak  !


Penumbuk nak makan ?? hehehehe..lariksss

p/s: 
Apapun kali ni servis memang pantas even datang tengah waktu pack, lunch hour. Syabas dan tahniah buat staf Saba' Restaurant  ! Akan ku terjahi lagi tapi entah bila :)

Total : RM 62.65

2 Lamb Kabsah + Rice + Chicken Cream Soup (RM7) + Mineral Water + Teh O Ais + 2 Teh O Ais Limau

Servis tax 10% ? Patutlah laju semacam :p Dah la ada Gov Tax  6%.

Korang suka tak makan Kambing???



Wednesday, July 13, 2011

Alhamdulillah, sudah submit permohonan perumahan ....

Masih ingat lagi entry Tips Membeli Rumah Second hand bagi Penjawat Awam/ Kakitangan Kerajaan ? Setelah hampir beberapa bulan menunggu, akhirnya minggu lepas 7/7/2011, aku dah submit borang permohonan perumahan ke Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Klang dan Bahagian Perumahan Putrajaya.


Tempoh untuk penilaian dijangkakan 10 hari dan Bahagian Perumahan Putrajaya 3/4 hari selepas mendapat penilaian dari JPPH Klang.Memang sesat barat jugak kami nak jumpa 2 tempat nak submit borang tu. JPPH Klang terletak kat depan Kamdar Klang. Kalo ada GPS, better search Kamdar Klang instead of JPPH Klang sebab hari tu, GPS bawak kitorang ke Pejabat Tanah Klang. Hampagas.

Peta Lokasi : http://www.jpph.gov.my/V1/download_lokasi.php?versi=2&kodc=30&kodb=35


 JPPH KLANG  First Tower, Tingkat 7,
Jalan Meru,
41050 Klang,
Selangor Darul Ehsan
 03 - 3344 1270 / 03 - 3344 1272 / 03 - 3344 1263 / 03 - 3344 1264


 Wajah empunya belog mana-mana pun nak enterframe :p


 Tingkat 7 yer kawan-kawan...

 Setelah selesai di JPPH Klang ( lebih kurang 10 minit dan dokumen lengkap ) , kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya pulak ke Bahagian Pinjaman Perumahan. Ia terletak kat hujung MOF. Ada tempat letak kereta atas padang kat tepi tu. Memang agak konfius jugak la, sempat tanya orang kat tepi-tepi tu.

Peta Lokasi -> http://bpp.treasury.gov.my/web/images/web_image/petalokasibpp.jpg


Akhirnya sampai jugak di Bahagian Pinjaman Perumahan Putrajaya. 


Amik nombor dulu mengikut kategori yang ada. Memang tak ramai orang, lepas tekan nombor terus nombor aku. Pegawai yang menerima borang pun mesra pelanggan . Dia check borang whether lengkap ker tak kan.Yang mana tak perlu dia bagi aku balik. Lebih kurang 10 minit la.

 

Patutlah diorang manis dengan senyuman. Terpampang banner "Senyuman Menjalinkan Persahabatan Mengeratkan Perhubungan" kat pintu masuk.

 My Nuha yang teruja sangat nak pergi Putrajaya. 
Apa lah agaknya dia fikir pasal Putrajaya ni sebab lepas ajer balik, dia tanya bila nak pergi Putrajaya...hahahaha

Harus bergambar bawah Jambatan Putra,  bukti kami ke Putrajaya :p


Pertanyaan Penilaian Hartanah klik sini ->  Pinjaman Perumahan (Pegawai Kerajaan Sahaja) 
Semakan Status Permohonan Perbendaharaan klik sini --> Semakan Status Permohonan 

Doakan urusan pembelian dan permohonan pinjaman perumahan kami berjalan lancar yer kawan-kawan...Harap boleh buat open house RAYA nanti...Insya Allah :)


p/s: 

Tengah hari kami lunch di Saba' Restaurant, pekena Nasi Arab daaa...Nantikan episod JJCM esok !!

p/s:


Tq Liya sebab bagi brooch masa kita jumpa hari tu..Alaa..lupa nak amik gambar dengan ko...
p/s:


Tq Aida, sebab bagi ole-ole dari Bandung.. Bila aku nak ke Bandung Free jugak ni..
Setakat ni minum air bandung ajer :p


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)