Wednesday, September 29, 2010

Macam mana nak buat banner 125X125 beranimasi?

Tajuk tak boleh blah. Idea datang bila Niza Si Kancil biru tanya nak buat macam mana.So, aku buatlah tutorial ni bagi yang baru nak belajar-belajar buat banner. Nak suh aku buat? Boleh dipertimbangkan dengan syarat minimum iklan kat belog aku selama sebulan, RM3 ajer pun...hehehe Nak iklan disini , klik sini..


Langkah Pertama :

Dowload dulu all time favourite software aku iaitu Photoscape [boleh dowload kat sini for free]

Langkah Kedua :

Sediakan dulu Gambar-gambar yang korang rasa cun melecun nak taruk buat banner atau tulisan sahaja ! (boleh guna photoscape jugak. Pergi kat Page->Edit->Tulis Tulis Yang korang nak



Langkah Ketiga :

Klik pada ruangan AniGif tuh -> Klik Butang Ad untuk Masukkan Gambar-gambar

Sebelum




Langkah Keempat : 

Setting Mengikut Kemahuan anda !Untuk set size kepada 125X125 (size standard iklan di sidebar) pilih, Set The canvas size. Kalo nak cepat atau laju masa slide bergerak tu, klik butang change time. Efek mana yang berkenan klik Change effect. Boleh test dulu sampai lebam baru save !!


Hasilnya... 5 minit pun dah siap...





Korang suka ke Makan Pizza?

Korang suka makan pizza? Minggu lepas 2 kali aku kena belanja makan pizza. Hari Jumaat belanja kawan-kawan pakatan hari lahir dan hari Ahad, belanja my hubby :p Ai tak kisah makan pizza berapa kali pun seminggu tapi hari Ahad tu dah kenyang sangat, 2 keping ajer berjaya dihabiskan. Hari Jumaat 3 keping pizza :p Korang plak agak-agak berapa keping pizza boleh dihabiskan??

 Lihat gambar pulak ok ! Aku buat entry sambil meleleh air liur. Hari ni puasa ganti yang kedua.Tinggal 8 hari lagi!Bertabahlah Eliss!



 Geng pakatan hari lahir - aku - kak ema - ad - niza . 
 Venue : Pizza Hut Shah Alam , Seksyen 7

Anyway, congratz kepada Kak ema, dah jadi nenek buat kali pertama :)

 Large Hut's platter. Tempura Calamari and Prawn Ring macam spesis ICT kan ?  :p 


 Ni pinggan Niza ker ?


Super Supreme, my all time favourite pizza ! Dah nak abes baru teringat nak snap :p

 Passion Fizz. Terbaik ! Tak cukup segelas :p

 Thai Seafood!Boleh lah ! Tapi aku order tambah Cheesy Lava Stuffed Crust , dia lupa pulak key in :P 
Save 5.50..hahahaha:p

Alahai Ad, sampai pejam mata ko makan pizza, suka sangat lah tu kan..hahahaha.
Ayat pedajal Ad :p


Terima kasih untuk Niza atas entry Ini Bukan Makan-makan open house ok !

psst : 

Niza, ko bila nak bagi aku hadiah ni? :p  Nak tahu hadiah apa paling disukai ramai ? Boleh baca Hadiah Apa Yang Paling Anda Suka? disini.

Tapi kalo korang rasa nak bagi aku hadiah dan buntu nak bagi hadiah apa kat aku , boleh baca sini .Ada ker orang nak bagi aku hadiah?

Tuesday, September 28, 2010

Gaya Si Comel Berbaju Raya





Tempoh
25 September 2010 - 31 Oktober 2010

Dibawakan oleh : 

BabyIbu & Azzamoro

Terima kasih kepada Penaja :

Perlukah aku berterima kasih kepada SALT pula ?



pic credit to :here


Salt dalam entry ini tiada kaitan dengan Salt yang ini yer.
[psst : blom tengok lagi movie ni, korang dah? :p]


pic credit to :here

Tapi Salt yang ini. Garam ?


Korang masih ingat lagi petua bercerai susu aku yang lepas? Boleh baca entry dibawah ini untuk panduan.



Setelah teknik bawang putih dan sirap tidak berjaya,  aku sudah patah semangat. Seperti sudah redha dengan keadaan. Tapi pada Jumaat yang lepas.Aku sudah nekad untuk pisahkan dia dengan susu cap gantungnya yang telah berkhidmat selama 2 tahun.Dan tiba-tiba aku teringat petua dari liana.

LiAnA said...
aku letak garam.. 1 malam jer Aqil terus takmo hisap sampai sekrg.. ni gynae aku yg bg petua..


Misi perceraian susu diteruskan. Masa dia mintak n3n3n , aku cakap aku nak pergi buang air sekejap. Aku cakap tunggu. Lepas tu, aku amik garam yang dicampurkan dengan air dan sapu pada n3n3n aku.

Mangsa keadaan : My Nuha
Lokasi kejadian : Di rumah
Masa Dan Waktu kejadian : Jumaat lepas, sekitar pukul 6 petang

Lepas tu, aku suh dia hisap.Mula-mula dia tengok pelik dah.Dia cuba untuk lap-lap n3n3n aku dengan baju dia. Pastu, garam kan melekat-lekat gitu, dia hisap jugak.Bila dah hisap, terus dia cakap "Masyammmm " .Memang dia tertukar dengan masin ker manis ker.Main belasah ajer sebut. Aku cakap kat dia, masin lah, n3n3n ni, baby yang punya ! tu pasal masin! :p Sekali tu ajer dia nak n3n3n aku tau ! Masuk hari ni, kiranya 2 hari 1/2 lah   my Nuha tidak mahu m3n3n3n :p Ada sebenarnya cubaan untuk m3n3n3n tapi aku selalu sapu garam lah :p Bila dia nampak garam, terus dia tak nak walaupun aku paksa dia main-main.hahaha


Kalo korang masih belum dapat bercerai susu , apa kata guna teknik garam pulak. Korang ada lagi tips untuk dikongsikan??
 


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Monday, September 27, 2010

Mama_Balqis 2nd GiveAway





GiveAway dianjurkan bersempena Sambutan Ulangtahun Kelahiran mama yang ke 26 .

Anje, Semoga bahagia dunia akhirat , Semoga berjaya dengan segala yang dicita-citakan.Semoga dengan pertambahan usia,  bertambahlah anak..hehehehehe :p Opss..gurau2 ajer..

Korang dah wish bitrhday untuk Mama Aqish?

21hb September 2010 sehingga 8hb Oktober 2010

Klik sini untuk join..


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

10 Barang dapur yang wajib beli setiap bulan?

Salam semua ! Hari ni hari Isnin. Ada sesiapa Monday Morning Sickness? Kalo nak tahu,apa tuh Monday Morning Sickness boleh rujuk sini..hehehehe :p Kuda pun ada morning sickness daaa..Aku biasa beli barang dapur di Tes*co.Malam tadi terjumpa Mama Aqish kat Tes*co.[ klik sini utk join 2nd giveaway dia]

Korang biasa beli barang dapur apa setiap bulan? Kalo aku :-


1) Susu - Semestinya susu anak ! Aku memang tak beli susu pekat manis, kalo nak minum teh susu, order ajer kat mamak :p Kecuali susu cair nak buat puding ajer :p

2) Lampin pakai buang - Anak dan emak punya :p Memang kitorang borong stok sebulan.

3)Beras - aku dah hubby memang pemakan nasi yang tegar. Setiap bulan memang beli beras.Lagipun memang beli pek kecik sebab takut beli banyak2 ada bubuk pulak. Bubuk = ulat beras tuh..[Cara hilangkan bubuk pada beras]

4)Kopi/Milo - Ni untuk my hubby.Instant punya.Kalo dia rasa dia nak minum air, dia bancuh ajer sendiri. Mudah kan kerja ai? :p

5)Toiletries - Ni beli yang mana nak habis ajer lah.Biasa kitorang standby satu bila satu sudah digunakan.So, ada backup plan disitu :p


6)Ubat nyamuk - Biasa kitorang borong banyak2.Sebab kami kan fobia nyamuk le:p

7)Sabun Basuh - Memang wajib beli lah ni, sabun basuh pinggan dan sabun basuh kain. Sabun basuh pinggan tu, beli ajer jenama tes*co..jimat :p

 8)Pewangi fabrik/ Febreze- Untuk mewangikan badan dan rumah.

10) Perfume / Make up /Baju  - Badan pun mesti kena wangi-wangi jugak :p Beli kalo kehabisan stok lah kalo make up tu.Semestinya baju anak.Mesti nak beli jugak.Aduhai.Gatal btol kan? Emak kepada anak tu dah jarang beli baju :p

10)Telur /Maggie / Sardin - Ni stok kecemasan.Kalo rasa kurang lauk, tambahkan tiga menda magik ni, mesti marvelous :p

Korang pulak macam mana?



Banyak tak :P

p/s: Ini hasil borongan malam tadi :p

Friday, September 24, 2010

Edisi Terjah Belog Pengomen Tegar : Nafiraa

Seperti biasa, hari ni adalah hari terjah Pengomen Tegar aku yang kedua bulan lepas. Seperti yang diwar-warkan, pengomen seterusnya adalah Nafiraa.


Belog Nafiraa macam belog aku jugak, menggunakan kombinasi nama suami-isteri. Nama dia raa lah. Bukan nafi pulak :p  Belog Nafiraa menggunakan 2 column-template dari www.deluxetemplates.net iaitu Nourish.Belog ini jugak banyak bercerita tentang kisah dia dan keluarganya. Raa ni sebenarnya sekampung dengan aku dan junior aku masa diploma kat Dungun dulu..Teman dalam selimut aku jugak lah :p Apa teman dalam selimut tu? Korang boleh baca entry kat bawah ni.

Entry yang paling aku suka untuk dikongsikan adalah   :

Teman dalam selimut - Nostalgia btol bila baca entry ni :p

Lauk Orang Berpantang - terliur plak aku nengok !


Jom terjah belog http://lovenafira.blogspot.com/  ramai-ramai !! Apa tunggu lagi kat situ?


Nantikan edisi terjahan aku seterusnya minggu depan : KancilBiru .Apa kancil pun pandai berbelog???

Korang pun nak aku review belog korang? Komenlah kat  belog aku sampai lebam !!! 


JM Beriani? Ada Berani?

Korang dah pernah makan kat JM Beriani? JM Beriani baru jer ada kat Shah Alam.Semalam baru berkesempatan nak makan kat sana since my hubby balik lambat dan aku terpaksa melangut mengular  buat kerja kat ofiz sampai 6 lebih. Lagipun semalam kan gaji.Alasan yang kukuh untuk mendapat cuti memasak malam tadi :p

Servis memang terbaik. Kitorang memang tapau jer since dah maghrib.Tak sampai sepuluh minit dah dapat pun makanannya.Terbaik kan? Kan? Deko dia simple dan menarik jugak la.Yang penting air-cond lah.Kalo makan beriani kan badan rasa macam panas-panas :p


Deko yang simple dan cantik.


Ruang dapur yang terbuka.

Ok, cerita pasal makanan pulak!


Ni my hubby punya.Kambing dengan dia memang tak boleh berpisah :p

Harga : RM 14.00



Ni aku punya.Kat tepi tu hiasan ajer semata.Aku tak makan mana acar buah :p

Harga : RM 12.00 (lupa.. tak silap lah)


Overall, aku rasa so-so ajer..Nasi dia pun sket berbanding tempat lain. Aku bagi rate 6/10 ajer.Mungkin aku dapat bahagian ayam yang aku tak berapa gemar.Kalo dapat peha mungkin rate naik kot..hahahaha :p
 
 
 
 Map Ke JM Beriani. Situ pun ada Ayamas & Ayam Penyet Ap.


Nuha yang gigih nak buat peace dalam JM Beriani ! Siap pegang tangan tu :p

 Korang try dah ?Apa pandangan korang pulak?

Thursday, September 23, 2010

Macam mana nak tukar tulisan dalam blog?

Korang perasan tak tulisan di belog aku nampak lain macam jer kan? Mana aku tukar tulisan tu? Tapi tak der lah warna warni macam Kevin amanda punya cara tu [klik sini] tapi cantik lah tulisan tu dari default yang disediakan di dalam blogger tu kan. Tapi boleh tukar warna mengikut kesesuaian belog anda .Berapa banyak tapi lahhh :p

 Langkah 1 : Pilih tulisan di Google Font API?

What is  The Google Font API? It helps you add web fonts to any web page. It means you dont need to install font family on your desktop computer to see custom font on any web.


Antara tulisan yang korang boleh pilih.

Langkah 2 :

Paste coding kat bawah ni selepas kod <head>











Langkah 3 : Korang boleh masukkan dimana-mana yang korang suka tapi kena tahu lah basic css sket-sket..try n error ajer kan.

 Boleh masukkan di sidebar macam aku

.sidebar h2 { font-family: 'Font+Name', arial, serif;


atau di title post tu...


.post h3 { font-family: 'Font+Name', arial, serif;

atau pada  date kat post korang


.h2.date-header {
font-family: 'Yanone Kaffeesatz', arial, serif;



 Kalo tak faham tanya, jangan buat-buat faham ! Boleh lah korang try pulak !



Korang rasa apa abang Ngah  aku buat duduk dalam kawah ni???
Berendam kah?


-



-





-



-


-




Ok, tipu...ada kerusi ...hahahaha.


p/s:

Hari ni menang lagi sebagai pengomen terbaik gitu di belog Cikgu Onizuka Nuffnang  di entry kemenangan disini :P

Elissmie - paling suka yang pegang bendera trg lah ! kita kan orang terengganu :P lawak ar adik ko tu, kemain lagi pakai spek hitam dengan sampin baju melayu segala, tengok part selipar, selipar jamang jepung jah...hehehe.jgn mare yer adik awok, nanti kena jual..
translate : jamang jepung = zaman jepun :p

Wednesday, September 22, 2010

Macam mana nak tukar kerusi lama nampak baru?

Ni kira segmen Deco bersama Eric lah, Eh Eliss ! Deco sebelumnya disini.
Macam mana nak tukar kerusi lama nampak baru ? Mula-mula kenalah ada kerusi lama. Kalo tadak kerusi lama, beli ajer kerusi baru :p

Kejadian berlaku sehari sebelum Hari Raya, dirumah mertuaku. Mula-mula bapak mertua aku yang buat, lepas tu anak yang dah tak teruna dia pulak nak membantu walaupun diserang chicken pox. Tangan hubby ku ni memang berseni sket kan.Mesti lah dia berminat dengan kerja-kerja begini.



Kerusi lama yang bersiap sedia untuk di 'make over'

Menggunakan spray Gold Effeckt ( Effect kot kan? Siapa lah yang buat cover spray ni :P ) 
RM10 satu botol tak silap. Tapi nak save, hubby ckp kena cat coat dulu! Ni kes nak cepat.


Abaikan my hubby yang sexy sket dan muka bertampal bedak sejuk...
dan macam orang dalam pantang aku nengok :p


Tadaaa...Hasilnya....

Korang ada buat deko raya? Silalah berkongsi idea .....

p/s: 

Aku menang berganda nampaknya, satu dapat hadiah saguhati kat blog Hanz dalam I Love You Contest hari tu.

Eight Prize (total worth RM 34)
Nabila House PFA 'Perfume & Voucher' worth RM25
Zara Shoppe Shawl worth RM9

Eliss

Dan satu lagi, hadiah UTAMA gitu kat blog Sumijelly dalam Sampaikan Jer 2010 :)

Jadi di sini ku umumkan 3 pemenang UTAMA RM20.00 yang berjaya mencuri hati juri! Dan pemenang nya ialah :
  1. Sampaikan Jer 2010 – Elissme
Yeeehaaaa! Terima Kasih Semua atas sokongan !! muahahaha :p

Tuesday, September 21, 2010

Dimana nak beli selendang dan perfume secara online?

* This is sticky note entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang lebih meletop dan sexy :) Advertise here?

Siapa ada jawapannya?Kalo nak tahu teruskan pembacaan korang.Rugi tak tahu ni.
Korang tahu tak ada 2 buah store online yang menawarkan perkhidmatan menjual selendang dan perfume secara dalam talian ?

1)  Zarashoppe


 Zarashoppe menawarkan pelbagai jenis selendang dengan harga yang berpatutan dan anda mampu memilikinya.

Antara koleksi tudung yang ditawarkan :-


::1 for RM9 :: ::2 for RM17 ::



SSH 1



SSH15 
p/s: 
 Yang ni tudung aku dapat secara percuma yer :) jgn jelez :p 
Terima Kasih Zarrashoppe!

Macam mana nak membuat pembelian ?


STEP 1
 If any item catches your eye,
email zarashoppe@gmail.com
or sms 019-6954456

*state ur:
1. Nick/Name
2. Full Address (for postage)
3. Contact No.
4. Item(s) Name , Code&Quantity
5. Delivery Method

or fill in the form below!
(feel free to browse the page to the end..thanks!)

STEP 2

Bank in the total amount.
Please notify us after payment has been made.

STEP 3
 Wait for the MR Postman to reach at ur doorstep!
Sebarang pertanyaan ?
email sahaja ke :  zarashoppe@gmail.com

2) NabilaHouse


NabilaHouse adalah pengedar sah untuk  Perfume For All sejak bulan  Disember 2006.Terdapat pelbagai koleksi perfume yang ditawarkan iaitu :-


PFA Women

PFA Men

PFA Unisex


Amor Amor
View Full-Size Image

Amor Amor

( Chacarel )
Price: RM28.00

Amor Amor by Cacharel is a sparkling fruity floral blend that celebrates love, newly found or rediscovered. Passionate. Impulsive. Electric. Notes include Mandarin, Black Currant, Melati Blossom, Lily Of The Valley, White Musk, Grey Amber.


p/s: 

Yang ni aku dapat secara percuma dan voucher RM10 lagi! :) Terima Kasih NabilaHouse ! 



 Macam mana nak membuat pembelian ?

  • Order can be made via online shop (preferred), email, telephone or SMS. However, monthly offer is only applicable to order made via online shop.
  • Order by email shall be sent to sales@nabilahouse.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
  • Order by phone / SMS can be made to number 019.265.5712 (Nana)
  • Order will be sent after payment is made and cleared (if paying by Cheque or Money Order).
APA KORANG TUNGGU LAGI? JOM LAH BELI SELENDANG DAN PERFUME SECARA ONLINE SEKARANG !! DUIT RAYA MESTI ADA LAGI KAN? :)


** ZaraShoppe & Nabila House  adalah penaja  kepada  TheHoneybunch Giveaway : The New You!





Ingin mengiklankan produk anda di elissmie.com?

Serendah RM20 per advertorial per month (sticky mode)  - klik sini

 
RM 3/ Mth 125-125 banner di sidebar paling atas :)- klik sini


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Berita Tergempar !!! Tudung Saji Boleh Terbang?

Dulu kecoh dengan sejadah berdiri kan? Ni aku nak tunjukkan satu lagi kejadian mistik yang berlaku kat rumah mak aku kat kampung masa Raya Pertama hari tu ! Tudung Saji terbang sendiri.Korang pernah nampak? Tak pernah kan? Pengalaman ni disaksikan oleh seluruh ahli keluarga aku yang mana sedang bersiap sedia untuk makan malam pada malam pertama Syawal.Ngeri ok!!!Siapa yang lemah semangat harap tidak meneruskan pembacaan.Dibawah risiko sendiri ok...


-



-




-



-


-



-




-



-




Ajaib kan? Petanda apakah ini? Adakah amaran untuk kitorang ???

 jom kita close up...






-



-




-



-


-



-




-









ok, tipu..ada penyangkut untuk gantung saji tu la..

Muahaha.Relax ar, aku sure masih ramai lagi dalam mood Raya kan, malas nak buat kerja kan..So segar lah sket mata tu kan? hahahaha.Lariksss...

Abang , bila nak beli saji baru? Saji rumah kita tu dah patah kena pijak dek Nuha setelah hampir 3 tahun berkhidmat...  Oh lagi satu, bila nak pasang dapur untuk eliss? Birthday mummy jugak ker nak kena pasang?


Monday, September 20, 2010

Almond London Hilang?

Hari ni nak ceritera Raya lagi ker? Ada kaitan jugak lah dengan raya.Hari ni banyak nak buat kerja sebab hari ni half day sebab makcik aku ada kat rumah.So, nak kena entertain baik-baik punya lah.Dah la rumah kecik, takkan hati pun nak kena kecik kan :p Makcik aku nak pegi hantar kazen aku, register MSU hari ni, so tumpang rumah aku lah since aku ajer anak buah yang ada di Shah Alam.

Berbalik kepada Almond London aku yang hilang tu.Alkisahnya, aku bawak balik 2 balang Almond London. Satu untuk mertua dan satu untuk mak aku. Aku dah makan 2 biji Almond London tu dan berkira-kira untuk tapau buat balik rumah aku, keji tak ? Memang every year pun, aku cilok kuih raya mak aku sebab mak aku memang offer pun { buruk siku.}



pic : credit to :here


Sekali, nak balik tu, eh mana balang Almond London? Hah hilang??? Muahahaha.Rupanya awal-awal lagi mak aku offer kat Abang Ngah aku kuih raya, sekali dia amik peberet aku punya..dah laa satu balang ! siot ajerr..So, hari ni aku order balik Almond London dengan ofiz mate aku kes tak puas makan .Seb baik dia sanggup buat lagi ..muahahaha.Boleh aku makan puas-puas !




Saturday, September 18, 2010

Pancit kat tengah highway , apa nak buat?

Masuk ni dah 2 kali aku mengalami pengalaman tayar pancit kat tengah highway.Satu masa pergi beraya haji kat Kedah dengan abang dan kakak ipar aku.Yang kedua pulak, baru-baru ni lah, dalam perjalanan pulang nak balik beraya ke Terengganu di lebuhraya Karak.Seb baik lah siang masa tu so tak ngeri sangat sebab ada banyak kes orang kena rempuh semasa duduk di line kecemasan tu kan? Nauzubillah.

Pertama sekali kena bertenang lah dan berhenti segera di line kecemasan.Masa ni double-signal diperlukan yer kawan-kawan bukan semasa hujan lebat ok!!!

Kedua, pastikan sebelum bertolak, tayar spare dalam keadaan baik dan angin diisikan.So, my hubby keluarkan lah tayar spare.Memandangkan kami tak mempunyai kon, so my hubby letakkan barang-barang agar kereta yang lalu alert bahawa ada sesuatu telah berlaku di line kecemasan.

Ketiga, telefon peronda lebuh raya tapi kalo tak ingat, tukar sendirik lah.Aku pun memang lupa nombor tapi Alhamdulillah, semasa my hubby nak tukar tu, peronda lebuh raya MTD Prime Sdn Bhd telah memberikan bantuan. Percuma tau ! So, bersih lah tangan my hubby :)


Sket punya banyak barang nak bawak balik kampung, tu nasib baik bukan dalam perjalanan balik, lagiiiii banyakkkkkk :p



Syabas dan tahniah kepada peronda lebuh raya MTD atas kerjasama yang diberikan!!

Korang ada ker pengalaman pancit tayar kereta kat tengah highway????


TALIAN KECEMASAN DI HIGHWAY UNTUK BANTUAN KECEMASAN DAN KEROSAKAN

- Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS ) - 03-2692 0000
- Lebuhraya Damansara Puchong ( LDP ) - 03-732 9222
- Lebuhraya Shah Alam ( KESAS ) - 03-733 7188
- Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah ( ELITE ) -03-531 8800
- Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak ( MTD )-09-233 0100
- Lebuhraya Kulim - Butterworh ( BKE )-04-398 6969
- Lebuhraya Seremban - Port Dickson ( SPDH )- 06-632 3060
- Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura ( Linkedua )- 07-278 8000
- Jambatan P.Pinang (PBSB )-04-398 000
- Lebuhraya Sg.Besi ( BESRAYA ) - 1-800- 880999



Friday, September 17, 2010

Edisi Terjah Belog Pengomen Tegar : Mommalydzar

Seperti yang dijanjikan, hari ni baru aku berkesempatan nak review Pengomen Tegar aku yang pertama bulan lepas :Mommalydzar


Belog Mommalydzar menggunakan 2 column-template dari http://cebongipiet.blogspot.com iaitu Pinkholic.Belog ini banyak bercerita tentang kisah dia dan keluarganya, sesuai lah dengan tagline belog ni "Alkesah kehidupanku Tentang Aku dan Dunia kecilku ".

Entry yang paling aku suka untuk dikongsikan adalah berkaitan parenting lah  :

1)Hannah dah berjaya wean-off

2) Potty Training

Untuk berkongsi blog badge dengan Mommalydzar :










p/s: 

Sebenarnya, Mommalydzar ni wifey to ofiz mate aku jugak.Nama ajer satu ofiz tapi aku tak pernah bertegur sapa pun dengan hubby dia memandangkan kami dibawah unit berbeza dan aku pun tak pernah berurusan dengan dia.

Jom terjah belog http://mommalydzar.blogspot.com ramai-ramai !!

p/s: Nantikan Edisi Terjahan Pengomen Tegar aku seterusnya minggu depan - Nafiraa .


ICT apakah yang boleh dimakan?

Ceritera Syawal Episod 2

 Memandangkan betul seperti jangkaan aku pada akhir Ramadhan hari tu, tahun ni kami tidak beraya kemana-mana disebabkan keadaan my hubby yang tidak mengizinkan.

So my hubby bawak kami berjalan-jalan round Dungun tengok pantai since tak boleh pergi jalan umah orang..Jom sayang kita pergi makan ICT ! ICT=Ikan Celup Tepung daaa...Hampa sebab sotong celup tepung yang diorder tak sampai-sampai sampai kesudah !


Pekena Ikan Celup Tepung dan Udang Celup Tepung
 Tempat : Gerai di Pantai Teluk Lipat, Dungun..



 Ronda-ronda terjumpa bangsal yang siap pasang astro gitu..kelass kan?



close-up sket...hikss



Aksi my Nuha melaram dengan keseuma baju raya.Seronok tengok dia seronok :)  


kak ipar- mak aku - aku with cucunda


Thursday, September 16, 2010

Ceritera Syawal Episod 1

Dimana harus aku mulakan entry hari ni setelah sekian lama tak update belog.Tangan seakan kaku dan kejang untukku menulis entry.Ramadhan sudah pergi.Kemuncak kepergiaannya, berbuka dengan air masak dan sebiji kurma di Cherating.Tak sempat sampai rumah sebelum berbuka.Juadah terakhir di bulan puasa adalah bubur lambuk hasil air tangan ibu mertua terchenta.



Gambar adalah cilok dari belog Kak Di.Gojes macam ni laa rupa dia.

Abes cerita Ramadhan.Malam menjelang raya, adalah dirumah mertua mengikut perkiraan ahli jemaah aku suami isteri ..Mesti kena ada giliran walaupun rumah aku dengan mertua cuma sekangkang anak kera betina.hehehe.Tapi lepas solat hari raya, makan kenyang2 dulu nasi dagang umah mertua, barulah balik umah mak aku.Mak aku buat sate daging, ketupat palas kacang merah ,nasi minyak dan gulai ayam.[Memang tak sempat snap sebab fotographer of the day masih meratapi kesakitan chicken pox  nya :p ]

Petang baru ada feel nak amik gambar hari raya.Tu pun selepas anak dara aku melekit seluruh badan, so sebelum baju kurung ditanggalkan, baik kita abadikan kenangan anak daraku berbaju kurung dulu yer..mahal ko beli !



Sedondong...My hubby memang tak beli baju melayu tahun ni, tapi masih mengikut tema t-shirt barunya itu..Maroon :) Say triple cheeeeze burger !!!


Kalo perasan my Nuha beraksi dengan pistol mainan ntah sapa-sapa ntah...aduhai..rosak gambar :p
Sungguh berperasaan berdua gambar ni..hahahaha..anak main jauh2 sket yer, mak pak nak feeling2 romantika de amour :p



Tahun ni giliran Ngah aku beraya di rumah mak aku..Serba silver depa!



Kes tak sempat amik gambar raya...hehehe.Gambar last day dirumah mak aku sebelum berangkat pulang ke Shah Alam...Kira gambar raya jugak lah ni kan? :p
p/s:
Hari ni dalam perjalanan pulang ke Shah Alam..
Ini scheduled post entry..Nantikan sambungannya :p
Doakan kami selamat tiba..Harap tidak jam dimana-mana....

Raya korang macam mana?

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)