Wednesday, September 08, 2010

Yeay! Hari ni balik kampung, korang bila?

Agaknya korang dah siap tidur bangun dah kat kampung tu tapi aku hari ni baru gigih nak balik kampung.Tak sabar btol nak balik.Harap tak jam lah.Malam tadi dah siap packing baju 2 beranak.Pagi ni sambung packing baju my hubby plak.Dah la malam tadi acara test kasut raya dengan my Nuha.Sekali dia tak nak buang kasut tu.Pagi ni ingat dia lupa dah, sekali amik ko.Kerumah pengasuh dia sambil memakai kasut raya.Basi lah nak oi!Tolong Mak Neng !

Kasut raya aku yang simple..Senang aku nak jalan raya kang kalo ada budak nak berdukung!


Kaki budak dengan mak budak dalam sesi mengetest kasut raya !

Baju yang hampir siap dipacking.
Baju anak dara aku sama penuh dengan baju mak tak dara dia !
Raya sakan ko nak!

Koleksi baju raya my Nuha..omaknya satu helai ajer !


Tercapai kah impian aku untuk beraya tahun ini ? Setelah tahun lepas tidak tercapai dek akalmu kerana sakit mata manakala tahun ni my hubby kena chicken pox. Btol lah cakap boz my hubby agaknya " My hubby kena mandi bunga !! " hehehe :p

Akhir sekali, Selamat hari Raya semua ! Maafkan salah silap aku sepanjang beberapa tahun berblogging ini..Mungkin aku tidak berbelog sampai 16 Sept :p 17 Sept dah keja daaa...


Kad raya ulang tayang :)

Kad raya bebudak unit aku !

Tuesday, September 07, 2010

Korang kenal tak pajeri nenas?

Kalo kenal angkat tangan ? My hubby, suka betul lah dekat pajeri nenas ni.Hari ni siap SMS cakap nak makan pajeri nenas. Aku rasa sepanjang bulan Ramadhan ni, memang banyak banyak kali ok dia beli pajeri nenas.
Ok, isteri yang mithali ni akan cari pajeri nenas untuk suami kesayangan yang sedang ber'chicken' pox di rumah tu.

sumber : sini


[ok, jatuh tangan]

Aku pernah belajar nak buat pajeri nenas ni dengan mak aku tapi biasalah, buat tak.Aku peram ajer resepi tu dalam kepala otak ni. Korang ada resepi pajeri nenas yang simple ? Aku ada...beli pasar Ramadhan..muahahahaha.Eh, ada lagi tak orang jual kat Pasar Ramadhan hari ni? Dah laa aku tadak apa dah dalam peti ais nak masak ni.Cuma tinggal telur ajer...Buat telur masak sambal kang makin melarat pulak chicken pox my hubby tu ! aduyai !


sumber : sini

Disini aku kongsikan tips Merawat Chicken Pox. Ok, lebih kepada petua lah kot sebab kalo pergi klinik dia bagi calamine lotion dan makan ubat gatal ajer..

1) Minum air kelapa untuk cepat keluarkan chicken pox  - nak kena beli jugak ni untuk my hubby

sumber : sini

2. Tido dengan daun bambu sebagai alas.Mula-mula letak daun bambu, then lapik kain, pastu tidur atas kain tu.Insya Allah kurang gatal .Lagi satu, jemur daun bambu dalam baldi, lepas tu buat mandi.Bagi kena matahari pagi dulu baldi tu..Boleh kurangkan kegatalan akibat chicken pox tu jugak.

sumber : sini

Korang ada petua lain tak?

p/s: esok aku kerja lagi....tak sabarnya nak esok !!!

Turn My Hubby plak kena chicken pox

Aduhai.Kesian btol aku rasa kat my hubby.2 tahun berturut-turut dapat MC time nak raya.Last year kitorang satu family beraya dengan sakit mata.Tahun ni, dia sorang raya dengan chicken pox.Bukan ke chicken pox naik sekali ajer seumur hidup? Ni second time my hubby kena chicken pox, dulu masa umur 20 tahun.Ni umur 31 tahun.Agaknya, my hubby akan kena chicken pox setiap 11 tahun kot..hahahahahaha :p Mungkin berjangkit dari anak dara kami lah gamaknya..muahaha.Keji kan?

Bila kaki dah kena kuarantin, secara otomatik, aku pun sekali laa kena kuarantin.Bagi yang nak datang beraya rumah aku tu, kena fikir banyak kali lah.Harap-harap tak terjangkit lah kat orang lain pulak.Jam-jam ni lah aku rasa nak EL dan balik Terengganu terus..hahahahaha.Tapi mengenangkan cuti aku yang cuma tinggal 7 hari lagi lepas ni, terpaksa lah aku bertahan sehari lagi buat kerja kat ofiz. Jasad ajer kat ofiz, fikiran semua dah balik naik flight ke Terengganu...




Mangsa keadaan :p



Tahun ni bajet seperti tahun lepas jugak, orang awam RM 1 ajer sorang, kata 1 Malaysia kan..muahahahaha.Kepada anak buah, RM10 ajer..nak lebih2 korang mintak ngan mak pak korang naaa..hehehehe :p Tak sabar nak balik raya..

Untuk semua yang dah nak balik kampung, Selamat Hari Raya..Berhati-hati di jalan raya.Kekalkan kecergasan semasa pemanduan.Kalo tak larat berhenti minum atau tidur di tempat Rehat dan Rawat yang disediakan ok !




AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Tutorial Untuk Convert Fail PDF kepada PowerPoint

Masih ingat tutorial convert PDF kepada Word? Hari ni aku nak buat tutorial Macam mana nak convert PDF kepada PowerPoint pulak.

Tutorial Untuk Convert PDF kepada PowerPoint

1. Pergi ke link berikut http://www.convertpdftopowerpoint.com/

2.Masukkan fail PDF yang dikehendaki dalam Step 1 dibawah dengan klik pada butang Browse.



3. Masukkan email pada Step 2, dan klik butang Send.


4. Dalam masa 5 minit sahaja, terdapat email  dari convertpdftopowerpoint.com  dan klik pada link yang diberikan untuk melihat fail powerpoint anda.


5. Link yang diberikan untuk dowload fail tersebut.



6. Tadaa hasilnyaa...

Sila lah kongsi kepada rakan-rakan yang lain !


Monday, September 06, 2010

Kenapa nak hadiah dapur di hari jadi?

Pertama, aku suka memasak dan makan [of course lah kan]. Memasak ni buat aku rasa macam chef, tapi aku bukan chef ok. Lagi satu sebab adalah satu tungku dapur aku tu sudah tidak berfungsi dengan jayanya..Memasak dengan satu tungku sahaja adalah amat seksa ok.

Weekend lepas, Long aku dan SIL aku buat lawatan tapak kerumah aku.Memandangkan aku sahaja satu-satunya adik beradik seibu sebapa yang tinggal dekat dengan diorang, diorang datang berbuka kat rumah aku.Konsep ala-ala pot luck jugak.Kak Long aku bawak rendang ayam. Aku pulak, masak nasi minyak (percubaan kedua) dan acar timun dan sambal belacan. Semua orang gatal hidung lepas tu sebab belacan tu sungguh lah belacan ! :p

Dan aku berjaya walaupun tidak lah 100% perfect macam mak aku punya, menyediakan Tok Aji Serban [resepi disini ] seperti selera anak tekak aku dan keluarga ..Sebenarnya pulut terlebih air so lembik sket part pulut tu dan bila potong tak berapa cantik..Janji sedap !

Marilah kita menjamu mata ! Maaf, jika buat anda tergoda dengan entry hari ni dan menyebabkan perut korang berkeroncong !Aku tidak bertanggungjawab atas segala kelaparan yang ada..muahahaha


Nasi Minyak aku tanpa Qbb Ghee yang haram..






Hari ini birthday aku !

Pertama sekali,aku ingin mengucapkan terima kasih atas ingatan dan doa korang pada hari kelahiran aku pada hari ni di facebook, melalui SMS dan email. Terima Kasih Ma & Abah kerana penyebab kelahiran aku ke dunia dan menikmati kebahagian tanggal 6 September 1982 tepat jam 6.42 petang .




e-wish dari Kelab Prokom ofiz aku :)



e-wish dari Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar

terpaksa diremove sebab takut batal pose..muahahahaha

e-wish dari Suraya :p



Dan yang paling istimewa Terima Kasih buat my hubby dan my Nuha atas wish mereka tepat jam 12.00 malam tadi :) dengan ucapan "Sayang nak bagi hadiah dapur kan? Kalo nak yang macam ni boleh ker? Boleh eliss masak sambil baring-baring atas dapur macam iklan tu :p "

source : here

Friday, September 03, 2010

Sampaikan Jer 2010


Aku mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya buat SumiJelly [bukan nama sebenar dan bukan sejenis kuih ] dan keluarga yang berada jauh dimata dan dekat dihati.Semoga bahagia selalu di Aidilfitri.Kak, mintak maaf kalo selama hari ni aku banyak tulis komen merapu meraban di entry ko yer :)

Sebelum aku akhiri ucapan aku , kawan-kawan aku yang akan menjelma dipagi raya nanti pun nak bagi ucapan jugak kat ko boleh ker? dan kepada juri-juri sekali lah..kesian lah kat depa ni, tak pernah buat ucapan raya pun..Kasi chance lah yer kan? Boleh yer kak...boleh laa....Tak boleh pun, aku nak publish jugak...hahaha :p













Pautan kepada Juri Kehormat:-

Korang nak bagi ucapan jugak ? Boleh berucap kat sini....

Tarikh nak buat ucapan : 26 Ogos 2010 – 8 September 2010

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Misteri Kehilangan Tok Aji Serban

Ahad lepas, lepas ajer menyiapkan juadah berbuka puasa, kitorang pergi ke Pasar Ramadhan.Since aku memang 'RAJIN' buat kuih, so terpaksa lah aku beli kuih dari orang yang tidak 'RAJIN' kan..hehehehe. Kali ni first time kitorang cari kuih kat Pasar Ramadhan Seksyen 2,Shah Alam [bukan nama sebenar]. Sekali, terjumpa lah kuih Tok Aji Serban yang memenuhi piawaian anak tekak aku.Teruja ni.

RM 0.50 seketul.

Aku beli RM 2 macam orang tak pernah jumpa kuih Tok Aji Serban tu.Lepas tu, my hubby beli lagi kuih lain kat kedai tu.Then aku nampak dia kira-kira.RM5 katanya.Eh, murah plak kuih kat gerai ni kataku didalam hati.

Masa yang dinanti-nantikan telah tiba.7 lebih macam tu aku nak hidanglah nasi dan kuih muih yang dibeli tadi.Dah terliur dari gerai tadi tu lagi nak makan kuih Tok Aji Serban ni katakan.Sekali, eh mana kuih Tok Aji Serban? Tanya my hubby, dia kata tu jer plastik yang ada.Aikkkk.Uwwwwwwwwwwwwwaaa..Tok Aji Serban aku sekali daa hilang la.Kira-kira kuih, rupanya RM5 tu tak termasuk Tok Aji Serban yang aku nak tu.Terpaksa lah tahan nafsu nak makan kuih tu sampai esok plak.Sebab my hubby janji nak beli demi isteri kesayangan yang dah meroyan nak makan kuih tuh :p Terima kasih yer my hubby sebab belikan kuih tu untuk isterimu ini :) Akhirnya, dapat lah aku makan kuih tu.Tapi still tak puas hati sebab tak puas makan.

So aku roger mak aku untuk dapatkan resepi kuih ni.Boleh tengok sini  [ Kuih Tok Aji Serban Resepi Bonda ] . Insya Allah , esok atau lusa aku nak buat sendiri.Harap-harap menjadi lah.

Korang pernah tak beli barang, balik-balik rumah tengok tak ada?


p/s: 

Kenapa nama dia Tok Aji Serban, sebab Tok Aji ni putih dan pakai serban koko :p agaknya lah.

Thursday, September 02, 2010

Berbuka Di Concorde Shah Alam

Hari sabtu lepas, memenuhi undangan jemputan berbuka puasa dengan kawan-kawan safety my hubby.So, hari sabtu lepas adalah pertama kali berbuka di luar iaitu di Concorde Shah Alam.Status halal tau [rujuk sini] My hubby makan sate ajer.Dia kalo jumpa kawan-kawan mana pk sangat makan. Rupanya, dia dah beli nasi beriani kambing sebelum pergi berbuka kat Concorde nih.Simpan perut! :p So, aku dengan tanpa segan silu,makan lah apa lagi!

Ramadhan’s Berbuka Special: Selera Warisan
11th Aug 2010 - 9th Sep 2010


Buffet dia RM79++ per person. Banyak variety food  tapi aku rasa tak berapa best sangat. Surau disediakan di tingkat 3 tepi pool.


Tengok, penuh satu pinggan !

Kita minum dulu ! My Nuha makan sup tulang, fav my hubby jugak !



kawan-kawan my hubby yang datang.

siap ada orang nyanyi-nyanyi masa kitorang makan..lagu plak kopi dangdut :p 

sempat lagi bergambar sebelum balik...

eh, tak der langsung gambar my hubby kan..hahahaha.dia photographer of the day :p


Korang pernah ke berbuka kat luar ?? Seronok sebab tak payah pk nak masak apa..Tapi yang tak best tak dapat pahala masak untuk orang berbuka.

psst : Hari ni bz sket sebab training sistem sukan tapi yang tak best tak dapat makan tengah hari..:p

Wednesday, September 01, 2010

Terima Kasih Dato' VC bagi kad raya :)

Ni kad raya pertama aku dapat tahun ni.Yang ni post by hand.Bukan elektronik ok.Korang dapat tak? Warga UiTM confirm dapat :p Korang suka tak dapat kad raya? Aku masa kecik-kecik dulu pun suka, masa berchenta pun suka..masa berkahwin pun suka sambil menjeling manja kepada my hubby :p






" UiTM Sentiasa Di Hatiku..Dalam darahku UiTM Mengalir "


Tandatangan tu yang mahal...

Korang tahu tak ada feature terbaru dalam blogger ? Stat namanya .Ker aku yang baru perasan? Muahahaha :p


p/s: 

Hari ni aku nak godek balik template aku ni.Cantik pulak kaler purple nih.So, aku stick dengan template ni.


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Tuesday, August 31, 2010

Bila paling sesuai Cash out Nuffnang?

Mengikut pengalaman aku, jangan cash put awal bulan ! Menderita. Hazab nak boleh sampai cek ke tangan aku.Itu kes tak sabar nak cashout untuk kali kedua.Ni kali ketiga plak, so mari kita lakukan eksperimen , cashout pada akhir bulan....Kita tunggu cek ni plak...  Selamat dicashout pada 30 Ogos 2010.






Selamat Hari Merdeka semua !  


Merdeka ! Merdeka !


Adakah kita btol-btol telah menderka?

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Monday, August 30, 2010

Akibat Kerja Pada Hari Isnin

Ni lah.Orang lain cuti ko kerja. Gatal tangan sangat. Dah huru hara dah belog aku... Rasa macam nak tutup belog pun ada ni ! Siapa suh gatal tangan gi klik design tu, lepas tu Apply pada belog.Bagus! Cuba korang cuba ! hahaha

Aku tidak bertanggungjawab atas segala huru hara belog korang plak ok! Aku suh cuba ajer...Bukan suh buat btol-btol.

Mode : Bengang ! Sila Jangan berani tinggalkan komen.. :p


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Saturday, August 28, 2010

POS Insuran Raya?

Korang pernah dengar tak? Aku dengar hari tu kat tv dan terus berminat nak apply.Hari khamis hari tu, aku apply.Maklumlah, bawah ofiz aku memang ada pejabat pos.So urusan cuma beberapa minit sahaja.Tak perlu bawak apa-apa kecuali duit dan IC semata-mata. Mudah kan?

Siapa yang layak mohon?







Bilakah perlindungan insurans saya akan berkuatkuasa

Perlindungan insurans anda akan berkuatkuasa pada 7hb September 2010 sehingga 21hb
September 2010 setelah premium diterima dan permohonan diluluskan oleh MAA.  
Sekiranya pembelian berlaku selepas 7hb September 2010, perlindungan insurans akan
berkuatkuasa dari tarikh pembelian sehingga 21hb September 2010.

Apa Faedah dia?


No Manfaat * Individual Plan (RM) **Family Plan (RM)
1 Kematian Akibat Kemalangan 20,000 20,000 / Insured (max100,000)
2 Hilang Upaya kekal 20,000 20,000 / Insured (max100,000)
3 Kehilangan Dokumen (akibat ragutan) 100 100 / Insured (max 500)
4 Pendapatan Hospital Harian (max 30 days) 30 30
5 Total amount payable 6 20


* Berdasarkan Pelan individu - Cuma RM6 sekepala
**  
 Family Plan cover pasangan yang sah dan anak-anak kepada Orang Yang Diinsuranskan termasuk anak angkat yang sah - Cuma RM 20 satu family, maksimum 6 orang, kalo ada anak lebih, bolah tambah lagi satu polisi lah kot sebab maksimum polisi 2.



Jikalau berlaku sebarang tuntutan, dimanakah/ bagaimana korang perlu  laporkan?
     

      Malaysian Assurance Alliance Berhad,
      Menara MAA, Tingkat 11,
      12 Jalan Dewan Bahasa,
      50460, Kuala Lumpur.
      Tel: 1-300-888-622, 603-2146 9999 Faks: 603-2144 9622
      E-mel: MAACallCentre@maa.com.my

 psst :

Khidmat masyarat ini dibawakan percuma untuk yang ingin pulang berhari raya nanti :) esp yang terpaksa travel jauh-jauh macam aku. Doakan perjalanan kami pulang ke Terengganu berjalan lancar dan selamat.


Friday, August 27, 2010

Korang dah bayar ke Zakat Fitrah?

Aku dah.My hubby lah yang membayarnya.Dia bayar dekat masjid ke, kat kaunter ker mana ntah.Lupa plak .Padahal dia cakap hari tu :p Tq yer laling.Harap-harap ibadah puasa diterimalah tahun ni.Amin..


Kalo malas-malas, boleh bayar melalui SMS ajer..atau pun di kaunter zakat yang disediakan, boleh rujuk sini


Tiada alasan lagi kan untuk tidak membayar zakat kan?


Kadar Zakat Fitrah :-
 sumber :sini
Pesan Abah aku pada aku - Walaupun kita tak pernah makan beras mahal, bila bayar fitrah tu, bayarlah dengan beras yang paling mahal.Tapi di Selangor , kadar rata bah, tak macam Terengganu, ada 3 kadar yang tak rata :p

psst :

Ini entry auto publish.Agak-agak apa aku tengah buat sekarang.Shopping lagikah? :p

psst :

Semalam, aku dah selamat menghantar kad raya dengan jayanya menggunakan setem RM 0.50 sahaja , budak pos tu cakap tak berat sangat keychain tu.So sila tunggu lah wahai pengomen tegarku..



Bukti , aku pernah jejak kaunter pos..hahahaha :p

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)