Thursday, September 10, 2009

Bonus RM500 Bayar 2 Kali?Mcm Ansuran Mudah Plak :P

Semalam kat berita , umum kumpulan sokongan(B,C,D) dapat bonus RM500 tapi bayar 2 kali....Alhamdulillah, bleh laa menampung apa yang tak tertampung lagi..eh, hari ni gaji plak tu..esok, bleh laa shopping untuk yang tertinggal lagik tuh..yeeehaa..sonoknyaaa..

Aku aim hari tu nak tunjuk gambar juadah berbuka selama sebulan kan tapi tak sempat la plak..makin hari makin lapar dan kelam kabut so tak sempat nak snap pic..ni pun aku suh my hubby amikkan while i'm busy kat dapur..busy laaa sangat :P padahal buat air teh jer dan goreng telur mata :P Semalam, aku masak nasi goreng  coz my hubby request..kul 645 baru aku start masak sebab my hubby lmbat balik while nuha is cranky:(

Tadaa....


 
 nasi goreng seafood :)
 

ni ayam percik yang my hubby 'percik' kat pasar ramadhan :P


ni pun sama..my hubby 'klim' karipap kat pasar ramadhan gak :)
Semalam, kat ofiz aku ada buat majlis khatam Al-Quran dan solat hajat...ada laa aku amik gambar sket...
barisan qari PSMB :)
 
ni pula barisan qariah PSMB :)
 
ni qariah yang tidak berbaris :P
 
eT, wakil kumpulan yang amik hadiah..laju plak..x sempat snap :P
hadiahnya rujuk SINI :)
dan last sekali :)
  
qariah PSMB peringkat kebangsaan :P poyo jer..
p/s: Hari ni my hubby berbuka kat luar, ada jemputan while me?
berbuka ngan nuha jer laa :P
ada sesaper nak ajak saya berbuka hari ni???

Wednesday, September 09, 2009

Dari Plaza Masalam-PKNS-SACC-PAS

Hari cuti Nuzul Quran yang lalu kan,kitorang duk rumah jer layan mata sebab hari Ahad kitorang telah menshopping raya you all..hahahaha...
Dari pukul 11 lebih pagi sampai pukul 6 petang...walaweh...tak rasa penat walau sepicing pun...hahahaha..gila shopaholic ni..ni kira shopping balas dendam kan sebab last year aku tak dapat nak shopping kan..hahahaha...

Aku cakap kat my hubby, x penat. dier kater huh perempuan kalo shopping :P oh, masih perempuan sejati rupanya aku ni..

meh kiter tengok hasil rembatannya..tapi ada tak settle lagi ni....sandal dan selendang blom beli lagikk :P esok gaji, jom laa kiter mencari apa yang belom dibeli lagi...


 

abaikan tangan kecil yang nak amik tag kat baju tuh..suka btol tag...huhuhu

 
ni beg yang konon2 buat raya tapi dah pakai dulu..hahahaha..beg raya in advance :)

mcm dayah buat, so aku nak buat checklist jugak..


kasut nuha - done
baju kurung nuha - done
skirt + shirt -done

baju kurung aku - done
sandal- not done
selendang - not done
beg raya - done

t-shirt my hubby -done
baju melayu -done
seluar panjang - done

p/s: hari ini ada training lagi...training yang best :P

Tuesday, September 08, 2009

Terima Kasih Semua!!


Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com



The wishes :)

Wafaa said...
happy birthday Eliss. Panjang umur murah rezeki, murah zuriat segala :)
Elyn said...
happy besday..... wah muda lai. br 27. kite ni dh cecah big 3!!

btw i pun nk songlap doa u tu ek!!!
MeL said...
happy bday eliss! semoga pjg umur & dimurahkan rezeki. amiiinnn...


Weh happy birthday..semoga panjanng umur dan berbahagia selalu..

kalau nak hadiah mai datang umah aku.. lallalallala a

miszhatie said...

hepi burfday kak ellis =)
good luck in ur future ahead ",

Nurhayati said...
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Elis
Happy Birthday to you!!!

semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

uish muda lagimu ni.. bagus2x.. =)

haslina said...
wish u luck on your birthday sister...
:)

Disturbia said...
Happy Birthday Eliss
May all your dreams and wishes came true

Dania's mummy said...
Happy Birthday!

Jiey^Mien said...
Happy befday ummi nuha!!

ZzamzZ said...
Happy birthday elis..semoga dimurahkan rezki n happy alwaz

lin said...
elis, happy birthday ;)

Misbehave said...
hepi bufday!

semoga panjang umo, murah rezeki n hepi selalu.Amin :)

ctlinda said...
selamat menyambut hari lahir ke 27 tahun..harap apa yg diimpikan menjadi kenyataan...
p/s:kita sama umur la cuma eliss lahir lu 2/3 bulan kmudian kita pula kuar utk kenal dunia huhu2

azzamoro said...
babe..happy birthday. semoga panjang umur & dimurahkan rezeki..

miezaniera said...
epi besday eliss..moga pnjg umur dn murah rezeki dan ramai anak muahaha ;D

sujaihah said...
eppy baday...

kkak best la doa tu..saya copy ek(emm aku nak pease kat ner ek?)

hehhe

also SMS from Niza, Ad, Toyanz dan Kak Ngah Yati:)





Surprise Bday Present :)

Hari Ahad yang lepas kan bday aku kan :) , malam sebelumnya, my hubby usung Long aku pi mana2 ntah tanpa memberitahu aku (ada sedikit curiga disitu)..tak sangka plak my hubby nak beli hadiah bday secara rahsia untuk aku :) terharu nyer..hikss..tapi kalo aku pilih sendirik mesti lagik terharu kan..hahahaha...ngades2 jer..dah bagi tu terima jer laa kan, kan kena penampo sedas :P

Tadaa....


 eh, ni baru kotaknya..


 scroll down...


























 
Seb baik cantik :) I loike...I love U very much sayang...
 
Nuha pun teruja :) itu baju yang Wafaa bagi :) baru pakai..padan jer ngan dier :)

tangan comel pakai, mesti comel jer jam itu kan??hahahahaha
Memandangkan semua tekak melayu, so voucher tu diguna lagi..tunggu laa lepas raya untuk celebration bday aku..hikss :) Long, lepas raya nah kiter makan pizza :)
p/s: aku sudah shopping raya..tinggal sandal jer blom beli lagi...first time shopping untuk raya..tak sangka tak letih ko, dari 11 pagi sampai 6 petang..hahaha..will update late bout that !!!
lusa gaji...yahoooooooooooooo!!

Weblog Popular 1Malaysia

Denaihati ingin mencari Weblog Popular 1Malaysia untuk membantu menambah ilmu menguruskan blog dengan lebih baik daripada weblog yang hebat yang mungkin belum terjumpa dalam jutaan weblog di Malaysia. Hadiah yang menarik disediakan kepada teman-teman yang membantu Denaihati mencari Weblog Popular 1Malaysia.

HADIAH

  1. RM1,000.00 : 1 Weblog yang mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger akan dinobatkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
  2. RM1,500.00 : Weblog yang paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
  3. RM1,000.00 : Weblog kedua paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
  4. RM500.00 : Weblog ketiga paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
  5. 4 x RM250.00 : Hadiah khas – Ranking no 1- 4 di google.com.my dengan keywords “Weblog Popular 1Malaysia” pada jam 12.00 am 30/9/2009.
Terima Kasih Kepada Sponsor yang HEBAT :

SAUDACARE dan ANISHA ONLINE MALL
Saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://mombloggersplanet.com.
Saya mencalonkan MomBloggersPlanet (http://mombloggersplanet.com) sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
MomBloggersPlanet layak mendapat Weblog Popular 1Malaysia kerana merupakan network ibu-ibu dan bakal ibu kerana disediakan Blog directory yang percuma untuk semua tak kira bangsa dan agama :) 1 Malaysia gituh.
MomBloggersPlanet juga memberikan pelbagai tips berguna dan berinformasi untuk kita membuat duit semasa berblogging.Ianya jugak adalah medium untuk para ibu dan bakal ibu untuk menjual barangan mereka secara alam maya yang terdapat pada ruangan MarketPlace.Dan yang paling best lagik, blog ini banyak berkongsi tentang alam keibubapaan , alam kanak-kanak, alam hamil, menyusu dan sebagainya dan menjadi panduan berguna untuk semua!


Apa lagi, tampal banner di sidebar plak - Done

weblogmalaysia
-Done


Nak tahu apa syaratnya??Baca sendirik laa :)


Syarat-syarat
  1. Hanya terbuka kepada Rakyat Malaysia dan Weblog Malaysia sahaja samada berbahasa Melayu atau English.
  2. Buat satu posting di weblog ANDA dengan memilih satu blog yang paling ANDA sukai dan tuliskan apa bestnya weblog tersebut.
  3. Dalam posting Anda wajib ada perkataan Weblog Popular 1Malaysia dan saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog contoh saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://elissmie.blogspot.com
  4. Dalam posting Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.
  5. Dalam posting wajib ada backlink kepada Denaihati.
  6. Tinggalkan komen dan link posting anda di posting contest Weblog Popular 1Malaysia di blog Yang Terbuku Di Hati.
  7. Peserta wajib subscribe blog ini melalui email dan diaktifkan.
  8. Setiap peserta yang mencalonkan wajib letakkan banner Weblog Popular 1Malaysia dimana-mana yang boleh kelihatan di weblog anda.
  9. Contest ini bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 30/9/2009.
  10. Minimum pencalonan untuk Weblog Popular 1Malaysia adalah 100 pencalonan.
  11. Minimum reference atau rujukan untuk hadiah 2,3 dan 4 adalah sekurang-kurangnya 50 peserta lain.
  12. 1 blog hanya layak mencalonkan 1 Weblog Popular 1Malaysia sahaja.
  13. Untuk hadiah ke 5 hanya weblog sahaja dikira, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 4 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
  14. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.
Keputusan
Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest.

Sunday, September 06, 2009

Selamat Hari Lahir Diriku...


sesedap rasa jer wish kat diri sendiri..hehehe..blog aku..ada aku kesyah kiah? hehehehe

Ya Allah, jadikan aku isteri yang solehah dan Ummi yang mithali..Amin...
p/s: seterusnya ni doa aku copy dari blog Ummu Abdullah Syaakir
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

p/s: Ini adalah auto publish..tadak maknanya aku rajin update tengah2 malam yang sepi pi pi..pak mat jual topi...

Friday, September 04, 2009

Contest Pasangan Seiras..


Dah lama tak masuk contest kan...try my luck laa...last minute ni..baru perasan tarik tamatnya hr ni..baru nak buat sesi fotografi hujung minggu..since aku tada gambar berdua ngan long aku, so aku tepek sebelah menyebelah laa..

muka long aku ada iras ngan my hubby jugak kan??so aku letak dua2..bleh ker pihak juri??hahahaha..


Dianjurkan oleh Baiduri :)

syarat2 wajib.


1. Terbuka kepada semua blogger malaysia dan antarabangsa
yang memiliki wajah seiras dengan suami/isteri, adik beradik atau kawan2.



nama:eliss dan siha (long aku)


nama:eliss dan mie :) (my hubby)

2. Upload gambar seiras anda (nyatakan nama anda dan pasangan)
dan tinggalkan link nya di entri ini.

3. Juga letakkan link contest ini di entry korang ye. Tkde link tk Qualified ok.
copy je ni-->
http://miezaniera.blogspot.com/2009/08/contest-pasangan-seirasopened.html


syarat2 sunat.

4. Banner tu sapa yg rajin, letak la kt sidebar blog korang, kalo yg malas tu,
tak yah la letak.

5. Pastu letakkan link http://miezaniera.blogspot.com/ di blog list anda.
6. Lastly, be my follower ;D
7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional.

Tagged by Zue

 Zue mengetag aku lak dah :)

1)Saya suka???
my hubby..my baby..coklat

2) Pada masa ini saya sedang berfikir tentang
nak masak aper laa berbuka ni...

3) Bila rasa tension saya akan...
menjerit dan tido

4) 3 perkara yang akan buat saya tersenyum...
my baby pandai buat sesuatu :)
my hubby nyer lawak
dapat hadiah :) hint2 utk dapat hadiah bday nampaknya...

5) 3 perkara yang buat saya menangis..
a. bila anak/hubby saya sakit
b.bila tengok citer sedih..
c. bila tengok penderitaan orang sebab tu aku tak suka tengok bersamamu :P

6) Kalau saya ada rm100k?
Nak settle PTPTN, belikan hubby motor yang diidam2 dan bawak family tunai haji..alamak, x cukup laa...

7) Sila beri 3 nama untuk di tag...
cikgu nani
raa
haslina

Kelab ofiz aku telah menjadi pengewish terawal bday aku..hehehe..tepuk tepuk tepuk :)

Memperkenalkan.........Wan Nauffal Firzan

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com
 

Ni anak sepupu aku yang selamat dilahirkan last week,sabtu (29 Ogos) ,  kat KPJ Seremban pada pukul 4.30 pagi...Tahniah kepada Fahmi & Hani..
X sempat arwah pak long aku tengok cucu dari anak bongsu dier...meninggal masa hani, isteri sepupu aku ni mengandung sebulan...

p/s: lepas aku dapat SMS pada pukul 5 last week,  aku bangun sahur dan tengok citer Nur Kasih..hehehe..

Ada apa dengan Voucher RM50?

Semalam,adalah sangat hangen sebab aku terpaksa menyediakan juadah berbuka pada pukul 6.30 sebab my Nuha tersangat laa ngades2..tunggu my hubby balik baru mula bersilat didapur..semalam masak, ayam masak lemak cili padi, goreng daging kunyit dan sayur buncis bersotong.. adalah tidak sempat nak amik gambar untuk buat korang terliur kerana, my ayam masak lemak cili padi adalah masak masa azan tengah berkumandang...siap berasap2 lagik aku hidang atas meja..huhuhu..ni bleh mengundang marah..my hubby tak gemar laa makan makanan panas2.

Info:

Dalam Zaadul Ma’ad 4/223 Imam Ibnul Qoyyim mengatakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas.” Yang dimaksud berkah dalam hadits dari Asma’ di atas adalah gizi yang didapatkan sesudah menyantapnya, makanan tersebut tidak menyebabkan gangguan dalam tubuh, membantu untuk melakukan ketaatan dan lain-lain. demikian yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim, 13/172)

source:sini

Ok..hari ni aku tanak tunjuk gambar masakan aku..hahahaha..nak tunjuk gambar masakan orang lain plak..hahahahaha..ingat dah tak tunjuk makanan kan??harap maklum, blog ini akan memaparkan gambar masakan hingga abes bulan puasa..hahahahaha..dah mcm cooking blog plak yer :)

Sempena keputerian keputeraan aku pada 6.9.2009 yang menginjak ke usia 27 tahun..muda lagi haku ni..blom masuk 30-an macam my hubby..muahahahaha..aku ingat nak selebrek secara kecil2an di sebuah fast food yang bernama Pondok Pizza..(Pizza Hut) Untuk jimat, meh kiter gunakan voucher RM50.00 yang aku dapat masa training ni kan..

source:sini

Meal 2
recommended for 4 persons
• 2 Regular Pan Pizza
(Supremes/Family Favourites)
• 4 pieces of Breadstix
(Parmesan)
• 2 Coleslaw
• 1 bottle of Pepsi (1.5lit)
RM45.20 (save up to RM10.40)

p/s:
Rm47.46 (+ gov tax)
Rugi laa plak kan..Rm2.54
so kena tambah side order laa kan...tempura king prawn ker+ seafood lasagna ker..oohh yummeh..

total :69.47 so hanya tambah 20 hengget jerlaa lebih kurang..


Meal 3
recommended for 6 persons
• 1 Large Pan Pizza
(Supremes/Family Favourites)
• 1 Regular Pan Pizza
(Supremes/Family Favourites)
• 8 pieces of Breadstix
(Parmesan)
• 3 Coleslaw
• 1 bottle of Pepsi (1.5lit)
RM57.20 (save up to RM11.90)

p/s:
60.06 (termasuk tax)
so kena kuar = RM10sajer :)

p/s: Long, ko mai laa umah aku, aku belanja makan pizza sempena bday aku..hikss..
kalo bawak hadiah lagi bagus..hehehehe..nak jugak hadiah tu..hehehehe
hubby cakap dier nak bagi hadiah sebab dier dapat BONUS RAYA...kami, tak dapat BONUS ker? kata SATU MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ...
cakap bergegar-gegar saja tak guna....opss :P

Thursday, September 03, 2009

Memperkenalkan.........(drum rolls sound)

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Tahniah pada eza & budi atas kelahiran cahaya mata sulong, Muhammad Irfan :)
p/s: Ni anak ofiz mate aku merangkap anak kawan my hubby dan ada sket2 bau2 belacan kot :P

Semalam hubby bagi MC memasak :)

Semalam masa nak siap2 nak balik, hubby texting aku cakap, tak payah masak, masak nasi jer OK:) huhuhu...bestnya tak perlu memasak sambil berdukung :p
Semalam berbuka dengan Ikan Patin Tempoyak, Talapia Bakar dan Kerabu Perut. 
Selalu tunjuk main course jer kan, hari ni aku tunjuk laa gambar dessert untuk berbuka puasa plak :P

Tadaaaa...

Puding roti kurma bersirap..
p/s: pergh..nama tak henggat...(rekaan aku sendirik jugak)
motif sirap itu adalah kerana , aku kurangkan gula dalam puding tambahkan manis dalam senyuman so untuk lebih aromatik, aku taruk ibu sirap :P gila heaven...yummeh gila sejuk2 mcm tu..hahahaha...sila laa jangan bunuh aku :)
Semalam, aku beli sepasang baju melayu purple buat my hubby...maknanya secara rasminya tema adalah PURPLE ..hiksss..so kena carik baju kurung aku ngan Nuha kaler purple laa ini macam...hehehe..x sabarnya nak pi shopping...

Wednesday, September 02, 2009

Training @ Day 2

Yer la..Yer la..Training adalah tidak bosan dan amat menggembirakan sebab aku dapat voucher makan KFC/Pizza/Ayamas bernilai RM50.00 hahahaha...giler berlagak...malam tadi tanya my hubby, dier cakap dier pilih pizza :P so my birthday will celebrate kat Pizza dalam masa 4 hari lagi :) yeehaa...no birthday present for me from my hubby :( terpaksa di postponed katanya sebab tight budget dis mth...i need new baju raya, handbag raya n selipar raya ... nuha pun nak..dan tema adalah PURPLE :) wowieyy...patutlah tadak hadiah, permintaan raya yang tinggi...hikss :)

Malam tadi berbuka adalah pukul 9 lebih sebab my hubby lambat balik , motor dier masuk bengkel dan lambat siap...lepas masak sambil berdukung, berbuka puasa dengan puding roti + air coklat, aku solat dan tidurkan Nuha....pukul 8 lebih baru dier tido..dan aku kemas2 dapur yang aku tinggal sepah2 lepas masak...then mandi, pastu solat isyak sementara tunggu my hubby balik..dier balik, dier mandi dulu dan solat isyak baru laa makan...

Mempersembahkan hasil masak2 sambil berdukung :)

Cendawan timun masak pedas
Udang Petai
 
Daging batang pinang black pepper

 
telur dadar

 
home made sambal belacan :P
p/s: sila laa jangan bunuh saya...
kalo rajin, aku kongsi resepi di sini...

Tuesday, September 01, 2009

Hari ni saya adalah training

Bosan..ada training sampai 3 hari..x sempat laa nak carik resepi macam ni....hahaha...

short entry for today :) adios...

Friday, August 28, 2009

Semalam saya adalah memasak....

Wowiey..akhirnya...penantian ku sudah berakhir..aku akhirnya bersilat jua di dapur pada hari ke er er 6 puasa erkk semalam..alamak, lupa oredi :) lepas amik Nuha, sampi2 umah, bagi dier mainan, terus masuk dapur gituh....

Mempersembahkan...................Tadaaaaaaaaaa...


Ikan Pari Masak Asam Pedas
Udang Goreng Kunyit dengan sawi batang putih(apa ntah nama sawi ni :P)

Sambal Tempe,Kentang dan Ikan bilis
wah, menggiurkan bukan??cabarannya memasak , tidak lain dan tidak bukan...
"sayalah....saper lagi :)" p/s: kata Nuha di dalam hati kerana telah mengenakan Umminya :P
my hubby plak dier balik lewat sebab dier tanak redah hujan..so aku terpksa memasak sambil dukung budak yang nak berdukung..hish...dier sibuk nak tahu apa yang ada dalam periuk tu psal ngada2 dier nak dukung..seb baik aku ni ala2 hulk sket, so adalah expert memasak sambil berdukung ni...hikss..
dan mood aku adalah muncung sebab kena masak sambil dukung :P
p/s: aku tambah nasi, x penah2 tambah sejak puasa ni..chehss..hancur diet ku..terlampau sedap hokey..tak dapat nak ku gambarkan..hahahaha..durjana bukan...sila laa jangan tampo aku bulan2 puasa nan indah ni...:)
Dan nak keji lagi, nah, aku persembahkan juadah bersahur aku...
air coklat + sandwic sayur bersosej (nama aku reka sendirikk :p)
close up sket..hahahaha..

mantop bukan....wowiey, kalah mcD...
Hari ni, nak makan apa pulak??
alamak berbau masakan lagik..kalah blog my hubby mcm ni..menu aku upload kat sana..mcm dah blog aku dah blog my hubby tu...

Thursday, August 27, 2009

Tragedi 330 pagi..

Malam tadi, pegi Tesco beli barang2 dapur, dengan jumlah penjimatan voucher sebanyak RM21.50 (paling banyak setakat ni), hehehe, dan jumlah perbelanjaan sebanyak hampir 3 ratus..mak ai..barang aku nampak tadak laa banyak mana...btol la skang ni, duit mengalir macam air..

ni tragedi kat tesco..barangan nuha..yang lain x snap :P 
Benci aku sebab semalam sampai umah kul 640..tak sempat masak..dah singgah pasar ramadhan beli nasi kerabu(again?) dan paru...my hubby beli pengat pisang sampai 4 bekas, buat stok :P huhuhu..bini yang dasar pemalas ni memang malas nak buat pengat..padahal senang jer...tapi tengok laa kalo apa yang nak aku makan, siap satu loyang aku buat..oh, lupa snap pic..malam tadi aku buat puding koktel..tapi kelakar gila sebab kaler hijau. agar2 strip tu didatangkan dengan gula kaler hijau..macam sheall jer rupanya tapi yummeh :) puji jgn tak puji masakan sendirikk :) dah masuk peti ais, leh makan sampai 2 minggu..hahahaha..sejuk2..sedapnya...berbuka karang :P

malam tadi, sedang2 enak dibuai mimpi(lupa mimpi apa) , aku terdengar bunyi gedebuk macam nangka busuk jatuh gituh..automatik aku menjerit kat my hubby "Nuha Jatuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh"...alahai..kesian my baby...my hubby cepat2 angkat dier yang jatuh tertiarap..bagi minum air dan nenenkan dier..serta baca doa syifa'. agaknya dier golek2...sebab dier suka golek2 naik atas katil sing;e yang aku letak tepi tilam tu...tersalah perhitungan laa kot..

 
tengok, punya laa lasak tido, siap bleh naik tido kat katil single yang aku letak sebelah lagikk :P
motif katil single tu: sebab nak simpan barang bawah katil..hahaha

 
kat tilam tu laa Nuha jatuh malam tadi..tilam tu letak lepas Nuha dah jatuh....awal2 tido kat tilam tu, memang aku taruk comforter, tapi 1-2 minggu ni , aku tengok Nuha ok jer tak jatuh, tak letak plak..sekali jatuh plak:(
memang malang tak berbau..kes aku ni :"sediakan payung sebelum hujan tapi nampak tak hujan, tutup plak payung,sekali hujan lebat plak..."
malam tadi memang cuak gila laa...nak tido balik pun aku ngeri..tapi Nuha relax jer, lepas nenen, terus dier tido balik, siap panjat ke katil sebelah lagi tido..huhuhu..hari ni, nampak aktif balik..herannya memang tadak bengkak mana2..harap2 malaikat yang sambutkan...dan tadak laa muntah2 ker aper ker..cuak gak..sebab tilam aku ni, memang nak sama tinggi ngan katil jugak..

 
ni tragedi kul 5.20..sahur laa..segelas air suam, 2 ketul popia basah(masa ni seketul dah masuk mulut) dan 2 keping roti makan dengan butter dan jem strawberry.
p/s: mana nak carik paket jem dan butter kecil2 comel lote macam tu erk :) 
tu aku rembat kat DE*MC hari tu.. dulu masa askar datang kat kampung aku, x silap diorang pun bagi paket kecik2 comel macam ni...

Wednesday, August 26, 2009

Sampai Awal Pakai Selipar Jepun...

Hari ni aku sampai ofiz kul 652..tu time aku punch laa..sebab my hubby ada urusan di loji lain..so dier tak masuk ofiz dan terpaksa menggunakan kuda peliharaan kami :) hikss..sejak bila lak aku bawak kuda ni..terjebak dengan kak Pb..dier bawak unta..hikss..yang lawaknya, biasa kalo aku bawak Cinta Bersulam Rindu, pakaian rasmi aku adalah selipar jepun..rasa cengkam jer bila nak brek tu kan...hahahaha..tp hari ni kan, aku tidak memandu kerana sudah ada drebar :) my hubby laa kan..pastu kan, aku sudah lupa nak tukar selipar jepun ku menjadi selipar tidak berapa nak jepun selepas my hubby drop aku kat ofiz pagi tadi...aku lambai2 ala2 Lady D tapi my hubby memecut dengan kelajuan kuda..huhuhuhu.. harap2 aku tadak laa kena pi meeting ad hoc mana2..kalo dak jatuh imej aku sebagai penjawat awam atau kuli kerajaan ni (government servant)

Hiks..semalam..aku kan..konon2 nak masak la tapi my hubby ckp beli ajer..rupanya dier dah aim nasi beriani daging kambing...huhuhu..aku bengang btol laa kat penjual tu, ada ker patut tak tanya aku nak lauk apa..sekali dier buh ayam merah(dah laa part yang aku tak gemar) 2 ketul..walhal, my hubby nak beriani kambing...aku ckp la kat dier, eh, ni ayam berapa ketul? dua ketul laa..dier kater sebab aku tak ckp awal2..beruk btol..dah ko tak nyempat isi lauk tak tanya orang dulu apa hal? kalo laki aku beli , aku rasa mau makan penumbuk sedas..ni saper nak makan sampai 2 ketul ni? seb baik leh makan untuk sahur...kalo dak, aku makan nasi ngan telur jer laa utk sahur, so pagi tadi aku sahur nasi putih ayam merah la :P

Hari ni, semangat nak memasak meluap2..bukak2 pc terus cari resepi ikan pari asam pedas sebab semalam aku beli ikan pari, daun kesum, bunga kantan dan bendi...hikss :)
aku nak try resepi kak hanieliza ni laa :) tq kak..hikss

Kalo masak asam pedas sesuwai dimakan dengan apa yer?? ada cadangan tambahan??
p/s: aku tak tahan kalo tak buat entri tak berbau masakan..maafkan aku :)

Tuesday, August 25, 2009

Nyaris tak sahur...

Malam tadi, penat sangat sebab bunuh kapir  banyak sangat makan :) my hubby beli lauk untuk berbuka..penuh satu meja :P jauh nuh beli, kat Langat...huhuhuhu...ada ayam masak merah, ada ikan percik, kerabu perut dan pajeri nenas (all time peberet my hubby :P) nampaknya nak kena belajar buat pajeri nenas laa pasni..hikss..

Pagi tadi, x kunci jam kat hp..seb baik body sign kejutkan aku tepat kul 5.30..sempat makan nasi dan minum air..huhuhu..laju gila makan..macam nak tercekik dah aku rasa..seb baik Nuha tido nyenyak..siap tido kat katil sebelah lagik..lawak btol..
lepas usai makan segala, Nuha bangun mintak nenen..huhuhu..milk supply pagi2 hari meriah..Nuha plak nenen sampai kul 6.20, waktu aku mandi..huhuhuhu..terpaksa buat susu botol plak sebab takut lewat plak..huhuhu

Kan dah ngantuk....sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh, Nuha layan mata..kalo aku layan sekali, lingkup kereta..huhuhuhu..aku pun ngantuk pasal rasa macam tak cukup tido..huhuhu..
Hari ni aku nak siapkan sistem untuk training web..dah hampir siap..berkat bulan puasa sebab tadak break pi bfast dan amik air kat pantry :) banyak betol rupanya waktu dihabeskan selama ni..baru aku perasan atau buat2 baru perasan..hikss..

Bulan2 puasa ni , aku rindu ikan percik abah dan bubur lambuk ma....huhuhu ..nak balik kg :(


Ikan percik abah
resepi rujuk sini



Bubur lambuk ma
p/s : Long, suh laa Kak Long buat..pastu pos shah alam yer..hahaha..aku x reti + mls :)
resepi ko leh rujuk sini

p/s: Last year memang heaven, sebab sebulan berpuasa di rumah kat kampung..huhuhuhu..even tak leh pose sebab tengah pantangkan nuha..5 hr jer sempat pose :) tahun ni, puasa kat sini first time sejak kawen bersama my hubby dan my nuha..double happiness :) sedih woo saat tu,teringat kat my hubby terpaksa bukak pose sorang2...skang, walaupun aku masak nasi jer (baru semalam) tapi tengok dier makan depan mata aku, hilang sedih tu :)

p/s: hari ni entry berbau makanan..maaf laa kalo aku buat kalian terliur..air liur aku pun menjejeh jugak :P

Monday, August 24, 2009

1st Day puasa...

Ucapkanlah Selamat berpuasa pada aku! Sebab hari ni adalah hari pertama aku puasa..my hubby senyum gembira ada makna :) sebab dapat berbuka bersama2. korang pk aper?..bukan dah 2 hari ker aku berbuka bersama2 dengan dier?hahahaha...x kan tengok sajer kan? aku makan thari dengan Nuha ala kadar ajer..hari sebelum tu, makan nasi putih , ikan masak sambal dan telur dadar jer..pastu semalam, bihun rebus jer pun :P

Hari pertama puasa pegi pasar ramadhan Padang Jawa, beli nasi kerabu + kueh + air tembikai..my hubby pun makan nasi kerabu + pengat pisang + air tebu :)

Hari kedua puasa, pegi pasar ramadhan Sek 18, aku beli nasi ayam ayam panggang + laksam utk my Nuha(last2 aku makan sebab dier x nak , geleng2 kepala) + kuih akok..(eh sayang, memang mcm tu laa rupa akok kelate :P) bleh sayang baca di entry ini :P tapi yang beli semalam kurang sket kekedutannya..i miss akok kedut kat pasar pasir puteh tu :P tapi my hubby x puas hati, terjah plak pasar ramadhan sek 7 tu nak beli lauk utk dier makan sahur lewat malamnya :) pagi tadi aku sahur, nasi putih + telur dadar + kicap..hikss..aku memang x reti tak sahur, my hubby lak x leh sahur sebab nanti dier muntah..pelik kan?so kena sahur sorang2 jer :(

Hari ni nak berbuka aper plak? azam nak turunkan berat badan sket bulan2 pose ni..Insya Allah...

 
Nampaknya bulan2 pose ni bukan "Every night Shall Be Your First " laa yer :P
p/s: Sesiapa berminat untuk mendapatkan Bidadari syurga dengan harga promosi(aku sendirik laa promosi) , sila hubungi aku :)
Untuk lebih lanjut pasal produk ni, klik sini

Harga Promosi  :RM 53.0050.00 
Pembelian kedua : RM 49.00
Self pick up only :)

Friday, August 21, 2009

2 kali setahun kuar tv :)

Datuk ni kuar 2 kali jer setahun kat tv..hikss :P samada nak pose atau nak raya...dari kiter kecik2 sampai dah besar..malam tadi, nuha tengok buat pertama kalinya datuk ni :)
p/s: dier ni pakcik kawan aku...hikss :)
tapi syok jugak dapat kuar tv kan?dari x penah kuar langsung...hihihi
esok dah puasa :) aku x buleh lagik..so, esok mai laa thari umah aku, aku nak buat party ngan nuha..hikss :P

Thursday, August 20, 2009

Pose jangan tak pose :)

Salam semua...
Aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak Majid kepada sahabat taulan tak kira dimana berada..semoga dapat mengharungi cabaran berpuasa kali ni dan dapat menyempurnakan ibadah ini dengan jayanya..Insya Allah..

pose jangan tak pose tau..
solat terawikh jangan dilupakan..
moreh tak per kalo nak lupa..hahahaha 
Baik masak jer dari pegi beli kat Pasar Ramadhan..takut rambang mata..

Bukak puasa tu berpada-pada laa..jangan penuh satu meja....

p/s: kesian my hubby sebab kena berbuka sendirian pada hari pertama puasa..aci tak kalo aku temankan?hihihihi..aku masih lagi blom buleh puasa...sedihnya rasa..

To AG, semoga hang cepat sembuh naa...sian ko, siap jangkit lak dari aku demamnya...huhuhu


p/s: ni gambar aper hah? seingat aku, aku tak penah snap pic ni..tapi tetiba ada dalam hp aku..magis kan? atau ini ilham utk aku buat utk juadah berbuka yang pertama nanti??huhuhuhu

Wednesday, August 19, 2009

MC 2 hari

Aku batuk , demam dan selsema..pegi DE*MC, doc bagi MC 2 hari..nak melompat lebih tinggi saja sebab boleh bersenang-lenang di rumah layan mata TV .kiranya aku bercuti 4 hari laa campur sabtu ahad..Hari ni , kiranya hari Isnin bagi aku..hikss :)

seb baik my Nuha tak terjangkit dek aku....Alhamdulillah....Ingat nak pi antar dier umah pengasuh tapi sian plak, so aku jaga dier laa selagi termampu...buat laa sepah nak, semahunya...Ummi tak sihat ni...aku baring..tengok2 abes kad-kad ATM bersepah, cover kad tesco hilang, duit bersepah2 kat lantai..mainan dier tok sah citer laa..ngan paper lama...mak ai, macam kapal karam umah aku..huhuhu

doc, tambah laa MC saya jadi 4 hari lagik..huhuhu..kalo laa buleh kan..
hari ni aku duk batuk kung kang kung kang lagik kat ofiz..nak makan ubat batuk, kang ada yang high kat ofiz..hikss..my hubby drop aku 640 kat ofiz sebab dier nak guna kereta...huhuhu....ngantuknya kena mangun awal..ok laa..nak sambung buat keja yang tertonggak 12 :P

Friday, August 14, 2009

Kereta nape ko x idop :(

Hari ni nyaris lagi aku bercuti..keta tak mao idop..seb baik Nuha aku dah hantar umah pengasuh..keta aku tak idop tepi umah pengasuh..seb baik Niza amik aku..terima kasih Niza..Terima kasih Ad sebab antar aku ke pomen dan belanja makan ABC+ nasi putih + ikan keli bakar +sayur lemak pucuk paku..wah marbeles..tapi biasalah dasar pelahap..mana nak sempat amik2 gambar kan..hikss
p/s: terima kasih juga kepada kepada yang tolong tolak keta aku-kalo dier baca la...

hari ni aku adalah mood beku...sakit tekak sebab aku abeskan duku yang Raa bagi hari tu..aduhai..nyesal tapi dah kenyang pun...semalam Nuha la buat perangai tak mo tido..huhuhu..
sakit kepala2 aku ni..lagi penat yer jadik suri rumah sepenuh masa ..i tabik spring laa bagi ibu2 hebat kat luar sana tu...

x sangka my nuha pandai sip melalui tumbler tuh..yang biasa dier guna jenis yang tadak straw tu...2 kali cuba terus berjaya...bila cakap pandai, dier tepuk tangan sonok :) Ummi pun tumpang seronok..siap texting my hubby sebab teruja..tengok!! kan dah pandai tu ..aku beli masa tu tengah sale..mana nak dapat rega rm6(kalo x silap) skang..brand anakku laie..aku ckp kat my hubby, standby jer, sebab murah kan..pastu bila tengok Mika minum elok jer dengan straw tu aku test la semalam (yerlaa..banyak masa lapang :P) untuk cerita lebih lanjut klik sini

Happy weekend semua!! Minggu ni ada kawan2 ku nak datang...aku buat nasi ayam jer..cheeh..siap ckp awal2..aku buat mee semua muncung..yer laa..semua perut nasi...hikss...

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)