Showing posts with label my dear hubby. Show all posts
Showing posts with label my dear hubby. Show all posts

Thursday, February 05, 2015

Sambutan hari lahir yang tertunda dan beg kalis air untuk biker

Sambutan Hari Lahir yang tertunda buat 2 chenta hati saya, my hubby dan my Nayla. Sambut kat rumah 4 beranak jer . Petang tu, balik kerja saya singgah kedai kek. Cukup untuk buat anak-anak dan suami bahagia :) Kalau birthday sendiri, sendiri beli kek :p Kesian..hehehe

Kek hari lahir untuk Nayla dan Abahnya

Happy belated birthday sayang dan Nayla..

Jom potong kek pulak..

My Nuha pun nak tumpang potong...

Haruslah mak pun nak tumpang enterframe kan..hehehe


Hadiah untuk birthday boy :p

Beg kalis air sesuai untuk biker. Dulu dapat jacket :p 

Warna Matching dengan warna Bercinta Lantas Merindu. Model beg malu nak enterframe. 
Beg ni RM150 setelah diskaun. 

Ini pun sambutan hari lahir yang tertunda jugak sempena birthday Ad. Lepas Ad balik umrah baru dapat meraikan hari lahir geng pakatan hari lahir. 

Kali ni tuan tanah belanja di Johnny's Restaurant  @ AEON Bukit Raja
Terima kasih Ad belanja kami :) Moga dimurahkan rezeki dan diberi keberkatan umur dan dibawah rahmat Allah dan kasih sayangNya sentiasa..Aamiin..

Gambar kami bertiga, waiter Johnny's Restaurant yang amikkan gambar :) Terima kasih la dik..hehehe

Bestnya makan steamboat, tengok gambar terliur balik..haish...

Ada yang sambut birthday hari ni ? Selamat hari lahir yer :) 

Wednesday, April 09, 2014

Cinta hati terbaru my hubby

Tak sangka , saya dimadukan lagi oleh my hubby...
Nak tengok madu terbaru ?
Jeng jeng jeng...
skrol kebawah yer :)






































































































































































































Ni hah...Cinta hati terbaru dia...LC 135 merangkap hadiah hari lahir tahun depan yer sayang...hehehe
 Plate BMP . Boleh Madu Pulak my hubby cakap. Saya bagi  Bercinta Merindu Pasti :p Ada cadangan lain ? CBR ( Cinta Bersulam Rindu ) dan BLM (Bercinta Lantas Merindu) yang dah ada. Telah Aku Bercinta dah bagi kat ayah  mertua yang courier SkyNet hari tu. 


Lama dah tak bawa motosikal. Saya ada lesen tapi dah berapa tahun tak bawa rasa macam dah tak reti kot. Teringat dulu masa belajar bawa motosikal dengan Abah saya kat padang sekolah rendah saya dulu. Sampai nak langgar pasu kat rumah guru kat situ..hehehe. Saya zaman sekolah tak reti naik motosikal. Selalu tumpang kawan-kawan jer. Lepas SPM baru belajar naik motosikal sebab nak amik lesen motor dan kereta. Lepas pass lesen setelah 2 kali amik, saya memang cuak nak bawak. Sekali kawan saya , Ana yang paksa saya. Dia stop tengah2 jalan dan paksa saya bawa. Lepas tu baru berani saya bawa motor. Tapi kat Shah Alam sekali saya bawa memang tak berani dah la pastu sebab tak reti nak cilok..huhuhu . Nostalgianya...

Korang pandai naik motosikal ? 

p/s :

Berkongsi cinta dengan besi saya rela , tak pun dengan Tiz Zaqyah..hahaha


Friday, January 03, 2014

Nasi Minyak Terengganu Sempena Sambutan Hari Lahir Hubby

Dah lama tak buat nasi minyak. Last dulu tahun 2010 kot buat. Dah ingat-ingat lupa dah macam mana. So semalam google balik resepi yang pernah buat tu. Menjadi jugak tapi terlebih air sket. Dulu buat terkurang air sket. Tu lah dah 4 tahun tak buat. Semalam puasa ganti terasa nak makan nasi minyak.Feeling-feeling bazar Ramadhan last year .



Tengoklah nasi minyaknya. Siap ada warna-warna lagi tak nak kalah. Diganding bersama dengan gulai ayam, acar jelantah dan sambal belacan. My hubby makan siap bertambah so assume menjadi ataupun redha jer isteri masak apa kekdahnya. Amacam terliur tak nasi minyak saya ?


Ni pulak acara wajib tahunan. Tumpang glemer potong kek orang yang dilahirkan awal tahun. Masing-masing lambat nak sambut birthday so tumpang kek my hubby dulu lah jawabnya buat bergambar :) Siap ada tiup lilin lagi tapi my Nuha la yang tukang tiup ...hehehe. My Nayla sembur air liur reti dah .Praktis 8hb nanti yer dik !


Bagi yang nak beli kek di Kings Confectionery dengan harga diskaun boleh apply member kad secara online dan bayar RM5 . Offline takder jual yer.
Klik sini : http://kings.com.my/membercard/

Ada sesiapa yang sambut hari lahir awal tahun ? Cepat tua lah korang yer. lalalalariksss


Beli tupperware dan tupperware harga lelong : klik sini laju-laju
Basuh kereta hari minggu di Tip Top Services Auto Spa@ Seksyen 7, Shah Alam klik sini laju-laju

Thursday, January 02, 2014

Buku Warkah Buat Isteri dan Perfume Versus Versace Hadiah Hari Lahir My Hubby Ke 35

Assalamualaikum Semua. Terlebih dahulu, Selamat Tahun 2014 buat semua pembaca blog elissmie.com. Alhamdulillah masih lagi dipertemukan kita untuk satu lagi lembaran baru kehidupan iaitu 2014.Semoga tahun ini lebih baik dari semalam dan semoga kita semua berada dibawah rahmat Allah dan kasih sayangNya. 

Hari ni 2.1.2014 adalah hari ulangtahun cinta hati saya yang ke 35. Ulang balik ucapan hari lahir dari status facebook.Sebab my hubby tak der facebook . Hadiah untuk hubby tahun ni adalah senaskah buku Warkah Buat Isteri siap tandatangan En Abil lagi dan Perfume Versus Versace. Nak beli buku tersebut boleh dapatkan disini : http://abil4fauziah.blogspot.com/2014/01/warkah-buat-isteri.html

Sayang, Cinta Hati Saya, Mohd Hizaami Harun , Selamat Hari Lahir Yang ke 35. Terima kasih kerana menjadi Abah yang terbaik buat anak-anak kita dan Suami yang terbaik buat saya.Demi Allah, ku menyintaimu sepenuh hati . Semoga tahun 2014 membawa cahaya yang lebih berwarna warni buat kita sekeluarga .Amin ‪#‎harilahir‬ ‪#‎cintahatisaya‬ 


Dan buat benih cinta nombor 1 kami, selamat bersekolah tadika 6 tahun :) Semoga tahun ni lebih banyak catch up dari tahun lepas yang awal tahun dah terpaksa bercuti 2 bulan sebab kelahiran benih cinta nombor 2. Kad birthday dari my Nuha buat Abahnya pilihan dia sendiri . Lepas tu kantoi bagitau Abah sebelum hari jadi. Sabar jer lah.Tak boleh simpan rahsia btol dia ni.hahaha

p/s:

Hari ni my Nuha request nak kek birthday untuk Abahnya. Macam tau-tau ajer masuk bonus hari ni :) Alhamdulillah...


Hari ni ramai ker yang bercuti hantar anak first day sekolah ? 

Jom jana pendapatan sampingan dengan social media #TheNewChurp2

My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef

Friday, August 02, 2013

Pertama kali caesarean 5 tahun yang lalu dan 10 tahun menyintaimu

Hari ni entry jiwang sket . Dedikasi untuk cinta hati saya dan benih cinta yang pertama. Hari ni genap usia my Nuha 5 tahun. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Dan hari ni jugaklah saya dan my hubby melafazkan kata cinta untuk kali pertama.* Blushing


Sayangku Mohd Hizaami, aku akan terus menyintaimu kerana Allah . Semoga kasih sayang antara kita akan berkekalan sampai ke syurga. Bila dapat naik lagi kuda merahmu sebagai hadiah dating anniversary yang ke 10 ini ? ;p Atau sekurang-kurangnya percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands . hahahahaha. Sebut banyak kali dengan harapan bawak la tu dan ayat itu terus bergema dan mengganggu tidurmu :p hahaha


Untuk my Nur Nuha Humayra, semoga menjadi anak yang solehah ( bukan kawan awak tu ) maksud Ummi anak yang selalu dengar kata Ummi dan Abah. Menjadi penyejuk hati Ummi dan Abah. Walaupun awak dah ada adik, kasih sayang Ummi kat awak tak pernah berubah walau seinci. Geram ajer yang ada bila awak kadang-kadang menduga keimanan Ummi. Tapi Ummi tetap anggap awak masih baby Ummi untuk selamanya.Bila Ummi marah, awak pandai pujuk Ummi balik walaupun esok buat lagi perkara sama.Ummi dan Abah sayang awak sampai bila-bila dan harap awak akan dapat jaga adik-adik ( kalau ada rezeki satu lagi) baik-baik . Ummi dan Abah tak kisah awak nak jadi apa, sekejap nak jadi cikgu, jadi doktor, jadi chef ( selalu tengok masterchef sangat :p) dan kadang-kadang nak jadi kanak-kanak ajer tak nak jadi besar sebab takut kena kawen :p Cuma satu ajer pesan Ummi, semoga jadi anak yang berguna untuk masyarakat dan agama. In sha Allah. 

Hari Pertama Dilahirkan


Sambutan Hari Lahir Pertama 2008

Sambutan Hari Lahir Kedua 2010



Tiada sambutan Hari Lahir Ketiga. Masa 2011 ni tak sempat buat sebab tahun tu Ummi berpantang lepas raya sebab ectopic pregnancy. Konon nak buat lepas raya sekali open house.Tapi tak jadi.So ganti tahun 2012 siap tripple celebration lagi :)

Sambut bertiga dulu.2012

Sambutan Hari Lahir Keempat cum open house 2012

Sambutan Hari Lahir Keempat di Taska 2012



Persiapan Hari Lahir Kelima di Taska 2013 malam tadi.




 p/s:

Jap lagi nak pergi cari selipar hari raya. Harap jumpa la yang berkenan.

Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah untuk fakir miskin Kudat Sabah
Bank in kepada : Tuan Haji Md Idris Haji Abdullah  Maybank Berhad 164 098 445 317
Ustaz ni adalah Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM. Dia kata kalau boleh derma RM100 sebab itu jumlah yang dia nak bagi setiap keluarga ( 100 keluarga semuanya) tapi kalau RM1 pun dia terima jer..
email beliau sekiranya sudah memasukkan wang dan cakap untuk tujuan apa ( Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah ) mewakilkan beliau. email  : idris962@salam.uitm.edu.my

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA untuk HARI RAYA nanti , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]

Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu . [ klik laju-laju

Tuesday, May 28, 2013

The ZON Regency Hotel by the sea, Johor Bahru

Korek-korek gambar dalam kamera hubby ni, ada gambar dia outstation ke Johor Bahru bulan Mac hari tu. Ingatkan dia lupa pesanan saya suh amik gambar kat hotel dia menginap masa outstation tu .Jom la kita layan suasana bilik hotel dan fasiliti yang disediakan untuk penginapan beliau selama 2 hari 1 malam di The Zon Regency Hotel by the sea, Johor Bahru. Ianya terletak berhampiran dengan zon bebas cukai Johor Bahru gitu yer.Kalau ikut sure pergi menyopping :p

Bilik Deluxe  from RM163.64++ per night


Bilik air nampak sempit, janji bersih kan.


Tapi ok lah , ada bath tub nak berendam 

Siap ada hair dryer gitu.

Packaging toiletries dia menarik. Ni hubby rembat bawak balik rumah.
 Dah tahu isterinya suka .

Better jangan gatal amik apa-apa kan kat mini bar :p

Ada fridge


Kosong jer pun.

Biasalah kalau dah kerja dalam bidang safety tu, pelan emergency pun dia snap :p keh keh keh . Ampun sayang..

Hotel room key card wall slots

Ada kerusi dan meja untuk santai-santai

Almari ada 3 pintu

Free Wifi. Dah bagi siap-siap username dan password.

Ada LCD 32" TV

Arah qiblat


Nak beli barang hotel tengok harga ni. Teringin selimut hotel tu. Apsal best sangat..hehehe
Tak nampak pulak harga kat sini. Bantal pun dah RM150.


Inilah safety box nyer..

Banyaknya bilik. Tengok info 400 bilik jumlahnya...fuyyooohh

Lobi

Diruang depan bilik hotel

Warna warni bangunan hotelnya yer..

Ini bangunan apa yer....

Pintu masuk

Pintu masuk Kompleks Bebas Cukai JB

Overall my hubby cakap servis hotel ini OK, proses check in dan check outnya pun cepat. Serba serbi elok lah dimata dia yang boleh tahan cerewet tu :p Ampun bangggg.....larikss...
Rating My hubby : 4 bintang per 5 bintang


Korang kalau ke JB , pernah stay hotel mana?

The ZON Regency Hotel by the sea, Johor Bahru
(formerly known as Eden Garden Hotel)
88, Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut
80300 Johor Bahru, Malaysia
Tel: +607 221 9999     Fax: +607 221 5173
Website :http://thezonregencyjohorbahru.com
Review Asia Rooms : Boleh baca kat sini
Review Agoda : Boleh baca kat sini


My Nuha | Aku Bukan Chef

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)