Showing posts with label menu baru pizza hut. Show all posts
Showing posts with label menu baru pizza hut. Show all posts

Friday, July 06, 2012

Hari ni tekak rasa nak makan pizza ! (dah dapat pizzanya :p)






Jom kawan-kawan ! 


p/s:

Maklumat lanjut : klik sini

* Updated 

Tengah hari tadi, saya dan Ad pergi makan pizza di belakang area ofiz ni ajer. Tak lama sangat menunggu. Saya tengok orang yang duduk sebelum kami tak dapat makanan, tapi saya sudah dapat. Rezeki Mak Yong agaknya :)Servis kat sini memang selalu lambat pun.Siap ada yang keluar macam tu ajer sebab waiter tak datang-datang.

Ingatkan banyak menu yang boleh dipilih untuk set RM8.90 , tapi cuma ada  4 pilihan pizza personal pan dan 2 pilihan sandwich sahaja. Side order boleh pilih 3 jenis, fries , breadstick atau mushroom soup ! Kata 16 pilihan, padahal cuma 6 pilihan utama sahaja !Betul-betul, iklan selalu menipu kita , tak sama seperti iklan kat atas ! {boleh rujuk sini}



Iced Lemon Tea

 Pepperoni Delight.
Apsal Super Supreme tak masuk list personal pan erk??


Fries macam kelakar pulak duk macam ni kan :p Kalau letak mayonis sket, mungkin lebih menarik :p
 Caj mahal-mahal katakan ! ( Komen ala-ala juri masterchef gitu :p)

Jumlah : RM10.80 tak termasuk 6% govt tax dan services charge !

Lokasi Pizza Hut : 

Section 7 Shah Alam
No.1, Lot PT1147 Jalan Plumbum 2 7/2,
Seksyen 7, 40100 Shah Alam. 

Korang dah try ke promosi pizza ni ?



p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Monday, May 14, 2012

Menu Baru Pizza Hut,Italian Herb Chicken Chop, Jangan Makan Ketika Tengah Lapar ;p

Ni cerita 2 minggu sudah tak silap. Masa menu baru tu dilancarkan. Minggu tu jugak saya pergi Pizza Hut. Tak silap kebetulan baru dapat gaji :p Masa tu pulak Niza dan Ad cuti. So aktiviti kali ni jalan jalan di elissmie pergi dengan 2 watak baru :p Iaitu Ida dan Kak Su, dua-dua mantan boz saya :)


 

Saya order Italian Herb Chicken Chop. Gravy dia macam dalam mashed potato KFC tu tapi lebih cair sket. Jujur saya cakap, kalau saya pergi tengah lapar memang portion ini tidak mencukupi. Tapi cukup la bagi saya yang tengah berdiet.

Memang berbeza sangat presentation dalam menu :p (memang laa menu tu untuk tujuan ilustrasi sahaja tapi jangan laa bagi harapan palsu :p )


Diorang order Lime Pepper Chicken Chop
Yang ni gravy dia sahaja berbeza dengan saya tapi portion dia tetap sama jugak. 

Kedua -dua menu, RM 14.90 (tidak termasuk tax)


Ice Lemon Tea ( RM3.50)


Section 7 Shah Alam
No.1, Lot PT1147 Jalan Plumbum 2 7/2,
Seksyen 7, 40100 Shah Alam.


Korang dah pernah cuba ke menu baru Pizza Hut ? Makan apa? Komen sket :)


 p/s:

 Menu baru pizza hut yang lain boleh rujuk sini



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)