Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, March 03, 2015

Beli Helmet Kanak-kanak LTD VTEC JUNIOR PINK @ Shah Alam

Sedar tak sedar dah bulan Mac. Lamanya tak update blog. Gatal tangan nak meulis tapi asyik la tergendala.Hari ni nak berkongsi info untuk sesiapa yang mencari helmet untuk kanak-kanak yang susah sangat nak dapat kat sekitar Shah Alam ni. Saya dah masuk lebih kurang 5-6 buah kedai helmet sekitar Shah Alam dan Klang tapi memang menghampakan. Yang ada hanyalah helmet yang tidak mementingkan keselamatan dan tiada cop sirim. My Nuha pulak hari-hari my hubby hantar ke sekolah dengan motosikal. So mesti juga cari helmet yang menepati piawaian ni.


Ini antara contoh helmet yang tiada cop sirim. 

Kemain lagi my Nayla melaram tu dengan topi baru. Ingat nak beli kat dia agaknya.hehehe

Cun kan motor tu. Kaler purple gitu :)

Setelah berpusing-pusing di Shah Alam dan sekitarnya , akhirnya jumpa juga kedai yang jual helmet Kanak-kanak LTD VTEC JUNIOR. Kedai sama sebenarnya beli helmet my Nuha masa tinggal kat Seksyen 6 Shah Alam dulu .Ianya terletak di Seksyen 3, Shah Alam.


 Kedai ni bersebelahan dengan Restoren Tirai Ratus. Lama dah tak pekena Nasi Beriani kat sini .

Pilihan warna helmet yang ada adalah biru, hijau dan pink. Mestilah pink pilihan anak dara mak dara :p Masa beli helmet ni, anak dara tak ikut pergi sekolah. hahaha. Masa ni kitorang cuti untuk spy my Nuha kat sekolah awal sesi persekolahan hari tu. 

Harga yang dicadangkan (Recommended)  pada helmet RM68. Tak silap kitorang dapat RM55 ke RM60 untuk helmet ni.Hilang ingatan sudah.hahaha 



My Nuha melaram dengan topi baru . Masa ni ada latihan taekwando kat sekolah. 


Kalau korang nak beli helmet yang sama, boleh la terjah alamat seperti dibawah yer :) 

  1. T.N Motor
  2. Address: No. 12, Jalan Cendana 3/13B, Shah Alam, Selangor, 40000 Shah Alam


Korang pernah beli helmet kanak-kanak ? 


Wednesday, December 31, 2014

Hotel Super Cowboy, Melaka , Indah Gambar dari Rupa

Penutup tahun 2014 dengan percutian keluarga kami ke Melaka. Sebenarnya, percutian keluarga ini tak dirancang pun sebab esoknya adalah Hari Keluarga ofiz my hubby. So kebetulan alang-alang dah cuti krismas tu, so terus sambung cuti hari Jumaatnya. Ingat nak bertolak awal pagi tapi malam semua pakat tidur lewat , so dalam pukul 11 baru gerak dari rumah. Sampai-sampai dalam pukul 2 lebih. Ngam-ngam soi boleh check in. Jalan agak jam sebab hujan turun sepanjang jalan ke Melaka.


Tapi servis check in memang mengecewakan. Hampir sejam juga baru dapat check in sebab ramai orang. Ada yang datang dengan booking online seperti Agoda tapi nama tak der dalam senarai. Saya buat phone reservation jer, nasib baik nama ada.Nombor booking yang dibaginya pun tak betul. Mula memang nak booking online tapi bila check di Agoda dan Booking, dah penuh pulak tarikh tu.Lagi worst case scenario, kena saman parking lagi depan hotel tu.Patutnya remind la kat pelanggan pasal parking kan. 


First time katakan datang sendiri ke Melaka. Tak sangka hari Sabtu pun kena bayar parking separuh hari. Padahal saya kena beli sebuku buku parking tu RM6 sebab diorang tak jual mengikut jam. Tak tahu la kena kencing ke apa, sebab sebelum tu dia tanya nak berapa jam.Bila tanya sampai pukul berapa nak kena bayar parking, dia cakap tak boleh beli ikut jam pulak. Kedai 24 jam tepi hotel tu. 



Ok. Jom masuk bilik pulak. Gambar hotel dan bilik dah view di Agoda dan Booking.Nampak gambar macam luas gitu. Sekali bila masuk bilik, mak aihhhh keciknya. Saya booking Cheng Ho City View. Harga cuti sekolah RM152 nett tapi kena bayar deposit RM50 ( dipulangkan bila check out).

Jom kita tengok gambar yang ada kat dalam website. Memang indah gambar dari rupa. Semua gambar kredit kepada Hotel Super Cowboy, Melaka  http://hotelsupercowboy.com/rooms.html.

Kemain luas kat depan boleh buat semayang berjemaah lagi.

TV zaman dinosour dalam gambar tapi sebenarnya flat screen . Risau jugak TV zaman dinosour ni sebab lasaknya my Nayla tu.

Siap ada almari bagai ...

Panjang mejanya dalam gambar tuh...

Hakikatnya....

Terpaksa rapatkan katil sebab tak der ruang langsung untuk solat

Lebih kurang 4 kaki jer ruangnya. Kalu tinggi memang tak lepas nak solat. Hubby pun mcm tak lepas nak solat saya tengok..huhuhu..Rasa bersalah sangat rasa booking bilik ni. Kalau tahu amik yang mahal sket janji selesa.

Kemudahan yang ada.

Almari pakaian memang tak der. Just tempat gantung baju jer tak tersnap. Dalam gambar kemain ada almari kau. hahaha

Tengok bahagian depan tu, muat-muat badan jer lalu depan katil. Dalam gambar kemain luas.Memang duk atas katil jer lah.Nasib ada aircond untuk puteri-puteri lilin mak.TV flat skrin. Wifi ada tapi langsung tak boleh connect. 

Breakfast pun tak berapa nak semenggah sangat. Menu asal boleh jer. Ada mee goreng dan nasi goreng. Sosej , roti dan baked bean. Sekian cerita hotel yang tak best tapi cerita JJCM mungkin pengubat percutian ke Melaka hari tu. 

Surat Cinta. Terima kasih Melaka atas memori indah ini. Nasib baik kena bayar RM10 jer .Mungkin sebab bayar awal kot. 

________________________________________________________________________________

MISI BANTUAN BENCANA BANJIR MUSLIM CARE FASA 2  @ Kompleks Darul Thibbun Nabawi, Seksyen 8, Shah Alam

Setelah tamatnya Bantuan Bencana Banjir fasa pertama, hari ini kami melancarkan Bantuan Banjir Fasa kedua yang memfokuskan pembangunan semula dan pemulihan harta benda yang musnah semasa bencana.
Untuk fasa kedua, kami sangat-sangat memerlukan tenaga sukarelawan bagi melancarkan misi bantuan bencana banjir ini untuk dihantar ke lokasi bencana bagi menjalankan kerja-kerja seperti:
1. Pembersihan
2. Membaik pulih kerosakan
3. Pengagihan bantuan
4. Pembinaan semula
5. Dan apa-apa tugas dari masa ke semasa
Kepada yang berminat, berikut adalah jadual Perlepasan sukarelawan untuk misi fasa kedua ini:
Team Ke-2: 5-7hb Januari 2015
Team Ke-3: 7-9hb Januari 2015
T̶e̶a̶m̶ ̶K̶e̶-̶4̶:̶ ̶9̶-̶1̶1̶h̶b̶ ̶J̶a̶n̶u̶a̶r̶i̶ ̶2̶0̶1̶5̶ (SUDAH PENUH)
Bertolak dari Pusat Operasi kami di Thibbun Nabawi, Seksyen 8, Shah Alam tepat jam 9pm pada tarikh yang telah ditetapkan.
Pengangkutan, penginapan dan makan disediakan. Sila bawa pakaian yang sesuai untuk kerja2 mencuci. Digalakkan membawa kasut getah (Rubber boot).
Sumbangan barangan bagi kerja-kerja pembersihan juga diperlukan dan kami menerima barangan seperti senarai ini sahaja dipusat operasi kami, iaitu:
- WANG TUNAI
- WATER JET
- PERALATAN MENCUCI
- WATER PUMP
- HOSE
- TIKAR LIPAT
- PENYODOK TANAH
- PENYAPU BERUS DLL
- GENERATOR SET
- GAS MASAK
- DAPUR GAS
Semua barangan boleh boleh dihantar ke Pusat Operasi kami di:
Kompleks Darul Thibbun Nabawi
Jalan Tebing 8/8, Seksyen 8,
40000 Shah Alam, Selangor
GPS: http://bit.ly/1B592fY
Wang tunai boleh disalurkan kedalam akaun kami seperti berikut:
Maybank Account:
564490413882 Muslim Care Malaysia
RHB Account:
26-2120-0000-4747 Muslim Care
Bank Muamalat Account:
14010007654717 Muslim Care Malaysia
Bank Islam:
14014010147470 Muslim Care Malaysia
14032010093666 Muslim Care Malaysia
ataupun sumbangan online di http://www.muslimcare.org.my/derma/
Maklumkan tujuan sumbangan anda di talian berikut:
Abdul Razak Mohamed: 011-1571-1581
Amina Tahir 019-860-1837

Mohon rakan blog untuk viralkan post ini. Mereka mengharapkan sumbangan orang ramai untuk meringankan beban mangsa bencana banjir ini.Sumbangan masih boleh dihantar sehingga pemberitahuan kelak. 


Wednesday, April 25, 2012

Doktor suruh saya kurangkan berat badan, cis !

Minggu lepas, saya ke hospital berbayar, sebab batuk dan makan ubat batuk buat kepala pening sepanjang hari minggu lepas tu .Batuk masih lagi duk ada sebab malas makan ubat yang buat pening tu. Lepas tu saya tanya sekalilah doktor tu , pasal apa tumit kaki saya sakit sejak akhir-akhir ni.


 Dia senyum, sambil cakap, cuba kurangkan berat badan. Ok, ada satu penghinaan disitu. Katanya penyakit yang saya alami tu dinamakan PLANTAR FASCIITIS (kalau planta taruk atas roti, tahulah saya) . Katanya, ia boleh menyerang kedua-dua belah kaki tapi sebelah pun boleh jadi sebab struktur badan kita tak sama katanya.Terus semangat nak diet ni . Mulai semalam, dah tak sentuh nasi .Kuatkan semangatku Ya Allah . Tapi malam ni dah janji dengan my hubby nak masakkan gulai ayam style terengganu tu lah pulak .


Malam tadi, hubby belikan tempe goreng (untuk awet muda katanya ) , karipap dan cucur udang.Saya buat roti goreng bawang lada (resepi  disini)untuk makan malam.Dan kalau saya, mesti nak ada sayur sket dalam hidangan, even timun dan salad . Balik nanti kena kayuh kuda oren saya yang dah lama tak bergerak kat bilik belakang tu.


Ni ada info sket pasal Plantar fasciitis yang saya jumpa untuk dikongsikan :-

* Plantar fasciitis juga boleh terjadi pada seseorang yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah seperti berlari.

Rawatan untuk plantar fasciitis ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu fiber.


  • Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot. - dah lama saya berehat dari berjogging ni :p
  •  

  • Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.- balik nanti boleh cuba, buat masa ni saya pakai selipar dalam rumah
  •  


  • Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.- patutlah dah lama tak buat senaman ni


  • Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.- doktor tak bagi apa2 ubat pun


  • Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan. - kena beli kasut comfit lah pulak macam mengandung lepas ni



  • Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan. - masalahnya tak main sukan pun ni :p


  • Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur. - boleh ker ai tumpang letak kaki ai atas kaki you malam ni yang ;p

  • sumber : sini


     Korang pernah ke sakit tumit ? Boleh cuba la kurangkan berat badan jugak :p lalariksss



    Monday, April 02, 2012

    Pusat Latihan Kampung Gajah UiTM ala2 Hotel Budget dah..

    Selamat Hari Isnin semua :) Mulakan pagi dengan ceria. Hampir semua motivator cakap macam tu kot. Semalam, me baru balik dari Pusat Latihan Kampung Gajah UiTM. Suasana kekampungan menggamit kerinduan pada kampung halaman.Tapi kampung me tak der tinggalan lombong bijih jer la :p



    Kitorang gerak sana petang Jumaat. Sampai dalam pukul 7 macam tu (4 jam perjalanan) naik bas. Jom kita tengok  Pusat Latihan Kampung Gajah UiTM tu. Kali terakhir me pergi masa induksi dulu. Kali ni, kitorang ditempatkan dibangunan baru.



    Kemudahan baru blok penginapan (twin sharing) untuk 280 orang, Dewan Seminar bagi 100 orang dua unit, Bilik LDK, Makmal Komputer serta Dewan Bankuet bagi 400 orang dan ruang tempat letak kereta yang luas adalah antara lanskap baru di Pusat Latihan


    Ni permandangan dari luar. credit here

    Jom kita masuk dalam bilik pulak yer :)

    Me dapat bilik single dua katil. Me share dengan Ad.

    Empuk tilam dan bantalnya tapi aircond mula2 tu tak berapa nak kuat .Lepas tu ok jer :)

    Ni model tidak berbayar :p Siap dapat meja study gitu.

    Toilet pun selesa dan bersih. Ada pemanas air jugak !


    Cubaan ber "Uncle Gedek" ;p

    Almari ada 3 pintu.





    Kalau datang bawak suami ker  isteri ker, boleh la amik bilik Suite .

    Ok, jom tengok tempat mengisi perut selama 6 kali sehari ok :p Tengok jadual laa..hehehe



    Bersih dewan makan dia  :)

    Makanan ala buffet yang banyak pilihan..

    Ni menu hari pertama. Siakap goreng cicah air asam memang sedap :p


    Overal boleh bagi rating 4/5 bintang untuk hotel budget :p Tapi kalau ada tambahan TV lagi bagus. Free wifi ada tapi kat dalam bilik seminar ajer. Dalam bilik tak dapat pulak.

    p/s:

    Kalau korang nak buat kursus ofiz korang kat sini pun boleh tau. Bukan staf UiTM saja. Organisasi luar pun dialu-alukan . Dan bayaran amat berpatutan :p

    Untuk permohonan tempahan/ pertanyaan sila berhubung dengan :

    Cik Norashilawati bt Ghazali Pegawai Khidmat Pelanggan
    Email :norashilawati@salam.uitm.edu.my
    Tel : 05-361 6200 / 6333 / 6400 Faks : 05-361 6270
    Laman Web : http://pendaftar.uitm.edu.my/latihan 


    Monday, February 20, 2012

    Sengkuang calit, makanan nostalgia kanak-kanak korang ker?

    Last week, masa kitorang pergi Uptown Danau Kota ternampak gerai orang Sengkuang Calit.Teringat pulak entry CikLilyPutih pasal makanan ni. Sebenarnya, hari tu dah nampak kat Uptown Shah Alam tapi tak terasa nak mencubanya sebab masih kenyang lagi. My Long yang sebenarnya belikan. Lepas tu me cubalah merasanya.Memang sedap jugak dan pedas-pedas sket kuah kacangnya tu. Siap beli lagi satu lepas tuh.
    Sengkuang dikatakan baik untuk mengatasi demam panas, meredakan demam mampu mengubati selesema dan batuk. Ia juga melawaskan buang air kecil, penawar demam kuning dan juga gout. Elok juga untuk berdiet dan kulit jadi halus.

    Model Sengkuang Calit ;p


    Old Time Sengkuang

    Sedang dipotong

    Sedia untuk dimakan


    RM 1.50 biasa, RM 2.00 special


    p/s:


    Sengkuang calit bukan makanan nostalgia kanak-kanak me lah.Tak pernah jumpa pun. Makanan nostalgia zaman kanak-kanak me dulu yang me suka adalah aiskrim Malaysia, sagun, dan satay ikan. [Siap mengidam lagi dulu nak makan masa pregnantkan Nuha ;p] 



    Monday, January 16, 2012

    Kad Touch N Go hilang ? Apa nak buat ?

    Me hilang kad selepas register my Nuha ke taska. Yang cuaknya bila dah masuk lorong touch n go baru tersedar kad tu dah terjatuh. Terus reverse kereta masuk lane tunai. Maaf yer orang belakang :p Mula-mula sila bertenang bila tahu kad touch n go hilang. Geledah-geledah bawah seat. Tak der. Confirm jatuh !! Alamak ! Tak boleh bertenang. SMS sana sini :p Punca tak boleh bertenang adalah kerana my hubby baru top up RM100 sebelum kad itu hilang. Sayang lah. Balance ada dalam RM130++. Boleh bayar tol balik Terengganu gitu kekdahnya. Hubby suh call service centre Touch N Go. So balik rumah cepat-cepat bukak laptop dan masuk website touch n go .Sekali ternampak e-customer service touch n go .  

    Aduan kehilangan/ Maklumbalas/Pertanyaan Touch N Go : Klik kat sini untuk maklumat lanjut

    Bila dah isi tu cuak jugak la kan sebabnya tak dapat apa-apa maklumbalas on the spot. Esoknya , bukak email dapat email ni.Rupanya dalam masa setengah jam diorang reply aduan kehilangan me tu. Lega sket la sebab rugi RM10 ajer untuk yuran pemprosesan dari rugi habis kan.




    Kata dalam masa sebulan kan baru dapat , tapi rupanya bila check dalam akaun dah dapat refundnya lebih kurang 10 hari daripada tarikh email tu.





    Syabas dan tahniah buat customer service Touch N Go yang memberikan servis yang terbaik!





    Korang pernah ke hilang kad Touch N Go ?




    p/s: 

    Nak selamat silalah register online kad Touch N Go korang yer sebab kalo tak diorang susah nak bagi refund kalo tak der no MFG touch n go tu.
    Kalo register sekarang sehingga 5 Feb 2012, mungkin dapat hadiah lebih RM150K gitu !!

    * Link Updated on 27/4/2017

    Tuesday, January 10, 2012

    Tukar Syiling @ Tesco dengan Voucher

    Last friday, kitorang mencuci mata kat Tesco Extra Shah Alam. Perabiskan saki baki duit gaji yang ada :p Tiba-tiba me terpandang satu mesin yang membolehkan korang menukar syiling korang dengan voucher Tesco.Tapi tak tahu la semua Tesco dah ada ke belum mesin ni.


    True Match Roll’On foundation L’Oreal Paris, korang dah try ? Klik sini




    Inilah rupa mesin yang menukar syiling korang kepada voucher Tesco tu.







    Syiling me kat ofiz ni kalo ditukar dapat berapa ringgit lah agaknya yer ? :p


    Jangan lepaskan tawaran Milkadeal, RM48 untuk rawatan di spa, sapa nak bagi. Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 



    Korang pernah guna ke mesin ni?

     p/s:
    Ilmu itu ibarat cahaya, & cahaya takkan masuk ke hati yg gelap! Justeru, mari kita gilap & cuci hati agar mudah tarik hidayah Allah, suka belajar, mudah faham, kuat ingatan, mudah buat keputusan, sangka baik & bertindak ikut hukum Allah. Spt biasa kita cuci hati dgn jaga solat 5 waktu, solat taubat, istighfar 100X sehari, maafkan org, mohon maaf tiap hari, ingat mati, bersedekah, berdakwah setakat kemampuan, elak siksa binatang spt kurung burung dlm sangkar, beri org makan, berkawan dgn alim ulama' & org2 positif, & bayangkan hari ini mungkin hari kita terakhir... Wassalam & kongsikan. - Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (via fb)
    p/s:


    Suami adalah pelindung isteri..jika isteri tuan2 ditangkap buaya, sanggupkah tuan terjun berlawan dgn buaya tersebut utk selamatkan nyawa isteri tuan2? - Ustaz Azhar Idrus ( via fb )



    Wednesday, October 19, 2011

    Kehamilan Luar Rahim , ramai yang tak ambil peduli ?

    Rata- rata kawan-kawan yang me jumpa tidak pernah tahu pasal Kehamilan Luar Rahim.Hari ni me terpanggil nak berkongsi dengan korang tentang bahayanya Kehamilan Luar Rahim. Sebenarnya me pun memang tak pernah ambil peduli pasal Kehamilan Luar Rahim sebelum ini sehingga ianya terjadi pada diri sendiri dan membuatkan me rasa sedikit kecewa tidak tahu mengenainya terlebih awal.

    Kandungan luar rahim atau kehamilan ektopia (bahasa Inggeris: ectopic pregnancy) terjadi apabila hasil persenyawaan, atau zigot, tertanam di kawasan luar rahim seperti di tiub Fallopio, ovari ataupun di dalam ruang abdomen. Zigot yang tertanam di pangkal rahim (serviks) juga dikira sebagai kandungan luar rahim. source : here




    Tanda-tanda Kehamilan Luar Rahim sebenarnya agak sama dengan kehamilan biasa menyebabkan ramai wanita tidak begitu ambil peduli dan menganggap ia sesuatu yang remeh. Tanda-tandanya ialah:
    • Haid yang lambat
    • Pendarahan kecil selalunya berwarna coklat.
    • Ujian kehamilan positif
    • Pening-pening
    • Sakit pada bahagian bawah perut
    • Sakit pada bahu
    • Sakit yang tajam menikam adalah tanda serius yang boleh menunjukkan yang anda mengalami kandungan luar rahim.
      Sekiranya gejala begini berlaku, korang kena cepat-cepat berjumpa dengan doktor secepat mungkin sebab Kehamilan Luar Rahim boleh menyebabkan kehilangan nyawa jika tidak dirawat dengan kadar segera.

      Sumber :Sini


      Antara risiko dan penyebab mengandung luar rahim ialah :-

      1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.

      2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.

      3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.

      4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan.

      5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.

      6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.

      7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.

      Sumber : Sini

      Kat bawah ni me cerita mengikut pengalaman me pulak.

      Sebenarnya me lambat tahu me pregnant dan memang masa tu tengah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan zuriat yang kedua .Pada minggu ke 6 baru me positif mengandung iaitu minggu kita semua sibuk nak balik beraya. Hari sabtu me gerak balik terengganu dan sepanjang di terengganu me sudah rasa sakit bahu dan sakit belakang seperti nak period tu .Ingatkan sebab me travel terlalu lama dan jauh yang menyebabkan me sakit macam tu. Selepas habis beraya, me pulang ke terengganu sehari awal dari hari bekerja. Pada malam sebelum me kena admit kat wad, me rasa sakit perut macam nak buang air besar, tapi tak pun. Sakit dia memulas-mulas macam kita nak beranak tu. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya. Doktor mula-mula suspek appendiks. Bagi yang pernah kena appendiks, korang tahu la macam mana sakit dia.Hari ketiga di hospital keluar sedikit pendarahan, memang sket sangat lah. Lepas me discharge, esoknya me dapat tanda berikut yang sebenarnya tiub fallopio me dah pecah :-
      • Pitam
      • Pening kepala
      • Denyutan nadi yang laju
      • Tekanan darah yang rendah
      • Sakit pada bahagian bahu (kerana pendarahan di dalam abdomen mengganggu saraf phrenic yang terletak pada diafragma)
      Tiub fallopio me akhirnya telah dibuang disebelah kanan setelah menjalani pembedahan selama 4 jam dan kehilangan darah sehingga 1800 ml. Kalaulah me lambat tiba dihospital, mungkin me sudah tidak dapat peluang lagi untuk menulis dan berkongsi pengalaman dengan korang semua. Innalillahiwainnailaihirojiun....



      Pesanan buat rakan-rakan yang sedang berusaha mendapatkan baby, bila ajer korang buat ujian air kencing dan disahkan positif hamil, plz plz plz cepat-cepat jumpa pakar sakit puan untuk sahkan kandungan korang samada diluar atau didalam rahim.

      Rawatan

      Sekiranya dikesan peringkat awal, rawatan adalah mudah. Ubat yang dinamakan methotrexate akan disuntik ke dalam karung untuk mencairkannya dan membiarkan badan menyerap kandungan tersebut secara semulajadi. Tapi sekiranya kandungan sudah terlalu besar, pembedahan membuang kandungan ini akan dilakukan. Amat penting adalah wanita perlu mendapatkan rawatan serta-merta kerana sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.



      Tuesday, October 18, 2011

      Bagaimana mengira kelayakan pembiayaan peribadi ?

      Sebelum ni me tak pernah pun nak buat pembiayaan peribadi atau pun nak pinjam ah long so tak berapa tahu la bagaimana nak kira kelayakan pembiayaan peribadi tu. Semalam, me singgah kat bank rakyat dan tanya bagaimana untuk mengira kelayakan pembiayaan peribadi.So, ilmu yang sedikit ni, boleh laa dikongsi bersama.Kata sharing is caring.


      1) Mula-mula, kira dahulu gaji pokok termasuk semua elaun yang korang dapat. Bagi sektor kerajaan, ada imbuhan tetap khidmat awam, imbuhan tetap perumahan dan bantuan sara hidup. Total ni me namakan sebagai [A].


      Contoh :

      Gaji Pokok 3540.12
      Imbuhan tetap perumahan 180.00
      bantuan sara hidup 300.00
      imbuhan tetap khidmat awam 160.00

      A = 4180.12


      2) Totalkan semua potongan yang ada dalam slip gaji terkini korang contohnya potongan PPTN, zakat , tabung haji , bayaran kereta.Total ni me namakan sebagai [B].

      PPTN 150
      Perumahan 800
      Kereta 700
      Tabung Haji 200

      B = 1850

      3) So, kelayakan pembiayaan peribadi korang adalah :- (A * 60% ) - B

      Contoh : ( 4180.12* 60% )- 1850

      C= 658.072 sebulan boleh dipotong dari gaji korang.

      4) Jom tengok jadual pembayaran balik (boleh dapatkan kat bank)  , tengok jumlah korang nak pinjam, katakan korang nak pinjam RM30,000. Tengok jumlah kelayakan yang rendah/sama la dengan kelayakan korang dapat tadi seperti C.

      Ikut jadual ni, RM607 selama 5 tahun ( 60 bulan ) .


      5) Nak tahu maksimum korang boleh pinjam pulak,tengok kat bahagian 20 tahun dan nilai yang hampir dengan jumlah kelayakan korang.Ikut jadual ni, RM655 selama 20 tahun ( 240 bulan ) dan pinjaman bernilai RM77,000.




      Faham ker tak faham ? Kalo tak faham korang boleh la faks sahaja slip gaji korang kepada bank yang korang berminat nak buat pembiayaan peribadi tu, lagi mudah. Tunggu ajer jawapan dari diorang..hehehehe


      Korang pernah buat pembiayaan peribadi ??






       p/s:

      Moga impian my hubby tercapai lah nak pakai motor idaman hatinya tu dan buat keputusan yang tepat samaada Kawasaki Ninja 250 SE atau Honda CBR :)

      p/s: 

      Tak sabar tunggu cek sampai, Insya Allah, minggu depan dah boleh kunci rumah. 
      Ya Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini....




       

      Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)