Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Deng deng deng, Aladdin ...Naik Motor Tak ada Lesen....

Hari ni lambat sket baru ngadap blog. Entry auto published dah abes :p Hari ni, ada tazkirah pulak pasal akidah.Ramai rupanya orang memohon untuk murtad. Nauzubillahiminzalik.Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan tersebut kan..

Antara kata-kata yang boleh memesongkan akidah :-


"Zaman Nabi dulu tak der Gillette tu pasal nabi bela janggut "

"Hukum Hudud tak boleh dijalankan nanti ramai orang yang kudung dan tak der batu nak buat jalan "

Ingat, dengan kata-kata sindiran sahaja pun boleh memesongkan akidah, bukan pengikut Ayah Pin sahaja tau!


Renung-renungkan dan selamat beramal :) 

 

Entry hari ini diakhiri dengan ustazah kenit tengah solat :)
Moga jadi anak yang seolehah yer sayang :)



Siapa nak buat calon menantu ni ???

eh lupa cakap...Budak kecik ni la nyanyi Deng deng deng, Aladdin ...Naik Motor Tak ada Lesen....

tapi versi dia

Deng deng deng, Aladi...Naik Motor Tak ada Lesen....bla bla bla( aku pun tak faham ;p )


p/s:


Hari ni tengah hari ada orang nak belanja..Biasalah, pakatan hari jadi kan :) Setiap tahun pasti ada..Apapun, happy bitrhday Niza the Kancil Biru !!! Tq in advance dear :)


p/s: 


Tq pada Niz sebab tak lupa bagi aku ole-ole dari Sabah secara paksa :p FM tu :) hahahaha.
Maklumlah boz tak bagi aku ikut korang hari tu ke Sabah tu kan. :p
 Dan Kuih Cincin yang dah tinggal serdak baru teringat nak snap..hehehe

p/s:

Entah bila dapat pergi ke Sabah..Dalam mimpi ajer kalo nak pergi free-free :p Apa pun tak boleh !!Apa pun tak boleh !!


Welcome to FM Family, FM Sabah :)

p/s:

Selamat berhujung minggu !!


Tuesday, April 19, 2011

Itik Panggang Halal ada dijual di Shah Alam ? | Restoren Mohd Chan

Selalu tengok jalan-jalan cari makan versi cina, Ho Chak, mesti terliur bila diorang makan Itik Panggang. Kali ni, semuanya tidak lagi jadi masalah buat aku sebabnya, kat Shah Alam, sudah ada cawangan Restoren Mohd Chan Abdullah. Phewwwittttt :) Dah lama teringin nak makan chinese style cuisine yang HALAL ni!! Selalu duk tengok orang ajer makan kan.


Mula-mula,kita tengok dulu penaja makanan malam itu :) Terima kasih Longs !


Makanan adalah untuk 4 orang dewasa dan 1 orang kanak-kanak kuat makan :)



Menu yang ada..Ikut hati nak try semua..jakunss kata kau !!


Deko dia, simple dan menarik.



Ada wallpaper tulisan cina, Oli tolong bacakan :) Tak faham maaa :p

Jom tengok apa yang kami order :-

Pau pembuka selera :p Kak Long ngan My Nuha ajer makan :p

Ni yang paling dicari-cari , Itik Panggang .
Lembut gila daging dia. Kulit garing..perghhhh...Boleh order lagi lain kali..


Ketam Masak Sos Spesial. Syok habes ni, meleleh air liur kalo tengok gambar.Makan apa tah lagi...

Baby Kailan dengan Sos Tiram. Sayur menu wajib :)


Stim Taufu yang disiram dengan kicap cair kot :p



Ni kak long punya...

Ni den punya :)

Makanan kat atas + Air Teh Cina + Air Longan + Limau Asam Boi + Apple Asam Boi

Semua sekali RM 104.00 sahaja.. Murah jugak kan ??





Venue : Malaysia Restoran Makanan Cina Muslim | Restoran Mohd Chan Abdullah
Lokasi : Seksyen 15, tapak Public Bank lama..
Maklumat lanjut : http://www.mohdchan.com.my/


Korang suka makan makanan style cina ???

p/s :

Semua gambar using my C3 :)



p/s:

Tq pada Mama Aimy, dah terima FM Singapore sebab berjaya teka teka-teki itu  :)

Monday, April 04, 2011

Dimana korang selalu servis kereta?


Selamat Pagi Isnin. Nyaman jer harini.Sebab ada titisan hujan membasahi bumi pagi ini.Selamat bekerja semua !!

Hari ni, nak berkongsi sesuatu dengan korang semua. Servis Kereta ? Dimana korang selalu Servis Kereta ?
Cinta Bersulam Rindu (CBR) aku servis di Castrol Auto Service, Definite Power Services Sdn Bhd Seksyen 7, Shah Alam.Lokasinya,mudah ajer, sebelah ajer I-City Shah Alam tu.

Castrol Auto Service, Definite Power Services Sdn Bhd

Kelebihan servis kereta kat Castrol Auto Service, kali kelima kita servis, kita akan dapat pelincir secara PERCUMA dengan syarat guna jenama yang sama setiap kali servis lah..Oh, hari tu dah kali kelima Cinta Bersulam Rindu servis tau dan dapatlah percuma tu...



Ini kad untuk melayakkan korang dapat percuma pelincir 4 Liter Castrol Magnatec untuk kali ke-5. Servis kali kedua, dapat 15% off untuk Castrol Magnatec dan kali ketiga dapat 50% off untuk alignment atau balancing.


 Ini jenama pelincir yang aku guna tu, Castrol Magnatec.

Siap ada laluan kuning untuk keselamatan..


Inilah laluan kuning yang dimaksudkan...


Fire extinguisher pun ada untuk langkah keselamatan...



Penunjuk arah pun ada...


Personally, kat servis centre ni, Harganya berpatutan, Layanan yang mesra, tempat servis yang mengamalkan 5S dan Keselamatan diutamakan. Maklumlah, my hubby kan kerja dalam bahagian safety, so segala mak nenek safety dia nampak ok :p

p/s:

Ini bukan iklan berbayar tapi berbaloi kan jika servis yang baik dapat dikongsi dan  disebarkan kepada korang,maklumlah melayu Islam pulak tu.


p/s:

Kereta dah servis sayang , jom kita balik kampung !! hehehe :p

p/s:


Terima kasih Shoutbox sebab bagi Voucher KFC/Pizza Hut RM10 sebab jawab survey tempohari...

Friday, March 25, 2011

Buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman Edisi Kedekut,Eh Edisi Jimat

Hari tu ada jualan buku seperti yang digembar gembur oleh Niza hari tu seperti disini tapi sebab aku tadak duit time tu , so aku pejamkan mata ajer lah kan. Sebab nak tunggu gaji dan boleh beli kat lain kan. Hari ni, singgah kat Kedai Buku UiTM , sekali terjumpa buku yang sama ..Belek-belek...Ingat nak beli dah, sekali nampak pulak jenis satu lagi, yang bertulis Edisi Jimat. So, terus pergi bayarkan. Dah call mak mertua cakap nak pos tapi alamat lupa pulak.Padahal, nak baca dulu.Isnin lah yer mak eliss pos..Keji tak? Muahahaha.

RM18.00

Beza dia dengan Buku Travelog Haji  tu yang seperti Niza beli ni , ianya ada CD. So aku beli takder CD.

RM29.00
Aku tak sabar nak baca sebab mak mertua aku dah cerita dah serba sedikit pasal buku ni kat aku :) Dia baca buku kawan sebilik dia masa mengerjakan haji hari tu...Biar menginsafi diri sket kan baca buku-buku macam ni...

Kalo nak beli online pun boleh, boleh klik sini laju-laju...


Satu lagi yang aku teringin nak beli sebab ada orang cakap siap meleleh air mata membacanya adalah Travelog Dakwah Meniti Hari Esok. Mungkin bulan depan lah :)




Kalo nak beli online pun boleh, boleh klik sini laju-laju...

Korang dah pernah baca buku-buku ni ?

p/s:

Prof Dr Muhd Kamil ni pensyarah UiTM Johor :)

Thursday, March 24, 2011

Jangan tersalah pilih program untuk elak permohonan ke IPT ditolak..

Result SPM dah keluar kan semalam. Tahniah buat dua anak buah yang menduduki SPM. Tak kisah dapat berapa dan jangan ingat kalo result tu teruk adalah pengakhiran sebuah kehidupan.Jauh lagi perjalanan yang kena tempuh tu.

Aku bukan pelajar cemerlang sekolah jugak masa SPM tu tapi still dapat pangkat 1 lah dan layak ke IPTA walaupun UiTM jer..Tapi UiTM jer pun, dapat jugak masuk universiti kan..

Korang tahu tak program apa yang korang nak pilih masa buat pilihan program atau kos ke IPTA/kolej/IPTS dulu? Atau korang main taram ajer nak kos apa, last-last tak dapat pun kos yang korang nak tu...

Ada jugak, dah pilih-pilih program dan dapat masuk IPTA/kolej/IPTS tiba-tiba kos/program yang dipilih tu tak sesuai dengan jiwa.Belajar separuh kena tendang, atau pun diberhentikan.Susah kan??






Sekarang ni macam-macam medium ada, contoh kat UiTM sendiri ada Ekspo Selangkah ke UiTM.Korang boleh tanya prospek kerja dan sebagainya kepada orang yang jaga booth tu. Kalo dulu, aku dah la kat kampung sana tu, nak pergi event2 macam tu tak tahulah ada ker tak. Nasib baik aku ada idola, so tahu lah nak pilih kos apa. Aku memang minat mengadap komputer masa tingkatan 1 lagi sebab admire dengan Cikgu Zainab yang ngajar aku subjek komputer masa tu. Terima Kasih cikgu, dirimu sumber inspirasi ku :)

So, bila isi borang, program pilihan pertama aku adalah DIPLOMA SAINS KOMPUTER :) dan grad dengan bintang * kat tepi nama buku konvo :) Lepas tu sambung ijazah, IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN SISTEM. Tak jadi jurutera tak per lah, janji kos aku ada iras-iras jurutera gitu..hikss :p

Sekarang ni, siap ada sistem untuk cek kelayakan program apa yang korang layak pilih berdasarkan keputusan SPM/STPM/Matrikulasi  korang untuk ke IPTA...

Untuk semakan, Program apa yang anda layak untuk ke IPTA boleh klik sini laju-laju...
Cara-cara nak guna sistem, boleh rujuk sini laju-laju...

Ni kos yang aku layak pilih jika SPM dengan 10A+ dulu :p
Nyesal pulak tak belajar sungguh-sungguh :p

Mudah sungguh kan ...Terima kasih kepada developer sistem ni !!


p/s:

Terkenang-kenang SPM 99...


Wednesday, March 23, 2011

Mana nak cari rumah untuk dijual?

Masih lagi berkisar tentang Misi Pencarian Rumah.Hari tu ada orang tanya kat mana aku cari iklan untuk rumah untuk dijual.

Cara pertama adalah melalui laman web, kemudian aku pergi survey2 kawasan tu. Kalo dah tahu kat mana kawasan tu, aku call lah agen untuk tengok rumah.

Cara kedua adalah pergi terus ke kawasan yang kita nak tu, dan tengok rumah-rumah kat situ. Untung-untung ada ditampal nombor telefon agen pada pagar rumah untuk dijual tu.Satu kelebihan sebab kita dah tahu condition luar rumah tu. Kalo luar reput, kat dalam apa tah lagi kan :p

Cara ketiga adalah lihat iklan yang ditampal pada pokok,tiang lampu ataupun dalam surat khabar.




Ni aku senaraikan antara laman web yang aku prefer cari rumah untuk dijual. Sebab paling utama, mungkin sebab search button dia menyenangkan kerja aku .

1) Mudah.Com
Link : http://www.mudah.my/Selangor/for-sale
Enjin carian / Search engine :


2) iproperty.com


Link : http://www.iproperty.com.my/
Enjin carian / Search engine :



2) Hartanah.net

Link :http://www.hartanah.net/
Enjin carian / Search engine :



p/s:

Korang ada tambahan tak untuk laman web yang boleh aku terjah untuk mencari rumah untuk dijual??Cer citer..cer citer :p

Tuesday, March 22, 2011

Korang tahu tak cara masak kari ayam dengan cepat ??

Ok, bertemu lagi dalam segmen masak-masak di elissmie.com :p Poyo tak ? hahaha.
Hari ni, tak kira.Nak cerita pasal makanan jugak.Keji tak? Mentang-mentang dah habis ganti puasa, mulalah nak tunjuk gambar makanan lebih-lebih.

Berbalik pada persoalan aku tadi. Korang tahu tak cara masak kari ayam dengan cepat ?? Meh nak tunjuk satu magik...


Tadaaa...............



Memang mudah !
Cuma panaskan selama 5 minit, dan Kari Ayam Dengan Ubi Kentang milik anda :p
Keji tak ? Hasilnya lupa plak aku nak snap. Setakat dua orang makan boleh lah :)
Recommended !

p/s:

Ni hubby belikan.Mungkin dia tahu, isteri dia buat kari tak rasa kari tapi macam gulai :p


Dekat dalam laci kat dapur, ada lagi 2 magik yang belum sempat aku try ni yang mana expired adalah bulan 5/ 7...Better try sebelum expired ni :) Korang dah pernah try tak produk magik macam ni ? Aku sebenarnya jarang nak guna magik2 ni sebab aku rasa aku masak lagi sedap..hahahahahahaha. Siapa lagi nak puji kalo tak aku kan?? Korang layankan ajer lah :p 



Masak Lemak Cili Padi Alif
Beli dulu konon nak masak masa percutian tahun lepas kat Pangkor tu :p

Perencah Beriani Arab dari Slera...

Yang ni Long aku dapat masa hari keluarga Felda,sebab ni anak syarikat Felda tak silap aku lah...



Nanti bila dah buat aku tunjukkan hasilnya yer :)

Korang ada guna magik tak kat dapur???



Friday, March 18, 2011

Tirai Ratus,Nasi Bariani Mohd Shah Batu Pahat pulak, korang pernah dengar tak?

Kalo hujung minggu, memang mood nak memasak merudum teruk lah kan. Korang macam mana ? Jom sayang makan kat luar . Memula ingat nak pekena Nasi Beriani kat Syed Seksyen 3, sekali ternampak
Restoren & Katering Tirai Ratus, Nasi Bariani Mohd Shah Batu Pahat . Jom kita terjah !

Kedai ni selang 2 lot kedai dengan Klinik Suraya Seksyen 3 tu.

credit to : here






Alamat boleh tengok sini lah..

Apa yang kami makan ?? Sebenarnya , kitorang tapau ajer pun. Balik rumah tak sempat dah nak snap .Tapi  gambar makanan macam kat atas tu lah. Nasi dia sedap jugak.Tapi aku dapat part dada ayam, so tak berapa nak gemar lah.Tapi daging dia lembut :) Dan harganya murah sket berbanding Syed tu :p


Info :
RM 11 /RM 12.50 Kalau tak silap untuk Bariani Ayam/ Bariani Daging. 

Aku beli Nasi Bariani Ayam dan my hubby nasi Bariani Kambing, all time favourite :p Kat sini memang jual Nasi Bariani ajer, tak der nasi putih. Tapi menu-menu lain adalah seperti Mee Bandung, Kuey Teow Kungfu dan sebagainya..Lupa pulak :p



Ni jer yang aku sempat snap :p Air Laici , atau Air Mutan (Read : Rambutan)  (my Nuha ingat air rambutan  lah laici tu :p)

p/s:

Niza, hang nak try tak ? lalalalalala :p


p/s :

Free sample dari Kotex Luxe! Wow :) Tq Kotex :) Free sample, boleh dapatkan disini ... 




Tuesday, March 15, 2011

Kenapa tahun depan baru botol tanpa BPA FREE kena haram ?

Botol Susu Bayi Polikarbonat Diharamkan Mulai 1 Mac 2012

Berkuatkuasa 1 Mac 2012, kerajaan mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A, BPA.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pengharaman itu diputuskan jemaah menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu itu adalah selamat untuk digunakan golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat.

Menurut laporan, polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'Bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.- sumber

** Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.


p/s:

Botol yang my Nuha guna adalah dari jenama Pureen - BPA FREE .Harganya tak silap tak sampai pun RM10.

Produk lain yang BPA FREE adalah seperti berikut :-


Anakku -green together , credit : here  
NUK




Korang ada lagi jenama botol BPA Free nak ditambah disini??
 Boleh aku updatekan untuk kepentingan bersama..


b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1) Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2) Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

3) Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4) Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


Maklumat lanjut :Sekiranya korang perlukan maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my/.

p/s:

credit  :

Artikel yang aku kongsi ni yang diambil dari sini dan sini .

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)