Showing posts with label PPTM:D. Show all posts
Showing posts with label PPTM:D. Show all posts

Monday, April 25, 2011

100101

Cantik betul jumlah visitor belog me pagi ni :)


p/s:

Masih tengah gigih menyiapkan sistem.. Last Friday, aku balik pukul 6 lebih.
Sekali bunyi ketik-ketik-ketik, terus cabut..hahahahaha. Boleh tahan penakut aku ni yer :p
Bekerja di bangunan yang wujud dari tahun 70 an ni wehhh :p

Korang pernah jadi orang terakhir balik dari ofiz ?? 
Seram tak ??


p/s:



Tq yer Puan Zima, sebab bagi Fm & Kek Sarawak :)



Monday, April 18, 2011

Korang pernah hantar anak korang join playgroup ??

As salam semua. Hari ni diriku sudah kembali normal :p Masih ingat entry ,Dalam diri aku sudah ada 2 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.  Oh Ad sudah masuk kerja..Selamat kembali bertugas yer Ad.

Hari Sabtu lepas, bawak my Nuha join playgroup kat TTDI Jaya iaitu Tateh Playgorup yang bertempat di Sarakids.Aku amik trial kelas, kebetulan ada tawaran RM10 masa tu.Terus grab lah !

Kelas dimulakan agak lambat, sebab kelas sebelum sessi my Nuha ni abes lambat, mungkin sebab hujan lebat pagi tu.Semua pakat mangun lambat kot.Maklumlah anak-anak dibawah 4 tahun, mungkin tak puas tidur lagi.hehehe. Seb baik ada playground penyelamat keadaan. So , tak bosan lah my Nuha menunggu kelas dimulakan. Delayed dekat sejam jugak lah.

Banyak aktiviti yang dijalankan. Yang penting my Nuha seronok dan dapat jumpa kawan-kawan baru. Nak bagi pendedahan kat dia, nanti tak ler terkejut bila dah nak hantar nursery next year, Insya Allah.


Jom tengok apa aktiviti my Nuha kat sana hari tu..



Kelas dimulakan dengan main buih...
My Nuha seronok lah, sebab selalu main..

 Ada aktiviti art craft.
Memula, geli lagi..guna jari ajer warna tu :p Anak sapa laa celewet ni :p


Lepas tu, siap bersila lagi ko, abes dah semua jari dia warna kat lukisan tu...

Ni lah hasil lukisan pertama my Nuha guna water color.
 My hubby cakap nak framekan :) 

Masa ni nyanyi-nyanyi lagi tapi guna botol yang ada kacang hijau .
Seronok sakan dia.Ikut ajer cikgu buat apa :p 

Memperkenalkan, Nuha the Chicken Little !! hehehe.
Yang ni masa aktiviti menyanyi jugak sambil pakai costume.

Ada lagi aktiviti yang tak sempat nak snap gambar..Sebab duk layan karenah my Nuha :p
Akan update later, sebab nak mintak dengan Isabelle :) Dia dan hubby dia banyak amik gambar hari tu :)

 Last sekali, bergambar dengan Teacher Munira :)


Ni on the way balik rumah, siap tertidur sebab penat sangat..hehehe


Ni insan yang bertanggungjawab mengajak aku join playgroup hari tu, Isabelle.  Sebelum hari tu, kami dating kat KFC Seksyen 7. Dia belanja..Moga murah rezeki ko erk Is :)


Siap dapat hadiah lagi..Thanks dear :)
Hadiah untuk ko menyusul kendian yer..Insya Allah..
Kalo korang nak join sama, boleh dapat maklumat lanjut disini :

Tuesday, February 08, 2011

Header Percuma? Ada lagi ker orang berminat?

Sebenarnya, tak ramai yang perasan aku ada bagi header percuma kepada sesiapa yang berminat, selain percuma watermark dan blog badge beranimasi.


Korang boleh check dekat menu bawah header under freebies tu.Tapi memang ada simple syarat lah yang korang kena ikut untuk dapatkan freebies tu, tapi kiranya win-win situation lah. Lagipun aku guna resource yang free jugak untuk buat semua design tu :p

Semalam, aku design satu header untuk MZ, nun jauh kat negara orang yang tengah sambung belajar. Sebab dia ada drop komen nak header dari aku yang bukan pro ni kan :p



salam ziarah sambik follow terus rasa mcm nak usha headre free u :) cuma tgh pikir nak buat konsep apa--me dh boring-jemu muak dgn header lama kat blog me me nak tukar agar nampak simple tp pro boleh ker :p kalau bayar pun me ok jer asalkan puas ati header lama me order dgn wansteddy :)

Dan idea tu pun datangnya dari entry MZ yang ini , dan hasilnya adalah begini..setelah MZ mintak alter gambar dan warna tulisan..Terima Kasih MZ kerana sudi menerimanya :)


Segan jugak nak membuatnya sebab header lama dia dah cun sebab buat dari designer yang aku suka dan pernah buat Dolly untuk My Nuha tempohari iaitu Wan. Kalo korang nak header dari designer , boleh dapatkan disini yer :) tapi kena bayar sket lah sebab hasil dari orang yang pro dalam bidang dia :) Aku setakat belajar sendiri ajer pun..hehehehe

Untuk dapatkan header free, korang perlu copy ajer blog badge aku disini  dan masukkan kat belog korang kat sidebar paling bawah ker pun tak kisah lah dengan tajuk Free Header By:  dan masukkan blog badge aku ajer :) contoh macam kat bawah ni lah , selagi korang menggunakan free header dari aku. Dah tak nak guna, boleh remove lah :) no heart feeling k!



Aku akan buat selagi ada permintaan lah dan Insya Allah selagi termampu...Klik kat sini, untuk dapatkan header secara percuma ok !! http://www.elissmie.com/p/korang-nak-header-secara-percuma-kalo.html

p/s: 


 Terima Kasih Sumijelly & Sekilass, hadiah sudah sampai...Yeeehaa... Ini untuk saguhati belog Nuha dalam pertandingan domain hari tu :)


Tuesday, January 18, 2011

Dalam diri aku sudah ada 2 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Pelik ajer bunyi entry hari ni kan?? Sebabnya, sekarang aku adalah memangku tugas Ad yang sedang asyik masyuk berpantang dan siap mintak extend cuti lagi tambahan selama 20 hari menjadikan aku sebagai pemangku tugas beliau selama 80 hari tunaiiiiii .Maka bertambahlah kerja aku sebanyak dua kali Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Dah la dia cuti mengejut , lagi buat aku pening.Aduyai..So,kepada Ad , silalah selalu on hp, sebab aku akan mengacau hidupmu selama 80 hari ni.hahahaha :p

Sepatutnya Ad bersalin 26hb ni tapi sebab last checkup hari tu tiba-tiba baby dia melintang tu yang dia kena tahan kat wad dan once baby dia dah pusing balik, terus doctor induce sebab takut baby dia melintang balik.Alkisah...

Maka lahirlah, putera comel kepada Ad & Am yang belum diberikan nama lagi Hospital Kuala Pilah jam 8 lebih dengan berat 3.16 Kg ! Tahniah buat kalian berdua atas kelahiran putera comel ni. Yeay !! Atia dah dapat adik. Nuha bila pulak yer?? huhuhuhu


Birth Announcements at WiddlyTinks.com
Birth Announcements by WiddlyTinks.com



p./s : Lepas 7 hari baru dapat tahu nama baby Ad ni..

p./ s : Kalo mangku tugas rakan sekerja, berapa lama kita tak boleh cuti yer ?

Wednesday, January 12, 2011

Alhamdulillah, kejayaan milik ku akhirnya...

Baru lepas exam.Lega sungguh ! Tak sia-sia study walaupun anak duk sibuk nak baca buku sama ! Dah la sempat dia cabut sticky notes pada buku aku tengah study tu.Macam mana nak sambung master ni erk? Korang yang sedang belajar dan menguruskan anak-anak, ada panduan dan tips tak untuk belajar secara konsisten tanpa gangguan anak-anak?? Luahkan pendapatan anda disini yer untuk berkongsi kasih pengalaman yer.




Tayang sket kertas exam aku , 86 % tuh..hahahaha. Passing score =70 % ajer ;p

I am certified IBM Lotus Domino 8.5 Application Developer :p

Cepat ucap tahniah kat aku !!!

p/s:



Nia, tq dear dah dapat selendangnya hari ni :) Menang contest top referrer seperti disini.
I am gorgeous !! wowww!!!

3rd Top Referrer

Hadiah
1 x shawl 'I am gorgeous'
1x blog badge /dolly (kecuali dolly karikartur) dari Wansteddy Studio


Tuesday, January 11, 2011

Dah tua-tua baru nak periksa...

Lama sungguh tak periksa.Last periksa last 2 years kot, amik Mcp Exam 70-290 Windows Server 2003 Certification dan LULUS walaupun tidak berapa cemerlang :)
Kali ni, aku nak exam berkaitan software yang aku duk buat kerja programming selama 3 tahun di UiTM ni iaitu Certified Examination - IBM Lotus Domino 8 Specialist: Application Developer pada esok hari. Doakan kejayaan ku wahai kawan-kawan :p

Semalam dah attend kelas prep.Macam budak sekolah pun aku rasa ada :) Trainer bagi sticky notes dan highlighter untuk tanda nota-nota penting.

Sessi mengulangkajikeji pelajaran :p

Ni cikgu kami, a.k.a trainer...expert lah in Lotus Designer

Buku tebal ni nak kena baca...sehari ajer lagi ni :p


Ni kertas trial :p Passing mark = 70 %

Korang ada lagi amik exam ? Pegawai kerajaan memang biasalah exam-exam ni kan tapi tahun ni mungkin tiada lah kan?? Moga-moga mudah laa nak naik gaji :p


Tips Menghadapi Peperiksaan

1. Semak jadual
2. Kunci peperiksaan
3. Tentukan keutamaan
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
5. Merancang persiapan peperiksaan
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
7. Berdoa dan bertawakal

Bacaan selanjutnya : disini.

Tuesday, July 06, 2010

Develop Sistem E-Sukan Dapat Peralatan Scuba Diving???

Kiranya berbangga jugak lah, sebab walau tak minat dan tak reti main sukan (tu pasal belog aku tiada entry pasal Piala Dunia yer) , aku berjaya men'develop' sistem yang mampu buat orang apply kemudahan dan peralatan sukan secara dalam talian (online lah tu ).Dan hasilnya adalah...tadaaa....


Sebuah sistem yang masih error here and there masa demo pagi tadi.Bengang btol aku! Masa tu lah dia nak error.Dah sebulan siap tadak pulak nak error.Oklah, cakap banyak pun tak guna, dah habis dah pun demo.Apapun, Majulah Sukan Untuk UiTM ! tetiba..chehs :p



 Setelah bertungkus lumus menyiapkan sistem e-sukan ni,tetiba Pusat sukan bagi aku peralatan untuk scuba diving , mana nak dapat ? Muahahahaha.Ok, seriyes.Ini tipu. Tu bukan alatan scuba diving ok, tu untuk bernafas di dalam loji penapisan air yang beracun! muahahahahaaha.Ofiz My hubby punya !




Sebenarnya, aku dapat barangan diatas.Mug, bag pack, dan t-shirt.lalalalala.Korang ada???Bukan setakat aku yang dapat, yang behind the scene pun dapat jugak antaranya Niza dan Ad lah.Untungkan jadi rakan sekerja aku? Siapa nak jadi rakan sekerja aku sila angkat tangan sekali..Muahahahaha.

p/s: 

Korang berdua, Diorang pun ucap terima kasih untuk korang walau tak kenal.Lenkali kalo develop system, cakap nama aku sekali.Mana tahu dapat free gift lagik..Muahahaha.





AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Tuesday, April 20, 2010

The return of dating dengan bekas kekasih

Hari ni, bekas kekasih aku tu (my hubby la)-[kang ada plak komen2 tak membina aku dapat nih kalo tak cakap awal-awal], ada urusan kat HQ dia.So,buleh la aku pergi dating dengan dia.Tapi, my Nuha kena laa angkut sekali.Sebab skang dia dah besar, so senang nak handle sket kalo bawak pergi makan.


Venue : Kamal's Corner
Menu : Teh Tarik + Roti Canai + Roti Sardin.

Nak tayang menu yang aku santap Jumaat lepas bersama-sama Niza, Ad, Sharina dan Suraya.Lama dah tak makan kat Anggerik Deli yang terletak di parking bertingkat UiTM Shah Alam.Biasanya dibuka setiap hari dan student hotel yang in charge.So kalo diorang cuti semester, cafe ni tutup lah.2


Menu :Ribena + Spageti Meatballs
Venue : Anggerik Deli
Harga : RM 9.60

p/s:
Bukti Banyak Kerja !

Hari ni, banyak kerja[btol-btol banyak kerja bukan tipu-tipu punya ].Nak kena print out semua dokumen untuk keperluan pembayaran sistem yang dibangunkan vendor.[Kena bagi upah kat aku sama ni sebab tolong memudahkan urusan pembayaran depa ni] Vendor yang baca belog ni, sila take note yer..Ops! Larikss..


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Friday, November 20, 2009

Hari ini adalah kena demo sistem

Hari ni aku ada demo sistem kat INTEK*MA...Lepas jumaat karang laa baru leh update..Tips hari ni adalah aku tunjuk karang jugak....tak sempat nak buat..dah janji ngan unlisted_one :) coding blog badge tu...tunggu naaaa...

Contest Update :

Sila la join kat SINI yer...Nanti aku terjah yer bila korang dah buat...

Tuesday, November 03, 2009

Get Connected




Tadaaa...Inilah rumah baru kita..syukur Alhamdulillah...hehehe...opss..Inilah tempat baru aku kat ofiz aku ni..Sila jelez yer kawan-kawan yang berpindah ke tempat aku yang tidak baru tu...lalalalalala

Setelah bertungkus lumus mengangkut barang tanpa menunggu mover hari khamis ni [nampak nau tak sabarnya] , aku dengan rasminya telah memulakan tugas di tempat baru...dan network telah pun dipasang oleh abang azhar...syabas dan tahniah buat mereka sebab tanpa mereka siapalah network di UiTM ini..hahahaha...dan syabas jugak sebab berjaya buat aku seorang blogger yang tak berapa nak tegar ni tak keruan tanpa network..




contest update : ni purse syiling yang aku nak bagi tu.. leh join di sini yer..


Wednesday, September 30, 2009

Warkah Terakhir



TQ Mommy Lyna sebab sudi bagi kad raya...semalam baru sampai kat ofiz my hubby :) balas next year, bleh ker?hiks :)rasanya ni kad raya terakhir untuk tahun ni laa kan :)

Semalam, teringat lak entry Mommy Lyna yang pasal berkawan dengan bangsa dari kaler lain..
Aku sama laa seperti dier, dibesarkan dalam kawasan yang rasanya 99.99% adalah melayu dan tak pernah bergaul dengan orang selain melayu..bila lepas SPM tu baru lah aku dikejutkan dengan orang dari kaler yang sikit jer beza dengan kaler kulit aku..tapi tadak laa terkejut sangat sebab ada antara cikgu sekolah aku dari bangsa cina, India dan sikh.hiks :) * aku penah jadik anak angkat sorang cikgu India, Sir Ravi Doraiveloo..I miss him oso...mana ntah dier mengajar skang ni..dulu tak pandai langsung omputeh, skang boleh laa kan..maklomlah banyak makan kopok :P

Hari ni aku nak bercerita tentang sorang kawan india..aku rasa tu laa satu-satunya kawan india aku..
Kalo deepavali jer mesti aku teringat kat dier..hahahaha..bercerita tanpa gambar tak syok kan..jap aku search dalam folder email my hubby :) (p/s: Sayang, eliss buka email sayang ni..hahaha)




Hah..jumpa pun :) Nama dier Saraswathy .Ni gambar kat Lipis.Kitorang ada kursus kat sana..masa tu semua PTM(dulu Pegawai Sistem Maklumat)  dan PPTM (dulu Penolong Pegawai Sistem Maklumat)...Ironinya, skang aku dah bergelar PPTM :P Saras ni memang tak kedekut ilmu..dier yang banyak tolong aku masa aku praktikal diploma kat JPN Pahang 6 tahun yang lepas..dan aku selalu laa tumpang dier pegi dan balik keja sebab dier lalu area umah aku :) kalo dak terpaksa laa aku naik bas ke bandar kuantan dan amik bas ke TC (Teluk Cempedak) plak..huhuhu..skang JPN tu dah pindah ke Bandar Indera Mahkota.bestnya duk sana sebab asal hari Jumaat jer mesti kami ke TC ..owhh..rindu gila kat kawan-kawan kat JPN tu :) Apa khabar yer korang semua?

Saras dan semua bangsa india yang ada baca blog aku(kalo ada laa kan) , selamat hari deepavali laa yer in advance :) Makanya, Oktober ni, kami dapat gaji awal laa plak..lalalalalala....latok...lalalala..latok :)


Ok, Iklan sebentar



Siapa yang ingin dapatkan KEROPOK IKAN PARANG TERENGGANU dengan harga RM 13 (DISKAUN lagikk) RM12.00  Setengah Kilo, Sila dapatkannya daripada saya..
First come first serve :) Terhad :) TQ

INSYA ALLAH , DIJAMIN SEDAP!!! dah try, pasti tak berenti :)

 Self pickup only   @ PSMB, UiTM Shah Alam  dan sekitarnya/ @ Loji Pembersihan Air Sg Langat, Hulu Langat

email me untuk tempahan : elisssmie [ at ] gmail.com

Tuesday, September 01, 2009

Hari ni saya adalah training

Bosan..ada training sampai 3 hari..x sempat laa nak carik resepi macam ni....hahaha...

short entry for today :) adios...

Friday, July 10, 2009

Seminar kat Ofiz

Hari ni separuh hari, kitorang berseminar di Dewan Al Ghazali, JpBsm, untuk semua staff ofiz aku...ada banyak pengisiannya...

Aku tepek tentatif program aku kat sini..

8.00 pagi - 9.00 pagi - Sarapan pagi
9.00 pagi - 9.30 pagi - Sesi Perkongsian 1 : ESQ Leadership Seminar -3-5 April 2008 -Puan Zainab, Puan Saemah, Puan Noor Aini & Puan Hasnah
9.30 pagi - 10.00 pagi - Sesi Perkongsian 2 : Risk Management -PM Rahidzab
10.00 pagi - 10.45pagi - Sesi Perkongsian 3 : Capability Maturity Model Integration (CMMI) - PM Azizi Ngah Tasir & Puan Noor Hasnida Hamdan.
10.45 pagi - 11 pagi - Break
11.00 pagi - 1.00 tengah hari - Ceramah Menangani Masalah Kecemasan dan Keselamatan di Tempat Kerja oleh PM Dr Anuar Suun, Ketua Unit keselamatan & Kesihatan, Majlis Sukan Negara/ Pensyarah Fakulti Sains Sukan & Rekreasi.


yang paling syok, yang last sekali..Dr ni memang lawak laa..dan banyak yang kami dapat kutip dari ceramah yang dier especially cara untuk kurangkan migrain dan yang paling simple laa aku rasa..urutan sajer..

Teknik 1) urut pada tengah antara ibu jari dan jari telunjuk tu dengan circular motion..Insya Allah pasni aku try..dan

Teknik 2) tutup lubang hidung kanan dengan jari, dan hembus dan sedut udara melalui lubang hidung kiri..dan begitulah sebaliknya...Insya Allah lega katanya migrain kiter..tawakkal pada Allah..



Aku ngan ad



Aku ngan Niza

p/s: Hari ni ingat nak dating ngan kak PB, tapi nampaknya kena tunda lagi ke minggu depan..boleh ker kak? dah 2 minggu tunda ni :) lewat sangat habesnya program tadi..balik ofiz dah kul 2..ni baru sempat update blog :P

Selamat berhujung minggu semua!! minggu ni duk umah jer..

Friday, July 03, 2009

Banyak kerja..lalalala..kerja...



Hari ni banyak keja plak coz isnin ni nak kena mengajar lagi..huhhh..penat...ada 3 sessi & amik masa 6 jam ..marathon!gila!prepare manual for 35 murid-murid tua :P




Alhamdulillah, Long aku telah selamat dalam minor operationnya semalam..




aku nak join contest utk nuha dlm mombloggerplanet yang psl car seat tapi malas lagi :P ada 12 hr lagi utk submit :P


p/s:Selamat berhujung minggu..minggu nak pegi mana yer..huhuhu

Wednesday, May 16, 2007

Hari-hari pertama di UiTM Shah Alam



Hari ni aku mendaftar di UiTM Shah Alam sebagai Penolong Pegawai SistemTeknologi Maklumat..programmer laa konon2nyer..hari ni aku melangut jer depan pc..dapat partition.semua duk kemas meja aku..aku diletakkan di Unit Emel & Pengurusan Dokumen Elektronik..Dokumen Elektronik.

Semoga hari ini lebih baik dr hari semalam........

Monday, April 23, 2007

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat....

Alhamdulillah..
Aku panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi, dengan izinNya aku telah dapat kerja kat Universiti Teknologi Shah Alam sebagai Pen Pegawai SistemTeknologi Maklumat..aku tak berapa pasti tentang gaji tu coz aku pun tak tengok lagikk surat tawaran tuh..aku akan pulang pada 28hb ni jam 10 malam di Stesen Bas P***** menaiki bas U****.Nanti aku kena buat medical check up then mendaftar pada 16hb kat UITM Shah Alam..aku sebenarnya dah apply mender tu masa bulan 7 2006 tapi tak der rezeki lagik masa tu dan aku menjadi calon simpanan utk setahun.mungkin rezeki nak kawen agaknya tu laa pasal aku dpt offer ni..Alhamdulillah...
Aku teringat plak hari tu , sebelum aku pergi interview bagi position ni..esok aku scan surat tuh..hehehe..memang marah btol pakwe aku time tu(skang tunang aku) coz aku tak nak pegi iview tuh..sampai dier cakap x nak layan aku laa aper laa..akhirnya aku pegi laa..dpt 1st iview sambung plak esoknyer 2nd iview..aku degil2 pun masih dengar cakap dier tu laa psal dier sayang kat aku kot..hehehe..

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)