Monday, April 16, 2012

Renew Lesen Memandu, korang kena caj lebih tak?

Hari ni me rasa mengantuk yang amat. Penangan ubat batuk yang me telan malam tadi baru terasa agaknya. Macam nak pergi tidur dalam surau ;p Last week, masa cuti sehari tu kan, me ke rumah Long me kat KL. Kalau nak pergi rumah dia memang kena tinggalkan lesen kat guard post tu. So esoknya bila me nak amik, lesen me dah tak der pulak. Mungkin tertukar. Malam tadi, Long text me cakap lesen dah dijumpai. Me cakap, lupus jer la sebab me dah renew lesen memandu Jumaat lepas.


Me renew kat Giant Seksyen 13, Shah Alam. Ramai orang dah cabut pergi solat Jumaat kot , so cepatlah jugak my turn . Me cuak jugak sebab mula-mula kerani pos tu cakap, kalau hilang kena pergi JPJ. Tapi me yakinkan dia, kerani pos Pejabat Pos UiTM cakap boleh renew asalkan ingat tarikh mati lesen tu. Alhamdulillah dapat jugak renew kat situ. Terima kasih lah kat sistem e- pelekat Kenderaan Staf UiTM sebab ada tarikh tamat lesen memandu me :)



Lesen memandu sepatutnya tamat  22/5/ 2012 , tapi since kerajaan dah cadangkan tarikh tamat = tarikh lahir, so 6/9/ 2013 baru lah tamat yer :)

Setahun RM32 (pejabat pos) Jika lebih 6 bulan , kena caj tambahan RM15 tau !
So,sebelum renew kena kira lah berapa bulan lebih tu.Me punya 4 bulan lah kiranya dapat free :)

** Update : Cara pengiraan caj tambahan

Contoh : Kes 1 : Lesen me sepatutnya tamat bulan 21/5/2013 , tapi sebab bday bulan 9, so tarikh tamat bulan 9. Tempoh dari bulan 21/5/2013 sehingga 6/9/2013 adalah = 4 bulan, so tak kena caj ! Sebab ianya kurang dr 6 bulan !


Kes 2 :  Lesen tamat bulan 1/1/2012, tapi birthday dia 6/9 ,
Tempoh dari bulan 2/1/2013 - 6/9/2013 = 8 bulan

So lebih 6 bulan =  kena la caj yer :)

Nak kira tarikh,  boleh guna kalkulator kat sini :p
 


Slimnya gambar me pada lesen memandu ni ;p

Patutlah my Nuha tak percaya, ini Umminya :p [rujuk entry ni]



Korang dah renew ke lesen memandu mengikut tarikh lahir?





21 Comments:

  1. jue punye memang buat 3 tahun...jadi lambat lagi tamat tempoh...dan yang pasninya memang habis time besday jue sebab masa dpat lesen tue memang jatuh pada besday

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ker..jarang renew banyak2 kot mana tahu ada penurunan harga ker.hehehee

      Delete
  2. erk tak faham la kak maksud kalau lebih 6 bulan kena charge tambahan tu...

    btw, bufday kita sama la 6th september...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih 6 bulan tu misalnya, akak punya patut mati bulan 5 tahun depan kan, tapi sebab bday bulan 9, so mati bulan 9. Tempoh dari bulan 5-9 adalah = 4 bulan, so tak kena caj !kurang dr 6 bulan !

      Delete
  3. dah kena dahhhh..... awal lagi kena... :D

    ReplyDelete
  4. xingat plak kene caj ke x..huhu

    ReplyDelete
  5. kita free gk cz bln ni busday..last friday baru renew

    ReplyDelete
  6. aku untung 3 bulan....ok lah kan?tapi laki ko paling untung kan?hehehehe

    ReplyDelete
  7. Raa pon untung 4 bulan.. free lor.. hehehhe..alhamdulillah~

    ReplyDelete
  8. ooo dh ikut tarikh lahir ek?? huhu tak perasanla lesen dh mati ke blom :P

    ReplyDelete
  9. Kem salam kat awek dalam gambar lesen tu yea.... hik3x

    ReplyDelete
  10. giant seksyen 13...papa mifz selalu ke situ...:)

    ReplyDelete
  11. aku tak pernah renew lesen sendiri sebab selalunya en suami yang tolong buat..hehehe *dasar femalas*

    ReplyDelete
  12. Akak dah renew 3 tahun Januari lepas. Alhamdulillah tak kena charge lebih. Leceh betul kena ikut tarikh lahir. Orang lain yg suka lupa, kita yg tak lupa pulak kena tukar tarikh tu. Suruh yg asyik lupa tu jalah tukar ikut tarikh lahir, haisy..

    ReplyDelete
  13. utk terbaru xde renew lagi la... sbb last renew tahun lps..time tu, blum bkuat kuasa lg ikut tarikh lahir

    ReplyDelete
  14. belum lagi. expired bulan 8..hehehee

    ReplyDelete
  15. expired jun nnt...sebenarnya tak reti nak calculate cane...akaknya next besday 3/4/2013..maksudnya nnt renew utk 10 bulan jer la ek??

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)