Tuesday, August 22, 2017

Wet World Water Park , Shah Alam

Baru nak up dekat blog. Perginya 2 minggu sudah. Akhirnya hari yang dinantikan my Nuha sudah tiba. Malam tu hujan agak lebat. Memang harap esoknya jangan la hujan. Alhamdulillah cuaca berpihak kepada kami dengan izin Allah. So lepas dah breakfast , kami bergerak ke Shah Alam. 


Sampai di kaunter, bagikan e-ticket yang dah beli siap-siap secara online . So cashier dia akan bagi pass masuk untuk di pakai pada tangan dan untuk masuk memang diorang akan scan gelang ini. So simpan sampai nak keluar yer . Sebab nak keluar pun, dia akan scan balik gelang ni. Sebelum masuk ada pemeriksaan beg, tapi memang dia tengok dari luar beg jer. Sebab tak ramai lagi orang agaknya. Menyesal tak bawa bekal. Tapi ada la bawak biskut untuk diorang.


Mula- mula sampai survey dulu kawasan. Tengok memang ada tempat duduk berbayar dan percuma. Confirm lah kami pilih yang percuma. Lagipun memang dah budget pukul 2 nak keluar dah dari situ. Even locker pun kami tak sewa. Dasar cheapskate. 

Kaunter sewaan

Cabana ada 2 jenis, ada yang RM 100 ( Deposit RM 50 ) dan RM 150 (Deposit RM 100) 
Tube RM 25 ( Deposit RM 25 ) 
Locker RM 20 ( Deposit RM 20) 

Masa ni dah siap tukar baju nak balik. Kat dalam ni ada surau sekali. 

Ruang duduk berbayar. Kat tepi yang kecik sket tu free.

Contoh ruang duduk berbayar. Memang dikunci. 

Locker untuk simpan barang 

Hair dryer pun ada disediakan untuk sewa tapi tak perasan pulak berapa 

Kat situ pun ada sewa tube, so kalau nak main mainan yang guna tube kena la sewa. Kalau nak jimat, boleh la kongsi satu tube ramai-ramai. hahaha. Nasib anak-anak pun dasar penakut. So main dalam kolam kanak-kanak je pun. Naik slide yang besar tanpa tube tu pun diorang takut. Nasib la takut. Kalau tak dengan mak sekali kena main slide tu. 

Makanan memang ada dijual kat dalam tu. Harga memang agak mahal sket dari kat luar. Ayam popcorn dengan fries kejung pun dah RM 5. Tu je yang saya beli alas perut sebab nak keluar lunch pulak lepas tu. 

Salah satu kiosk makanan yang ada

Ayam popcorn dengan fries kejung pun dah RM 5 dan biskut seludup. hahaha
Air masak boleh bawa masuk

Skill terapung masih ada

Alhamdulillah lega my Nayla nak juga masuk dalam air


Banyak tempat boleh posing kat dalam tu, sesuai buat photobook

Yang ni Kiddy Typoon Lagoon


Island of Treasures

 
Bermuda Triangle . Kat sini my Nayla hampir lemas. hahaha. Dia nak tiru skill kakak menyelam sekali memang betul-betul menyelam. Nampak la dia terapung tapi nafas tak cukup kot dia tertelan air. Lepas tu macam fobia balik . Masa awal-awal kemain seronok dah dia main air. Risau jugak dia tak nak turun sebelum tu. Rugi beli tiket nak.

Last-last ajak naik dan tertidur. hahaha. Sempat tidur sejam. Kakak memang tak berenti dari 10 pagi sampai 2 petang main air. Puas hati mentang-mentang birthday treat dia kan. 

Kat atas ni Monsoon Buster. Mengerikan jugak tengok diorang naik tu. haha

Ulang-ulang je la main slide ni. Ni je yang Nayla berani nak main tapi my hubby atau mak kena pegang la 

My hubby bawa dia turun 

Overall ok la kat dalam ni untuk anak-anak main air. Dah lama rasanya tak main air tapi klorin agak kuat juga so berhati-hati bagi yang tak tahan kan especially yang ada athma. 

 

Bagi korang yang berminat ada lagi ni promo merdeka , tarikh akhir pembelian 16  Sept 2017
dan boleh beli tarikh voucher sehingga 31 December 2018   : http://wetworld.my/shah-alam/tickets/


Wet World Shah Alam

Waktu Operasi

Isnin- Jumaat 10AM - 6PM
Sabtu - Ahad  10AM - 6PM
Cuti sekolah dan cuti umum 10AM - 6PM
Tutup pada hari rabu kecuali Cuti sekolah dan cuti umum

Harga Tiket

Percuma untuk kanak-kanak bawah 90 CM

Kanak-kanak
Normal (90cm - 130cm): RM 35
MyKad (90cm - 130cm): RM 25

Dewasa
Normal (130cm & above): RM 40
MyKad (130cm & above): RM 30

Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah) (Al-An’am: 162-163)

14 Comments:

  1. X sempat lagi nak pergi wet world shah alam ni..padahal coupon wet world dah beli..nasib baik sampai tahun depan coupon dia..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kupon kat mana? kalau beli dari website dia memang kena letak tarikh siap2. best la kalau tak ada tarikh

      Delete
  2. dh lama jugak tak pegi wetworld ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la pergi, banyak jugak yg adventure tak naik sebab anak2 takut. hahaha

      Delete
  3. bestnya eliss. kami dah lama tak jenguk wetworld nih... duyai... macam memanggil-manggil pulak rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti2 sekolah elok la pergi dari duk rumah. haha

      Delete
  4. sonoknyer mandi manda., tp mcm mahal je tiket masuk water themepark nih kann.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak mahal tapi dekat. haha

      Delete
    2. Pegi icity waterpark beli online rm20..pelampung free xyah deposit.locker rm10 je xyah dposit..themepark plg murah sy rasa..permainan pn bestttt..better dr wetworld yg mahal tp biase je

      Delete
  5. nak tanya,tempat duduk berbayar tu berapa ye?

    ReplyDelete
  6. Salam kak. Nak tanya.. kalau nak beli tiket online, kena book sehari before kita nak gi tu ke?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah janji tarikh nak pergi tu betul la.

      Delete
  7. Salam. Masa nak beli tiket dia check mykad sorg2 ke tak? Leceh pula kalau bawa smua mykad ke sana. Dah la tmpat org ramai. Huhu

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)