Wednesday, July 11, 2012

Bayaran masuk I-City, RM10 , RM1 sebelum 6 petang !

Sebenarnya ni masa cuti sekolah hari tu ke I-City bawa anak-anak buah my hubby yang datang bercuti kat sini.Tak sangka ada banyak perubahan kat I-City . Dah nampak macam ala-ala Genting pun ada sebab macam taman tema dah.Nak main-main semua dikenakan bayaran. Kira bawak duit jer lah.Boleh nipis poket kalau nak main semua sekali.

Bayaran masuk : 

6.00 pm - 6.00 a.m RM10

6.00 a.m - 6.00 p.m RM 1

Kitorang masuk dalam 9 lebih.So kenalah RM10.


Boleh bayar siap-siap kat mesin disediakan
so tak perlu bersesak-sesak nanti bila semua orang nak keluar.

Harga tiket masuk untuk permainan yang ada :-
  • SnoWalk:
    - Guests aged 12 and above: RM35 per person.
    - Children aged 11 and below: RM30 per person.
  • Outdoor rides: RM5 – RM20.
Sebab datang masa akhir bulan , so kita bergambar sampai lebam jer la yer anak-anak .Dah macam rupa zoo pun ada jugak dah saya tengok i-City ni.Terbang jugak RM5 belikan cekak rambut berlampu untuk my Nuha.Kat situ ramai yang duk jual-jual mainan jenis lampu-lampu ni. Antara kebal tak kebal jer menangkis keinginan anak-anak :p



 Satu ikrar anda mampu membantu selamatkan penyu-penyu comel ini :)





Korang dah pernah datang ke I-City sejak dah jadi macam taman tema ni ?

Juwita ni siapa ?? Apsal saya tak tahu ni ? Korang tahu ker? Klik sini kalau nak tahu !

Boleh baca kat blog Nuha jugak pasal I-City ni [klik sini]


My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, July 10, 2012

Baked Beef Ragu @ Kitchen Creatures PJ

Tak habis lagi cerita pasal voucher makan free yang saya dapat masa training ColdFusion kat PJ hari tu. Ni kiranya last la episod jalan-jalan cari makan elissmie di PJ yer :) Lepas ni , kita cari makan area Shah Alam atau Klang jer la. Tak pun Kuala Lumpur ;p Sebut Kuala Lumpur, hujung minggu ni saya nak pergi amik PAVLOVA yang saya tempah dengan Irma tu :)


Sepatutnya pada hari kejadian ni, kami nak makan Subway yang beli satu percuma satu tu kan, tapi punya lah ramai umat manusia yang beratur kat situ, dari pagi membawa ke tengah hari. So, kami cancel la agenda makan di Subway dan memilih tempat makan yang sama pada minggu sebelumnya iaitu, Kitchen Creatures. Bezanya, dulu kena bayar sendiri , tapi kali ni kami ada voucher makan ! 


 Saya order Baked Beef Ragu . Dalam dia ada pasta dan part yang paling best adalah cheese yang dibakar atas tu. Teringat-ingat sampai hari ni. Kuah dia macam kuah spagetti biasa tu cuma, lebih pekat saya rasa.Memang banyak betul portion untuk satu pinggan ni.Padan lah dengan harga RM15.

Dan saya pesan Iced Lemon Tea, RM5.90

p/s:

Memandangkan voucher cuma RM10, so saya kena tambah dalam RM 10 ++ . Save lah sket budget.

Korang pernah ke makan  Baked Beef Ragu ni ?


Alamat :
Kitchen Creatures 
Lot F110, Centre Point,
3 Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tel : 03-7729 8039
Email : kitchencreatures@gmail.com





Monday, July 09, 2012

Baju mengandung , perlu ker?

Masa mengandungkan my Nuha dulu, saya memang tak banyak koleksi baju mengandung atau maternity dress ni. Mungkin sebab perut saya tak ketara membesarnya :) Tapi ada lah jugak sebab my Ma bagi dan My Kak Ngah, SIL yang bagi pinjam.Dah dipulangkan bila dia mengandung Rayyan dulu.


Sebab saya rasa perut saya mungkin besar kali ni [bila dicampur lemak tepu sedia ada ] , saya betul-betul teringin nak beli baju mengandung. hahaha. Dan baju mengandung ni saya memang berkenan masa saya mengandungkan my Nuha dulu sebab terbaca dalam Pa & Ma. Iaitu baju mengandung jenis overalls.


 Yang ni jenis kain  cotton.

 Yang ni pulak jenis kain denim.


pic credit to : here and here

 
Antara koleksi baju mengandung yang ada.
Dah label siap-siap kotak tu dengan maternity dress, boleh la basuh nanti :)

Korang ada banyak ke koleksi baju mengandung ?
 Dan korang pernah nampak tak overalls macam kat atas tu ? Sila bagitau yer :)



* updated :overalls dress online - tq rohida :)

Friday, July 06, 2012

Hari ni tekak rasa nak makan pizza ! (dah dapat pizzanya :p)






Jom kawan-kawan ! 


p/s:

Maklumat lanjut : klik sini

* Updated 

Tengah hari tadi, saya dan Ad pergi makan pizza di belakang area ofiz ni ajer. Tak lama sangat menunggu. Saya tengok orang yang duduk sebelum kami tak dapat makanan, tapi saya sudah dapat. Rezeki Mak Yong agaknya :)Servis kat sini memang selalu lambat pun.Siap ada yang keluar macam tu ajer sebab waiter tak datang-datang.

Ingatkan banyak menu yang boleh dipilih untuk set RM8.90 , tapi cuma ada  4 pilihan pizza personal pan dan 2 pilihan sandwich sahaja. Side order boleh pilih 3 jenis, fries , breadstick atau mushroom soup ! Kata 16 pilihan, padahal cuma 6 pilihan utama sahaja !Betul-betul, iklan selalu menipu kita , tak sama seperti iklan kat atas ! {boleh rujuk sini}



Iced Lemon Tea

 Pepperoni Delight.
Apsal Super Supreme tak masuk list personal pan erk??


Fries macam kelakar pulak duk macam ni kan :p Kalau letak mayonis sket, mungkin lebih menarik :p
 Caj mahal-mahal katakan ! ( Komen ala-ala juri masterchef gitu :p)

Jumlah : RM10.80 tak termasuk 6% govt tax dan services charge !

Lokasi Pizza Hut : 

Section 7 Shah Alam
No.1, Lot PT1147 Jalan Plumbum 2 7/2,
Seksyen 7, 40100 Shah Alam. 

Korang dah try ke promosi pizza ni ?



p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Wednesday, July 04, 2012

Dah cuba KFC Flaming Crunch? Pedas sangat ke?

Minggu lepas,dapat voucher makan KFC percuma kan, so berpeluang mencuba menu baru di KFC. Saya pesan menu FC Snake Plate Combo. Cuma kena tambah RM2.85 sahaja :) Save budget mak ! Masa saya gigit bahagian kulit ayam tu, terasa kepedasan dia, lagi pedas dari hot n spicy tapi bila rasa ayamnya, tidaklah sepedas mana. Mungkin adunannya tidak diperap lama sebab tidak sebati , rasa kulit dan isi ayam memang berbeza.Tapi ok lah, saya pun tak suka sangat pedas-pedas ;p Kan, mahu berlaku lagi tragedi basuh ketam seperti dirumah my MIL dulu ;p Tapi ayamnya kurang berminyak berbanding hot n spicy. Bagus jugak !


Voucher yang saya dapat RM10. 



Harga hidangan ni RM12.85 termasuk tax !


Apa pendapat korang pulak tentang KFC Flaming Crunch ?


Centrepoint Bandar Utama
G115, Ground Floor Centre Point,
Bandar Utama Petaling Jaya 46000 Selangor

Kalau korang berminat nak beli Voucher KFC online, klik sini :www.myonlinevoucher.com.my

p/s: 

Lepas ni bakal bergelar programmer ColdFusion lah pulak nampaknya yer :)



 

Tuesday, July 03, 2012

Scan 8 Minggu, MC dan Stretch Marks !

Semalam, dua-dua MC. My hubby dan saya sendiri. Hubby dah demam 3 hari, rupanya demam viral sahaja. Nasib baik sejarah denggi tidak berulang. Moga dijauhkan. Sebelah petang saya ada checkup selepas 2 minggu untuk scan janin. Alhamdulillah, baby berkembang mengikut tarikh due date yang saya bagi doktor hari tu (Beza cuma 3-4 hari) . Dah nampak degupan jantung dengan jelas. Subhanallah :) 



Berat badan saya turun 3 kilogram. Tak tahu sebab apa, sampai doktor nasihat supaya paksa makan even tak selera. Minggu lepas ada hari-hari yang saya tak selera nak makan nasi, mugkin itu penyebabnya. Hari tu masa tengah diet sket punya susah nak turun sampai kena exercise bagai, ni senang-senang ajer dia turun !

8 W 4 D. Due date saya 7/2/2013 :) Tercapai cita-cita nak bersalin bulan 2!
 Bil semalam : RM 223.90


Sekarang, saya gunakan ni untuk kurangkan stretch marks :)  Dulu masa my Nuha, gunakan minyak zaitun ajer, tapi sudahnya ada jugak !  Palmer's Cocoa Butter ni beli kat Guardian, RM19.90.Sedap baunya, rasa nak makan ;p


Korang guna apa untuk kurangkan stretch marks?




Monday, July 02, 2012

Terima kasih MyEG, roadtax siap sehari sahaja !

Selama bertahun-tahun ni, saya memang berurusan dengan bekas boz saya di Terengganu untuk menguruskan roadtax dan insurans kereta sebab bank yang hubby guna untuk loan kereta tu kat Terengganu. Rupanya tahun ni, bekas boz saya tu guna khidmat myEG untuk roadtax kereta saya. Selalu makan masa 2 hari lah, sebab nak kena tunggu pos lagi tapi tidak lagi sejak diorang guna MyEG, roadtax Cinta Bersulam Rinduku sampai terus kepada saya kat ofiz.

 Kos perkhidmatan MyEG cuma RM6. Hampir sama dengan pos laju kan :)




 Roadtax saya selamat dari air sebab guna plastik macam pos laju jugak !


 Tahun depan, pasti khidmat MyEg yang dipilih lagi sekali !

Korang pernah ke guna khidmat MyEg untuk sambung roadtax ?

p/s:

Boleh layari MyEg, untuk keterangan lanjut :) Klik sini untuk penyambungan roadtax anda !


Thursday, June 28, 2012

Pavlova, kenapa lah asyik teringat-ingat saja ni..

Apsal semua orang cerita pasal Pavlova ni?Eyriqazz la mula-mula sebut pasal ni, lepas tu Kak Sumi pulak.  Selalu tak terliur macam ni, tapi sekarang terliur sangat-sangat. Dah janji dengan kak Long, kalau pergi KL kitorang nak order Pavlova dari Irma. Harap-harap Irma free buatkan ibu mengandung , Pavlova. Nanti dah confirm nak pergi KL, mesti contact Irma , dah simpan no telefon pun :) hehehe




Harga : 850g RM45 - 1kg RM65

p/s:

Kalau korang nak menjamu mata, boleh laa terjah blog Irma yer, klik sini  :)








Korang pernah makan Pavlova ?








Wednesday, June 27, 2012

Inilah harta yang ada, selepas 5 tahun...

Kalau kerja kerajaan, setiap 5 tahun kena isytihar harta dan liabiliti ( hutang piutang yang ada la kan ) . Tak sangka, tahun ni dah tahun kelima saya kerja dengan kerajaan. Atau lebih tepat badan berkanun .So masa untuk kemaskini borang Perisytiharan Harta dan Liabiliti.



Inilah borang yang saya kena isi. Ada 6 muka surat semuanya.Dah diserahkan kepada boz untuk stamp !
Dulu masa baru kerja, harta tak der pun lagi, sahkah harta, suami pun belum ada. 


Cepatkan masa berlalu? 5 tahun dulu korang kat mana?


p/s:

Ini entry autopublish, saya ada Training ColdFusion Advance pulak selama 3 hari :) So, siapa nak belanja lunch di area Centrepoint ni dialu-alukan.hahahaha

Program LiveGreat # Great Eastern menjadikan gaya hidup anda menjadi lebih baik ! Muat turun aplikasi mudah alih mereka hari ini!



Tuesday, June 26, 2012

Bila si jakun, first time masuk Subway ;)

Kali ni cerita makan lagi. Nasib la, sejak menjadi perempuan mengandung ni , banyak aktiviti dipenuhi dengan agenda makan-makan saja. Sila bertabah sehingga 9 bulan kawan-kawan . Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya rasa saya tiada tanda morning sickness even evening sickness macam mengandungkan nuha dulu , so aktiviti makanan dapat berjalan seperti biasa. Kalau dulu my hubby yang muntah-muntah, dia pun tak merasai pulak pada kehamilan kali ni. Lega lah tu.Harap-harap baby membesar dengan jayanya didalam , next week kita berjumpa O & G lagi yer :)


Ok, ni nak cerita masa kat Centrepoint hari tu jugak, kitorang pergi makan Subway. First time saya dan Ad masuk sini. Niza adalah sudah pernah masuk. So meh la kita follow dia. Yang kelakar tu, bila pilih-pilih semua cakap, macam dia punya :p Macam Niza lah kiranya , Niza yang pilih dulu :) Saya rasa budak tu gelak dalam hati jer tengok gelagat kitorang.Yang pasti, mula-mula kena pilih dulu roti, dan isi dalamnya,lepas tu nak sos apa. Ada banyak pilihan sos seperti cili, mayonis, mustard dan blackpepper.



Deko yang minimalis

 Partner in crime dengan Subway masing-masing :) Penuh mulut ! hahaha


Saya order 6 inci Roti Parmesan dan Turkey + Chicken ,  RM11.50
Minute Maid Pulpy , RM3.50

Sedap jugak Subwaynya dan servis yang diberikan memang terbaik :)



Korang pernah ke masuk Subway ?

 p/s:

Eh, tadi terbaca dekat sini, esok ada promotion Subway Beli 1 Percuma 1 . Jom !


Promotion Date: 27 June 2012
Terms & Conditions:
  • No coupon is needed for this Buy 1 Free 1 promotion
  • Valid at all Subway restaurants in Malaysia
  • Valid on 27 June 2012 only


Monday, June 25, 2012

Kenapa kena kahwin, nak dapat baby comel ke?

Apapun, Selamat Pengantin Baru buat Mohd Zaki & Isteri. Ni aktiviti semalam, menghadiri majlis persandingan ofiz mate my hubby. Sepatutnya minggu lepas, kami sekeluarga sepatutnya menghadiri majlis kahwin di Seksyen 7, dah siap-siap segala, saya undur-undur kereta, sementara menanti hubby, tiba-tiba minyak hitam Cinta Bersulam Rinduku leaking pulak.Rupa-rupanya, gasket bocor, melayang RM500++ sebab kena tukar timing belt sekali.Dah la tengah bulan, memang senak !

Sampai-sampai terus makan ! Pengantin pun tak sampai lagi :) 
Teringat-ingat daging masak hitam dia tu..Terbaik :)

Ofiz mate hubby yang ada , kami tumpang meja diorang .


 My Nuha yang paling seronok kalau dapat tengok Penantin (Read : Pengantin )
Dia lah yang tanya : "Kenapa kena kahwin, nak dapat baby comel ke? "
Kita iyakan saja lah :)

 Siap ada silat bagai. Tak tertengok pulak :p

Sama cantik, sama padan. Merah menyala, seiring sejalan. 
chewah, macam pantun pulak :p


p/s:

Hari ni warga ofiz saya duk senamrobik, ibu-ibu mengandung, jangan duk gatai-gatai terkinja-kinja !
 Duk ofiz diam-diam !hahaha.



Friday, June 22, 2012

Kitchen Creatures @ Centre Point, PJ ala-ala secret recipe

As salam semua. Salam Jumaat gitu kekdahnya. Semalam tak sempat nak tulis blog sebab tengah concentrate facebook, eh belajar :p ColdFusion lagi sekali.Dan sampai sudah tak jumpa Aaron Aziz macam hari tu tapi jumpa lah beberapa celebrity yang tak berapa nak famous amous :)



Masuk-masuk ofiz ajer cerita pasal jalan-jalan cari makan di elissmie. Nasib lah korang yer sebab sesekali terlepas kandang (tidak berada di ofiz selama 2 hari ) so boleh lah bertukar selera harian kan. Sempat lah try kedai makan yang ada dalam Centre Point ni. 

Disebabkan kitorang dah breakfast berat pagi tu dengan nasi lemak , so tengah hari kitorang nak makan ringan-ringan lah. Kitorang tengok voucher makan tu ada tempat makan Kitchen Creatures, so berpusing lah dalam tu cari kedai tu. Sebelum ni, tak perasan pulak kedai ni. Disebabkan kami tumpang kursus orang, so kena la bayar sendiri dan tak guna voucher lah tapi harga makan boleh tahan jugak lah. Kalau ada voucher, lagi save :)


Ni deko dia. Memang nampak ala-ala secret recipe bila masuk dalam tu. 
Kena lah dengan tagline dia,  Casual Western Dining !


Menarik pulak tengok bola-bola lampu ni. Tapi tak semua lampu menyala :p


Harus la tuan belog kena enterframe dulu


Dan haruslah kemudiannya ,  partner in crime :)


Saya order Vegetables Spring Rolls , ala popia sengkuang dengan carrot jer kekdahnya :)
 RM5.80. Sedap jugak ditambah dengan sos cili thai. Lagi terangkat .
Kalautak panas, satu mulut ajer boleh masuk :p Kecik-kecik cinonet ajer.

Dan Strawberry Float RM7.80.


Kat situ ada macam-macam lagi menu yang boleh diorder dan memang makanan memang ala-ala western. Ada pizza, pasta ( dari RM10- RM20) , burger, chicken chop  dan macam-macam lah :) Lain kali boleh cuba makan kat sini.
Rating 4 / 5.

Korang suka ke makan makanan western ? Apa yang paling korang suka ?


Alamat :
Kitchen Creatures Lot F110, Centre Point,
3 Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tel : 03-7729 8039
Email : kitchencreatures@gmail.com



p/s: Sedapnya kalau dapat pekena aiskrim Solero ni lagi hari ni. Kat luar dia lime, dalam dia vanila. Memang nyaman untuk ibu-ibu mengandung lemak atau baby :)


Beli tupperware dengan harga istimewa, boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



Wednesday, June 20, 2012

Aiskrim berasal dari Negeri Sembilan, ada ker?


Akhirnya dapat makan aiskrim masam-masam :) hahaha :)

Solero Split :p

p/s:

Hari ni ada training Cold Fusion lagi sekali, harap-harap jumpa Aaron Aziz lagi tapi tak jumpa pulak hari ni. Esok ada lagi ! :p

Edisi Less Words di Elissmie.com !



Tuesday, June 19, 2012

Terserempak rakan blogger , korang pernah?

Jumaat lepas , terserempak kat kedai makan area Shah Alam ni dengan apak cikidong. Lenkali la nak suruh apak belanja yer jika terserempak lagi :) Kalau jumpa sekali dengan Aishah, mahu nak picit-picit pipi anak dara sunti dia tu. Lenkali jumpa,  mungkin boleh bawak Isabelle sekali, sebab dia nak sambung belajar oversea dah bulan depan. Tahniah yer, jangan lupakan aku dan belikan aku fridge magnet :)


Ni pulak kejadian berlaku tak silap bulan lepas, terserempak pulak dengan rakan blogger seofiz, cuma lain cawangan ajer, Eb Ezrin. Pernah dengar suara kat telefon ajer. Ni depan mata kan. Mula la nak konfius. Eb ni ada kursus kat ofiz saya ni, sebab ofiz saya ni ada makmal komputer gitu kekdahnya. Mula-mula saya senyum kat dia dengan konfiden cakap Eb kan, lepas tu dia boleh balas senyum balik dan buat blur-blur ayam kat situ.Hahaha. Mak tersalah orang ker ni :p

Lepas tu , dah malu , saya pun blah macam tu sebab masa tu memang nak pergi breakfast. Balik ofiz, tengok gambar dalam blog, terdetik dalam hati, saya rasa memang dia lah orangnya dan SMS tanya dia kat mana. Sekali dia reply dan cakap betul tu dia. Lepas tu jumpa la kat situ. Kawan blogger kita ni tengah sakit, tu pasal jadi macam tu.Kesian pulak, dengan tak dayanya macam tu. Esoknya yang best siap dia usung kamera godang sakit-sakit tu. Alahai, demi sebuah kenangan kan. Dan hasilnya mestilah cun yer dak, DSLR katakan :) [ abaikan tuan belog yang tidak cun dan bagai dipam-pam gitu ] Terima kasih jugak kepada adik ipar Eb yang sudi amik gambar kitorang :)






Dan terima kasih Eb untuk entry INI , jom terjah :)

Korang pernah ke terserempak rakan blogger ?

p/s: 

Kalau terserempak dengan saya, jangan segan silu tegur yer :)



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)