Tuesday, March 06, 2012

Terperangkap dirumah sendiri, apa perlu buat ? | Jadikan MacGyver sebagai idola

Korang pernah terperangkap dalam rumah sendiri ? Kejadian ni berlaku tak silap 3 minggu lepas. Masa tu hari Sabtu. Me tinggal berdua ajer dengan my Nuha. Masa me nak sidai baju, me keluarkan kain dari dalam mesin basuh. Tengah-tengah me terbongkok-bongkok masukkan kain dalam baldi, my Nuha duk main tombol pintu. Sekali, dia tertutup pintu tu. Selama ni me tak tahu pun pintu tu berkunci dari dalam kalau ditutup sebab my my hubby letak mangga sket punya banyak kat pagar grill dapur tu kan. So tak kisah la pintu ni terbuka ke tertutup. Bad me.


Toolbox yang menyelamatkan keadaan


Ok. Sila panik sekarang. Rasa nak jerit kat jiran sebelah mintak bantuan tapi segan :p Nasib baik me terpandang tool box kat dapur tu dan me rasa lega sket. Then me cuba ketuk tombol pintu dengan tukul yang ada. Kalau tengok cerita dalam tv sekali dia ketuk berderai terus tombol tu kan. Ok itu tipu ajer. Me ketuk sampai kemik tombol, tak terbuka-buka pun :p

Setelah berjaya diumpil


Sekali me terpandang cermin tingkap tu kan. Dan buat ujian kepanjangan tangan me iaitu ukur jarak tangan dan tombol pintu. Me rasa lepas ni kalau cabut dulu cermin tingkap ni dan buka tombol pintu dari dalam. Me amik playar gabung dan umpil pemegang cermin tu. Dan wallah...Alhamdulillah...Tak sia-sia tengok cerita MacGyver masa kecik-kecik dulu :p

p/s:

Kalau pintu terkunci dari dalam, biasa me guna kad atau kertas keras. Yang ni my hubby yang ajarkan kat me dan pernah tolong mantan boz me bukak pintu bilik dia :p





Korang pernah tengok cerita MacGyver ?

Monday, March 05, 2012

Special Thai Kuali Chicken @ Shuhaida Seafood Restaurant

Sebab hari ni monday blues. Kita up dulu episod jalan-jalan di elissmie hari ni :p Layan mata, layan makanan depan mata ok ! Last me makan kat sini , masa wedding anniversary kitorang last year yang mana tomyam mereka yang kurang kick berbanding dulu tu di entry ini. Ni kitorang pergi tak silap awal bulan lepas lah sempena hari gaji tak silap :p


Deko masih seperti biasa. Nak makan dalam aircond masuk dalam. Nak hirup angin malam, makan kat luar.

 Bancau untuk me. Nescafe panas untuk my hubby.


 Me cuba lagi order Kuey teow tomyamnya . Tidak mengecewakan sangat berbanding hari tu. Boleh bagi balik bintang yang hilang hari tu :p 7/10 bintang. Agaknya hari tu tukang masak yang biasa cuti :p


Hubby lak order nasi putih dengan Special Thai Kuali Chicken. Memang terbaik rasanya. Pedas hingga berasap telinga. 9/ 10 bintang.Sesuai dengan tekak orang yang suka pedas-pedas.



My nuha pulak makan Mihun Sup with Seafood. Terbaik jugak rasa dia. Dia habis tau makan ni sorang-sorang dia.Me ada jugak try dia punya. Boleh bagi 7/10 bintang jugak.



Ni bilnya...RM33.00 termasuk air.



Venue : Shuhaida Seafood Restaurant
No 87 Jalan Snuker 13/28 Tadisma Business Park,
Seksyen 13 Shah Alam
Tel : 03-5511 3572
 
 Korang suka makan makanan ala- thai ?




Friday, March 02, 2012

5 Stok Makanan Di Rumah Dari Terengganu....

Entry ini adalah mendapat inspirasi ketika sedang bercuti sakit beberapa hari yang lalu.Seronok jugak kalau dapat berblogging dari dapur hari-hari ni :) Ini adalah menonton drama korea sambil menggoreng keropok dan menyediakan makanan tengah hari.

*Awas, aksi ini berbahaya untuk ditiru , hanya pakar dan terlatih sahaja mampu melakukannya :p



Ini untuk menonton drama

Ini kuali sedang menggoreng keropok

Ini makanan tengah hari me hari itu kononnya Atkins Diet lah sangat :p 
Marah adik Tak Nak Gemuk :p

Jom lah kita tengok 5 Stok Makanan Di Rumah me yang diimport khas dari Terengganu , iaitu me beli masa balik Terengganu lah kiranya (kampung halaman me n my hubby )  :- 





1) Keropok keping - Yang ni me siap-siap buang plastik dia masuk dalam balang kedap udara sebab entah kenapa kat rumah me ni bubuk senang masuk dalam plastik keropok ;p Me campur segala jenis keropok dalam ni, kalau goreng boleh rasai pelbagai jenis ikan. Heaven ;p Sekali goreng satu balang besar.






2) Budu - Memang tak sah tak beli. Selalu beli 1 dozen terus, boleh dapat murah sket. Biasanya my ma yang belikan, so dah save duit budu disitu.hehehe. Yang ni kalau makan nasi lauk singgang, ada ulam , letak asam limau kerat lintang dan lada jarum dua biji..perghhhhhhhhhhhhhhhh..merecikkkksss



 3) Sos Pencicah Keropok - Dah ada keropok mesti ada pencicah dia yer dak. Kat sini jarang dijumpai lah sos pencicah ni.RM10 untuk 3 botol. Yang ni bukan sahaja sedap buat cicah keropok, tauhu dan tempe pun sedap jugak.Banyak guna :p


 4) Stok Mee Lidi - My hubby suka makan mee lidi dari mee kuning biasa yang kadang-kadang mengandungi asid borik tu kan. RM1.10-RM1.50 sepaket tapi kat sini ada pernah me beli kat Tesco, tapi skang dah tak jual.

5)General's Teh Wangi Uncang Teko - Yang ni stok paling kelakar. Alamat kilang dia kat Batu Caves tak silap tapi kat Selangor tak pernah jumpa. My Long dah pernah call kilang tu tanya dia kata ada kat Giant atau Tesco, tapi memang me tak pernah nampak pun.Yang ni memang 1-2 kotak me beli. Dalam 1 kotak ada 10 pek yang mengandungi 10 uncang. Lipton dan Teh Boh memang harus dipandang sebelah mata lepas try teh ni  :p So , sapa nak minum teh ni, mai laa minum petang dirumah me ok !


Rumah korang, stok apa yang selalu ada, especially dari kampung halaman ? 
 
p/s:

Hari ni my hubby dapat MC lagi 2 hari dan menjadi supir me pergi kerja :) seronoknya kalau ada supir hantar kerja hari-hari. Wink ;-) Tq lalings :*


p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dan NAK tupperware PERCUMA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]

 

Thursday, March 01, 2012

Adnan Sempit 2 , memang terbaik derrrrr...

Alhamdulillah, setelah 2 hari MC akhirnya hari ni me kembali ke ofiz .2 hari duduk rumah, tak bosan sangat. Seperti apa yang me mention semalam kat fesbukk, me ke DEMC sebab my hubby terjangkit sakit mata sama :p MC yang ada jangan disia-siakan :p Bukan selalu boleh duduk berdua dengan my hubby. So, my hubby ajak ke TGV Cinema , Bukit Raja. Harap-harap tak der orang berjangkit sama sebab kitorang dah siap-siap handwash segala sebelum kesana :) Tapi kepada kapel yang peluk-peluk cemolot dalam panggung, dipersilakan kena , kerana sakit itu kifarah dosa-dosa kita.Amin



Harus dipertontonkan tiket wayang dulu :p Amik couple seat. RM12/ticket.


Satu-satunya gambar dalam wayang :p



Bagi me boleh bagi 8 per 10 bintang lah. Memang ada part yang tak gelak tapi bila keluar jer Adnan mesti nak tergelak ;p Broken English dia tu yang paling kelakar bagi me :p Ada ker corporate man dia cakap orang koperasi . I like riding bicycle jadik i like reading baisakle . Dan part yang geli-geli sket bila Sam(Adnan) bahasakan diri dia papa-mama dengan , Intan Ladyana (Nadia) . Memang kalau nak release tension cerita ni boleh la bagi release sket walau tak banyak.

Korang dah nengok ke Adnan Sempit 2 deeeerr?? 

Antara review dari blogger lain yang telah menonton  :-

Man dah tengok ahad lepas... mmg best...selamba je naik motor pakai eskalator ....pastu scene urutan TUNJUK LANGIT pun kelakar... - HazmanFadzil.com



eliss.. kid paling bengang dengan tom jerry raja lawak tu.. macam hampeh.. geramm dengan dia.. urut tunjuk langit.. cisss.. hahahahaaaa.. lawak siut!!! - Shakiddo.com


huhu mmg best gelak dr start smpai abes.. but personally i think shuk balas spoiled the moments in the movie, i did not enjoy his acting, sorry to said - zam




Tuesday, February 28, 2012

MC pertama 2012, Sakit Mata dan Petua Untuk Elak Terjangkit Sakit Mata

Baru balik dari klinik. Doktor yang comel bagi MC dua hari.Mata gatal menjadi-jadi bila dah letak ubat titis mata. Dktor cakap belum melarat lagi.Insya Allah cepat baik. Pecah rekod MC tahun ni bukan pada awal tahun :p Kalo sesiapa yang pernah satu sekolah menengah atas dengan me mesti tahu, setiap awal tahun mesti me tak datang sekolah, demam la macam -macam la penyakit awal tahun. Bukan malas ok. 

 Macam mana nak elak terkena sakit mata ?  Petua orang dulu-dulu, jelir kat orang yang kena sakit mata tu :p Sila jelir kat me skang :)





Tapi doktor cakap, Si pesakit mata duk diam-diam kat rumah dan pesakit mata tu kena selalu basuh tangan bersih-bersih bila terpegang mata tu.Cecair dalam mata tu yang bahaya kalau terpegang pintu ker haper. Baiklah....Harap-harap tidak ada orang yang berjangkit. Niza dan Ad, sila jaga ofiz baik-baik yer :p



Acid Folid tu bukan untuk kesuburan mata :p

 Mc pertama 2012. 2 hari pulak tu., kalau tak elok doktor kata datang sambung MC .

Ok la...saya nak tidur ni, doktor suruh rehat sebab ubat makan yang dibaginya tadi boleh menyebabkan mengantuk.Tapi saya tidak dapat tidur lah pulak :p Sebab terkenang cerita Korea My Lovely Samsoon yang baru tengok sampai episod 8.hahahaha

Korang dah dapat ker MC tahun ni ? 

 p/s:

Kalo me kerja telemarketer dulu, dah rugi RM250 bulan ni sebab MC...


Monday, February 27, 2012

Safee Sali dan Gadis Litar Seksi di MotorXpo 2012, PWTC

Awas, entry yang sarat dengan gambar. - Komen box dalam proses ubahsuai . Maaf bagi yang tidak dapat komen :p  Sudah boleh komen yer kawan-kawan :)

Laju jer korang klik kalau sebut seksi-seksi yer .Semalam, kitorang pergi MotorXpo 2012 kat PWTC. Tiket masuk RM8 seorang tapi my Nuha free ajer bagi yang bawah 16 tahun. Kalau korang warga emas pun free jugak masuknya (65 tahun keatas) .Tiket masuk ditaja oleh biker a.k.a my hubby.

Jom layan gambar Safee Sali dan gadis litar seksi :p 

 Mesti kena enterframe dulu. Takkan terus-terus nak tengok gadis litar seksi kan ;p

Tengok tangan kecil menyelit, siap merajuk lagi sebab dia jer tak der tag :p

Masa dah keluar dari ekspo tu, bagi dia tag ni..seronok sakan dia :p

My Nuha n me :) Sian gadis litar dilindungi belon ;p


 Safee Sali Model Motor jenama SYM, Safee Yang Menunggang






Jom pulang !!!
Eh, tak der gadis litar seksi ??? hahahahaha

Untuk tidak menghampakan korang :p Inilah gadis litar kesayangan saya :)









Ok, ok.. gadis litar btol-btol punya, dan saya paparkan dengan imej yang sopan ok !!




Lariksss...Jangan marah no :p Me tak nak korang berdosa pagi-pagi tengok gambar seksi yer :p

Korang pernah pergi ke event-event berkaitan permotoran macam ni ?

 

 Terima kasih CikLilyPutih yer untuk goodies bag ni :)

Friday, February 24, 2012

Dekorasi yang sesuai untuk bilik air sempit atau ruang yang terhad

Hari ni lambat bersiaran sebab me jadi penceramah untuk bengkel sistem yang dibangunkan. Seronok jugak sekali sekala jadi tenaga pengajar kepada pelajar dewasa yang pelbagai ragam ni.

Do not blame others... always be prepared - Puan Anon - TK atas nasihat. Jasamu ke kenang dalam doaku..
Hari ni deko bersama elissmie nak cerita tentang dekorasi sesuatu ruang yang korang masuk hari -hari. Kalau tak masuk sehari, makanya hari tu korang tak mandi lah.hehehe .Bilik air rumah me ada dua bilik. Satu besar dan satu kecil. So yang ruang yang kecil tu memang rasa susah sangat nak deko bagi menarik kan so me google la sana sini untuk dapatkan idea dekorasi bilik air yang sempit tu. 

Ni antara carian dekorasi yang sesuai untuk bilik air sempit atau ruang yang terhad :-



Yang ni menggunakan warna selamat - Putih. So nampak luas kan.


Teknik menggunakan cermin memang tidak menghampakan.


 Warna - warna pastel yang digunakan memang nampak menarik. Teringin nak bakul rotan bawah sinki tu :p

Bilik air kedua me lebih kurang besar ni ajer. Ada shower depan sinki. Memang terhad.



Tak salah jugak menghias bilik air dengan frame kan ? Nampak menarik


Yang ni macam konsep Bali pun ada kan.



Ok jugak kalau buatkan rak untuk simpanan barang kat bilik air tu kan.


Korang pulak ada buat dekorasi tak kat bilik air rumah korang ?

pic credit to here , here , here


p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dan NAK tupperware PERCUMA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)