Wednesday, April 20, 2011

Macam mana nak renew domain ? | Elissmie.com sudah renew

Memandangkan aku pengguna domain dari NetKL.com, makanya aku nak ajar cara renew domain NetKL.com lah kan :) Kalo tanya provider lain, sorry, aku memang tak arif :) Menggagau jugak aku masa nak renew tu sebab dah dekat setahun gitu kan beli.


1) Memula sekali pergi website ini :http://billing.netkl.com/



2) Lepas tu Pilih Order kat sidebar belah kanan tu - Pilih pulak Domain Renewals.

3) Tick domain yang mana nak renew, dalam kes aku cuma satu ajer domain yang ada :)


4) Pilih berapa lama korang nak  renew. Klik Order Now. Lepas tu NetKL akan email invoice.

5) Apa lagi, bayar lah :) Aku pilih method Bank Transfer. So, lepas dah transfer emailkan  bukti pembayaran kepada sales@netkl.com

6) Then sampai lagi email mengatakan domain aku sudah renew !! Yeaaahaaa :)

Thank you for your domain renewal order. Your domain renewal request for the domain listed below has now been completed.

Domain: elissmie.com
Renewal Length: 1 Year/s
Renewal Price: RM31.60 MYR
Next Due Date: 07/05/2012



p/s :

Bila pulak yer nak berhosting sendiri....mungkin cukup setakat domain ajer lah ..



p/s:


Hari ni kena mengajar sistem. Selamat Pagi Cikgu  :) Tapi murid-murid dah belia semua..hehehehe




Tuesday, April 19, 2011

Itik Panggang Halal ada dijual di Shah Alam ? | Restoren Mohd Chan

Selalu tengok jalan-jalan cari makan versi cina, Ho Chak, mesti terliur bila diorang makan Itik Panggang. Kali ni, semuanya tidak lagi jadi masalah buat aku sebabnya, kat Shah Alam, sudah ada cawangan Restoren Mohd Chan Abdullah. Phewwwittttt :) Dah lama teringin nak makan chinese style cuisine yang HALAL ni!! Selalu duk tengok orang ajer makan kan.


Mula-mula,kita tengok dulu penaja makanan malam itu :) Terima kasih Longs !


Makanan adalah untuk 4 orang dewasa dan 1 orang kanak-kanak kuat makan :)



Menu yang ada..Ikut hati nak try semua..jakunss kata kau !!


Deko dia, simple dan menarik.



Ada wallpaper tulisan cina, Oli tolong bacakan :) Tak faham maaa :p

Jom tengok apa yang kami order :-

Pau pembuka selera :p Kak Long ngan My Nuha ajer makan :p

Ni yang paling dicari-cari , Itik Panggang .
Lembut gila daging dia. Kulit garing..perghhhh...Boleh order lagi lain kali..


Ketam Masak Sos Spesial. Syok habes ni, meleleh air liur kalo tengok gambar.Makan apa tah lagi...

Baby Kailan dengan Sos Tiram. Sayur menu wajib :)


Stim Taufu yang disiram dengan kicap cair kot :p



Ni kak long punya...

Ni den punya :)

Makanan kat atas + Air Teh Cina + Air Longan + Limau Asam Boi + Apple Asam Boi

Semua sekali RM 104.00 sahaja.. Murah jugak kan ??





Venue : Malaysia Restoran Makanan Cina Muslim | Restoran Mohd Chan Abdullah
Lokasi : Seksyen 15, tapak Public Bank lama..
Maklumat lanjut : http://www.mohdchan.com.my/


Korang suka makan makanan style cina ???

p/s :

Semua gambar using my C3 :)



p/s:

Tq pada Mama Aimy, dah terima FM Singapore sebab berjaya teka teka-teki itu  :)

Monday, April 18, 2011

Korang pernah hantar anak korang join playgroup ??

As salam semua. Hari ni diriku sudah kembali normal :p Masih ingat entry ,Dalam diri aku sudah ada 2 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.  Oh Ad sudah masuk kerja..Selamat kembali bertugas yer Ad.

Hari Sabtu lepas, bawak my Nuha join playgroup kat TTDI Jaya iaitu Tateh Playgorup yang bertempat di Sarakids.Aku amik trial kelas, kebetulan ada tawaran RM10 masa tu.Terus grab lah !

Kelas dimulakan agak lambat, sebab kelas sebelum sessi my Nuha ni abes lambat, mungkin sebab hujan lebat pagi tu.Semua pakat mangun lambat kot.Maklumlah anak-anak dibawah 4 tahun, mungkin tak puas tidur lagi.hehehe. Seb baik ada playground penyelamat keadaan. So , tak bosan lah my Nuha menunggu kelas dimulakan. Delayed dekat sejam jugak lah.

Banyak aktiviti yang dijalankan. Yang penting my Nuha seronok dan dapat jumpa kawan-kawan baru. Nak bagi pendedahan kat dia, nanti tak ler terkejut bila dah nak hantar nursery next year, Insya Allah.


Jom tengok apa aktiviti my Nuha kat sana hari tu..



Kelas dimulakan dengan main buih...
My Nuha seronok lah, sebab selalu main..

 Ada aktiviti art craft.
Memula, geli lagi..guna jari ajer warna tu :p Anak sapa laa celewet ni :p


Lepas tu, siap bersila lagi ko, abes dah semua jari dia warna kat lukisan tu...

Ni lah hasil lukisan pertama my Nuha guna water color.
 My hubby cakap nak framekan :) 

Masa ni nyanyi-nyanyi lagi tapi guna botol yang ada kacang hijau .
Seronok sakan dia.Ikut ajer cikgu buat apa :p 

Memperkenalkan, Nuha the Chicken Little !! hehehe.
Yang ni masa aktiviti menyanyi jugak sambil pakai costume.

Ada lagi aktiviti yang tak sempat nak snap gambar..Sebab duk layan karenah my Nuha :p
Akan update later, sebab nak mintak dengan Isabelle :) Dia dan hubby dia banyak amik gambar hari tu :)

 Last sekali, bergambar dengan Teacher Munira :)


Ni on the way balik rumah, siap tertidur sebab penat sangat..hehehe


Ni insan yang bertanggungjawab mengajak aku join playgroup hari tu, Isabelle.  Sebelum hari tu, kami dating kat KFC Seksyen 7. Dia belanja..Moga murah rezeki ko erk Is :)


Siap dapat hadiah lagi..Thanks dear :)
Hadiah untuk ko menyusul kendian yer..Insya Allah..
Kalo korang nak join sama, boleh dapat maklumat lanjut disini :

Friday, April 15, 2011

Semalam 2 Belog aku kena delete (Blog Not Found ) ? Ngeri btol lah weh....

As salam.. Salam Jumaat kata kau ! Semalam 2 Belog aku kena delete , elissmie.com dan elissmiejunior.blogspot.com.  Ngeri btol lah weh....Pastu, bila login, dia cakap akaun aku ada aktiviti yang pelik gitu kan, macam spammer guna la sebab hari tu entry belog My Nuha post entry pasal menang loteri lagik.Terus tukar password semua. Nasib baik boleh recover balik , dengan satu langkah ajer iaitu masukkan no telefon korang dalam form tu dan automatik akan dapat nombor kat handphone, masukkan nombor tu dan activate ajer...Cuak sungguh kan...Alhamdulillah ok semua...

Alhamdulillah, settle dah urusan malam tadi dengan jayanya untuk step pertama dan skang menuju step seterusnya. Moga urusan kami berjalan lancar.psstt..Pembelian rumah pertama kami :) Alhamdulillah :) Alhamdulillah :) Alhamdulillah :)  Step pertama : Booking, step kedua : S& P :) step ketiga : Penilaian dan step keempat : Permohonan.


Akhirnya dapat jugak rumah idaman kami dengan harga within our budget dan yang penting teres setingkat.Tapi tak nak cerita lebih-lebih lagi selagi tak settle semua, takut pisang berbuah dua kali :)


p/s :

Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari, kemudian ALLAH datangkan pula guruh dan kilat! Puas kita menangis mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI.

Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga erk..



p/s:
Teaser :p



Thursday, April 14, 2011

Musang pun boleh dimakan ker ?

Ok. Seriyes tak kelakar :p Yang aku tahu, Kopi Tahi Musang adalah kan orang minum tapi aku tak sanggup.
Ni musang boleh dimakan ? Korang percaya ker musang boleh dimakan ? Aku makan malam tadi ni..Seriyes...


 Tak percaya ???



Ni hah, Durian Musang King !!


p/s: 
1 paket RM 20. 2 paket RM 35, dapatkannya di Giant Seksyen 13 , Shah Alam :p

p/s:

Akhirnya berjaya jugak makan durian untuk tahun ini...
 1 paket tu, seulas ajer my hubby makan..lalalala
patut la panas aku malam tadi :p

Tapi still tak puas hati sebab tak dapat lagi Durian Udang Merah :p



p/s: 

Ini bukan Wordless Wednesday tapi Word sket Thursday :)

p/s: 

Busy sket sebab tengah berdebar menanti malam hari nanti. Ya Allah, permudahkan lah urusan kami ..

Kau jadikanlah pilihan kami adalah pilihan yang terbaik buat kami... Amin

p/s :

Banyaknya p/s : Layan !!!

Wednesday, April 13, 2011

Restoren Upin & Ipin, ada ker?

Lama tak update pasal Jalan-jalan cari makan bersama elissmie kan.Last hari tu, Tirai Ratus,Nasi Bariani Mohd Shah Batu Pahat  kan ? Hari ni nak cerita pasal Restoren kegilaan anak dara pujaan hati beta, siapa lagi , my nuha lah. Masuk ni, dah 2 kali kot dia pergi Restoren Upin & Ipin ni..

Nama sebenar restoren ni adalah La Boutique Caffe Upin & Ipin.

Jom terjah ! Mula-mula kena lah tengok deko dulu ! Macam Eric gitu nak tengok deko kan..Surprise !!!



Menarik jugak deko dia , sebab ada banyak gambar-gambar dari siri animasi Upin & Ipin..

Kerusi dia pun selesa gitu :) empukkk jaaa...

Tu dia nama restoren tu...



Buku Menu pun menarik jugak sebab ada letak karakter
dari siri animasi Upin & Ipin disetiap page menu tu :)

Nama menu pun ada letak nama , contohnya Nasi Lemak Kak Ros, Cucur Fizi.Gitulah, lupa plak :p



Pilihan makanan yang pelbagai...Tak semestinya untuk kanak-kanak sahaja.

Yang bukan kanak-kanak pun boleh mai sini...

Ada pilihan melayu dan western jugak serta minum petang !



My nuha tengah pilih order..kemain lagi..
seronok dia sebab ada banyak Pipin dalam tu :p


Ni kali pertama dia datang dulu dengan Abah dia ajer..
Siap paw mug Upin & Ipin , Harga RM 8.90 tak silap. 

Ada banyak lagi barangan Upin & Ipin yang dijual, macam patung, sticker, note pad, buku dsb.


Kali kedua datang, belikan sticker ajer RM 2 :p


Tengok, muka puas hati sebab dapat minum Milo dalam cawan Upin & Ipin.
Milo Ais ajer dah RM 3 ++

p/s :

Personally, harga makanan dia tidak lah mahal sangat .
Tapi kami just minum petang ajer kat situ, so tak tahulah makanan dia sedap ker tak.

Korang dah cuba pergi makan kat sini ?

Kalo bawak anak-anak , mesti diorang gembira nak-nak yang memang fanatik habes dengan Upin & Ipin ni.
Masa kitorang sampai, diorang siap pasang CD Upin & Ipin lagi...



Lokasi terletak, berdekatan dengan Ayam Penyet Wong Solo, Seksyen 7.Senang cerita belakang Jakel Shah Alam lah :)
 


Monday, April 11, 2011

Akhirnya, Si Gebu Pink Itu Milik Aku :)

Ok,akhirnya Si Gebu Pink ini milik aku. Terima kasih kepada my dearest hubby. Biarlah ianya bukan Blackberry, tapi tanda ingatan dan kasih kamu kepada isteri yang saya carik..hahahahaha Ayat tak boleh belah..

Sayangkan isteri ,

belikan hadiah hari-hari...

setuju tak??

p/s:

tak setuju, angkat keyboard tinggi-tinggi..larikss



Inilah buah hati terbaru :)
Beli dari Nokia store, dijamin ori !
Nokia C3 .RM400 percuma Memory Card 4GB.


Casing RM 10 ajer..
Yang ni beli kedai lain..hehehehe :p

p/s:

Dengar cerita , ada orang dapat bonus..Kalo ku tahu awal-awal, harus ku sambar Blackberry..hehehe..


 

Dan Pemenangnya ialah...

Hari ni nak umum pemenang untuk pengomen entry penaja2 contest me yang lepas.Berikut adalah senarai peserta. Duplicate comments pun aku kira as 1 cabutan ok. Mari kita lihat siapa yang kena...


1.Kancilbiru
2.Mama Zharfan
3.h4ni3
4.isabelle
5.Sharinginfoz
6.Nad @ MamaZakwan
7.ummi sofiyyah
8.Fieda
9.SyUhAdA
10.Cute MuM
11.Nisa' Azman s
12.mama tisya s
13.hazman aka species1980
14.Lin Azlina
15.Nad @ MamaZakwan
16.ummi sofiyyah
17.ummi sofiyyah
18.SyUhAdA
19.Cute MuM
20.Nisa' Azman
21.mama tisya
22.Mama Zharfan
23.eT
24.NINIEZANE
25.Nad @ MamaZakwan
26.ummi sofiyyah
27.SyUhAdA
28.Cute MuM
29.Nisa' Azman
30.mama tisya
31.Mama Zharfan
32.aLeesYa's Mummy
33.|| NaFiRaa ||
34.CuppyCakeMommy
35.NINIEZANE
36.Nad @ MamaZakwan
37.ummi sofiyyah
38.Cute MuM
39.Nisa' Azman
40.mama tisya
41.Mama Zharfan
42.isabelle
43.|| NaFiRaa ||
44.Intan
45.Nad @ MamaZakwan
46.ummi sofiyyah
47.Cute MuM
48.Nisa' Azman
49.mama tisya
50.Baby Intan
51.Mama Zharfan


Encik random, sila mulakan undian sekarang yer..Cer pilih..Cer pilih...

Dan pemenangnya ialah ummi sofiyyah

sila emailkan alamat dan no hp ke elissmie[at]gmail[dot]com dengan kadar segera yer...


boleh aku pos FM ni jap lagi !


p/s :
 

Teaser omputeh cakap....cer teka, cer teka :p


Pilihan boleh rujuk entry ini :p Smartphone, belum ada lagi ni...eh, ada orang nak belikan?


Sunday, April 10, 2011

Fridge Magnet Teluk Batik Untuk Dimenangi

* Sticky post entry for 1 week. Untuk entry yang lebih meletup dan sexy, sila skrol kebawah yer :)

Hari ni agak bz, so nak bagi hadiah kat korang. Korang cuma perlu menjadi follower elissmie.com dan tinggalkan komen pada setiap entry berikut untuk berpeluang memenangi 1 X Fridge Magnet dari Teluk Batik. Hadiah mungkin ditambah jika sambutan menggalakkan :)



1 komen untuk satu cabutan yer :) Makin banyak komen, makin banyak peluang untuk menang !!

Bagi yang telah komen, automatik akan dapat cabutan..

Sila komen , salah satu atau semua entry berikut yer :)




 Link entry berikut adalah dedikasi untuk para penaja contest http://www.elissmie.com/2011/02/contest-pencarian-si-cilik-bergaya.html yang lepas.

Advertise here ? Klik sini laju-laju...


Friday, April 08, 2011

Smartphone, belum ada lagi ni...eh, ada orang nak belikan?

Semalam,terklik iklan kat belog sapa ntah, dan terus kepada website ini... Sebenarnya, malam kelmarin, my hubby ada tunjuk iklan ni kat paper. Dia suh pilih yang mana berkenan kan. Dapat bonus ker yang ? hahahaha. Katanya, telefon aku tuh dah buruk...Yer lah, dah sama baya ngan My Nuha kan...Bulan 12 ni, 3 tahun ianya telah berkhidmat kepadaku...[kalo tak caya, baca entry ni :p]

Mari kita lihat menjamu mata dengan melihat pilihan Smartphone yang ada...Memang tak banyak pilihan lah yang sesuai dengan budget, aku pilih C3 kot ! Elaun tanggung tugas tak dapat-dapat lagi ni tapi surat dah dapat..lalalalala :p Kalo elaun masuk, lepas nak beli Nokia C6-01 tu :p tapi tak berminat dengan telefon jenis geselan ni..hahahaha .geselan = touch screen tu :p

Nokia E5
RM705


Nokia C6-01
RM1080


Nokia C3
RM400

 Nokia C3-01
RM600

Nokia X3-02
RM540



Korang rasa, smartphone mana menjadi idaman kalbu korang??

Cer pilih, cer pilih...


p/s:



Lepas ni boleh lah kot nak recycle hp lama ni kan...


p/s:

Eh, Hazman dah jawab soalan yang diemail , rupanya termasuk SPAM folder lah..hikss :) Boleh baca kat sini dan komen, klik laju-laju untuk berpeluang memenangi fridge magnet Teluk Batik...Isnin, aku umum pemenang yerrrr...


Dapatkan kasut adidas & nike untuk anak-anak anda dengan harga yang berpatutan dan design yang menarik, cuma RM 30 sepasang, beli dua pasang, cuma RM50, klik sini laju-laju :)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)