Friday, February 11, 2011

Best ker jadi Urusetia Konferensi Akademik?

Nak cakap best, best lah jugak sebab ada lah keistimewaannya selain bakal dapat sijil :p Lepas tu, lepas abes ajer sesi pendaftaran untuk konferensi, boleh lah kita cabut..hahaha.opss!!





Dan tidak dilupakan, dapat goodies bag lah...Orang dapat satu beg, kita dapat 2 beg :p



Masa pendaftaran tadi, ada seorang pelakon dan seorang pengarah filem tau register kat meja kitorang :p iaitu Nor*zi*zi Zul*kif*li dan PM Ab*dul Ra*zak Mohai*deen . Tapi segan pulak nak amik gambar..hahaha . Tapi ai lah yang tolong tengokkan Zizi tu register..teringat pulak kat rancangan Joe Jambul :p Tetiba..hahaha...



pic credit to : here


pic credit to : here


Dengar cerita, Yusri KRU daftar kerja UiTM hari ni..Tapi tak nampak pun bayang dia hari ni..hahahaha :p
Tadi dah jumpa, Hidayah :) Akhirnya bertemu jugak kita yer..Tak sempat nak beramahs mesra maklumlah urusetia :p



Thursday, February 10, 2011

Hari ni jumpa Datuk VC UiTM

Hari ni, pagi-pagi dah tercongok kat Dewan Agong Tuanku Canselor atau nama manja dia DATC untuk Amanat Tahun Baru dari Datuk VC UiTM. Sekarang baru ada masa nak update belog sebab banyak kerja tergendala hari ni maklumlah amanat abes dekat kul 12.Lepas tu pergi lunch dulu baru sambung buat kerja :p







Dewan yang boleh memuatkan 4000 orang katanya...



Antara kata-kata dari Datuk VC :-

I am neither nor an ego trip nor planning on building an empire

Cintaku Nyawaku Hatiku adalah UiTM ,dalam darahku , UiTM Mengalir...

I am Intelligent enough to make may own decision, Hanya satu pasukan pilihan saya, Pasukan UiTM.

We are all fortunate to be bestowed with intelligence by the Creator..


p/s:

Permintaan header percuma,(setakat ini ada 8 permintaan)-first come first serve, minggu depan baru dapat layan..Sorry yer guys! Aku hidup untuk memberi dan pemberianku memerlukan sedikit pengorbanan kalian iaitu sedikit sabar :) hehehe.



Wednesday, February 09, 2011

Baby @ Febuari

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Digital Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com



Tahniah kepada Suraya dan suami, atas kelahiran baby Girl (2.67 kg) , 8 Feb 2011 Jam 12.41 Tghari di Damansara Specialist.


Apa kaitan Dewan Baru UiTM dengan A&W??

Apa kaitannya yer?? 10-13/2 ni ada Konferensi Akademik 2011,dan aku telah dilantik menjadi AJK Pendaftaran. Yang mana-mana staf UiTM yang bergred 27 keatas yang tak nak datang tu, sila rasuah aku untuk aku key in nama dalam sistem pendaftaran...OK, TIPU :p 

p/s : Puan KancilBiru yang buat sistem ni tau :p


Ni lah rupabentuk stage utama Dewan Baru UiTM..

redha ajer lah tengok kami berposing yer :p

Semalam ada meeting kat Dewn Baru UiTM yang katanya berjuta-juta kosnya tu, tapi sebab bosan kitorang telah pergi makan A&W...hahahaha..Maaf, terpaksa tayang gambar di  A&W pagi-pagi :p


Sungguh khusyuk Niza melayan Root Beer floatnya..dah lah tersilap sedut aku punya :p

 
Sekali sedut ajer dah licin????


 Nyamannya tekak ni dapat minum :p

 Lama gila tak makan A&W Waffle ni...

 Licin jugak disebat :p


 Ni Niza tak abes :p



Aku mesti nak yang ada ciss..ciss bedebah :p

 Boz aku cakap, kalo nak bersih cermin tingkap, lap pakai surat khabar . Ni yang staf A&W duk buat..patutlah bersinar cermin tingkap A&W :p

p/s : 

Thank You kepada ET sebab bagi rasuah kat aku..hehehehe :p FM dari Abu Dhabi tau !! Bestnya nyahhh..Ada sesiapa lagi nak rasuah aku???


Tuesday, February 08, 2011

Header Percuma? Ada lagi ker orang berminat?

Sebenarnya, tak ramai yang perasan aku ada bagi header percuma kepada sesiapa yang berminat, selain percuma watermark dan blog badge beranimasi.


Korang boleh check dekat menu bawah header under freebies tu.Tapi memang ada simple syarat lah yang korang kena ikut untuk dapatkan freebies tu, tapi kiranya win-win situation lah. Lagipun aku guna resource yang free jugak untuk buat semua design tu :p

Semalam, aku design satu header untuk MZ, nun jauh kat negara orang yang tengah sambung belajar. Sebab dia ada drop komen nak header dari aku yang bukan pro ni kan :p



salam ziarah sambik follow terus rasa mcm nak usha headre free u :) cuma tgh pikir nak buat konsep apa--me dh boring-jemu muak dgn header lama kat blog me me nak tukar agar nampak simple tp pro boleh ker :p kalau bayar pun me ok jer asalkan puas ati header lama me order dgn wansteddy :)

Dan idea tu pun datangnya dari entry MZ yang ini , dan hasilnya adalah begini..setelah MZ mintak alter gambar dan warna tulisan..Terima Kasih MZ kerana sudi menerimanya :)


Segan jugak nak membuatnya sebab header lama dia dah cun sebab buat dari designer yang aku suka dan pernah buat Dolly untuk My Nuha tempohari iaitu Wan. Kalo korang nak header dari designer , boleh dapatkan disini yer :) tapi kena bayar sket lah sebab hasil dari orang yang pro dalam bidang dia :) Aku setakat belajar sendiri ajer pun..hehehehe

Untuk dapatkan header free, korang perlu copy ajer blog badge aku disini  dan masukkan kat belog korang kat sidebar paling bawah ker pun tak kisah lah dengan tajuk Free Header By:  dan masukkan blog badge aku ajer :) contoh macam kat bawah ni lah , selagi korang menggunakan free header dari aku. Dah tak nak guna, boleh remove lah :) no heart feeling k!



Aku akan buat selagi ada permintaan lah dan Insya Allah selagi termampu...Klik kat sini, untuk dapatkan header secara percuma ok !! http://www.elissmie.com/p/korang-nak-header-secara-percuma-kalo.html

p/s: 


 Terima Kasih Sumijelly & Sekilass, hadiah sudah sampai...Yeeehaa... Ini untuk saguhati belog Nuha dalam pertandingan domain hari tu :)


Monday, February 07, 2011

13 Jam Paka, Trg - Shah Alam, ada berani??

Seperti yang dijangka, memang jam gila on the way balik Shah Alam. Kitorang antara insan yang bergelandangan di atas jalan raya hampir 13 jam.Apsal semua orang balik semalam hah?? :p

Sempat membuat pit stop beberapa kali (macam race pulak :p) untuk mengelakkan temperature kereta naik macam kebanyakan orang. Lepas temerloh, kitorang masuk highway lama, sebab tahu jalan akan jam gila lepas tu. Tapi kecewa, lepas ajer keluar dari susur masuk karak, 6.30 petang, masa tu KL ada lagi berbaki 66KM.Tapi,kami sampai di Kampung Cina sebelum Hentian Rehat Genting Sempah jam 8 lebih.Masa tu KL ada berbaki 46 KM, 20KM dalam masa 1 Jam Setengah bai!!!

Menikmati makan malam yang konon-kononnya nak makan di KL.Ikan Patin Masak Tempoyak dari Temerloh tuh!!!



 Tu dia, kepala ikan patin :p

Korang berapa jam terperangkap dalam jam???
Syok tak??hehehehe :p Lariksss



p/s:

Thank You Suziey sebab sudi exchange Fridge Magnet dengan me:) Lenkali kita main tukar-tukar lagi yer..

Thursday, February 03, 2011

Jelajah Mesra Mall Kerteh...

Ala-ala Jusco bagi kita di KL & Selangor. So, orang di Kerteh dah boleh tengok wayang sebab dah ada TGV :p








Day 2 - Nasi Minyak Terengganu dan Apam Berkuah



Nasi minyak tak sempat nak snap :p Sebab lapar sangat :p

p/s : apa agenda hari ni yer..masih berkira-kira.My Nuha melepaskan gian bermain pasir di laman ibu mertuaku :p seb baik hari tak hujan...


Wednesday, February 02, 2011

Kami sudah berada di Terengganu...

Day 1 - Nasi Dagang buatan Ibu Mertuaku - Terbaek dari ladang...


p/s: wordless wednesday katanya!


Tuesday, February 01, 2011

Baby & Me Shopping Style Contest

Korang suka shopping?? Apa style korang tiap kali pergi shopping ? Hari ni aku nak join contest dari Nia seperti kat sini http://unlistedone.blogspot.com/2011/01/baby-me-shopping-style-contest.html

Baby & Me

Since aku tadak gambar kat tempat shopping berdua dengan my nuha, so terpaksa lah aku gabungkan gambar aku dengan anak aku. Aci tak nia?? hehehe.Aci tak aci tak kira..hahahaha


Nama Anda: Eliss
Nama Kanak-Kanak & Umur: Nur Nuha Humayra 2 Tahun 5 Bulan 4 minggu 2 hari
Hubungan dengan Kanak-Kanak: Ibu & Anak

Kiranya style aku seperti diterangkan dibawah lah melalui kombinasi gambar-gambar berikut :-



Aku - Tudung bawal, Blouse lengan panjang, seluar slack/jeans , selipar tapak rata. Ringkas gitu sebab nak tawaf satu pasaraya nak shopping :)

My Nuha - T-shirt , Seluar jeans, hair clips dan kasut. Senang dia nak berlari dan melasak dalam pasaraya  :p

Sini aku nak sertakan sekali TIPS - Bagaimana anda dapat bershopping dan melayan kerenah anak dalam masa yang sama.

1) Letak anak dalam troli barang dan bagi mainan kegemaran dia yang anda jumpa di dalam pasaraya .Masa dia bawah 1 tahun dulu boleh lah kan, so cara ni valid sampai umur anak kurang 1 tahun.

 Bila dah nak masuk 1 tahun keatas, dia dah tak suka duduk dalam troli, so kena guna teknik lain pulak :-

2) Bagi dia tolak troli bersama-sama dengan kita tapi dengan pengawasan kita lah.Jangan sampai terkena kaki comel dia pulak troli tu.Sakittt :p


3) Bagi anak-anak kita amik barang-barang yang ingin kita beli. So dia akan seronok dan tak bosan bila bershopping. Selalu aku bagi my Nuha amik susu dia. Dia pun dah kenal, bila sampai part susu tu, dia akan angkat susu dia masuk troli :)

4) Ajar anak-anak tentang barang-barang yang ada dalam pasaraya. Kalo lalu kat bahagian buah-buahan tu, banyak yang boleh kita ajar tentang buah-buahan kan. Dan my Nuha paling pantang nampak anggur, terpaksa lah kena beli sekali disebalik mengajar tu :p Tu lah bahana bila dah tahu nama buah :p

Kalo korang ada tips yang lain nak dikongsikan, silakanlah :)



Baby & Me Shopping Style Contest
dianjurkan oleh 
Dengan hadiah-hadiah menarik daripada
Photobucket
Photobucket




Tarikh Tutup : 7th Februari,2011@11.59pm.

p.s: 
Hari ni bertolak balik ke Terengganu. Doakan kami selamat sampai sana dan balik sini balik yer..

Friday, January 28, 2011

Siapa nak kerja luar negara??


Aku pernah jugak bercita-cita nak kerja luar negara. Dulu-dulu, ada jugak my hubby ada ura-ura nak kerja kat Qatar tu.Tapi masa tu belum jadi suami isteri lagi, so aku lah orang yang menghalang niat suci murni dia nak kerja sana. Mau dia pergi sana, silap-silap buat balik isteri dari Qatar.hahahaha :p

Tapi sekarang macam kabur lah pulak harapan tu kan nak kerja luar negara sebab dah stabil dengan kerja ni.Mungkin ikut my hubby dan ambil cuti tanpa gaji ker syok jugak kan.Atau sambung master luar negara :p

Apa yang best kalo kerja luar negara erk?

1) Tambah pengalaman

2) Tambah kenalan

3) Dapat merasai kehidupan yang berbeza dari negara sendiri

4) Dapat melancong sana sini macam Yatie Chomeyl :)

5) Boleh kumpul Fridge Magnet luar negara macam Mama Zharfan :)
 
p/s:

Luar negara yang aku pernah pergi adalah Thailand, tu pun naik bot ajer :p


p/s:

Tapi, hujan emas negeri orang , hujan batu negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.Betulke??

p/s:


Kazen aku duk Jepun tu tak nak balik Malaysia ker weh?? :p Kot-kot dia terbaca entry ini :p


Sesiapa yang berminat nak kerja di luar negara, ni nak bagitau ada kekosongan di Qatargas Operating Company - Vacancies [16th January 2011], Qatar lah beb !

Internal Audit

Agreement Coordinator

Well Engineering & Interventions Manager – Reservoir & Production

Contract & Procurement Engineer – Ventures

Marine Civil Engineer – Plant Engineering Support

Technical Superintendent – Shipping

Interested, email to azman@uzmagroup.com

Thursday, January 27, 2011

Siapa pernah tengok Damping Malam? Seram Tak?

Terima Kasih Mama Yatiey, sebab bagi tiket Damping Malam secara percuma.Semalam baru tau , tiketnya dah berkurun sampai. huhuhu. Patutnya last week dah boleh pergi tengok. Hari ni check website TGV [http://www.tgv.com.my/, yang ada tayangan Damping Malam cuma ada satu lokasi ajer yang boleh pergi tengok :( iaitu 1 Utama. Ingat boleh nak tengok kat TGV ker KLCC kan.

Ada sesiapa nak tak ?? Staf UiTM Shah Alam sahaja, senang aku nak bagi terus.Siapa yang betul-betul berminat, sila tulis kat bahagian komen.

Cinema Showing Time
4:30pm   |   6:30pm   |   8:30pm   |   10:30pm



Sinopsis Filem Damping Malam

Filem Damping Malam mengisahkan WADI dengan isterinya KU KHALIRA  yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama NURAIZA. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. NURAIZA pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. NURAIZA diasuh oleh ibu saudara KU KHALIRA yang tinggal bersama mereka yang dipanggil UMI SIAH oleh NURAIZA. UMI SIAH seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. UMI SIAH sangat menjaga NURAIZA kerana dia tahu keistimewaan yang NURAIDA ada. KU KHALIRA sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. KU KHALIRA dan WADI selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.


p/s: 

My nuha suka sangat cerita hantu. Hantu hilang ajer dari tv dia marah sebab nak tengok hantu.Aduhai..Anak Oh Anak! Anak korang suka tak tengok cerita hantu???

p/s: 

Suka buat muka macam ni,konon2 dia hantu la,  bila nak usik hantu kat orang, macam orang takut ;p




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)