Thursday, October 07, 2010

Hari Raya Ofiz aku memang terbaik punya !

Walaupun dah penghujung syawal,hari raya ofiz aku tetap meriah kau! Korang ada? Hahahaha ;p Jangan makan hati erk tapi sayang kerna aku sekarang tengah gigih berdiet Atkins.Semua benda menyelerakan tapi kena pilih-pilih makan lah :p Layan ajer gambar-gambar.Sarat dengan gambar yer :p Ini seriyes :)



 Mc of the days! Mestilah aku dan azie.

Eh, Dato' Sahul pun ada? Ok, tipu. Tu wallpaper kat belakang aku berucap tu..hahahaha :) 
Real kan?Mic tu btol :p

Sedang beraksi setelah dilamar :p

Tertido pulak aku dalam gambar ni .

-------------------------------------------------------------------------------------
Antara makanan yang hadir :p

Sedap tapi jangan makan !










Ni ajer aku makan. Believe it or not ;p


------------------------------------------------------------------------------------- 

budak kampung aku tauu!!

otai network nih!Pakar mem'block' segala aplikasi termasuk fb dan twitter.hahaha :p



Ada 15 cabutan bertuah duit raya, Niza the KancilBiru pun dapat ..cis tak aci :p 
aku pun nak gak !Ko manderem nombor tuh erk niza?
Haih, azie. pun dapat gak cabutan bertuah!Gambar tak jumpa plak!

Wanita Melayu Terakhir..chehs, terselit jugak sekor jantan :p

Bebudak jabatan aku....

Bebudak jabatan aku versi tunjuk langit pulak....

Ofiz korang dah buat ker sambutan hari raya? 


Korang ada dapur baru? Aku ada...(berlagak :p)

Ok. Ini entry menunjuk-nunjuk.Hahaha.Walaupun dapur baru aku ni, hadiah hari lahir katanya, sama ajer dengan brand dapur yang aku dapat 3 tahun lepas :p Terima Kasih kepada my hubby kerana sudah pasang dapur untuk aku memasak dengan jayanya setelah dah berapa hari duk bertapa dalam kotak bawah meja  :)
I Love U so strong lah lalings!



Little helper yang sama-sama teruja untuk pasang dapur baru :)


  Ingat kawan-kawan,plastik dapur harus dibuang, kang ada yang terbakar rumah ! :p


Selamat tinggal dapur lama yang sudah 3 tahun berkhidmat. 
Rest in peace ok !

Warm welcome to my new dapur..
Sesiapa yang tak tahan silau , sila tekan [x] pada browser masing-masing ! heh!
Mestilah nak kena masak bila ada dapur kan.


 Wow!! Siakap Stim Halia !! Tapi sesungguhnya, itu bukan dari dapur baru aku... :p

Wednesday, October 06, 2010

Aku dilamar kali kedua ?

Alahai.Lamar apa pulak ni. Dulu dah kena lamar. Skang ada orang lamar lagi pulak.Semasa kali pertama beraksi setelah dilamar kat bawah yer ..Tadaaa...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-




Dilamar menjadi MC untuk Majlis Jamuan Raya 2010 ofiz aku lah..Tapi Niza plak tak nak jadi sparing partner tahun ni.
Siapakah mangsa keadaan??


-

-

-

-

-

-



pic credit to : zie

Aku dengan rasminya melantik Cik Zie yang manis jelita untuk menjadi sparing partner untuk majlis yang akan berlangsung esok ! Ko rock babe !! Memang serasi bersamalah suka karaoke dengan MC tu.Dua-dua pegang mic.Nanti aku ajar ko yer macam mana nak baca pantun eh ! hehehe :p

Zaman sekolah-sekolah dan universiti dulu memang aku selalu jadi MC majlis, perhimpunan dan pertandingan. Bakat tak terpendam orang kata :p 

Korang pernah jadi MC???

Tuesday, October 05, 2010

Korang gantung tudung macam mana?

Masih ingatkah koleksi tudung bawal aku ? Tiba-tiba, hari malas ku bermula. Tidak lagi aku rajin nak melipat tudung seperti selalunya.


 Di masa rajin...

Apakah cara yang aku ada untuk me'malas'kan diri ini ? Tadaaaaaaaaaaaaa....




Info Produk : Hanger Tudung
Harga : RM20  (Kak Ray cakap kat Klang boleh dapat RM18 :p)
Tempat beli : Kat ofiz aku.Sekarang tuan dia dah balik UiTM Dungun daa :p

p/s :

Abaikan tangan model tidak berbayar yer..hehehe :p Terima Kasih yer Iela :)

Hasilnya............




Tudung yang siap sedia tergantung...Pilihan tudung aku pun banyak ke arah ke'pink' dan ke 'purple' an. merah sekali tapi bukan tiru mak merah yer :p Sungguh, UiTM dihatiku kan?  lagi satu, kalo korang perasan cantik kaler background belog aku sudah tidak purple lagi tapi sedikit pink pulak :p hahaha


Tiba-tiba terasa nak makan chicken chop .ciss...aku sedang berpuasa ganti !
Tinggal 7 hari lagi.


Monday, October 04, 2010

Best ker kerja UiTM?


Tiada perkataan dan ayat mampu menggambarkan perasaan aku saat ini.Akhirnya, aku sudah disahkan ke dalam perkhidmatan, setelah berkurun lama kunantikan . Alhamdulillah.
 Bukan senang aku nak sah jawatan ni , siap tercicir2 nama lagi bagai :p Hampeh kan?


Berbalik kepada soalan, best ker kerja UiTM ?

Best bila :-

 Student-student UiTM bercuti - Jalan lengang gila, tak perlu berebut-rebut naik lif, tak perlu beratur panjang-panjang beli makanan kat kafetaria.

Ada berani kerja di UiTM ?






AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Teh Ais Vs Nescafe Ais

Ok. Peraduan dah tamat dan pemenang sudah dipilih. Bagi yang tidak berjaya, sila cuba sekali lagi ! Hehehe :p


air kiri - Teh ais - air kanan - Nescafe Ais

Dan pemenangnya adalah Azieda Razak , http://nonzero88.blogspot.com/  yang telah berjaya meneka dengan pantas [siap buat entry bagai :p ] .Terimalah wang tunai RM 10 & Keychain dari aku k ! Dah letak atas meja :p
Zie, Sila buat entry kemenangan di belog anda dan link back ke belog aku yer :)

Berikut adalah senarai pengalah yang berjaya meneka dengan tepat :p - Akan direview oleh aku pada segmen terjah pengomen tegar pada hari Jumaat selepas kesemua pengomen tegar belog aku direview k ! 

KancilBiru - Sudah review
Nafiraa - Sudah review
Aidiena - akan direview
CikLilyPutih - akan direview

Terima Kasih kepada semua yang sudi meneka !

p/s: 

Sedapnya minum Teh Ais :p

Korang pulak suka minum air apa ???



Siapa mahu hadiah angkat tangan?

Ingat senang-senang ker aku nak bagi hadiah ? :p Kena jawab soklan dulu. Soklannya mudah sahaja.Tekaan boleh banyak kali tapi satu saja tekaan dalam satu komen.Tak perlu buat entry . Senang nak pilih siapa cepat kan :p


Clue : Kiri adalah air kegemaran aku :p Kanan adalah air kegemaran my hubby :p


Syarat-syarat peraduan :

Perlulah menjadi follower belog elissmie.com dan gantung banner belog aku kat SIDEBAR belog masing-masing sehingga Isnin depan ( 4/10/2010)  :p - Telah Tamat

Copy paste ajer banner kat bawah ni :) Kalo korang berjaya meneka dengan tepat dan terpantas , korang kena inform kemenangan korang kat belog dan link kepada belog aku lah.Mudah kan ? :p















Tarikh Pertandingan : Bermula hari ini  1/10/2010  sehingga 4/10/2010


p/s: 

Hadiah RM10 top up /cash  + keychain

Kalo ada orang nak jadi sponsor, boleh lah aku panjangkan tempoh peraduan :p

Berminat : elissmie [at] gmail [dot] com 

Saturday, October 02, 2010

Jangan Klik Iklan Kalo Tak Nak tahu Ok?

Ada ker korang klik iklan kat belog korang secara sengaja mahupun tidak sengaja? Kalo sekali aku rasa boleh dimaafkan lah kan? Mesti korang nak tahu jugak apa iklan yang sedang hangat dan tidak terlepas untuk join contest dan sebagainya....Tapi kalo banyak kali...Aiyoooo...Manyak tarak baik woo.

Nuffnang ada hantar surat chenta lah pada semua nuffnangers supaya elakkan fraud klik dan pakatan fraud klik ini mesti dihapuskan segera ! Kalo tak, dorang tak teragak-agak nak buat tindakan undang-undang dan tak letak dah iklan kat belog korang? Tak best kan? Kita mesti nak menyelam sambil minum air gitu ! So , kalo korang btol-btol nak tahu pasal sesuatu iklan tu, klik pada iklan tu yer...So, mesti kena btol-btol nak tahu ok ! Kalo klik secara tak sengaja aku maafkan :p



Dan dan...yang terbest adalah..............................

Dah dapat payment advice semalam dari HSBC...phewwitttt.Tak sabar menanti  3rd cheque dari Nuffnang !
I Love You so strong lah Nuffnang :p

Kalo korang nak merasa hadiah, boleh pergi kat entry Siapa Mahu Hadiah Angkat Tangan?



Friday, October 01, 2010

Edisi Terjah Pengomen Tegar : The Only Kancil That Blogs!

Seperti biasa, hari ni adalah hari terjah Pengomen Tegar aku yang kedua bulan Ogos. Seperti yang diwar-warkan, pengomen seterusnya adalah Niza The Kancil Biru !

Moto belog ini,The Only Kancil That Blogs!

Kenapa KancilBiru ?Boleh baca entry dari MBP ni KancilBiru – Why Your Blog’s Name Like That One?

Mana nak carik kancil  tulis belog ?  Mana -mana? Cakap aku ? Inilah satu-satunya okies. Disamping tu, klik-klik kat sidebar tu. Niza adalah salah seorang advertiser di belog picisan aku ni :) Tq yer Niza.Moga murah rezeki ku lagi :)



Niza menggunakan template :-

Ads Theme Blogger Template Designed oleh Eric http://www.blogging-secret.com/
yang telah diconvert into Blogger oleh eBlog Templates http://www.eblogtemplates.com/

Untuk bertukar blog badge dengan niza, boleh copy paste coding kat bawah dan tampal dibelog masing-masing  yer :) :










p/s:

Niza ni ofiz mate aku yer..So jangan lah muak bila ada ajer muka dia dalam belog aku..hehehehe :p


Apa tunggu lagi ? Mari lah terjah KancilBiru sekarang ! Aku kata sekarang ! Sekarang lah wehhh...

Nantikan edisi terjahan seterusnya jumaat depan : Elyn yang sudah bertukar URL yer...

Thursday, September 30, 2010

Nasi Kukus Dan Ayam Berempah Percuma ?

Bila boleh dapat percuma? Senang ajer.Datang kat ofiz aku sekarang ni.hahaha.Hari ni ada jamuan Raya jabatan aku sekali dengan sambutan hari lahir untuk bulan September dan Oktober termasuk lah aku yer .Masih syawal kan? :p Semua kena pakai baju batik ! Maklumlah boz besar dah sound awal-awal kan!  Deko kat jamuan jabatan memang tarak lah ! Yang penting semua dapat makan ! Yeay ! Layan gambar ajer lah yer.Malas nak cerita panjang-panjang.

Venue : Ruang Legar Jabatan aku ler..
Time : 1 Tengah hari
 Menu : Tengok ajer sendiri...







Tangan azi dalam cubaan membuat peace ! :p



Hari ni free lah sebab korang boleh tengok secara percuma..hahahaha :p

Info Produk : Nasi Kukus Ayam Berempah
Harga : RM5
Tempat Beli : Kak Nora, Medan Selera, Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam.(Belakang Unisel)
Tempahan : 019-3693236 /019-3480020

Ayam Ok, nasi aku punya keras sket !Kak Ema punya lembut ! heran !
Aku bagi 8/10
(ni info aku amik kat kertas pembungkus nasi :p)

 Mc of the day ! Azi, seriyes ko baca pantun macam 
nak berkawad ajer..hahahaha :p Jangan marah azi! :p Gurau-gurau membawa bahagia :p

 Boz besar tengah bagi ucapan daa...


Ok, gambar untuk birthday girls makss noks :p


Ok, gambar tuan punya belog pulak.
Bergambar dengan kek sempena belated birthday aku..chewah!



Dia telah ternoda ?

Siapa pulak yang telah ternoda ni?Takkan aku pulak kan.hahahaha :p Dah beranak sorang pun :p

Info Produk : Bamboo Chopping Board

Price : Rm17++

Ni hah..Chopping board aku.Hahaha.Kelmarin aku dah rasmi dan potong riben guna buat cincang ayam. Apsal erk, nak masuk ajer 3 tahun, semua barang dapur aku rosak dan menunjukkan ciri2 kerosakan?Mari kita imbas kembali. Bermula dari peti, dapur [sayang, bila nak pasang dapur ni ? :p] , tudung saji dan sekarang chopping board pulak.Borang dapur korang ada expired date tak? Pelik tapi benar bukan?

Sebelum ni aku guna chopping board yang diperbuat dari kayu.Nak masuk 3 tahun, dia keluar serbuk kayu pulak bila cincang ayam.choi btol lah! Ni aku beli yang jenis buluh pulak.Agak-agak berapa lama jangka hayat dia?

Apa pilihan chopping board anda? Dan tahan berapa lama? 1) Buluh macam aku?

2)Granite?Mesti mahal jugak ni kan kalo nak beli.Nak senang lagi buat island kitchen dari granite lah kan? Tak yah beli chopping board !

3) Plastik? Yang ni aku tak berapa suka sebab aku nak cincang ayam tak best !


4) Kayu ? Lama-lama keluar serbuk kayu plak dah :p
pic source: google image.

 Silalah berkongsi pandangan yerr :)


 p/s : 

Kalo perasan, aku letak shoutbox secara sembunyi di sebelah kanan belog. Boleh lah nak tinggal jejak bagi yang malas sangat nak komen tu :p

Jangan letak iklan plz, nak iklan dalam belog aku boleh baca sini.

Tutorial sembunyi shoutbox di belog  - credit to him :)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)