Thursday, June 10, 2010

Pulau Pangkor Day 3

 Hari ketiga percutian ke Pulau Pangkor diteruskan. Breakfast pagi tu, my Long dan my Angah pergi carik breakfast kat Pulau Pangkor.Kami makan nasi lemak, pulut pagi dan kuih-muih.Mood adalah lapar, dan tak sempat dah nak snap gambar makanan.





Siap ajer makan, apa lagi.Kita mandi dulu! Hari terakhir jangan disia-siakan untuk mandi yer.Dan main pasir puas-puas.Sebab bila dah balik Shah Alam mana nak cekau pasir nak buat main.Betul tak?My Nuha baru ada mood nak mandi laut. Dah laa, hari sebelum tu siap cakap sakit bila kaki pijak pasir pantai.Punyalah manja!Mengada-ngada jugak!

Pukul 11 lebih, kami semua balik ke challet sebab pukul 12 tengah hari tu dah kena check out.Mandi dan pack baju semua, terus bergerak ke receptionist.Sebelum tu sempat jugak bergambar di hadapan challet.Bukan boleh selalu datang sini kan.Amik gambar sampai lebam!





 Honeymoon yang tertunda :P

Tengok selipar rasmi aku disana, buatan Jepun ajer..hehehe.sempoi tak?

 Eliss + Mie = Nuha

 Very the pink kan taxi van ni?

Lepas dah settle semua, kami tahan van teksi. Aku rasa van yang very the pink ni , ajer teksi yang ada kat Pulau Pangkor. Dari jeti ke resort ni, RM10 / van.



Bergambar dalam feri pulak masa on the way balik tu sambil menikmati panorama laut yang mengasikkan.Jelez tak??

Kalo dah ke Pulau Pangkor tu, tak reti-reti ker nak beli souvenier untuk kawan-kawan kan? So, kami singgah di kedai cenderahati dan seafood yang dikeringkan.Banyak pilihan yang ada.So pilih sampai lebam!


Teruja tak dengan percutian kami? Apa tunggu lagi, tempah lah sekarang. Check it out HERE . So far, semua ok lah disana dengan budget percutian kami yang serendah RM 400 ++ :)



Kalo tak cukup duit, mula lah menabung sekarang!Hahahaha.Larikss..


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Wednesday, June 09, 2010

Pulau Pangkor Day 2

Percutian ke Pulau Pangkor disambung semula setelah bercuti beberapa hari sebab balik Terengganu.Berjalan saja aku macam tadak kerja.huhuhu.Padahal banyak gilos kerja kat ofiz ni.

Hari kedua, dimulakan breakfast yang disediakan oleh pihak resort.Kena tambah RM 6 sekepala sebab hanya 2 kepala ajer satu chalet dalam pakej tu yang disediakan brekfast.




Venue : Restoren Tok Sidang
Menu Breakfast: Nasi Lemak + Mihun Goreng + Teh Tarik

Lepas ajer breakfast, apa lagi, kita mandi dulu! Kalo muka tak nak kasi hangus, harus lah pakai sunblock!Aku rembat kak ipar aku punya ajer.hehehehe.


 pic credit to : here


Masa kitorang syok mandi,Long dan Ngah aku pergi pasar untuk carik bahan untuk buat BBQ malam hari. Motosikal pun boleh disewa kat sini.RM 15/ sehari.Lepas tu baru diorang berdua datang meramaikan majlis.Tengah hari pulak, kami masak simple-simple dan makan dalam challet ajer.Penat mandi laut, mesti syok makan walaupun makanan tak seberapa.




  vrooooooooooomm!!!

 Tengah hari tu jugak, aku dan my hubby ditugaskan untuk mencari lauk tambahan untuk anak-anak.Merempit dalam Pulau Pangkor lah. Kat sini, aku nampak ramai ajer yang selamba tak pakai helmet.hehehe.Biasa yang pakai helmet tu , pelancong lah.Kami lah tu..Vrooooooooom! My nuha siap nanges tak nak naik motor tapi bila dah jalan baru ok, siap tangan macam titanic lagi sebab hembusan angin pulau yang menyamankan! [ayat kasi gegar!!]


Menu Lunch : Nasi Putih + Ikan Singgang + Sambal Sotong + Ulam -ulaman
Venue : Family Challet 7

Malam hari, Ngah dan my hubby ditugaskan untuk membakar udang, ikan dan sotong. Untuk BBQ, pihak resort kenakan bayaran RM 15(tak silap lah, lupa plak) untuk arang dan tempat bakar tu. Aku pulak, masak nasi goreng yang simple tapi lazat (hahahaha) menggunakan rice cooker ajer. hebat bukan?



Menu Dinner : BBQ udang, sotong dan ikan pari + Nasi Goreng
Venue : Family Challet 7



p/s:

Kat Pulau Pangkor, kalo nak save budget especially yang datang ramai macam family aku ni, adalah masak sendiri! Lauk fresh memang murah tapi kena cepat lah pergi pasar!


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Friday, June 04, 2010

Pulau Pangkor Day 1

Bertolak ke Pulau Pangkor dengan menaiki kereta Long aku.Muatan memang penuh.Kalo ada orang tahan tengah jalan , memang tak boleh tumpang lah.Bertolak jam 9 pagi dan singgah breakfast dulu. Perjalanan hampir 3 jam lebih ke Jeti Lumut. Lunch kat Lumut sebelum bertolak menaiki feri .




Jangan lupa tiket pun nak posing.
Info : Tambang Dewasa : RM10 (Pergi balik)
Kanak-kanak atas 5 tahun :RM5 (Pergi balik)



Harus bergambar di Jeti Lumut.



Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.My Nuha memang seronok duk dalam feri.Maklumlah jakun, first time naik feri.Lepas kena marah baru reti duk diam.Oh silap, tu otw  balik :)



Harus bergambar di Jeti Pangkor.



 Check in dulu. Kami menginap di Pangkor Village Beach Resort. Aku kongsi bilik dengan Long aku (Family Room) - Ada 2 katil Queen dan 1 tilam single (untuk my Nuha) + Ngah aku (Deluxe Room - 1 Katil King dan 1 Katil Single). Chalet ni memang betul-betul mengadap laut sampai Long aku mimpi dia kena tsunami lah.hehehe.Ada aircond! Memang syok habes sampai my Nuha tido sorang-sorang pun tak sedar langsung.Haruslah aku tido atas katil :) [Jangan fikir bukan-bukan, kami berkongsi bilik yer]




Sempat jugak main air kat pantai sebelum air pasang.Sempat lagi tu sebab Danish dah tak sabar main pasir :)


Total : RM 590 (3 H 2M)




Permandangan betu;-betul depan chalet aku duk tu :) syiok habes!


Malam tu, makan kat bilik ajer dan order kat Restoren Tok Sidang, chalet tu punya ajer.
Makanan tak sempat nak snap sebab lapar sangat dan korang tengok bil ajer lah. Itu ajer aku nak update hari ni.Kalo rasa muak, maaflah. Aku nak buat sampai Day 3 :)

 p/s:
Malam ni aku balik Terengganu sampai hari Selasa.So jangan rindu aku ok! ahaks ! chow!



  p/s:
 Semalam, dah sampai basikal senaman yang dibeli ke rumahku.

 p/s:
Doakan aku rajin mengayuh dan kembali slim ok!hahahaha.




AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Wednesday, June 02, 2010

Pulau Pangkor Jauh Ketengah...

Gunung Daik Bercabang Tiga.Hehehe.Maklumlah, baru balik dari Pulau Pangkor semalam kan.Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali.Hari ni, bz sangat.Tak sempat nak update apa-apa pasal percutian keluargaku yang tentunya best lagi menyeronokkan [ayat kasi bombastik] hahahaha.Lagipun, gambar aku tak amik sangat kat sana.Sebabnya Long aku yang amik gambar dan kamera digital my hubby lak buat hal.

Aktiviti snorkeling memang aku tak buat lah sebab tak reti berenang.Cuma merangkak di dalam air ajer yang termampu aku buat.Hahaha.Dan yang paling best main pasir dengan my nuha.My hubby paling banyak main air sebab dia sorang ajer yang reti berenang pun. Nanti-nantilah aku cerita bila dah dapat gambar dari Long aku.

Ni satu-satunya gambar kami bertiga yang ada dalam kamera hp cikai aku ni.


My Nuha berlatarbelakangkan Feri di Jeti Lumut.

p/s: Kepada 3 orang yang bertuah pada entry INI, sila bagi alamat yer untuk tujuan pengeposan souvenier di alamat email elissmie[at]gmail[dot]com

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Thursday, May 27, 2010

Tidak Sengaja Makan KFC Black Pepper Chicken

Ada ker orang makan KFC Black Pepper Chicken secara tidak sengaja? Aku dan Nizalah orangnya.hehehe.Ad sila jangan jelez ok! Minggu lepas, Niza datang lewat sket, dah laa minggu konvo.Dia gi block kereta orang lah kejanya.[hahaha.Ampun] KancilBiru dia tuh lah.
Then, tengah hari tu, dia nak alihkan lah kereta dia ke ruang kosong, alang-alang alih tu, apa kata kita pekena KFC Black Pepper Chicken, katanya. Aku ikut ajer.Bab makan memang tak boleh ditolak.Musuh jangan dicari yer kawan-kawan.[Nasib baik Isnin lepas tu dah gaji kan..hiks] Macam biasa, lets the picture do the talking.
Ni orang yang tak sengaja drive kereta dia sampai KFC :)..larikss
Venue : KFC Seksyen 7, belakang pintu belakang UiTM
Menu : KFC Black Pepper Chicken +
 

Mula-mula makan yang bahagian peha, memang tak pedas langsung.Part yang dada tu, pedas habis.Sampai tak cukup air lah.Siap mintak air Niza.


Jelly aiskrim.Niza nyer pencuci mulut, kat bahagian atas tu,  Buh aiskrim satu skop dalam jelly jenama nona, kata Niza.
deko KFC ini ala-ala retro gituh.

Cheezy potato wedges.Meleleh ko!!
Walaupun tak dak tali-tali macam belog MamaSue tapi ada cheezy cheezy..hahaha.Larikss..



Ni korang pernah makan tak? Namanya Apam Manis.
Tempat Beli : Pasar Malam Seksyen 7, Shah Alam
Harga : 5 keping RM2

p/s: 

Esok adalah cuti. 

p/s:

Esok nak pergi tesco beli barang dapur.

p/s:

Esok nak beli basikal senaman setelah sekian lama delayed :)

 
AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 

Wednesday, May 26, 2010

Stok Teh Wangi Cap Jeneral?

Salam semua!Hari ni baru terasa berkobar-kobar nak sambung buat kerja setelah mood agak swing semalam atas sebab-sebab yang tidak pasti. hahaha. Mungkin sebab Ad dan Niza tadak kat ofiz. Sampai aku termimpi-mimpi kat ko malam tadi duhai Ad.Mimpi ko datang kerja dah tapi magis, sebab tiada parut di muka ko.Harap menjadi kenyataan :) Semoga chicken pox ko pergi jauh-jauh. ok, aku rindu.hahahaha.

Semalam, cerita pasal teh kan? Korang nak tahu apa teh kegemaran kami sekeluarga? Mestilah Teh Wangi Cap Jeneral, RM 1 sepaket.Yang hairannya, made in Selangor tapi tak pernah lagi kami jumpa teh ni kat sini.Heran tak? Balik kampung aku kat terengganu ajer baru jumpa.Terus beli dua kotak buat stok.hehehe.


Stok untuk beberapa bulan..Satu kotak ada 12 paket.

Dalam bentuk uncang.Satu paket, 10 uncang.



Mai secawan...hikss..harum semerbak..macam dalam hati ada taman.Ada kena mengena ka?hehehe.

p/s: 
Kalo nak minum teh, datang lah jalan-jalan kerumah aku.Bawak lah pengeras sekali macam, kfc barrel ker,kfc black pepper ker? eh,esok lah entry kfc black pepper tu.hahaha.


p/s:

Teh kegemaran keluarga korang teh apa pulak???


p/s: 

Seriyes, kalo dah minum teh ni, teh lip*ton ke bo*h ker dah tak main lah.Opss!!


 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Tuesday, May 25, 2010

Arabic Food Tadak Jual Teh O Ais ?

 Bukan ko duk negeri Arab pun kan? Takkan lah tak leh jual Air Teh O Ais sebab konon2 nak feel berada di Arab kah?Yang ada cuma Teh Arab.Pelik lah aku.Dah rugi satu order.Hiks.Apa yang aku merepek ni ?

Weekend hari tu, dengan gembiranya aku masak spagetti goreng bajet macam terus boleh tahan sampai dinner lah kononnya.Gara-gara my hubby pergi keja Ahad lepas lah menjadi punca kemalasan aku nak masak for lunch [alasan] . So, dah masuk kul 5, perut aku dah kruk krak krik [berkeroncong irama Malaysia plak dah].

Terus aku texting my hubby cakap lapar.hahahaha. Terus my hubby balik rumah bawak kami anak beranak pergi makan. Mulanya nak makan di Abu Cafe nak pekena nasi Arab, sekali Babrican dah out of stock plak kat situ. Then pusing-pusing sekitar situ dan ternampak Arabic Food.Apalagi.Jom test! Let's picture do the talking !







p/s : my nuha yang enjoy dengan makanan dia.

Venue : Arabic Food
Location  : Seksyen 7, Belakang Pasaraya Bintang
Menu : Nasi Beriyani Chicken Kabsyah + Babrican Apple
Harga : RM 13.00 + RM 4


Korang rasa wajar ke tak Teh O Ais dijual di restoren makanan Arab?



Sesiapa yang nak boleh lah buat entry sekarang...

p/s: 

Hasil kerja tangan aku dan bukan ciplak punya...


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby 
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Monday, May 24, 2010

Aku Ada Secret Admirer?

Biasa zaman bujang ajer orang bercerita pasal Secret Admirer.Hari tu Niza ingat dia ada secret admirer.Padahal aku secret admirer dia.hiks.Last week, bila aku baca kat formspring.me aku, ada orang tanya soklan ni yang aku tak tahu saper lah empunya badan ni.Harap dapat tinggalkan nama yer sebab aku memang teringin nak fridge magnet dari hoversea..hahaha.hover!

Salam Kak, nak saya belikan apa2 dari uk/eu?

 pic credit to :here
 Siap google ko! Yang macam ni baru £1.19 = MYR 4++ . Muahahaha.

 Tetiba pagi ni, ada coklat atas meja. Aik, secret admirer ker haper ni? hahahahaha.Gila sekali lagi perasan! Rupanya kak Ray yang kasi.Roka Bar tu untuk Nuha.Wah, siap ada jugak untuk my Nuha.

Pak mat mencari lidi,
Lidi di cari di pasar pagi,
Terima Kasih daun keladi, 
Kalo boleh berilah lagi.

Jawab Kak Ray, jawab..chewah..pantun bagai.Tiru kena Eyriqazz nampak!ahahaha.lariksss!!


Yang besar tu, mak yang punyo!

Aku nak beri peluang korang bercuti jugak. Ni offer dari kawan abang aku.Kalo sesiapa nak boleh berhubung dengan aku dialamat email elissmie[a]gmail[dot]com. Cepat takut dia dah jual kat orang lain. (UPDATED : SOLD)

Kalau sesiapa ada plan nak jalan2 gi PORT DICKSON sebelum puasa ni...
Voucher untuk di jual...Avillion PD... 2D 1 N
Normal room rate RM680.00++...
Jual harga :340.00...
Valid: Sampai Ogos.
Ahad hingga Khamis.(weekend tak boleh belah)


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Sunday, May 23, 2010

Aku Bukanlah Blogger Mum Yang Hebat!

Aku heran lah wanita yang mempunyai anak, lebih2 lagi toddler boleh update belog kat rumah.Mula-mula bangun pagi, mandikan anak dan masak serba sedikit dan untuk isi tembolok sendiri jugak.Kemas sket sana sini.Then on laptop.Konon nak update belog.Aku nak tulis satu ayat ni pun dah bingit telinga dengar anak menangis.huhuhuhu.


Sekejap dia mintak air, sekejap mintak susu, sekejap suh basuh poo-poo, sekejap dia nak nenan.


Mintak tukar baju pulak sebab makan comot.Last-last sekali, tido.

Aman.Heaven.Baru boleh sambung tulis belog.Memang aku tabik spring lah kat korang yang boleh update belog kat rumah.Aku, ini pertama dan terakhir kot.hahahaha.Hari ni masak spagetti goreng.Satu ajer cara buat my hubby makan spagetti.hahahaha.


 Simply del.icious. [ok, lemon tu memang hiasan semata-mata] 
makanan pun nak posing jugak kata catlina :P

Semalam, my hubby kerja.Hari ni pun kerja.Semalam, aku tengok dia buat balik sekotak coklat. Ingatkan hadiah untuk aku sempena hari Ibu.hahahaha.Gila perasan! Tapi rupanya sebab dia berjaya jawab dengan cemerlang masa exam semalam masa dia attend kursus tu.hahaha.Tak kira.Aku nak claim ni hadiah hari Ibu :)


jarang jumpa perempuan tak suka coklat kan? coklat = love :) sweet :)


Live @ meja makan rumah aku :) Percayalah............... 
p/s:
Hampir 4 jam aku nak menyiapkan entry ini.

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby 
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Friday, May 21, 2010

Tips untuk Melencong, eh silap. Melancong!

Hari ini adalah bz sangat macam lebah. Hahahaha. Lebah bz ker? Fikiran aku dah sarat dengan coding.Sampai hilang mood rasanya nak pergi bercuti minggu depan.Aduhai.



Tapi untuk menghangatkan semangat aku sendiri untuk melancong, aku nak bagi tips Untuk Pergi Melancong.Galak gelenya aku siap nak bagi Tips Untuk Melancong bagai . Macam lah aku pernah pergi melancong kan?Lawatan sekolah adalah.Kesian sungguh kat aku nih kan?


Tips Untuk Pergi Melancong

1. Rancang cuti anda. Mesti lah kena rancang, takut tak sempat apply cuti. So kena betul-betul tetapkan tarikh yang semua available(hubby & wife & kids). Bagi yang ada anak sekolah, kena lah apply masa cuti sekolah .Cuti sekolah paling dekat 4/6-20/6. Kalo boleh , apply dulu cuti, kalo dah lulus baru buleh buat perancangan seterusnya.


2. Pilih Destinasi Percutian. Untuk menambahkan pendapatan negara, baik lah melancong dalam negeri ajer.[ayat orang tak berapa banyak duit macam ni lah..hahaha]



3. Booking flight/ Servis Kereta - Bagi yang suka booking flight , mesti dah tahu bila nak dapatkan tambang murah kan.Macam sekarang kat Air Asia tengah ada promosi. Bagi yang nak bercuti, sila la book sekarang.

credit to Air Asia

Tapi yang tak mampu macam aku, kena la servis kereta untuk menuju ke destinasi percutian yang diidamkan.

4.Tempah Bilik/Hotel/Chalet Awal - Pastikan bilik ada yer untuk destinasi percutian anda.Kang tak pepasal kena tido masjid pulak.hehehehe.Nak-nak kalo yang suka main terjah ajer, memang korang kena terjah ke masjid dan surau ajer la pada musim-musim cuti sekolah nanti.

5. Double confirm Flight / Tempahan Bilik/Hotel/Chalet - Kalo buleh, seminggu atau 2-3 hari sebelum pergi melancong tu, double confirm balik urusan-urusan ni.Mana lah tahu, diorang terlepas pandang ke haper.

6. Packing - Apa lagi, kena packing la barang-barang untuk bawak kesana. Dengar kata kat Pulau Pangkor, makan mahal, so siap siagalah aku dengan banyak instant punya food.Boleh try produk Slera :)

7.Tido Yang Mencukupi - Bagi yang naik kereta dan esp yang bawak kereta lah, kena rehat yang mencukupi lah untuk drive nanti. Sayang rasa sempat ker rehat erk?? hehehehe

8. Duit mencukupi - mana lah tahu nak beli souvenier ker haper kan.hehehe.

 Ni ajer aku mampu fikir. Ada apa-apa tambahan tips tak untuk aku? Sila habaq mai naaa...


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby 
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)