Thursday, May 20, 2010

I'm Not Single


 Tergelak besar aku depan PC hari ni .Hari ni dapat email dari mat salleh sesat mana lah.Tajuk Emai : I'm Interested In Marriage. wowiey! Ada orang nak ajak aku kawen. Sorry, I'm Not Interested and I'm Not Single :) Macam tajuk filem kat atas kan?  Antara kandungan email nyer :-


Am Engr william philip.I hail from lancaster UK,I attended oxford university,where i studied marine engineering,Am 45 years old single and work as a marine engineer in the submarine section.. Am elegant,vibrant,vigorous and full of life I was opporturned to glance through your page and personnality profle.You seem to be the woman of my choice..You scarlet lips,ebong hair,well biult physique charming face,sedycing eyes are of great intersest to me.In fact,your entirety commands my variety of interest
Walaupun ayat tunggang langgang, tapi aku faham lah kan sket-sket maksud yang tersirat dan tersurat tu..Tapi yang aku heran dia tengok aku kat celah bedah page mana?


Scarlet Lips ?


ebong hair? mungkin nak cakap ebony hair ? (bila pulak aku free hair ni?? )

charming face (agak-agak muka aku macam Angelina Jolie  ker?? )

sedycing eyes ? seducing eyes kot erk? Menggodakan mata ku ni? Awww!!

all pic credit to : google image :)

Agak-agak lah kan..Ciri-ciri wanita pilihan ko ni , tak boleh belah...Patut lah dah 40 an tak laku-laku.Ni rupanya kerja ko kat internet.Main spam ajer email box orang dengan harapan orang yang ko spam tu, mempunyai ciri-ciri wanita pilihan ko.Kecik ati mak ok!!!Sebab semua ciri yang ada tu, tadak kena langsung pada aku.hehehehe.Keji ok!! Terasa diri ini dipermainkan.hahaha.Larikss.


p/s :
Hari ni, KONVOKESYEN UiTM KE 72.Maka penuhlah parking hari ni.Alhamdulillah, tadak kemalangan jiwa yang berlaku diparking bertingkat. Selamat berkonvo semua!

p/s:

Cop mohor ku sudah bertukar..sedang bereksperimantasi, kalo aku dah puas hati dengan logo aku sendiri, aku bagi FREE WATERMARK untuk korang k bagi yang nak lah :) 



 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Wednesday, May 19, 2010

Beg Make Up, Korang Ada??

Chewah..dah la jarang nau aku nak bermake up sekarang (kecuali ada event atau pun extra rajin di pagi hari ) Tapi tetiba nak cerita pasal beg make up lah pulak.Apa kes? Sebabnya , hari tu baca kat belog Elyn pasal beg hikmat dia.Punya lah meriah.



Mintak izin copy kat sini yer Elyn :)credit to : here

Beg make up aku tadak la aku bawak sampai ke ofiz sebab kan aku dah cakap aku ni, lately memang malas nak fikir pasal make up ni.hehehe. Sebab musabab aku nak tayang adalah kerana saya di tagged :P
[ p/s : Saya tagged kamu yang komen dalam entry ni untuk menayang bag sakti. Korang tak buat saya kecik ati.... perut je makin besar hahahahha]



Inilah bag make up aku.eksyen ajer..ni untuk bawak balik kampung ajer..hehehe
Biasa dalam beg ni aku humban : Perfume, Deodorant, compact powder,eye liner, mascara, hand lotion, make up remover, lipstick, eye shadow.



Pandangan sisi , atas dan dalam beg make up aku..


Korang ada ke beg make up? Aku tag semua wanita yang baca entry ini.lalalalaa.


p/s: 


Teringin nak pakai produk SimplySiti dari Siti Nurhaliza nih.

Rahsiaku Kini Milikmu :)
Agak-agak, kalo aku pakai produk SimplySiti, makin rajin ker aku nak bermake up erk?? 

kalo ada orang nak sponsor, mesti aku pakai kan?hahahaha.



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Tuesday, May 18, 2010

Ada Bau Durian Di dalam Ofiz?

Dalam entri ni, aku nak perkenalkan 2 jenis kuih yang aku rasa jarang nak dapat kat mana-mana kot. Kalo puasa, batalkan niat anda untuk meneruskan pembacaan ok! kang terliur naya ajer..hehehe

 Hari ni, ada orang bawak durian datang ofiz.Tapi durian ni telah di reverse engineering lah sebelum bawak datang sini.Kalo tak makin harum semerbak lah ofiz jadinya.hehehe.


Kuih Pertama : Tak tahu nama (ada sesiapa tahu ??)
Deskripsi : Didalamnya ada isi durian, kat luar tu macam kulit kuih ketayap tapi lebih nipis.
Harga : 1 paket RM 10 (6 ketul)
Tempat Beli : Midvalley (tq yer Cik Nor)

p/s:

Korang pernah makan tak kuih ni?Lepas makan kuih ni, confirm kena gosok gigi lah..hehehe


Kuih Kedua : Kuih Dorayaki
Deskripsi : Kuih dorayaki ni lain sket dari yang biasa sebab ada topping pulak atasnya macam coklat, jem dan macam-macam la.
Harga : 1 ketul RM 0.20
Tempat Beli : Pasar Malam Seksyen 7, Shah Alam

p/s: 

Sedap dimakan panas-panas.Bila dah sejuk tak berapa dah rasa dia.hehehe

p/s:
Korang pernah makan kuih pelik-pelik? Cuba bagitahu aku apa kuihnya dan mana nak dapatkannya :) thanks!

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Monday, May 17, 2010

Selamat Belated Hari Guru, cikgu-cikgu sekelian..

Terima Kasih kepada semua cikgu yang mengajar aku dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, kolej dan universiti.Mak aih.Banyak betol sekolah aku kan?Korang ada?hahaha.

Bila Hari Guru, pasti aku teringat sajak Guru Oh Guru dari Usman Awang.Sebab aku pernah deklamasikannya pada Hari Guru sekolah aku.Tapi lupa plak dah sekolah mana.Maklumlah banyak sekolah.Rasanya macam sekolah rendah ajer.

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
source :here

Teringat plak zaman-zaman belajar dulu.Seronok jugak bila difikir-fikir balik.Terjumpa gambar-gambar lama kat FB time belajar dulu.Lupa plak dari FB saper aku cilok ni.hehehe.Mintak ampun yer!

p/s:
Ni masa degree..Tak semua batch aku yang ada dalam gambar ni..

p/s: 
Ni masa SPM.Tengok aku, selim melim lagi masa ni..hahahaha.Ni pun bebudak kelas aku tak cukup jugak.

p/s:


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Apapun, TERIMA KASIH cikgu kerana cikgu, saya jadi seperti sekarang !
dan kena bayar PTPTN jugak!hahahaha.


Korang ada cakap TERIMA KASIH pada cikgu korang???



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 

Friday, May 14, 2010

Bila kita harus servis kereta??

Aku ni bukan lah mechanic atau junior mechanic [ sini ] .Tapi, hari ni, aku nak share bila harus kita servis kereta kita? Kalo aku servis biasanya, bengkel tu akan tampal sticker reminder kat kereta aku lah seperti macam dibawah so aku tahu lah bila nak servis.hehehe.Aci lah kan? Berikut adalah bila harus Cinta Bersulam Rindu diservis berpandukan sticker yang ditampal Auto Sevice  tuh la :)



Minyak hitam kena tukar setiap 7000 KM.

Minyak gear kena tukar setiap 20,000 KM



Timing belt kena tukar setiap 80,000

So, kalau nak tahu bila kena servis, compare lah meter kereta anda dengan reminder yang dibagi..Pagi tadi aku tengok 90,000 KM ++ dah meter kereta kat dashboard tu, so yang terdekat kena tukar, minyak hitam lah.



Semalam, dah berjaya buat 6 watermark free [free nya lah aku.] padahal tengah training ni "Developing Application Using Lotus Workflow".

So, sesiapa yang berminat nak dapatkan WATERMARK FREE tu boleh rujuk [disini ]. Selagi aku masih baik hati, selagi tu lah peluang terbuka kepada follower aku lah.Tiada Tarikh Tutup :)
Kalo lepas pukul 5 petang, aku dah balik rumah. so, sesiapa nak cepat, buatlah entry sebelum pukul 5 yer(hari bekerja sahaja baru aku buat)..

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Thursday, May 13, 2010

Siapa Mahu Watermark FREE?

** TEMPAHAN DITUTUP

Apa ke benda watermark tu? Waterpark ke, wadepak ke, waterface ker tau lah aku , kata si Anon :P Watermark ni adalah proses menambahkan informasi pada gambar. Watermark ni kiranya cop mohor kita pada gambar yang kita masukkan dalam belog ni lah. Watermark boleh jadi tulisan, macam aku duk biasa buat ataupun logo yang aku baru buat ini dan korang pun boleh dapatkan sama.Teruskan pembacaan sampai abes :p Kang terlepas lagi peluang keemasan.



Ini aku duk selalu buat...


Ideanya dari free watermark yang aku dapat dari belog INI.
Untuk tempahan watermark, korang boleh berhubung terus la dengan pemilik belog ok.

Perlu ke ada watermark pada gambar?

Perlu bagi aku untuk lebih meng'secure'kan gambar milik kita. Pastu, susah sket orang nak buang credit bila ada watermark pada gambar.Mesti tak jadi cilok punya. Kalo aku lah, nak cilok gambar dari belog orang lain,mesti pilih gambar yang tak der watermark.hahahaha.Jangan tiru aku ok!Kadang-kadang , ada ajer orang amik gambar kita tanpa creditkan balik kat kita macam yang berlaku pada Niza a.k.a kancilbiru.
Patutnya cara ini pun salah jugak tapi atleast kita ada credit la kepada empunya gambar kan.Nampak la hasil kerja dia dihargai.

Tutorial : Cara-cara nak masukkan watermark pada gambar ?

Masih ingat photoscape?? My all time peberet software .Download dulu kat SINI.

Klik ada gambar permandangan tu untuk masukkan logo korang.

Klik kat photo.

 

Pilih opacity gambar korang.Aku pilih 121. Pastu save.Tadaa..Siap..



 Sekarang, aku sudah ada logo buatan tangan..hehehe


Siapa Mahu Watermark FREE?

Untuk berkongsi kegembiraan aku sebab dah ada watermark buatan sendiri, aku memberi peluang kepada semua yang menjadi Follower belog aku selama ini untuk mendapatkan Watermark FREE seperti aku dengan nama belog anda sendirilah dengan mengikuti syarat seperti dibawah :







1. Mestilah seorang Follower belog elissmie.com . Kalau bukan follower tidak layak untuk mendapatkan Watermark FREE ini. Kalo nak jugak, terpaksa lah jadi follower seumur hidup.hahahaha.

2.Buat satu entri yang Title :Saya Mahu Watermark FREE dari elissmie.com . Untuk Permohonan seterusnya, juga WAJIB membuat entry sekali lagi.

3.Nyatakan nama belog , warna dan font  yang anda inginkan pada Watermark FREE anda tu.Sila nyatakan font apa pada Nama belog dan font apa untuk Copyright Reserved © tu.

4. TERBARU - BOLEH TAMBAH GAMBAR SEPERTI CONTOH TERBARU WATERMARK YANG DISEDIAKAN YER..TU CONTOH AJER..





Pilihan font yang anda dalam PC aku.Klik untuk pembesaran sempurna.

3. Jangan lupa masukkan LINK-LINK berikut di dalam entri anda:

 http://www.elissmie.com/2010/05/siapa-mahu-watermark-free.html

 http://elissmiejunior.blogspot.com

http://mieeliss.blogspot.com/


3.Tinggalkan permalink pada comment box entry ini lah.

4. First Come First Serve.Bagi aku masa 2-3 hari bekerja yer untuk siapkan ok.Dan jangan lupa tinggalkan sekali alamat email anda yer untuk dihubungi.

Korang nak tak???Mulalah buat entry sekarang, apa tunggu lagi?





Tadaa...Hasilnya...



p/s: 

Dato' Sahol balas komen aku pada facebook nyer semalam.glemer mak! 

Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar commented on your wall post:

           "Terima kasih Eliss Mie di atas sokongan dan penghargaan... UiTM Sentiasa di Hatiku..."



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 
Ain

Wednesday, May 12, 2010

Panggilan Pulau?

Memandangkan semalam tiada tekaan yang berjaya dibuat pada waktu ditetapkan. Aku bagi hadiah la kepada semua yang meneka.Tapi yang tak teka tak dapatlah.Ni antara peserta yang meneka pada waktu yang ditetapkan.
Hati-Ema
UmmiDaddy a.k.a Kak Sue
Nafiraa


So, nanti lepas aku balik dari bercuti, 31-05-2010 hingga 02-06-2010, ada lah ole-oleh untuk korang bertiga yer.Insya Allah.Sila email elissmie [at] gmail [dot] com dan bagi alamat ok ! Kemana kami nak pergi bercuti?? Jawapannya : Pulau Pangkor.Long aku dah tempah bilik kat Pangkor Village Beach Resort seperti di SINI.

Map nak ke Pangkor.credit to :here

Bila baca website tu, terasa-rasa pulak keseronokan berada kat sana.Harap-harap menjadi la percutian kali ni.Come to enjoy the peace, tranquility and adventures that Pangkor Village Beach Resort has to offer:-

- Get Some Sun




- Enjoy Our Cuisine





- Fun At Beach





- Explore The Nature




- Remembrance Shopping


All pics credit to : here

Tak sabar pulak aku rasa nak bercuti ni bila tengok gambar-gambar kat dalam website tu.Snorkeling tak boleh nak join la sebab aku ni tak tahu berenang.Kang lemas, sesia ajer..hahahaha

p/s:

Hari ni, ada Sepagi bersama Datuk NC UiTM. Aku nak sampaikan sket lah tawaran dia :TAWARAN KEMASUKAN KE UiTM untuk golongan berpendapatan rendah dan berbangsa MELAYU.Rujuk terus kepada beliau dengan bawa salinan IC dan keputusan SPM. Dia cakap result SPM, belakang kira.Yang penting mesti betul-betul anak orang berpendapatan rendah. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada Datuk VC di page beliau di facebook : Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar .

p/s:

Tak sangka Datuk VC hebat dalam Muay Tai dan boxer! Majulah UiTM !

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 

Tuesday, May 11, 2010

Popia Satar??

Korang pernah ker makan satar? Kalo orang pantai timur mesti kenal sangat kan? Kalo tak kenal saja sangat lah kan?Bagi yang tak pernah tengok, ni hah gambar Satar.Bukan Aziz Satar ok!



Satar Kuala Kemaman yang dirindui...

Tapi hari ni, aku nak tunjuk Popia Satar.Kawan aku yang bagi semalam.Dia baru balik dari Terengganu.Rupanya, Popia Satar ni, luarnya adalah kulit popia, instead of daun pisang. Isinya sama lah dengan satar yang asli.Kreatif jugak kan? 



Boleh tahan jugak rasanya..

Korang pernah ke rasa?


Sebut pasal pemberian, last week, aku dapat 2 hadiah dari kawan-kawan blogger.Terima kasih Nia dan Mama Tisya :)


Dapat hadiah,sebab bagi tips untuk elak stage fright



Sebab btol teka percutian honeymoon Mama Tisya :), ole2 dari Langkawi .

Ada sesiapa nak kasi aku hadiah tak??

Aku pun nak kasi hadiah la.Akhir bulan nanti, aku nak bercuti! Korang cuba teka destinasi percutian aku! Teka sekali sahaja seorang! Tidak terbuka kepada bebudak unit ofiz aku(email , web dan portal) 
!!! Hadiah nyer ole-ole dari sana la, tapi korang jangan la expect mahal-mahal sangat yer..hahaha

Tarikh Tutup Teka : 11/05/2009 Sebelum Pukul 12.00 A.M


p/s:

Ini percutian pertama family aku cum honeymoon aku lah.
Seriyes, aku belom honeymoon lagi.

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)