Thursday, February 23, 2012

Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert , korang pernah makan tak?

Sebenarnya dah lama dah me mengidam nak makan . Tapi sampai sudah tak jumpa-jumpa :p Selalu terliur entry pulut mangga dalam blog Eyriqazz kerana ianya dessert kegemaran isterinya dan Alisya. Menjejes air liur me menengoknya :p

 Last week, masa ke Giant Seksyen 7, Shah Alam, me ternampak Thai Manggo. Terus teringat baki beras pulut yang satu cawan lebihan buat pulut durian hari tu ada lagi dalam almari. Rugi jugak kalau dibiarkan berbubuk macam  tu kan. 

Akhirnya, me buat Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert untuk breakfast hari sabtu . My Nuha memang hantu pulut.Hari Sabtu hubby kerja so me makan berdua ajer lah dengan my Nuha. Percubaan pertama kiranya ni .Tanpa mengetahui resepi tapi me buat macam nak buat ketupat tu jer la.

Bahan-bahan yang mudah dan murah betul bagi menyediakan Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert ni. Jom kita kira kosnya..

1KG - RM 5.80 Harga yang disyorkan untuk Cap Floral.


 Sedap beras pulut ni dan perlu cuci sekali sahaja.

Santan kotak ajer me guna. Me campur dalam pulut dan buat kuah sebabnya my Nuha dia suka makan pulut tu, so nak bagi lemak me kukus dengan santan.

Yang ni satu kotak RM2.70


Pulut mangga ni sedap, tapi masa beli tu masih muda sket so dia rasa masam-masam manis gitu. Sesuai dengan tekak me.

 Ni beli kat Giant, RM 2.89 untuk dua 2 biji.

Pulut yang sudah siap dimasak. Kalau rasa pulut tu nak terkeras , tambah santan lagi.
 Me guna 1 cawan santan untuk 1 cawan beras pulut.  


Hasilnya...Tadaaa... Ala-ala masterchef gitu. Sebenarnya tak der la dua ketul ajer pulut tu me sebat ;p Tu untuk tujuan penggambaran ajer..hehehehe

 Homemade Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert, resepi disini..Versi me punya lah :)

Kosnya lebih kurang RM6 untuk dua orang makan gitu . Jimat kan.


Korang pernah ke makan Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert ??




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)