Showing posts with label personal stuffs. Show all posts
Showing posts with label personal stuffs. Show all posts

Thursday, November 19, 2020

Jemputan Banci 2020 MyCENSUS 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Last 2 weeks, rumah saya dijemput untuk mengisi soal selidik Banci 2020 di laman web melalui kad jemputan seperti berikut. Bawak-bawak la tengok post box korang yer. Tempoh banci dalam talian ni dilanjutkan sehingga 21 Disember 2020. 


Bila dah dapat invitation card macam ni, korang boleh la terus ke laman web yang dinyatakan :





Tapi yang tak dapat invitation pun boleh, klik je kat link bawah - Pra Pendaftaran e-Cencus






Kami dah dibanci. 

Data Anda Masa Depan Kita 

Pastikan Anda Dibanci 

#MenghitungMalaysia

#CountingMalaysia

Korang dah dapat jemputan Banci 2020 MyCENSUS 2020 ke ? 


Daripada Thauban RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah." (Hadith riwayat Muslim: 994, at-Tirmizi : 1966, Ibnu Majah : 2760, Ahmad : 21346, 21372, 21416)

Thursday, May 21, 2020

Cara Kreatif Pakai Mask atau Pelitup Muka Jenis Ear Loop Bagi Yang Bertudung


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rasanya semua dah memulakan kerja dari ofiz kan. Hari ni nak share pelbagai cara kreatif pakai mask atau pelitup muka jenis ear loop especially bagi yang bertudung. Ni perkongsian saya dapat dari kawan-kawan dalam group kat ofiz . So jom la kita tengok cara mana yang paling praktikal dan mudah korang nak gunapakai. 



Siap-siap letak rubber band atau getah pengikat macam Kak Yati. Saya pun pakai ni jugak . 
Pagi-pagi my hubby yang ikat kan. Tq Darling. Terbeli jiwa. hahaha


Guna getah pengikat rambut pun boleh macam Kak Pah


Ada yang guna getah kain letak butang. Ni Kak Mai punya. Lina yang bagi. 


Lepas lupa nak ikat getah, saya  pakai klip ni je 


Lepas tu pakai cable tie . IT sangat kan. hahaha.


Yang ni kawan Kak Mai kat Melaka. Siap kat tu gitu . Ni memang win lah. 


Sekarang saya pakai macam Kak Mai jugak. Lina jugak bagi. TQ Lina. Senang kerja mak nak. haha


Saya punya . TQ Lina. 


Nak lebih menarik. Korang boleh tiru idea kawan saya ni. Guna butang yang lebih fancy. 


Butang beli kat shopee katanya. Credit to Anis Yuhana

Korang ada cara lain yang lebih kreatif tak pakai ear loop bagi yang bertudung ni?




Hari terakhir bekerja dari office semalam. Hari ni mak dah mulakan kerja dari rumah. Boleh la nak buat tapai , gantung langsir, pasang pelita dan bagi ayam makan . Eh.Kucing je ada :p Suasana kampung sangat kan. hahaha


 Dah bayar ke tu zakat fitrah ? Bagi yang berada di Selangor , kalau belum bayar zakat fitrah, boleh klik ajer : https://fpx.zakatselangor.com.my/


 Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.

Riwayat Al-Tirmizi (807)

Thursday, May 14, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 - 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak cerita pasal sambungan kawalan pergerakan fasa 3- 4. Tak apa lah cerita backdate pun sebab pkp  pun disambung lagi sampai 9 Jun . Dalam fasa 3-4 dah masuk minggu di bulan Ramadhan. Alhamdulillah diberi peluang untuk berbuka dan berterawikh bersama keluarga kecil kami . Rutin kerja masih dari rumah untuk fasa 3-4. Anak-anak pun masih belajar dari rumah. Sepanjang puasa masuk hari ke 21 ni , masih gigih nak masak dan biasanya order kuih dengan group taman. Kadang-kadang buat kuih dengan anak-anak. Jom la tengok juadah berbuka puasa. Sama je lebih kurang menu macam hari biasa cuma ada tambahan dessert. Alhamdulillah, anak-anak pun ok berpuasa tahun ni sebab awal Ramadhan mak dah bagi gula-gula cakap nak belanja mainan kat Shopee. hahaha. Si Nayla siap buat wish list bagai .


Salam Nuzul Al Quran 


Sejak duduk rumah banyak makan si bongsu. Badan pun dah bulat.
 Semua yang mak masak dia makan especially macam mee dan spagetti. 


Aiskrim pun dah makan. Ni rembat mak punya


Cekodok pun fav . Opss . Seksi 


Sepanjang puasa boleh la solat terawikh berjemaah tapi biasanya Nayla sampai isyak je. Kakak je sampai abes terawikh


Yang si kecik tu mengacau je kerjanya . Orang takbir terus dia kuat-kuat Allah Akbar. hahaha


Dengan anak-anak dara mak 


Kucing pun terawikh 😅

Jom tengok dessert sepanjang Ramadhan 


Tok Aji Serban memang wajib la bulan puasa 


Ni karipap sardin


Bakar dalam air fryer je


Wadai Kepeng


Rasanya ni sebelum puasa 


Musim PKP ni Apam Balik pun boleh buat sendiri 


Boleh la setakat nak makan sendiri 


Cekodok makin hitam makin sedap


Kegagalan buat donut dulu telah terubat. hahaha


Ni my hubby punya. Perabiskan stok yang ada dalam stok beku . 30 nekbat terakhir. 


Agar-agar santan 


My signature dessert bulan puasa sebab my hubby tak suka agar plain


Kek ni my hubby beli sebab isteri craving nak makan kek. Dah buat dah kek milo sorang makan sebelum tu. hahaha


Sagu Gula Melaka request by My Nayla


Rasa sama je warna je berbeza. Hahaha


Onde-onde epic failed. Masin tang kelapa. Terlebih garam. hahaha. Yang ni my Nuha yang gentelkan. Mak siapkan adunan je. 


Roti John asal boleh. Sebab nak habiskan stok Roti Gardenia almost expired. 


Puding Karamel. Sedap sejuk-sejuk. Lama jugak tak buat


Puding Permata request by My Nayla jugak tapi sebenarnya dia nak makan coktail. sabar je la.


Memang gigih mak dia buat puding ni. First time buat macam ni. Renyah . 
Nak perabiskan pun mak sorang je sudahnya. 


Akok Kedut pun buat sendiri 


Guna acuan cara je. Acuan Kak Yat tak hantar2. hahaha. GPS Lost 


Sedap dari beli rupanya. hahaha. Angkat bakul 

Layan je lah juadah berbuka. Lauk pun dah berulang-rulang je pun 






Ikan Percik Bawal 


Kari Daging




Ayam Kurma lagi 



Sotong Stim Ala Thai 



Nasi kerabu 


Sambal Ikan Nasi Kerabu


Gigih nak makan. Buat Nasi Kerabu untuk satu 


Kari Kepala Ikan




Daging Bakar


Ada jugak beli. Nasi Arab D' Arab Cafe


Brownies order dari Safurara




Ayam Bakar Air Fryer






Siakap Stim


Stok Kerutuk terakhir


Ikan Bakar Air Fryer

Ok. Sampai sini dulu. Banyak gambar makanan je kan. hahahaha. 


Selamat berpuasa semua yer. Jom kejar 10 Ramadhan terakhir ! Jangan lupa amalkan doa dibawah yer


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)