Sejak duduk rumah banyak makan si bongsu. Badan pun dah bulat.
Semua yang mak masak dia makan especially macam mee dan spagetti.
Aiskrim pun dah makan. Ni rembat mak punya
Cekodok pun fav . Opss . Seksi
Sepanjang puasa boleh la solat terawikh berjemaah tapi biasanya Nayla sampai isyak je. Kakak je sampai abes terawikh
Yang si kecik tu mengacau je kerjanya . Orang takbir terus dia kuat-kuat Allah Akbar. hahaha
Dengan anak-anak dara mak
Kucing pun terawikh 😅
Jom tengok dessert sepanjang Ramadhan
Tok Aji Serban memang wajib la bulan puasa
Ni karipap sardin
Bakar dalam air fryer je
Wadai Kepeng
Rasanya ni sebelum puasa
Musim PKP ni Apam Balik pun boleh buat sendiri
Boleh la setakat nak makan sendiri
Cekodok makin hitam makin sedap
Kegagalan buat donut dulu telah terubat. hahaha
Ni my hubby punya. Perabiskan stok yang ada dalam stok beku . 30 nekbat terakhir.
Agar-agar santan
My signature dessert bulan puasa sebab my hubby tak suka agar plain
Kek ni my hubby beli sebab isteri craving nak makan kek. Dah buat dah kek milo sorang makan sebelum tu. hahaha
Sagu Gula Melaka request by My Nayla
Rasa sama je warna je berbeza. Hahaha
Onde-onde epic failed. Masin tang kelapa. Terlebih garam. hahaha. Yang ni my Nuha yang gentelkan. Mak siapkan adunan je.
Roti John asal boleh. Sebab nak habiskan stok Roti Gardenia almost expired.
Puding Karamel. Sedap sejuk-sejuk. Lama jugak tak buat
Puding Permata request by My Nayla jugak tapi sebenarnya dia nak makan coktail. sabar je la.
Memang gigih mak dia buat puding ni. First time buat macam ni. Renyah .
Nak perabiskan pun mak sorang je sudahnya.
Akok Kedut pun buat sendiri
Guna acuan cara je. Acuan Kak Yat tak hantar2. hahaha. GPS Lost
Sedap dari beli rupanya. hahaha. Angkat bakul
Layan je lah juadah berbuka. Lauk pun dah berulang-rulang je pun
Ikan Percik Bawal
Kari Daging
Ayam Kurma lagi
Sotong Stim Ala Thai
Nasi kerabu
Sambal Ikan Nasi Kerabu
Gigih nak makan. Buat Nasi Kerabu untuk satu
Kari Kepala Ikan
Daging Bakar
Ada jugak beli. Nasi Arab D' Arab Cafe
Brownies order dari Safurara
Ayam Bakar Air Fryer
Siakap Stim
Stok Kerutuk terakhir
Ikan Bakar Air Fryer
Ok. Sampai sini dulu. Banyak gambar makanan je kan. hahahaha.
Selamat berpuasa semua yer. Jom kejar 10 Ramadhan terakhir ! Jangan lupa amalkan doa dibawah yer