Showing posts with label koleksi tupperware. Show all posts
Showing posts with label koleksi tupperware. Show all posts

Friday, April 01, 2016

Tupperware Set Modular Mates Purple Idaman Hati dalam Katalog Tupperware April 2016

Dah lama dah menanti set Modular Mates ni. Memang dah aim , kalau keluar warna pink ke purple memang saya nak beli.Memang tak pernah beli set Modular Mates ni sebab warna hitam dan merah ajer sebelum ni. Sekali, bulan April pulak dia keluar. Cuma sedih sket sebab tutup dia ajer warna purple badan warna putih. Kang my ma dah pakai lama brand tupperware ni, lama-lama warna putih dia jadi kuning . Tapi tak apalah, nak jugak. Jom layan  tupperware yang sangat mencairkan hati mak ni dan para wanita yang gilakan tupperware koleksi purple ni..


1/ Square IV (1) 5.5L
2/ Square II (1) 2.6L
3/ Oval I (1) 500ml
4/ Oval II (1) 1.1L
5/ Oval III (1) 1.7L
6/ Oval IV (1) 2.3L
7/ Round II (2) 440ml
Gift Box

Harga retail RM266.60
Harga Offer Now RM199.90 ( Harga ahli lagi murah ) 

Kalau nak buat pembelian tupperware dengan tawaran istimewa boleh contact : 

Azura   0126870558

FB: 
https://www.facebook.com/zura.sari




Yang ni pun menarik jugak ni. Tapi jenis yang one touch ni dah banyak. Yang boleh panas microvawe tu cantik jugak..tahan ..tahan sebab aim yang Modular Mates. Hadiah hari lahir tahun lepas yang tertunda..hehehe TQ my darling hubby... (mata ada love) 

Katalog penuh boleh tengok kat sini : http://tupperware.ipapercms.dk/Tupperware/Malaysia/

Sekarang kat fb Tupperware Brands Malaysia tengah ada cabutan bertuah sehingga 22 April 2016.
5 Pemenang dapat set Mega Modular Mates ni. Rugi tak join,mana tau dapat percuma.

 https://www.facebook.com/Tupperware.Brands.Malaysia.Singapore/



#hahaha terasa sangat 

Siapa kat sini peminat tupperware warna purple angkat tangan tinggi tinggi ? 


Kelebihan Bertolak-Ansur Dalam Hal Jual Beli

Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah memberi rahmat kepada orang yang bermurah hati ketika berjual beli dan ketika meminta haknya”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Thursday, April 23, 2015

Botol Tupperware Yang Sesuai Untuk Air Detox

Last week, saya ada checkup rutin tahunan.Alhamdulillah, jantung ok, gout tiada tapi ada satu yang menjadi mimpi ngeri sekejap. Bacaan gula dalam darah saya 7.9. Adoi. Tak tahu nak menangis ke nak melompat. Soalan pertama yang ditanya oleh doktor , adakah saya suka minum 3 in 1? Saya cakap memang jarang sangat lah. Air tin berkarbonat sudah lama saya tak minum, rasanya bertahun-tahun.Rupanya mungkin nasi yang saya makan lewat malam atau cara masak saya. Saya dah tak guna MSG dalam makanan sudah 2 tahun lebih. So saya ganti dengan gula. Kena kurangkan gula dalam makanan dan lebihkan dengan senyuman jer la lepas ni. Kalau tengok saya duk sengih sorang-sorang tu mintak maaf lah yer.huhuhu.


Hari ni hari ke 5 saya berdiet. Saya berdiet teknik kira kalori.Harap-harap berhasil seperti yang saya buat untuk mengandungkan my Nayla dulu. 6 bulan berdiet akhirnya saya mengandung. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan. Doktor bagi saya 3 bulan untuk turunkan berat badan semaksima mungkin ( target saya 63KG untuk BMI yang sihat) dan minum air gula lepas 3 bulan nanti untuk tahu diabetes ke tidak.Kebarangkalian saya tinggi untuk diabetes sebab Abah saya pun ada diabetes.

ECG reading. So far jatung ok ! Alhamdulillah

Kuda oren kembali beraksi sekurang-kurang 15 minit - 30 minit sehari.


Salah satu yang saya amalkan adalah Air Detox atau Detox Water.Saya ni susah yang amat untuk minum air kosong. So saya terpaksa mencari alternatif untuk saya rajinkan diri minum air. Saya dah takut terus minum air manis. Manistophobia nama dia.hahaha. Kalau google macam macam resepi yang keluar . Ikut lah kombinasi mana yang korang suka dan kena kat tekak korang.

Ini bahan asas yang saya gunakan untuk air detox saya minggu ni. 
zucchini + daun pudina + lemon + apple hijau

Mula-mula guna bekas tupperware yang ini tapi bahan-bahan berebut-rebut nak terkeluar pulak masa minum. hahaha

Lepas tu guna bekas tupperware yang awesome ini , sebab ada penapis sekali disertakan . Sesuai sangat untuk detox drink. Terima kasih Tupperware Mama Murah. Saya beli ni RM19. Harga special untuk saya. hahaha.

Sedap sket tekak nak minum air masak. Kalau tak bercinta nak minum air masak.Rasa masam-masam mint gitu la..Satu bekas ni 500 ml tapi bila masuk bahan-bahan ni separuh jer lah airnya iaitu 250ml..So saya kena minum 12 kali botol tupperware ni iaitu 3 liter sehari.  Jangan minum air berlebihan pulak http://kevinzahri.com/health-fitness/kesan-minum-air-berlebihan

Kiraan air yang diperlukan : Berat / 25 KG ( teknik 1)


Berat darabkan dengan 40  + 50  ( teknik 2) 



Tips: Lemon letak 3 slices je untuk elak air terlalu pahit. Tapi pahit itu ubat kan. Belasah..hahaha

 Korang pernah cuba detox water atau air detox ni ? 

Friday, July 11, 2014

Koleksi Tupperware Ungu dan Pink

Awas : Entry makcik-makcik sahaja :p Sejak dah jadi peminat Tupperware Brand Malaysia ni, mula la nak menayang koleksi terkini. Rasanya dah lama tak update. Dah menimbun tupperware dalam almari tu..kekeke.My hubby cakap guna jangan simpan. Ok, saya guna lah ni.


Ok, hari ni saya nak tayang koleksi tupperware saya yang bewarna ungu dan pink. Sebagai peminat tegar dua warna ni, haruslah kalau ada keluar warna tu saya cepat-cepat beli kalau berkenan dan harga mampu milik sahaja. Sebenarnya biasa saya beli satu set, dan dalam set tu ada terselit warna kegemaran saya. So, bukan warna ungu atau pink saja saya beli :p

Tumpang lalu tupperware nak posing..

Eh tertinggal lagi 2 ketul..

Ini yang ada dalam peti ais . Syok jer bersusun kat freezer tu. Lauk tengah penuh, bulan puasa kan.


Yang ni fridge water bottle.Yang ni ada dalam peti.

Yang ni ada seketul warna purple, lupa nak snap 


Yang ni pun ada 2 ketul..lupa nak snap 


Yang ni tak der lagi. Nak aim yang ni kalau ada akan datang..hehehe

Sekian, entry tunjuk2..

Korang suka koleksi tupperware warna apa?

Tupperware tupperware jugak, Jangan lupa derma untuk tabung Aman Palestin..
Mudah saja, Taip jer kat SMS tu

Palestin 3/5/10

Send to

39111


Jom beli tupperware  : [ klik sini]
Basuh kereta hari minggu disini : [klik sini]

Tuesday, February 11, 2014

FreezerMate Purple dari Katalog Tupperware Malaysia

Semalam kalau ada yang terbaca status Facebook saya berkenaan tupperware.  Inilah koleksi terbaru saya iaitu FreezerMate idaman hati. Koleksi tupperware terbaru saya daripada Katalog Tupperware Malaysia. Advertiser yang setiap tahun tidak jemu menyambung pengiklanan di elissmie.com. Berminat beriklan di elissmie.com ? Klik sini untuk maklumat lanjut.



Apa yang ada dalam beg tupperware ni...


Tadda...Gembira sangat :) 4 pcs Freezer mate!!!


Mungkin lepas ni kena aim yang modular mates warna sama ni pulak...hahaha

Sebenarnya dah lama berkenan dengan set ni sejak katalog untuk Krismas tu lagi. Kalau beli masa tu, set yang freezerMate diberikan percuma. Nyesal pulak tak beli masa tu. hahaha. Tapi hujung tahun hari tu anak nak masuk sekolah kan. Banyak pakai duit..So kita pendam dulu kan. Padahal masa tu dah rembat bekas bawang..Pun dari Katalog Tupperware Malaysia

Nak tengok katalog tupperware 2 Januari - 15 Febuari 2014 : klik sini


Harga asal  Freezermate tu RM147.60 tapi harga lelong di Katalog Tupperware Malaysia cuma RM90 sahaja !! Memang berbaloi kan ? 


2 pcs bernilai RM70 harga runtuh !! 1 pcs dah bagi my ma :)

Rugi korang kalau tak like Fb Katalog Tupperware Malaysia sebab selalu ada jualan lelong dan tupperware terkini sentiasa dikemaskini !  Cepat-cepat like !


Dapatkan tupperware idaman hati sekarang  !Tak perlu tunggu lagi !

 Boleh berhubung terus dengan Nini yer :)

PM or Whatsapp Ninie at 0123007313!






until 2014 

Kalau kot-kot lain kali nak beli tupperware, korang boleh saja klik banner ni kat sidebar tu..Akan merelip-relip sepanjang tahun tau ! :)


* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here?  


p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes  serendah RM 36 setahun disidebar ? . Tiada blog / facebook ? Boleh dapatkan khidmat write ups bernilai RM20 sahaja satu entry!!!
Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.



Tuesday, December 10, 2013

Koleksi tupperware terbaru, tao mei dan Poskad Dari Taiwan

Pembelian tupperware bulan ni tak tunjuk lagi kan. Hahaha.Mak dah terpengaruh. Tupperware bulan depan ( gaji minggu depan ) pun dah book. Mati kalau my hubby baca.hahaha.Akhirnya , bekas bawang jenama tupperware idaman hari tu sudah ada dalam tangan dan harga memang baik punya. Terima kasih wan.Hari tu masa balik kampung sekejap sempat cerita dengan my Ma pasal tupperware. Sekali dia pun berkenan jugak bekas bawang tu. So satu saya bagi my Ma lah. Satu saya guna untuk diri sendiri. 3 jenis bawang ( bawang merah, bawang holland dan bawang putih)  dengan 1 kilogram setiap satu muat dalam bekas tu. Memang berbaloi-baloi sangat.



Terus pindahkan tempat bawang jauh dari dapur gas. Kedudukan asal bekas bawang tepi dapur gas.


Ni bekas bawang yang telah berkhidmat sepanjang 6 tahun dengan tulus dan ikhlas. Bekas hantaran saya sebenarnya ni tau untuk pihak lelaki. Tapi dah cakap siap-siap, bekas hantaran nak balik. Ada satu bagi my ma, kak long dan yang selebihnya saya simpan. Nak buat apa pun tak tahulah. #Nostalgianya. 


Alang-alang cerita pasal dapur kan. Cerita sekali pasal sayur yang baru 2 kali saya makan ni. Selalu pandang ajer dekat Checker tu tapi hari tu terpengaruh dengan blog mana ntah dia kata sedap sayur ni. Tau mei dia tulis kat situ. Ala-ala tauge jugak rasanya tapi yang ni tak hazab sebab tak perlu buang kepala tauge. 

 Saya masak pun masak macam tauge masak kicap taruk telur.terbaik la.

Wanted to get a BRAVIA TV for the longest time? Get one for cheaper at the #Sony #SALEbration until 31/12!


Ini poskad dari blogger yang saya jumpa masa blogwalking. Saya aim Fridge Magnet taiwan sebenarnya :p Dapat poskad hand painted pun ok lah jugak. Terima kasih :) Saya lupa pulak link blog tu. Nanti saya update balik yer.

Bersama karya my Nuha sebelah sisi peti sejuk. Lepas ni nak take over kawasan ni buat tampal FM mak pulak bila ruang depan dah penuh..hehehehe 


My miracle baby sudah menginjak ke usia 11 bulan 2 hari. Achievement terbaru suka makan durian dan sudah pandai guna touch screen . Hairan sebab tak pernah ajar.Mula-mula ingat kebetulan tapi beberapa kali bagi smartphone saya jari dia automatik tunjuk dengan jari telunjuk tu....sabar jerr laa...


Friday, November 22, 2013

Kegilaan terbaru ,mengumpul barangan Tupperware

Ini kegilaan terbaru yang mak-mak sangat saya rasa. Betullah orang kata, kalau dah start beli tupperware kegilaan mengumpul itu akan datang dan terus menghantui kita. hahaha. Dari arwah nenek lagi pakai tupperware kan, lepas tu my ma saya pun pakai tupperware. Ni dah berjangkit kat saya bila dah beli sendiri. Selalu rembat my ma punya .Kat bawah ni saya nak tunjuk tupperware yang saya beli untuk kegunaan sendiri. Ni katalog 1 Oktober - 9 November 2013. Katalog terbaru dah ada (11 November - 31 Disember 2013) . Boleh tengok kat sini laju-laju 



Mula-mula sekali saya beli yang Fridge Water Bottle 2.0 L ni. Masa tu ada sales beli 4 percuma 1. So saya kongsi dengan Ad beli. Saya 3 botol dan Ad 2 botol. Lepas tu ada ofiz mate nak jugak, so saya letgo satu kat dia. Tinggal 2 ketul dalam fridge saya warna hijau ni dan pink. Yang Eco bottle spring tu dah 1  advertiser bagi :) Terima kasih Wan :)


Lepas tu saya beli yang Large Square-A-Way. Masa tu wan tengah buat sales gila-gila dan harga luar biasa memang terus saya rembat. Sebelum tu dah ada satu warna hijau dapat hadiah pledge kat Tupperware's eco by Tupperware's website

Lepas tu saya beli set yang ini. Saya dah ada seketul my Ma bagi tapi warna putih biasa dan penutup biru. Tapi dah patah penutup tu, pihak tupperware ganti warna hitam. Boleh tengok kat sini. Cantik sangat :)
Yang ni kalau beli 2 set dapat lagi jimat so, saya kongsi dengan Ad jugak.Guna diskaun ahli Kak Yatt.Terima kasih Kak Yatt .Buat kawan-kawan ofiz, boleh jugak beli dengan Kak Yatt yer. 

Sekarang tengah aim set yang ini.  Mungkin 1 tupperware 1 bulan bakal dilancarkan. Sayang bersedia :p Semalam dah kena sound dengan my hubby, dah beli tupperware tu guna, bukan simpan. 

Ni katalog terbaru. Apsal warna dia cun sangat. Terjatuh cinta pulak dahhhh...help me....Tak der orang nak bagi hadiah hari lahir yang tertunda :p Ok next year, beli tupperware pun ok kan :p

 Aim yang ni dulu gaji bulan ni . Harap-harap ofiz mate saya tu masih ada stok untuk saya sampai gaji. Sila bertabah tupperware garlic keeper :p


Ini koleksi tupperware bercampur dengan tippuware saya dirumah.Yang ni yang baru beli tu, yang lama guna. Yang baru simpan dulu. Bukan simpan, tinggi lah sayang nak amik guna...lalalalalala . Simpan ni pun pakai tangga tahu :p Sajaaaa jer kan ..



Eh, apsal saya baru perasan yang my hubby ada drop komen ni kat salah satu entry tupperware saya dulu-dulu. Agak-agak valid tak digunakan komen ini untuk tahun 2013 yang bakal berakhir jugak ni ???Lalalalalala...hahahaha


Jom beli tupperware  : [ klik sini]


Basuh kereta hari minggu disini : [klik sini]

Tuesday, November 20, 2012

Fridge Magnet & Teh Cameron Highlands dan Tupperware Fridge Water Bottle 2L

Hari ni adalah hari tunjuk menunjuk. hahaha. Gelak keji nampak ! Mula - mula sekali, terima kasih kepada Ad sebab bagi FM & Teh dari Cameron Highlands. Bila ntah saya nak jejak kaki ke sana jugak. Seumur hidup tak pernah lagi merasa naik tanah tinggi. Kesian kesian :p


Kat rumah selalu guna General's Teh Wangi Uncang Teko ajer !





2 FM baru di peti ais kitorang :) yeeeha... A Famosa tu beli untuk diri sendiri sekali hari tu .

Kepada  pemenang bertuah ini , Sila emailkan nama, alamat dan no hp ke elissmie [at] gmail [dot] com.segera untuk penghantaran FM A Famosa tu :)



Yang ni hadiah untuk diri sendiri sempena birthday hari tu .Sebenarnya, yang ni kongsi beli dengan Ad. Sepatutnya beli 4 Tupperware Fridge Water Bottle 2L (botol hijau tu ) , percuma 1 botol pink . Tapi kitorang kira sekali dengan free tu, so dapat lah sorang RM 24 satu botol. Guna diskaun ahli Kak Yatt, terima kasih Kak Yatt. Jasamu ku kenang :) - Dah selamat isi air pun !


Dan terakhir sekali, terima kasih Hajah  Kak Kama , sebab bagi ole-oleh dari tanah suci ni. Siap dapat tasbih elektronik lagi ! 

sekian entry menunjuk-nunjuk barangan :p keji btol ! hahaha

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)