Thursday, July 18, 2013

Baju raya tahun ini, tema peach . Korang pulak?

Tahun lepas tema kami anak beranak adalah turquoise .Tahun ni selepas ditimbang tara, mesyuarat memutuskan untuk memilih warna tema peach sebagai warna tema raya 2013. Tahun ni saya nak pakai kurung biasa ajer kot dan nak nak plain ajer.



Yang ni mahal sangat harganya RM 400 tapi kalau beli direct dari Jakel rasanya boleh murah sket kan . 




Tapi peplum warna peach pun cantik-cantik jugak kan tapi untuk saya rasanya kurang sesuai lah ;p


credit to here


Untuk anak-anak saya nak cari yang berbunga sket . Tak mo la plain plain untuk lebih ceria kan. Kalau boleh adik dan kakak nak sedondon kan . Alahai mesti sweet kan :)

credit to here



Untuk my hubby lak,  Sayang , jom kita beli baju melayu aaron aziz ni. hahaha. Tengok kat banner jakel tu katanya harga serendah RM89.00 dan percuma sampin songket tapi tengok sampin yang Aaron Aziz pakai tu rasanya ribu-ribu harganya tengok kat jakel hari tu :p yang percuma sampin songket tu tak tahu la yang mana kan.

credit to here

Korang dah shopping ker untuk hari raya ?


p/s:

Shopping-shopping jugak tapi masih ada orang kat malaysia ni yang tak makan tau

Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah untuk fakir miskin Kudat Sabah
Bank in kepada : Tuan Haji Md Idris Haji Abdullah  Maybank Berhad 164 098 445 317
Ustaz ni adalah Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM. Dia kata kalau boleh derma RM100 sebab itu jumlah yang dia nak bagi setiap keluarga ( 100 keluarga semuanya) tapi kalau RM1 pun dia terima jer..
email beliau sekiranya sudah memasukkan wang dan cakap untuk tujuan apa ( Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah ) mewakilkan beliau. email  : idris962@salam.uitm.edu.my

Macam mana anak korang boleh ubah korang, cerita kat sini dan menang hadiah :) #DrypersMY

16 Comments:

  1. Hmmm cantek gak kaler peach ni...

    ReplyDelete
  2. peach! cantikkk.. he2.. teman x beli baju raya lagi.. tema pun xtau lagi.. agak frust sebab hubby x suka baju melayu.. huk2.. xtaulea nti raya dia nk pakai baju apa..

    hai.. salam kenal,
    follower no.929
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari raya dia pakai baju apa gi solat? done follow

      Delete
  3. ena thn nie tema warna hijau
    tapi langsung tak membeli lagi
    beli siap jea nnti
    nak hantar tempah tailor dah closed huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. hamboi..peach gittew.
    aku tahun ni ang-ang. hehehe

    ReplyDelete
  5. kita sama..kikiki..tapi tk rancang pun peach...bila g sopim bj melayu..tgk peach...boleh lah...(w.pun dlm hati duk kenan biru...tapi tak de size..;-)

    ReplyDelete
  6. teman dah kaler peach 3thn yg lepas time abg aqil umur 1thn hihihii.. ghaser nak kaler biru kott...? utk anak2 xde bj melayu. Tshirt n kemeja je.. kalo beli baju melayu nk kena otter plak! huhuuhu

    ReplyDelete
  7. sama. tapi peach saya dah ke laut dah eliss. dah oren dah jadiknya

    ReplyDelete
  8. Kitaorang tema kaler pepel tahun ni... Carry forward baju masa adik kahwin tahun lepas..hehehee

    ReplyDelete
  9. Tema kami anak beranak tahun ni: pink belacan...hahahaha...Actually tu baju melayu masa adik saya kawin bulan lepas..terus buat baju raya...

    ReplyDelete
  10. Akak tak pi cari lagi baju raya. Takdak kaler tema, pakai hantam saja, kehkeh!

    ReplyDelete
  11. tema warna baju raya kali ini adalah kelabu.. hehehe

    ReplyDelete
  12. kami berdua hijau. Anak2 yg besar kuning, merah. Husna yg paling kecik tak tau nak beli ke tak baju kurung sbb dia baru umur sthn. Biasa kalau beli baju kurung yg umur sthn ni boleh pakai kejap je.

    ReplyDelete
  13. salam ramadan
    kami tak pernah pakai sama sama warna..hb dan anak-anak tak minat..cam boria katanya

    ReplyDelete
  14. Wafiq request kaler merah. Tp rasenye x dapek la sbb daddy nye x suke kaler meriah gitu. Huhu telan air liur ka lagi aku x dpt pakai kaler pebret tuuuu

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)