Tuesday, September 27, 2011

Tengok wayang dari rumah lebih jimat dan mudah kan ? Astro First lah kan ?

Akhirnya movie pertama yang me tonton kat rumah adalah Hantu Bonceng. Seb baik ada Astro First, merasalah orang pantang nak tengok wayang kan. hehehe. Memang mudah dan jimat la boleh tengok wayang kat rumah ni sebab ianya serendah RM15 untuk 48 Jam.Dah berapa kali duk tengok ni :p Maklumlah ada peminat cerita hantu tegar kat rumah ni (My Nuha la :) Senang sket nak buat kerja...hahaha. Pagi ni ajer dah 2 kali dia tengok :p




Me bagi 5/5 bintang lah untuk Hantu Bonceng.

Seronok jugak tengok wayang sambil-sambil lipat baju, jemur baju dan siap baring-baring sekali dan boleh pulak update blog :p [Adegan yang tidak boleh dicapai apabila menonton wayang dipawagam kan ? ]

Bagi yang masih tidak tahu membuat pembelian movie di Astro First, boleh ikut langkah berikut. Credit to Astro First

1. Sila ke Saluran 480 Astro First untuk melihat senarai filem terkini dan tekan butang Biru di alat kawalan jauh Astro untuk membuat tempahan. Lihat pemilihan bahasa (melalui butang I-II) dan tonton saluran promosi Astro First (melalui butang Hijau).


2.Tekan butang "OK" untuk menempah filem pilihan.


3.Tekan butang Biru sekali lagi untuk mengesahkan tempahan.




4.Anda akan melihat kod 16 digit di kaca TV. SMS kod berkenaan ke 32999 dan anda akan menerima balasan SMS untuk pengesahan tempahan. Filem pilihan anda akan muncul dalam tempoh 5 minit selepas itu. Mudah sangat!


5.Untuk menonton filem pilihan anda itu, tekan butang Kuning. Jika anda belum membuat tempahan, anda akan melihat ini diskrin. Namun, jika anda sudah menempah, anda akan melihat judul filem pilihan anda di 'Filem-Filem Saya' dalam tempoh 5 minit. Selain itu, anda juga boleh menonton filem pilihan anda di saluran 482 hingga 485.



14 Comments:

  1. RM15.00 utk 1 movie bagi tempoh 48jam berterusan.. kalau ada 1 movie je yg kite nak tgk.. mungkin berbaloi.. kalau dlm bulan tersebut byk movie yg best2.. hah! camne?..

    ReplyDelete
  2. best tak kak cite hantu bonceng?

    ReplyDelete
  3. 15 ringgit tp bila dah campur tax jd mcm mahal lak...huhu

    ReplyDelete
  4. Astro first nie kalau tengok ramai2x barulah berbaloi skit...

    ReplyDelete
  5. kt sini byk tukang donlod..jap je ada je citer baru diorg dapat

    ReplyDelete
  6. syok la nuha duk umah ngan ummi ye..giliran amie lak dok melangut kat umah mak ita hehehe

    ReplyDelete
  7. @haslina boleh la pasang, br leh tengok wayang dr rumah :)

    ReplyDelete
  8. @RinnAzrinah yang tu nak dengan tak nak ajer. kalo tengk wayang pun biasa me n hubby tengok sekali beberapa bulan jer pun..hehhehe

    ReplyDelete
  9. @Ibu Amani utk gelak2 best la :) hilang stress..ahahaha

    ReplyDelete
  10. @amirah tapi save jugak la, kalo gi wayang mesti nak beli popcorn la, isi minyak la, kena beratur beli tiket lagi..hehhee tu tak termask makan lepas tengok wayang..hahha

    ReplyDelete
  11. @Sarah Syazwani skang ni pencetak rompak pun langgan astro first jugak :P

    ReplyDelete
  12. huh..nak try la astro first :)

    ReplyDelete
  13. oho, gini upernyer astro 1st. kira lbh private n personal laa psl ader 'filem sy' tuh... mmg senang ah kalo gini.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)