Thursday, November 16, 2017

Website untuk buat poster Instagram atau Facebook

Sekarang ni macam-macam aplikasi yang ada untuk korang buat poster terutamanya untuk korang post di instagram atau facebook. Tapi yang saya akan kongsikan ni tak perlu download tapi cuma register jer. Tapi versi yang free ni terhad la sikit tapi masih lagi cantik la design sebagai seorang amatur. 

Korang register jer kat sini : https://www.canva.com/



Kalau nak buat poster untuk Instagram atau facebook tu , Klik pada butang Create a design, then korang tengok kat ruangan Social Media Posts tu . Kat situ ada poster mengikut saiz poster instagram atau facebook. 

Dah ada layout yang korang boleh pilih tapi boleh pilih yang ada tulisan FREE.


Kalau tak nak guna layout yang ada korang boleh customize sendiri. Kat sini banyak elements yang korang boleh masukkan. 

Tulisan pun ada pelbagai yang siap design. 

Background pun sama . Kalau tak suka corak boleh guna warna


Kalau nak guna gambar sendiri pun boleh. Klik je pada Uploads

Jom la tengok poster yang saya cuba buat menggunakan website ini :











Korang boleh la cuba sendiri. Lepas ni mesti cantik la poster korang nak post kat facebook atau instagram tu kan?



Daripada Abu Musa al-Asy‘ari RA katanya Aisyah RA telah menunjukkan sehelai selimut dan sehelai kain yang kasar, katanya, “Rasulullah SAW diambil nyawanya dengan memakai pakaian ini.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Friday, November 03, 2017

Kos 3 hari 2 Malam di Columbia Asia , Klang

Alhamdulillah. Terima kasih yang mendoakan kesihatan my hubby tempoh hari. Alhamdulillah, hari Rabu lepas my hubby dah keluar hospital. My hubby dimasukkan ke hospital sebab demam nak masuk minggu kedua. Sebelum ni memang MC kat rumah je. Demam tak kebah dan dia dah penat sangat. So bila doktor suruh admit terus setuju. Sebelum ni memang doktor tak bagi antibiotik sebab katanya demam virus. Bila pergi Columbia Asia doktor cakap mungkin virus dah bercampur bakteria sebab demam lama sangat. So bila admit, masuk antibiotik terus hilang demam cuma sendi masih sakit sakit lagi. Ni pun masih lagi kat rumah sebab dapat MC. Isnin depan, In sya Allah boleh masuk kerja balik setelah hampir 2 minggu tak kerja. My hubby pun dah lemau tu kat rumah. Gitulah orang workaholic, bila Allah bagi cuti terus lama boleh rehat. Rehat pun tak rehat sangat siap pakej penghapus dosa sekali ! Alhamdulillah. hahaha. Kiranya ni kali kedua my hubby masuk hospital sepanjang kitorang kahwin ni ! Saya pulak dah 6 kali kot termasuk menjaga anak kat hospital !

Columbia Asia Klang. Alhamdulillah 10 minit dah sampai hospital !
My hubby request ke hospital ni sebab dekat dengan rumah. Lagipun saya ni malam-malam memang dah tak berani nak drive. 

Apapun selfie dulu. Ni masa nak jumpa doktor pakar dulu. 

Masa menunggu GL pun bercinta. Sejam baru settle GL. Lepas tu waktu lunch pulak. 
Pukul 2 baru dapat jumpa doktor.  

Nak masuk wad pun lama jugak sebab diorang kena request GL baru. So sempat la balik amik my Nayla , mandi dan solat dan tunggu telefon dari diorang. Pukul 4 lebih macam tu kitorang dapat masuk wad. Kali ni kena bayar deposit dulu RM300. Kat KPJ dan DEMC tak pernah kena deposit sebelum ni. 

Two bedded. Kelayakan my hubby RM 150. Two bedded kat sini RM 120 . 

Toilet yang disediakan

Kemudahan TV dan bangku. Masa masuk tak ada orang lain. Hari kedua baru ada

Dah check in terus dapat dinner petang tu


Belah malam datang melawat lagi dan bawa my Nuha sekali

Sempat berkelah dalam wad

Yang ni siap tidur pulak. Layankan ajer anak-anak 


Menu dinner hari pertama

Menu Lunch hari kedua
Total bil: RM 2088.50

Alhamdulillah, insurans cover ! 



Apabila seorang muslim mengunjungi saudaranya sesama muslim, maka orang itu senantiasa berada dalam sebuah taman surga. Beliau ditanya; Bagaimana taman surga itu? Beliau menjawab: 'Taman yg penuh dgn buah-buahan yg dapat dipetiknya [HR. Muslim No.4660]. 


Monday, October 30, 2017

Lunch @ The Teapot Deli, SACC Mall, Shah Alam

Hari ni entry throwback macam biasa dalam segmen JJCM @ elissmie. Kali ni sempena birthday Datin Ema pada 4 Oktober lepas. Kali ni Kak Ema pilih di SACC Mall. Senang nak cuci mata lepas makan kekdahnya.Lagipun dekat sangat dengan ofiz kan. Memang betul, banyak masa kitorang cuci mata lepas makan tu. hahaha. Layan gambar je la yer. 

Haruslah muka ahli pakatan hari lahir macam biasa 

Sebelum ni Ida tak sampai lagi

Ini pandangan dari luar. Konsep restoren ni macam English style gitu. Kena sangat dengan citarasa Kak Ema. 

Awal-awal memang kosong tapi dah waktu lunch memang full house . So datang lah awal

Selfie empunya blog sebesar talam dulu 

Ida

Ad

Datin Ema

Hampir penuh.. 

Cantik lukisan dalam restoren ni

Mula-mula makan kek dulu 
 
Cheese Cake RM 8. Banyak gila cheese dia.Kalau crust dia lagi tebal sket lagi sedap.


Victoria Sandwich Cake RM5.50 . Sedap makan panas-panas.

Yang ni Ida punya. Country Beef Pie RM 12

Roast Chicken RM 17 . Yang ni Kak Ema dan Ad makan
Ayam panggang dengan sos blackpepper. Sedap jugak 

Saya makan ni. Chicken Kiev Rm 17
Gravy sket sangat dan ayam agak kering sket. So kalau letak sos black pepper baru sedap sket. 
Suka-suka hati adjust menu orang. hahaha

Overall : 

Food

4 ***

Ambience

5 *****

Service

3 ***

Korang pernah makan di The Teapot Deli, SACC Mall, Shah Alam ? 

Lot 2F.29,Second Floor, SACC Mall, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor 40000

Waktu Operasi : Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
11:00AM—09:30PM

Friday, Saturday, Sunday
11:00AM—10:00PM

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu."

Thursday, October 26, 2017

Resepi Bubur Pulut Hitam RTPC

Assalamualaikum dan Selamat Tengah hari. Weekend hari tu saya buat Bubur Pulut Hitam dan memang kena dengan piawaian tekak saya. Saya suka cicah dengan roti putih. Kalau simpan sejuk pun sedap. Balance saya buat pulak aiskrim malaysia pulut hitam . Selamat mencuba !

Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia). 


Resepi Bubur Pulut Hitam @ Pressure Cooker Russell Taylors by Eliss Mie
Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut hitam (rendam 30 minit dan toskan)
1 kotak santan
4 cawan air
1 cawan gula perang / biasa
2 cawan air masak
secubit garam
1 helai daun pandan
Cara-cara :
1. Masukkan beras pulut hitam, air & daun pandan ke dalam RTPC.Onkan PC dan tekan Beans Tendon , tekan pressure select dan tekan simbol + dan set kepada P40 .
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal.
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Tekan Keep Warm/Off then tekan Bake, saya set kepada P5. Masukkan air masak, santan, gula perang dan sedikit garam kacau hingga sebati.


Korang suka ke makan bubur pulut hitam ni ? 
Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie

Daripada Abu Hurairah RA katanya, seorang arab badwi telah membuang air kecil di dalam masjid lalu orang ramai bangun hendak bertindak ke atasnya. Lalu Nabi SAW bersabda “Biarkan dia (hingga selesai membuang air kecil) dan siramkan sebaldi atau setimba air ke atas kencing itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan.”(Riwayat al-Bukhari)

Wednesday, October 25, 2017

You Can't Turn That Into a House @ Astro FYI

Rancangan terbaru yang saya layan kat Astro FYI ni adalah You Can't Turn That Into a House. Saya baru sempat tengok 2 episod back to back hari Sabtu lepas. Rancangan ni macam biasa lah make over sesuatu yang kita rasa macam tak logik jadi sebuah rumah. 


Episod yang saya tengok tu adalah 2 bas buruk yang dicantumkan menjadi sebuah rumah lengkap dengan bilik tidur, ruang tamu, bilik air dan dapur. Kat luar rumah ada beranda yang boleh entertain orang sampai 20 orang katanya. Perghh.. Memang lawa lah tapi tak banyak gambar yang saya jumpa.




Beranda



Ruang makan dan dapur



Bilik tidur siap aircond lagi


Bilik air. Pintu bilik air tu memang pintu bas yang asal.



Ruang tamu. Tak nampak macam dalam bas dah kan?



Episod yang saya tengok yang kedua pulak dari Carnival Trailer. Trailer ni adalah dari turun temurun, kiranya dari family business dari tahun 1920 an tak silap. Dia nak jadikan guest house kat tepi rumah dia dan boleh bergerak sekali. So tema dalam trailer tu pun nak dikekalkan jadi konsep Carnival lah gitu.


Ruang tamu. Siap ada kereta langgar yang asal lagi yang dijadikan sofa. 


Menarik kan? 


Bilik tidur. Headboard katil tu dibuat dari tempat tiket jualan tiket masa carnival. 

Ruang bilik air


Ruang dapur. Siap ada mesin popcorn gitu. 


Full view ruang dapur


Lampu kat ruang tamu

Korang suka layan rancangan kat  Astro FYI?


Daripada Abu Umamah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu semua membaca al-Qur’an, sesungguhnya al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.”

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)