Monday, October 23, 2017

Ke IKEA Cheras ke Kita ? | Santai Penyet @ My Town

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Akhirnya jejak kaki jugak kami ke IKEA Cheras. Jarang nak cuci cuci mata ni. Layankan ajer. My Long nak bawa budak berdua tu berjalan sebab dah lama tak jalan KL. Kat sebelah IKEA Cheras tu ada mall baru nama dia My Town. So 2 in 1 lah kaedahnya yer. 


Harus bergambar kat sini kan.


Dalam IKEA , mak cuci mata sepenuhnya. Tak ingat nak amik gambar. hahaha
Kena repeat lagi gamaknya. Tapi memang jenuh la habis satu IKEA kami tawaf.


Seketul je gambar dalam IKEA gambar budak berdua ni. Nama pun cuci mata kan. Ada la jugak 2 ketul barang berjaya dibeli. Frame gambar dan penyekat barang dalam laci tu.


IKEA dan My Town ni sebelah menyebelah je. Memang ada link. Kira macam bangunan yang sama pun yer jugak.


Mak tumpang selfie



Tengah hari kami lunch di Santai Penyet @ My Town.
B1-072 , My Town ( Rupanya Outlet Ayam Penyet AP)


my Nayla


Tengah menunggu pesanan . Penat gila dan lapar gila. hahaha


Ayam penyet


Ayam Bakar Penyet




Singgah kat sini menggamit kenangan kanak-kanak, Childhood @ My Town
B1-080 My Town

Kanak-kanak terkini pun nak makan makanan menggamit nostalgia mak bapak dan mak bapak sedara


Biskut yang kitorang beli . Nostalgia kan? 

Korang dah pernah sampai ke IKEA Cheras atau My Town ni?

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW sabdanya; “Binasalah hamba wang : dinar dan dirham, hamba pakaian, dengan segala macamnya yang menarik, jika diberi dia merasa gembira, dan jika tidak diberi maka dia tidak merasa gembira.”

(Riwayat al-Bukhari)

Friday, October 20, 2017

Ulang tahun perkahwinan ke 10 & Tombiruo : Penunggu Rimba

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah, 10 Oktober lepas genap 10 tahun usia perkahwinan kami. Terima kasih sayang untuk 10 tahun bersama jatuh dan bangun, tawa dan duka dalam melayari bahtera perkahwinan kita .Semoga kasih sayang dan cinta ini kerana Allah S.W.T. 

10 tahun lepas :) Rasanya gambar ni pertama kali saya tunjuk kat belog ni. Tema gambar ni peluk isteri masing-masing. hahaha. Masa ni adik saya solo lagi so dia peluk tiang kat tepi kot..hahaha



Kebetulan tahun ni anniversary kitorang jatuh hari sabtu, so pagi -pagi lagi dah janji dengan anak-anak nak bawa pergi jogging kat tasik. Maklumlah demi misi besar tahun depan. hahaha. So kena la aktif sikit kan. Semoga dipermudahkan urusan kami. Baby of 2018 maybe :p Doakan yer semoga ada rezeki anak lelaki, lama dah reserved nama  :) 


Saya dan my hubby pusing tasik ni dalam tiga pusingan. Sampai kat bahagian taman ni anak -anak dah nak berhenti berjalan. Kami paksa pusing lagi satu round baru dapat main. 

Bila dah second round tu saya dan hubby gilir-gilir lah pusing solo pulak. 


Lepas dah habis jogging apa lagi, kita makan dulu. hahaha


4 of us #tilljannah


Kitorang breakfast di Warung Kita , Bukit Raja
Pekena Nasi Lemak Ikan Tongkol


Belah malam pulak, anak-anak request makan KFC.


Seronok korang dapat makan KFC yer.

Ni kisah hari deepavali pulak. Anak-anak request nak tengok Tombiruo : Penunggu Rimba. Sebenarnya my hubby ajak tengok Bisik Pada Langit tapi tengok review kurang memberangsangkan so kami tengok Tombiruo : Penunggu Rimba. Nasib dah booking online awal-awal. Bercinta jugak nak kena beratur. Dah la nak beli popcorn pun panjang barisan kan. Tapi memang full house lah hall hari tu.

My Nayla yang first time tengok wayang . Setengah jam pertama makan popcorn dan tengok movie. Lepas tu tidur sampai dah nak habis movie. Sabar jer lah dik.

Kakak memang peminat drama melayu. Tak habis cakap sedih-sedih tengok  Tombiruo : Penunggu Rimba. 

Overall saya bagi 4/5 bintang. Kalau baca novel wajib kena tengok . Saya baca novel  Tombiruo : Penunggu Rimba kawan saya punya, Kak Yan masa degree dulu. haha. 

Jimat . RM 10 sahaja hari rabu tiket wayangnya . 

Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada ”.


(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)

Tuesday, October 10, 2017

Katalog IKEA 2018 | Make Room For Life

Assalamualaikum dan Selamat Petang. Akhirnya sampai juga ke muka pintu rumah saya Katalog IKEA 2018 yang ditunggu. Mampu belek katalog je lah.Hahaha. Nama je duk sini, boleh bilang berapa kali pergi IKEA tu. Kita cuci mata kat katalog ajer lah yer. Rasanya sepanjang tinggal kat sini tak pernah lagi tak dapat katalog IKEA ni. Memang kawasan target customer IKEA agaknya perumahan kami ni. Selalu nampak lori IKEA kat sini. Yang tak dapat katalog IKEA 2018 versi hardcopy tu, boleh la cuci mata dengan versi online kat sini yer. Dah jangan sedih :)

Katalog IKEA 2018




Yang ni lagi hebat, siap hafal katalog IKEA 2018. Berbaloi bagi katalog kat dia :)

Jom lah kita tengok apa yang menarik kat dalam katalog IKEA 2018 kali ni yer. Tema kali ni 'Make Room For Life'



Ruang Makan. Lampu besar gedabak macam tu kat ruang makan, industrial look sangat nampak kan?


Ruang Tamu . Menarik pulak kalau buat stor macam kat belakang tu kat bilik belakang rumah kitorang yang tergendala tu. Siap ada tangga naik atas ke tempat stor. Menarik kan.


Dapur . Idaman kalau ada island kat dapur ni.


Bilik Tidur . Menarik pulak ada langsir belakang katil tu kan. Dah lama dah nak makeover bilik tidur kitorang tu. Tunggu my Nayla sub ke bilik My Nuha




Bilik Air . Bila ntah nak beli pokok letak kat bilik air tu. Menarik tengok ada tumbuhan segar.

 Antara produk baru di IKEA. Stylo pulak lampu meja tu.

 Simple je nampak sofa tu kan. Armchair tu pun nampak menarik.

Korang dah ada ke Katalog IKEA 2018 ?

Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW telah memberi satu khutbah yang belum pernah aku mendengar khutbah sepertinya sebelum ini, Nabi SAW bersabda, “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.” Katanya (yakni Anas) : lalu para sahabat Rasulullah menutup muka mereka  dan menangis teresak-esak.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Monday, October 09, 2017

Restoren Nasi Gegey,Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum dan Selamat Petang. Dah lunch ke? Kalau belum boleh la cuba lunch di Restoren Nasi Gegey ni. Tapi jangan pergi hari ni sebab tutup.haha. Cuba lagi esok.  Lokasi shop lot betul-betul sebelah Hospital Shah Alam tu. Ni kitorang lunch hari Jumaat lepas. Shop lot ni asalnya dulu adalah Restoren Big Brother yang telah menutup operasinya. Rasa sebelum ni Restoren Yati Ayam Percik atau sebelah yang sudah tak beroperasi jugak. 



Sebenarnya nak try western tapi katanya siap dalam masa 20 minit. Tak daya nak tunggu sebab dah lapar sangat . So kami pilih makan Nasi Gegey dan Nasi Kerabu Gegey . Sebenarnya Nasi Gegey ala-ala Nasi Kak Wok lah jugak. Ok la. Sedap jugak. Sambal pedas sket. Biasalah tak tahan pedas. hahaha. 


Macam Nasi Kak Wok jugak lah, makan dalam kertas !


Nasi Gegey RM 6.50
Nasi putih. ayam goreng, sambal belacan , kuah gulai dan keropok


Nasi Kerabu Ayam Percik RM 8
Nasi tak ada warna. Selalu makan yang berwarna kan. Ad kata ayam percik dia sedap dan lembut. 


Nak makan kena order dulu kat sini .Macam fast food kekdahnya.


Dekorasi kedai yang minimalis


Ada ruang permainan kalau mak nak makan dengan bertendang. Eh, bertenang. hahaha


Korang tau ke apa maksud Gegey tu? Gegey tu maksud dia bising :p
Cara nak sebut ge macam sebut (Tarian Gelek) so ge + gey



Air yang ekstrem pun ada kat sini. Tapi saya minum air kosong jer. Free flow lagi. haha
RM 14.90


Alamat :

Restoren Nasi Gegey, Shah Alam
No 12 & 14, Jln Plumbum N7/7, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.
Waktu Operasi : 11 pagi 10 Malam 
ISNIN (Tutup)

Telefon :  013-8809896 

Maps :  https://goo.gl/maps/ULdZmPsaAQ72
Facebook : https://www.facebook.com/restorangegey/
Instagram : https://www.instagram.com/restorangegey/

* credit gambar tanpa watermark facebook Restoren Gegey

Sesungguhnya Allah Maha Lembut dan menyukai kelembutan dalam segala urusan.” (HR. Bukhari Muslim).


Wednesday, October 04, 2017

Akashah Homestay , Kluang, Johor

Akashah Homestay terletak di Kluang.Untuk makluman, homestay ini hanya terbuka kepada pelanggan muslim sahaja.Lokasi Akashah Homestay terletak kira-kira 10 minit ke Pusat Bandar Kluang, 5 minit ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Kluang dan 15 minit ke Stadium Majlis Perbandaran Kluang. 

Melangkah masuk ke Akashah Homestay seperti berada di kediaman sendiri dengan sentuhan dekorasi yang menarik oleh pemilik homestay. Akashah Homestay adalah rumah 2 tingkat end lot yang mempunyai 4 bilik 3 bilik air berkonsep moden. Bagi yang mementingkan keselesaan dan bercadang untuk membawa ahli keluarga yang ramai untuk bercuti, Akashah Homestay sememang nya pilihan yang tepat. Disamping itu, kadar sewa yang ditawarkan memang berpatutan.Selain menjadikan Kluang sebagai destinasi percutian, mungkin juga boleh menginap jika menghadiri kenduri atau hari keluarga atau apa sahaja event di area Kluang. 


Akashah Homestay Kluang

Antara kemudahan yang disediakan oleh Akashah Homestay adalah :-

Dapur yang dilengkapi peralatan memasak
Seterika dan papan menggosok
Peti Sejuk
Mesin Basuh
Air mineral
Sejadah
Toiletries
 Bantal
Selimut



Bilik Utama
Katil Queen
Kipas Meja
Mulig Clothes Rack w/ Hanger



Bilik 2
Katil Queen
Kipas Meja
Mulig Clothes Rack w/ Hanger


Bilik 3
Katil Queen
Kipas Meja
Mulig Clothes Rack w/ Hanger


Bilik 4 (Bawah)
Katil Single
Kipas Meja
Mulig Clothes Rack w/ Hanger



Ruang Tamu

Ruang Tengah Tingkat Atas


Ruang Dapur Basah


Ruang Dapur Kering

Kadar Bayaran

RM 200 Semalam 
Lock tarikh dengan deposit RM 50
(Harga Promosi ni hanya valid sehingga Januari 2018 sahaja ) 

Untuk tempahan : 

Call/Ws
019 -2640585 - Helmi
019 -2740585 - Ina

Facebook:

Antara tempat menarik untuk dikunjungi di Kluang adalah : -
  1. Gunung Lambak World Rainforest Resort
  2. Gunung Belumut (UNESCO)
  3. Kolam Renang Taman Kluang Barat
  4. Taman Rekreasi MARDI
  5. Taman Rekreasi Padang Tembak
  6. UK Agro Farm Resort
Antara tempat makan yang menarik untuk menikmati juadah di Kluang adalah :-
  1. Kluang Rail Coffee
  2. Nasi Daun Pisang Restoran NSM
  3. Char Kuey Teow Ketam Kluang,Taman Makmur
  4. Nasi Gulai Kawah & Asam Pedas Haji Ishak 
Korang ada homestay untuk direview secara PERCUMA ? Boleh emailkan kepada saya : elissmie [ at] gmail [ dot] com bersama butiran homestay seperti kemudahan yang disediakan beserta gambar, alamat, lokasi yang menarik disekitarnya, harga semalam atau pakej yang ditawarkan. 


p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes setahun disidebar atau header ? Kalau beriklan  setahun keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM100 secara PERCUMA.

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.
(Riwayat Muslim)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)