Friday, November 07, 2014

Sambutan Hari Lahir Yang Tertunda @ Kenny Rogers Roaster, Plaza Alam Sentral

Assalamualaikum dan selamat pagi . Hari jumaat penghulu segala hari sudah hari ni. Ni cerita makan-makan last week sempena pakatan hari lahir tahun ni. Birthday saya kan masa raya haritu lepas tu asyik la tertunda-tunda sampai dah masuk bulan birthday kak ema pulak. Buntu tak tau nak makan western yang best , nak pergi Laman Grill tak mampu kan, so pergi Kenny Rogers Roasters lah kita kat Plaza Alam Sentral tu saja.



Mula-mula posing lah dulu sebelum makan-makan. Aktiviti wajib macam biasa. Lepas dah wefie, tak puas hati nampak muka ajer, suruh pulak waitress KRR amikkan gambar. Kan, baru puas hati. Nak kena beli monopod baru puas hati ni.

Wefie

Spot the differents ;p 



Sementara tunggu makanan


Dah boleh makan :) Teringat dulu-dulu..Cuma Niza jer tak der..sobsss...

My chocolate muffin. 

Pilihan all time favourite . hahaha


Ok. Kat bawah ni nak tayang FM terbaru yang diterima dari Kak Ema yang baru balik melancong ni hah..Jangan jelez uolss :p 


FM dari Bosnia Herzegovina gitu :) 

Bosnia and Herzegovina (Bosna i Hercegovina, Босна и Херцеговина, usually shortened to BiH[3] is a European country located on the Balkan peninsula. It was formerly part of Yugoslavia but gained independence in 1992. It borders Croatia to the north, west and southwest, Serbia to the east and Montenegro to the southeast. Mostly mountainous, it has access to a tiny portion of the Adriatic Sea coastline in the south.http://wikitravel.org/en/Bosnia_and_Herzegovina

FM dari Greece gitu :) 

Greece is one of the world's most popular tourist destinations, ranking in the world's top 20 countries. According to the Greek Ministry of Tourism, the nation received about 20 million visitors in 2013, a large number for a small country of 11 million. Visitors are drawn to the country's beaches and reliable sunny summer weather, its nightlife, historical sites and natural beauty. - http://wikitravel.org/en/Greece

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]

Monday, November 03, 2014

Kos 4 hari 3 Malam di KPJ Klang Specialist Hospital

Bulan lepas cuma 11 hari saja saya bekerja kerana menjaga anak dan cuti hari raya aidiladha tempoh hari. Anak-anak sakit adalah kifarah dosa-dosa ibu bapa kan? So, mak redha jer lah. Susulan dari demam campak hari tu, ingat demam akan kebah bila campak tu dah kering tapi nan hado.Setiap 4 jam terpaksa bagi makan ubat demam. Hati dah mula tak keruan. Akhirnya pergi DEMC amik darah tapi darah still clear. 


Lepas 3 hari , atas nasihat doctor blogger, Daddy Ziyyad, sekali lagi amik darah dan sah my Nayla ada terkena jangkitan kuman. Doktor suruh segera masuk wad tapi malangnya tiada kekosongan di DEMC kecuali baby cot. So doktor di DEMC buat refferal letter untuk admit di mana-mana hospital yang available. Call KPJ Klang tanya dia kata ada kekosongan tak tapi tiada kekosongan bilik dengan kelayakan insuran kami katanya. Tak perlah kena tambah pun janji dapat katil saya kata. Terus ke KPJ Klang sampai sesat. Padahal 10 minit jer kot dari rumah saya..hahaha

Isi borang kemasukan untuk my Nayla sebab memang tiada rekod kesihatan di situ sebab ini pertama kali datang KPJ Specialist Klang ni. Sementara menunggu insuran settle , my Nayla kena interview dengan doktor pasal sejarah kesihatan dia, xray, amik darah  dan buat line untuk masuk ubat dan air . Dalam pukul 2 lebih baru dapat bilik. Lama jugak la prosesnya untuk check in tuh sampai tertidur la my Nayla kat katil bilik emergency. Kiranya ni pengalaman kedua menjaga anak di hospital. Dulu my Nuha, skang giliran my Nayla pulak. Dulu my hubby masuk hospital sekali sebab denggi, so tak dapat nak jaga dia, tapi saling jaga menjaga.hahaha




Tag pakai kat kaki


My Nayla lepas dah masuk line dan masuk wad dah. Masa ni makan tak berapa nak lalu dah. 

Kakak yang seronok dapat tengok adik sambil main kat playroom.

Breakfast hari kedua. 

Breakfast hari ketiga dan keempat saya request sama jer.

Yang best aiskrim yogurt ni..hahaha


pernah makan?

Menu untuk dipilih. Tak banyak pilihan sangat. Makan sedap kat DEMC lagi *cough*

Hari kedua still tak nak bangun lagi..Tapi dah selera nak makan. Minum jer tak nak. 

Hari ketiga dah boleh main-main kat playroom. 

Mak tumpang selfie :p 


Ni hari terakhir. Dah mula buat perangai lempar-lempar barang bila marah dan degil nak makan sendiri. 


Tengah tunggu bil.. Petang jugak baru discharge dalam pukul 6.

Wad yang ada kat KPJ Klang ( snap kat dalam lif ;p) 


Kadar bilik di KPJ Specialist , Klang

Bil terkumpul : RM 3789.30 . Cuma perlu tambah RM18.55 untuk tambahan kelayakan bilik yang terkurang :) Kalu DEMC pandai dia adjust sampai tak kena caj bilik biasanya.Kami guna insurans AIA. 

Overall servis tidak mengecewakan. Tapi kalau nak compare dengan tempat beranak lagi dikenang *cough* DEMC *cough* lagi bagus servisnya. Masa hari mula-mula saya masuk tu yang tak berapa nak puas hati sebab my Nayla panas dia sampai cecah 39 ℃ sebelum tu dan lepas 4 jam nurse tak datang check pun . Lepas setengah jam tak datang jugak, saya panggil nurse suruh tengokkan sebab saya memang standby termometer dalam beg.Sebelum nurse check saya check dulu. Dia kata sepatutnya setiap 4 jam. Saya pun cakap elok-elok , dah lebih 4 jam dah ni. Terus dia datang bagi ubat supp tu kat my Nayla. Lagi satu memang lama tunggu bilnya sampai 5.30 baru call untuk amik bil padahal sebelum lunch lagi doktor dah bagitau dah boleh discharge. 

Terima kasih para doktor dan nurse yang memberikan rawatan kepada anakanda . Selamat menjalani tugas di taman syurga dengan sepenuh jiwa...

Barangsiapa yg menjenguk orang sakit, maka dia senantiasa berada dalam sebuah taman surga sampai dia pulang kembali. [HR. Muslim No.4658].

Apabila seorang muslim mengunjungi saudaranya sesama muslim, maka orang itu senantiasa berada dalam sebuah taman surga. Beliau ditanya; Bagaimana taman surga itu? Beliau menjawab: 'Taman yg penuh dgn buah-buahan yg dapat dipetiknya [HR. Muslim No.4660].
Terima kasih jugak kepada ibu pengasuh Nayla dan keluarga yang datang menjenguk dan tak lupa ofiz mate yang datang melawat. Semoga mendapat ganjaran pahala..


Sunday, October 26, 2014

Mealshakes Membantu Anak Anda Yang Cerewet Makan Dan Kerap Sakit

Mealshakes Makanan Tambahan Paling Best Untuk Anak Anda | Penuh Nutrisi Semulajadi Untuk Kanak-Kanak

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Pada yang masih belum tahu, Mealshakes merupakan makanan tambahan yang paling mudah disediakan dan paling best untuk anak anda. Kenapa saya katakan best? Kerana ia ibarat ais krim vanilla yang sememangnya digemari anak-anak kecil. Bezanya, ia bukanlah makanan berbahaya seperti ais krim sebenar, tetapi ia merupakan makanan tambahan yang sangat banyak manfaatnya.

vitamin sesuai untuk kanak-kanak yang selalu sakit.jpg

Manfaat Dan Kebaikan Mealshakes Shaklee

Mealshakes merupakan makanan tambahan untuk kanak-kanak yang berumur setahun ke atas. Ianya seakan-akan susu berasaskan protein susu lembu, tetapi tidak sesuai dijadikan minuman utama kerana fungsinya hanya sebagai makanan tambahan. Diadun dan ditambah bersama 24 jenis vitamin seperti folat, vitamin B, zinc, zat besi dan pelbagai lagi menjadikan ia satu-satunya makanan tambahan paling lengkap di pasaran dan paling sesuai untuk kanak-kanak.
Mealshakes Shaklee paling ramai diambil oleh kanak-kanak picky eater. Picky eater bermaksud anak yang memilih makan. Jarang-jarang anak ini ingin memakan masakan harian anda. Ibu bapa mana yang tidak risau apabila melihat anak kurus keding dan hanya suka makan makanan segera seperti keropok dan sosej. Makanan tersebut bukan sahaja tidak seimbang malah bahaya untuk kesihatan dan otak kanak-kanak yang dalam proses membesar dan belajar. Maka, Shaklee yang mempunyai kandungan zinc di dalamnya membantu menaikkan selera anak-anak dengan cara yang lebih selamat.
Selain itu, Mealshakes juga tinggi serat yang mana dapat membantu anak-anak yang kerap kali menangis apabila ingin membuang air besar kerana masalah sembelit. Memang ianya kerap berlaku di kalangan kanak-kanak yang tidak sukakan sayuran. Sayuran dan buahan merupakan serat yang membantu melembutkan najis, tetapi jika anak-anak mengambil kedua-dua sumber ini dengan jumlah yang sangat minimal, memanglah masalah sembelit akan mengganggu masalah pembuangan anak anda. Kesian kan?

cara mengatasi kanak-kanak sembelit

Anak anda mempunyai masalah eczema? Bila ada masalah eczema, tentu sekali anak-anak sering mengalami kegatalan dan rengsa kulit. Adakalanya anak akan menangis apabila kepanasan. Anak saya yang sulung juga mempunyai masalah eczema. Kadang-kadang kasihan apabila dia terpaksa berpantang makan terutama apabila kami ke restoran. Masuk sahaja dalam kereta, cepat-cepat suruh saya bukak penghawa dingin kerana tidak tahan gatal di bahagian leher dan pelipat-pelipat. Alhamdulillah dengan mengambil Mealshakes dan sapuan Herbal Blend secara konsisten, parut eczemanya makin berkurang. Protein yang terdapat di dalam Mealshakes membantu membuang sel-sel rosak dan menggantikannya dengan sel-sel baru yang lebih baik. Hasilnya kulit, kuku, gigi dan tulang menjadi bertambah sihat, kuat dan cantik. Sekarang, jarang-jarang sekali mendengar keluhan Qistina mengalami gatal-gatal apabila kepanasan dan memakan makanan laut. Suka sangat bila anak sendiri mendapat kesan positif selepas mencuba Mealshakes.

cara mengatasi masalah eczema kanak-kanak

Paling menarik apabila Mealshakes juga membantu ramai kanak-kanak yang mengidap masalah asma. Sahabat saya sendiri, seorang doktor sering rasa sebak setiap kali anaknya diserang asma. Apatah lagi anaknya masih kecil. Kerap pula terpaksa berkejar ke klinik kerana perlukan bantuan nebulizer. Menitik air mata tau. Hati ibu kan sensitif, tentu sahaja sedih bila melihat anak tidak cukup oksigen untuk bernafas. Jika boleh bertukar kesakitan, ingin rasanya digantikan sahaja tempat anaknya itu. Dan syukur, setelah menggunakan Mealshakes,Omega Guard dan Chewable Vitamin C nafas anaknya jarang berbunyi ketika tidur. Jarang-jarang sekali kena tahan wad walau dahulu tidur di wad adalah satu kewajipan selang beberapa bulan. Kini Mealshakes, Omega Guard dan Chewable Vitamin C merupakan kawan baik anaknya itu.
Selain membantu anak-anak yang cerewet dalam memilih makanan, sembelit, eczema dan asma, Mealshakes juga boleh membantu:
  • meningkatkan imunisasi anak-anak yang kerap kali sakit dan mudah dijangkiti penyakit
  • liat untuk bersarapan sebelum ke sekolah. Pengambilan satu sudu kecil dibancuh dengan air kosong atau dimasukkan dalam susu sangat membantu anak-anak cergas fizikal dan minda sepanjang hari
  • membentuk sel darah merah yang sihat
  • sesuai untuk anak-anak yang tidak suka makan ubat atau vitamin berbentuk tablet
  • juga diambil oleh ibu hamil yang mengalami masalah alahan yang teruk. Mineral yang terkandung di dalam Mealshakes boleh membantu melengkapkan keperluan harian ibu hamil yang sering muntah-muntah apabila cuba untuk makan

cara atasi masalah kerap sakit kanak-kanak

Harga Mealshakes Shaklee

Harga satu canister Mealshakes ialah RM 113.75. Satu canister mampu bertahan sehingga dua ke tiga bulan bergantung kepada umur anak. Bermakna anda hanya peruntukkan lebih kurang RM 38 sebulan untuk keperluan lengkap anak anda.

cara mengatasi masalah semebelit kanak-kanak, eczema kanak-kanak, asma kanak=kanak, kerap sakit dan cerewet makan

Mahu lebih jimat dan keuntungan berlipat ganda? Terus sahaja sign up jadi ahli Shaklee. Anda akan memperolehi 15-20% penjimatan apabila jadi ahli Shaklee. Untung dapat, anak sihat. Siapa tidak suka kan?
Sekiranya anda berminat, jangan ragu-ragu lagi untuk menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi.


emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 
COD Vitamin Shaklee : Nilai, Seremban, Sepang, Damansara, Mont Kiara  
*************************************************************************************************************************
Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Dahulunya berjawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar Malaysia, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.

Jika anda ibu bekerjaya yang menyimpan niat untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah, atau pun anda ingin membantu meringankan beban kewangan suami anda, Shaklee merupakan medium terbaik untuk anda anda menyulam impian anda. Bersama saya, in shaa Allah anda mampu menjana pendapatan dengan hebat, setaraa dengan leader-leader yang berada di bawah kepimpinan saya.
Sertai saya dan hubungi saya dengan segera.




* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 

p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 36 setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM50 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

Monday, October 20, 2014

Anak kena campak keladi, pernah kena ?

Sebenarnya first time anak kena campak keladi ni.Campak yang halus-halus tu. Dia macam ruam yang keluar lepas demam tu. Tapi biasa kalau ruam macam tu , lepas dah baik demam terus hilang kan. Ni tak. Demam still ada lagi. Ruam yang naik tu dah kering. Jangan berparut sudahlah anakanda beta tu.huhuhu



Ni hari kedua dia kena . Masa ni buh calamine losyen yang doktor bagi.Sebelum tu bagi minum air kelapa, makin banyak campak tu keluar. Bagi yang fresh tau, yang campur gula, korang minum ;p

Esoknya pulak, suh my hubby carikan daun sebambu. Ni cara tradisional lah sket. Malam tu hubby bawa balik 3 tangkai daun tu.Malam tu saya alaskan tidur atas daun sebambu tu.  Esoknya misi mencari lagi daun sebambu, sebab hubby dah segan nak gi amik tempat dia amik malam tu. Masa dia balik dia dah jumpa pokok sebambu depan kedai runcit yang saya selalu lalu.

Model daun sebambu


Hasil dari carian kat instantview.. hahaha. Ni lah pokoknya my hubby amik. Terima kasih lah kepada yang tanam pokok ni tepi jalan besar. Semoga beroleh ganjaran pahala.

My hubby amik banyak jugak. Boleh guna sampai 4 hari. Hari ni hari keenam my Nayla kena campak , masih ada lagi daun sebambu tu. Untuk tahan lama, saya masukkan ke dalam peti sejuk.Pagi-pagi saya rebuskan dan mandikan dia dengan daun tu. Lepas dah mandi, saya tumbuk dan campur dengan bedak sejuk dan tampal kat badan dia.

Kids’ reactions are just the CUTEST. Watch this girl’s first reaction meeting a real-life rabbit! 

 My Nayla ni penggeli rupanya, setiap kali nak mandi air daun, mesti nanges. Lepas dah habis mandi baru senyap..hahaha.Masa kena tampal dengan daun tu pun menangis jugak. Kesian sungguh si kecik saya ni . Berat pun dah susut sebab kurang selera makan sebab ada merah dalam tekak dia. So kena minum banyak air. Saya bagi banyak air zam zam. 

Hari ni dia dah hantar rumah pengasuh. Harap-harap tak demam dah hari ni.Campak dia dah kering. Semalam dah boleh selfie dan pergi main kat taman kat rumah dah..hahaha. 

Cute tak saya ? 

Uwwekkk...Comel kerr??

Main buai ...seronok lah tu...

Anak korang pernah kena campak keladi ? 



Tuesday, October 14, 2014

Ulang tahun perkahwinan genap 7 tahun hari ini

Walau dah wish dekat facebook, nak wish jugak dekat blog. Sebab hubby tak der facebook pun..kah kah kah..Terima kasih yang wish kat timeline saya tu . Tak sempat nak balas semuanya..

Sayang , happy seventh wedding anniversary .. terima kasih untuk rasa kasih dan sayang selama ini.. semoga chenta kita kekal sampai syurga... 14.10.2007 - 14.10.2014 

Jom lah hari ni kita buat edisi throwback yer atau nostalgianya @ elissmie punya segmen..Kali ni gambar dari album perkahwinan saya kat kampung..klasik sket amik gambar dari album. Sebab asyik ulang-ulang jer gambar dari handphone kan. Masa kahwin bukan semua gambar amik dengan handphone kan ada jugak yang tak amik..Masa tu photog saya memang masih guna DSLR yang pakai filem lagi.


Tema perkahwinan saya adalah hijau dan putih gitu. Sebenarnya saya kalau boleh nak warna ungu..hahaha..Warna kegemaran kot tapi sebab my ma memang suka warna hijau, so saya mengikut ajer kemahuan wanita yang paling saya cinta ni lagipun saya kan satu-satunya anak perempuan kan.Kasi can lah..hehehe .Tapi hantaran saya warna purple lah tapi..hahaha. Malas tunjuk dah gambar hari nikah yang diulang-ulang tu . Boleh tengok kat sini kalau nak tengok jugak :p 

Masa hari persandingan , saya salin 2 helai baju jer pun. Songket dan dress. Sebenarnya masa fitting dengan masa hari sebenar persandingan memang ukuran badan saya berubah.Panik mak nakkk..Ingat dah tak boleh pakai baju sanding dah tapi rupanya boleh ditetas untuk pengantin chubby ni pakai baju sanding..kah kah kah..nostlagia.. Dah la masa hari nikah , mak andam boleh tak tahu hari nikah dengan hari sanding hari berbeza. Nyaris mak tak pakai make up masa nikah..hahaha.. 


Inilah adik andam saya.. Cik lagi. Anak kepada pak andam sebenarnya ni. Masa ni dia baru 19 tahun tau kalu tak silap. Pandai dia make upkan saya..Simple n nice ajer..

Posing dulu sebelum bersanding..

Ini baju persalinan pertama. Songket bunga tabur nama dia. Saya orang pertama pakai baju ni sebab baju ni dia baru buat kat butik dia masa tu..

Ekslusif ni sanding atas katil ..hahaha..Belum pernah lagi muncul dalam blog ni

Ini pulak persalinan kedua iaitu dress..Yang ni pun nyaris tidak muat ..hahaha..


Sayang, bila kita nak makan suap-suap macam ni lagi :p Asyik duk suap anak jer kan..hahaha


Ai suap you, you suap ai..kemain lagi..


Apapun, terima kasih sayang untuk rasa kasih , sayang dan chenta selama ini..

Dah puas berdiri amik gambar duduk pulak..hehehe


Tengok pintu gerbang tu..Kemain hijau putih...Tu pun tragis jugak terpaksa pakai payung avon sebab payung kuning lagi satu tiba-tiba tak boleh bukak..hahaha


Sayang, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke- 7 dengan ucapan nak bercuti kemana kita tahun ni..dah nak akhir tahun dah ni..

Cameron highlands plzzzzzz :p 

Cameron highlands plzzzzzz :p 

Cameron highlands plzzzzzz :p 

Cameron highlands plzzzzzz :p 

Cameron highlands plzzzzzz :p 

Cameron highlands plzzzzzz :p 

Cameron highlands plzzzzzz :p 

p.s : rayuan di blog.. 7 tahun menanti..sadiss...

Monday, October 13, 2014

Dinner Roti Tempayan @ Roti Tempayan dan Masakan Panas, Kerteh

Bila balik terengganu mesti tak lepas dengan episod jalan-jalan cari makan untuk tatapan pembaca elissmie.com. Kali ni kita pekena roti tempayan pulak yer. Sebelum tu kami ke Pantai Kemasik tapi sekejap ajer sebab turun rumah agak lewat. Tapi my Nuha pergi dulu dengan kereta Ayah Ngah dia so sempat lah dia mandi manda dengan sepupu-sepupu dia.Kemain seronok dia tu.


My Nuha gembira dapat mandi pantai

Jom pulang ke pangkal jalan..hehehe


Otw balik ke rumah my MIL, singgah untuk dinner di Roti Tempayan dan Masakan Panas, Kerteh .Kedai ni sebelum Balai Polis Kerteh.


Ini kedainya. Amik kat Google Street View .  http://www.instantstreetview.com/1rxw2az5duum1z56mzoez4q


Signage waktu malam

 
My Ngah tapau untuk diorang makan kat rumah my ma. Malam tu giliran tidur rumah my MIL so makan terus kat situ lah.


Saya pekena Roti Tempayan dengan Kari Ayam RM 6

My hubby pekena roti tempayan dengan Kari Kambing RM 8


My Nuha makan nasi dengan gulai ayam RM5



Agak-agak sedap ker tak sedap roti tempayan ni ?? Biar gambar yang bercerita...hahaha

Korang suka makan roti tempayan??



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)