Friday, January 15, 2016

Nasi Kerabu @ House of Nasi Kerabu & Teh Tarik Place

Terlebih dahulu mohon sahabat dan pembaca @ elissmie.com sedekahkan Al-Fatihah buat adikanda sahabat baik saya, Niza blog Kancilbiru.com dan suami kepada bekas ofiz mate saya, kak Siti Sara yang telah kembali kepada penciptaNya. Semoga mereka ditempatkan dikalangan para solehin. Aamiin..

Kali ni JJCM @ elissmie.com kita pekena nasi kerabu yer. Double place gitu hari ni saya bawa korang JJCM ok ! Biasa kalau saya nak makan nasi kerabu, saya beli kat pasar malam jer. Memang beli dengan peniaga dari kelantan atau terengganu. Teringat Nasi Kerabu Ayam Percik kat Kelantan, mana lagi kalau bukan Restoren Yati Ayam Percik.  Susah sebenarnya nak cari nasi kerabu yang kena dengan tekak ni.Tapi dua tempat ni boleh la korang cuba, dari tiada kan. hahaha. Ayam percik tu sebenarnya kayu ukurnya. Susah la kalau my ma pandai buat ayam percik ni. Mesti nak comparekan dengan Ayam percik bondaku yang tercinta yang dipanggang dengan kasih sayang oleh my Abah gitu. Merecikkk...


Mula-mula kita pekena Nasi Kerabu kat Teh Tarik Place kat Sunway Putra Mall. Berwajah baru gitu Putra Mall. Syoknya, semua ada kat sini iaitu Daiso dan Kaison. hahaha. My favourite place gitu. Dulu masa zaman belajar kat Shah Alam, Putra Mall ni lah tempat saya lepak sementara tunggu naik bas malam hari balik Terengganu. Tapi dulu tak sehappening sekarang. Dah berubah 360 darjah gitu orang kata. Nostalgianya.

My Nuha order Kuey Teow Goreng dan my hubby order Nasi Kerabu

My Nuha dan Ayah Longnya

Kemain bersungguh makan tu. Saya makan roti bakar jer sebab masih kenyang lagi time tu

My hubby kata Nasi Kerabu dia ok la not bad . Ada Ayam percik, keropok dan telur masin. Tak silap tak sampai RM10.

Kuey teow goreng sedap jugak . Maklumlah my Nuha tu sekarang memang suka makan kuey teow goreng

Roti bakar pun boleh la. Gambar cilok kat instagram diorang . Sebab dah lapar lupa nak amik gambar makanan..hehehe

Ruang makan yang simple dalam Teh Tarik Place tu 

Kebetulan masa kat situ ada persembahan Yuna sempena krismas tak silap. Tapi tengok sekejap jer tu pun dari atas. Lepas tu la pergi Teh Tarik Place untuk makan. 


Teh Tarik Place
L4.85
Sunway Putra Mall,
No.100, Jalan Putra, 
50350 Kuala Lumpur.
http://www.tehtarikplace.my/
Instagram : https://www.instagram.com/tehtarikplace/
Facebook: https://www.facebook.com/tehtarikplace


Seterusnya, makan di The House of Nasi Kerabu. Dulu pernah datang sekali , boleh baca reviewnya disini [ klik sini]  . Memang ada komen dari owner datang menyinggah ke page saya dan tidak melenting , Alhamdulillah. Kali ni saya dah order sekali lagi menu yang sama saya cuba dulu Set Nasi Kerabu Ayam Percik Narathiwat. My hubby dan Nina order Nasi Kerabu Nara Istimewa. Kali ni terasa tawar pulak nasi kerabunya.Pandang kat meja depan ada bekas budu dan sambal cili.  Rupanya diorang lupa nak bagi kami bekas budu dan sambal cili. hahaha. Sabar jer lah. Dah ada penambahan dari segi rasa kat ayam percik tu. Lebih sedap dari saya cuba dulu . Licin makan 3 orang .

My Nayla makan dengan My Nuha maggie goreng. Sabar jer la budak dua orang ni. 

Set Nasi Kerabu Ayam Percik Narathiwat RM10.50

Nasi Kerabu Nara Istimewa. RM13.50


HOUSE OF NASI KERABU
LOT G08, GROUND FLOOR,
KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM,
SEKSYEN 14 PESIARAN TASIK,
40000, SHAH ALAM, SELANGOR.
Facebook : www.facebook.com/Honkshahalam
http://houseofnasikerabu.blogspot.com/

Korang suka makan nasi kerabu ?
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA katanya, “Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”, Baginda pun bersabda, “Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef

Thursday, January 14, 2016

Imadi Pet , Seksyen 14, Shah Alam

Hari tu kita tengok pelbagai binatang kat pet shop tepi rumah jer, ENR Pets Shop,Bukit Raja, Klang. Kali ni ke Shah Alam tengok pelbagai spesis kucing yang mampu tengok sahaja harganya dan tak mampu milik lagi setakat ni di Imadi Pet, Shah Alam yang terletak berhadapan dengan Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC). Bangunan baru siap tu. Hari tu kitorang pergi masa hari pembukaan cawangan barunya di Shah Alam. Tak silap ini cawangan ketiga. 


Ada pelbagai baka kucing bermutu tinggi kat sini termasuk Maine Coon , British Shorthair, American Shorthair, Persian.
Harga kucing kat sini antara RM10,000- RM30,000 . Pengsan mak tiga kali. hehehe

Kucing kat sini ada sijil The International Cat Association TICA dan ada cip kat dalam badan dia tau. Bakanya terjaga dan limited dan memang import dari luar negara. Kat sini memang kiranya kucing tak kahwin campur lah sebab nak jaga keaslian bakanya. Jika kahwin campur dah tak ada value kucing tu katanya. 

Kat sini ada hotel untuk kucing kalau korang nak tinggalkan kucing katanya. Kucing-kucing kat sini memang ada yang masuk dan menang pertandingan kucing antarabangsa gitu. 

Selain jual kucing, ada juga jual barangan seperti shampoo, susu dan permainan tapi untuk binatang peliharaan la seperti kucing dan anjing. hehehe 

Kemain lagi dia posing kat situ 

Dari hadapan kedai 

Jom bergambar dengan kucing mampu tengok :) 

Mak pun nak tumpang bergambar jugak. hehehe


Alamat : No 25 & 26. Vista Alam,
Jalan Ikhtisas 14/1 , Seksyen 14,
40000, Shah Alam, Selangor
013-388 1218 (Ismail)
012-964 0049 (Zaidi)

Korang pernah ke Imadi Pet ?

Daripada Aishah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Orang-orang yang boleh membaca al-Qur’an dengan lancar dan tajwid yang betul, mereka sama taraf dengan malaikat yang merupakan utusan Allah dan mereka sentiasa berbakti dan patuh kepadanya, sebaliknya bagi orang yang boleh membaca al-Qur’an tapi tidak lancar dan tajwidnya pula kurang baik akan memperolehi dua pahala”.


(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Wednesday, January 13, 2016

Churros dan Homemade Sosej Ayam

Rasanya minggu ni adalah minggu ketiga saya buat churros atas permintaan my hubby. Katanya tak jemu lagi tapi sedap. Hari ni saya nak kongsikan resepi Churros dan  Homemade Sosej Ayam yang saya dapatkan dari facebook. Alhamdulillah, resepi keduanya menjadi dan ikut selera tekak saya. 

Resepi Churros

Bahan-bahan:-

1 sudu mentega
1 cawan gandum
1 sudu gula
1 sudu esen vanila
1 biji telur dipukul sekejap dengan garfu
1cawan gula( dikisar halus untuk topping)


Cara-cara :-

1. Panaskan air di dalam kuali dan masukkan mentega dan gula.Apabila kedua bahan tersebut telah cair , tutupkan kuali.

2. Masukkan tepung gandum, esen vanila . Kacau hingga sebati dan masukkan telur yang telah dipukul kedalam adunan tadi. Kemudian bolehlah dimasukkan kedalam piping bag dengan nozzle bintang. Pipe atas dulang atau terus ke dalam kuali untuk digoreng. 

3. Goreng hingga keemasan. Taburkan gula atau cicahkan dengan coklat jika suka. 


Saya  beli Cream Squeezer ni kat Daiso RM5.30 
Tapi yang tak syoknya sebab bekas dia kecil dan saya terpaksa ulang banyak kali. Lepas ni kena beli jugak la piping bag tu. 


Tak pro macam saya,  pipe atas pinggan jer dulu baru masukkan ke dalam kuali untuk digoreng
Gambar tengah goreng tak der pulak.

Ni hah plastik  Cream Squeezer Daiso tu untuk rujukan


Churros yang siap digoreng

Close up sket churros nya

Lagi garing rupanya lagi sedap..Rangup jer. Tabur gula pun dah sedap kalau coklat tak payah cakap la kan. Sebab stok coklat dah habis, tabur gula pun dah sedap 


Ok seterusnya,  resepi Homemade Sosej Ayam. Resepi ni memang sesuai sangat lah untuk saya dan keluarga sebab jenis tak makan isi ayam. Semua berebut peha , thigh atau kepak jer la. 

Resepi Homemade Sosej Ayam

Bahan-bahan:-

3 keping isi ayam 
2 biji telur
1 sudu garam
1 genggam daun sop dan daun bawang
Bahan perasa yang disukai - Saya guna 1 sudu lada hitam,1 sudu lada sulah dan 1 sudu serbuk paprika

( Yang ni saya buat dapat dalam 15 batang sosej) 

Cara-cara :-

1. Masukkan kesemua bahan diatas kedalam blender. Kalau boleh telur bersaiz besar nanti blender tak jalan pulak. 

Adunan yang dah siap untuk dibentukkan sosej. Kalau nak goreng terus macam cucur pun boleh sebenarnya . 

Bahan perasa yang saya gunakan

Ceduk lebih kurang 1 sudu besar adunan tadi ke atas cling wrap


Gulungkan sampai tertutup adunan tersebut 

Kemudian simpulkan sedikit 

Sedia untuk dikukus

Sekejap sahaja dalam 10 minit sosej dah sedia untuk diangkat

Dah sedia untuk digoreng, kalau makan macam tu pun sedap jugak tapi warna tak cantik la putih jer

Boleh jugak disimpan kedalam freezer. Katanya tahan untuk 1 bulan. Tapi rasanya tak dan satu bulan dah habis. My Nuha still tak suka sangat sebab masih terasa isi ayam tu dan my Nayla yang paling suka. hurmm..lain anak lain selera


Ok tu jer la perkongsian 2 resepi untuk korang cuba buat dirumah. Lagi jimat dan dijamin bersih.



Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

Daripada Wahsyi bin Harbi RA, Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW berkata, “Wahai Rasulullah sesungguhnya kami makan tetapi tidak kenyang”. Lalu Baginda bersabda, “Mungkin kamu semua makan berselerak”. Mereka semua menjawab, “Ia benar” Baginda bersabda lagi, “Oleh itu hendaklah kamu semua berkumpul semasa makan dan bacalah Bismillah semoga diberkati Allah.”

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih)

Tuesday, January 12, 2016

Beli Baju Sekolah Murah @ MMF Concept Store, Giant Klang, Sentral Mall

Rasanya dah habis dah musim orang cari baju sekolah. Minggu ni dah minggu kedua persekolahan. Tapi tak sempat pulak nak update pasal persiapan persekolahan untuk my Nuha. Tahun ni beli baju, kasut sekolah bata dan beg sekolah agama baru jer. Yang lain guna yang tahun lepas punya yang masih elok.Beg sekolah kebangsaan jenama Swan hari tu memang tip top dan tahan lasak malah masih boleh digunakan balik tahun ni. Memang jenama yang tak mengecewakan. 



MMF Concept Store terletak kat dalam Giant Klang, Sentral Mall. Kedai ni jual baju sekolah secara loose. Maksudnya baju dan kain/ seluar asing-asing. Tahun lepas beli kat Pusat Jualan Hari-hari . Tapi kalau kat Pusat Jualan hari-hari tak der jual loose. Kain dia masih boleh digunakan cuma baju jer yang dah tak nampak rupa. 

Kemain posing depan kedai 

Tengok aksi si adik tu. Siap pegang tangan mannequin tak boleh blah. hahaha

Beli 3 helai jer baju kurung RM 45. 
Stokin 6 pasang RM 20


Masa cuti sekolah hari tu balik terengganu dah beli 5 helai baju kurung jugak kat Pasarayaku , Paka. Yang kat situ pun jual loose dan baju RM 13.90 sepasang. 

F18 Taman Klang Sentral 4, Bukit Raja, Meru
41050
Klang
Selangor
MALAYSIA

Tudung pulak borong 10 helai dengan Kak Long Ad, Butik Anuarina Collection https://www.facebook.com/BUTIK-Anuarina-Collection-1577529935850295]


Saya recycle jer badge dan name tag dari tudung tahun lepas. Tak guna teknik gam tapi upah jahit jugak macam tahun lepas. Satu badge/ lencana dikenakan upah RM1 . Kedai Jahit FF, Padang Jawa. Bersebelahan dengan Kedai Gunting Rambut Nusantara. 

Macam tahun lepas jugak, potong rambut kasi pendek kat Ain Salon. 

Tadda.. dah pendek rambut. Senang nak pakai tudung dan mandi pun cepat jer. 

Adik trim kat depan jer. Mula-mula takut lepas tu berani. 

Lepas tengok kakak pakai penggulung kat rambut tu kan , terus nak gunting rambut. hahahaha

Tapi adik Ummi suh trim depan jer.

Dah tak nangis macam pertama kali potong dulu. Tapi muka tak puas hati sebab sekejap sangat dah siap. hahaha

Muka tak puas hati. Rambut dah masuk mata. hehehe
Total burst : RM15 dua beradik 


Itulah persiapan persekolahan untuk my Nuha tahun ni.So boleh la buat rujukan buat korang especially golongan marhaen macam saya ni dan boleh la jimat sket. Setakat baju sekolah tu tahun depan belum tentu boleh recycle balik kalau dah bertambah tinggi kan tapi terpulang la kepada masing-masing nak beli berjenama ker tak berjenama. 


Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)